Wednesday, 2 July 2014

Percutian ke London Day 2

Big Ben

Assalammualaikum


Sebelum baca entry ni, korang baca entry Day 1 dulu yer.. bukan apa kat situ ada byk info ttg trip nih. 


Jam 9 pagi lepas breakfast kami naik bas ke White City stesen, tukar di Nottingham dan pergi ke Stesen Wesmister tgok Big ben dan Eye of London.  Kat sini mula2 keluar underground jumpa traffic light, punyalah ramai org  lalu lalang, kat Big Ben tu nampak istana.  Memandangkan kami ada banyak tempat lagi nak pegi, lepas ambik2 gambar kami menuju ke arah sungai.  Ramai org berdiri kat jambatan kat sungai tuh, pergilah kami tgok apa yang menarik sgt tuh.  Tetiba nampak Eye of London, kami ambik2 gambar dan tgok sungai Thames mengalir lesu. Pemandangan mmg sgt cantik sbb tepi jln ada byk pokok yang togel2, baru nak tumbuh pucuk.  Udara pun sejuk pagi-pagi ni.







Eye of London



Setelah puas bergambar kami bergegas naik underground balik menuju ke Green Park Station utk ke Buchingham palace utk tgok upacara pertukaran pengawal. Keluar stesen dah nampak istana tp kena menapak lalu taman yg bernama Green Park dan melalui deretan bunga daffodil yg cantik sgt. Dulu sy suker buat cross stich, pahtu kawan sy yg seblm tu belajar kat London ckp 'eehhh ni bunga Daffodil'.  Masa tu sy main buat aje, tak tau pun itu bunga apa.  Dia ckp bunga ni ada byk tumbuh kat tepi2 jln kat London.  Sekarang baru sy faham.  Ramai gila org, kami tgok separuh ajek, lama jgk program kat sini, ada perarakan berkuda masuk ke dalam istana. Kami keluar awal utk ambik gambar kat taman, nampak dari jauh ada byk plak upacara kat laman istana tuh.


Sebelum jam 11 pagi, kami dah tercongok kat sini


Punyalah ramai manusia

Sy suker tgok pokok2 togel nih :)










Pokok putih tu ler yang kami ambik gambar2 bunga putih nih.  Ada beberapa pokok jek yang dah berbunga, yg lain masih lagi dlm bentuk kuncup.  Kalo sumer pokok dah berkembang, mesti cantik giler kan.



Kitaorang aje le yg dtg membelek2 pokok ni, orang lain buat dek jek

Kami lebih tertarik pada bunga2 putih kat taman tu dan tgok pokok-pokok yg xde daun ni.   Lepas tu jln kaki lalu laluan pejalan kaki menujuk ke Harrod.  Main agak2 ajek, main redah ajek pun.  Sampai jln besar terus tgok peta, kami lalu Hyde park tapi tak masuk, jln sampai jumpa Stesen Khightbright, terus nampak Harrods...yay.yay. Kami masuk dan terasa exclusive nyer tempat ni. Dlm nya macam ada bilik2 luas yg jual brg2 branded. Kami pusing2 dan pergi ke bahagian Longchamp sbb ada kwn kirim, bahagian lain tu menarik jgk tapi masa ni xde sale...cuci mata aje le. Harga sama seperti dlm website longchamp London, kat dlm website ni ada byk jenis dan byk saiz, boleh fikir dulu...klik sini. Masa ni xde promotion sgt, pergi toilet dia yg sgt best. Ada branded lotion, ada air minum dll dalam tuh, penjaga toliet tu pakai tudung dan bagi salam kat kami.  Oooo inilah toilet Harrod yg glemer diperkatakan tu yea.
 




Ni basikal sewa, boleh sewa dan pusing2 kat Hyde park kot.  Kat area ni ada tandas tapi kena sediakan coin dalam 40 pence kot sekali masuk.  Tandas xde org jaga, masukkan coin kat mesin jek pahtu masuk. Kami xjadi masuk sbb xde coin,  kat sesetgh tandas ada mesin tukar coin.

Seusai tu kami naik tren ke Stesen Oxford Circus....shopping time!!!. Kat sini oyster card ada capping rate 8 pound sehari. Kalo dah cecah 8 pound, lepas tu kira free dah, guna le tren dan bas byk kali sumer free dah. Masa google info hari tu, Oxford Street ni bermula dr Stesen Tottenham hingga ke Stesen Marble Arch. Jadi kami menuju ke arah Tottenham stesen, cdgnya ahad nanti nak cover dr Oxford Street hingga Marble Arch plak. Kami keluar masuk butik Zara, Clarks, H&M, Primax, Debenhum kat situ. Beli kasut kwn sy di Clarks, murah sgt tu xde ler tp harga kat kl dlm rm300, kat sini dptlah RM250 mcm tuh. Cari kasut sy sumer xde saiz, sy pakai saiz 5 di KL, kat sini kena cari saiz 3. Saiz 3 mmg rare le kat sini sbb org sini kan sumer besar2. Sedih sobsobsob......



