Friday, 27 June 2014

Alhamdulilah rumah dah siap



Assalammualaikum

Rumah Rafflesia yg kat Semenyih tu dah siap dah.  Bulan April hari tu dah dapat dah surat bagitau rumah dah siap dan suh settlekan semuanya.  Tapi masa tu nak berkelana jauh, jadi biarkan dulu surat2 nih.  G London hari tu pun siap bawak lg surat ni, memlm g belek surat ni sambil senyum2 sampai ke telinga macam orang gila..hahahahaa...teruk betul kan.  Bayaran bulanan pun dah mula bayar dah bulan April lepas.  Balik dari berkelana tu, baru le sy dtg melawat rumah.  Tapi tak ambik pun kunci lagi, hanya dtg tgok rumah saja.  Nasib baik guard tu kasi jgk sy masuk kawasan perumahan tuh.

Tengah tunggu call dari developer untuk ambik kunci.