Kami jln lagi sampai jumpa Stesen Totenham dan patah blik ke Oxford Circus. Kaki pun dah lenguh2, tak dan le nak jln sampai ke Bond Street dah.  Padanlah semalam bila sy ckp kat tuan rumah yg kami nak jln sepanjang Oxfort Street dari Totenham Stesen hingga ke Marble Arch, dorang punya lah terkejut.  Ingatkan macam jln dari Sogo ke Chow kit ajek, rupanya dari Stesen Totenham ke Stesen Oxford Circus tu pun dah hampir sama jarak dari Sogo ke Chow kit.  Dah le sebelah menyebelah jalan sumer mall yg best...rambang giler bijik mata aku nih.  Rasanya Oxford street ni banyak kedai2 yg glamer tu ada byk outlet sepanjang Oxfort Street ni. Tp kat sini xbest sgt terutama Primax dia kecik ajek.  Yg dekat dengan Bond Station tu lagi best.  Jadi korang nak pegi sini, jalan dari Oxford Circus menuju ke Bond Street Station yea, kedai2 dia lagi besar.  Kalo ada byk masa xpe, jln le selagi terdaya.


 Blazer Zara beli kat Oxford Street dan Longchamp beli kat Harrod.  Beza tak sampai RM15 pun dari beli kat Paris yg LC nih, xyah susah2 g Paris.  Tp Zara mmg best...

Kawan sy punya Clarks.  Beli kat butik ni lebih kurang jek ngan beli kat KL kalo ingatkan kena mengangkut turun naik kapal terbang.  Kalo ada sale giler2 mungkinlah kot murah.  Kasut yg sale masa sy pegi ni pun masih lagi dlm 40+++pound.  

 Byk jgk daku beli, beli blazer kat Zara, ni pun Kak S yang cadangkan.  Pegawai kan kena le ada blazer, daku ni satu pun xde...hampeh betul.  Pegi mesyuarat selamba ajek pakai cincai, dah jaga makmal kan...tak koser le nak melawa bagai.  Kang kena plak baju cun ngan bahan kimia, kan dah rosak baju.  Selain tu,  cari inner dan stoking kat Primax. Pahtu kami terus balik rumah. Rasanya byk masa dlm perjlnn turun naik underground je le. Masa ni rasa xbest sbb Primax kat sini ciput, baju pun macam xkena jek ngan selera daku.  Tapi yg heran nya kenapa le ramai benor org memborong kat sini nih. 


Masa nak balik tu, aduhhh xperasan masa dah lewat dan kena plak masa orang balik keje.  Hhmmmm patutnya kena balik sebelum org balik keje.  Ni terperangkap plak dengan kesesakan org London balik keje le plak.  Org sini ni mmg jenis sgt berfesyen yea, dorang pakai kot kulit, pakai legging, pakai but, mekap cantik2, pakai aksesori macam gelang dan rantai, pakai cardigan dll ala2 artis.  Hampir sumer org macam tuh, anggun dan gojes sumer.  Kami jek terperangkap kat tengah2 org gojes ni macam beauty and the beast.  Daku suker tgok dorg pakai jaket yg cantik2 tuh, bila tgok harganya lebih dari RM500 sehelai, sabor le wahai hati.  Masa nak turun ke underground, ada paderi tengah baca doa pakai pembesar suara, sumer orang berhenti kaku dan tak bolehlah nak turun tangga sbb sumer orang berdiri kat situ. Ada 1 tangga kat seberang jln pun sama. Dalam 5 minit macam tu kot, baru jadik normal balik..ada jgk dorang edarkan phamplet.  Kitaorang ni memula terpingg2 jgk, ingatkan apa..mana le tau kot ada serangan penganas ke apa kan..tapi tgok sumer orang relaks jek...kitaorang pun tunggu je lah.



Bunga ni xde bau wangi pun



Mlm kami mkn nasi impit yg bawa dr Malaysia dengan kari ayam jgk bwk dr Malaysia. Banyak jimat bawa bekal sbb makanan kat sini teramatlah mahal nyer dan kena cari plak tuh.  Byk jgk kami bw brg mknn dr Malaysia, tawakal ajek supaya lepas kat imigresen. Org ckp boleh bawa food yg penting bukan fresh meat. Kami bw nasi impit, tuna tin, mknn dlm tin, brahim, rempah ratus, beras, roti dll yg cukup untuk bekalan mknn kat London dan Paris. Rumah ni boleh masak tp malu plak nak masak, dapur nyer ciput ajek tapi sumer lengkap lah, xbest plak berebut dapur dgn tuan rumah. Kat London ni brg2 agak mahal, sepeket bunga lawang pun harga 1 pound....jadi kalo nak dtg London boleh bw mknn dr Malaysia dan kasi kat tuan rumah. Dorg pun bw sumer brg dr Malaysia buat stok. Selain tu ada jgk bwk mcm kari, chicken stok, udg kering, bwg, sayur, serunding utk persediaan memsk. Mlmnya tido membuta keletihan, esok nak g Bicester Village plak.

Trip kali ni jurukamera pro xikut, jadi sumer gambar sumer kelabu asap terutama yang ambik dgn henfon.  Gambar cantik2 sumer dr kamera Kak S.  Sy ada bawak kamera tapi ntah kenapa masa nak ambik gambar kat Big Ben dia dah jem, kesejukan agaknya..ker terkejut dtg London.  Dah lama dah pun kamera tu, beli masa g Beijing hari tu, jarang guna.  Sblm ni macam nak beli jek DSLR tp hubby ckp kalo beli kamera canggih xyah beli dah DSLR.  Ni kena le simpan duit beli iphone ni agaknya..hehehee


Bersambung di entry hari ke-3 plak yea....


2 comments:

  1. as salam kak bahiyah. boleh tak share tentatif ke London? tq :))

    ReplyDelete
  2. akak email kat sini ya. intansyafinaz9011@gmail.com trima kasih kak :)

    ReplyDelete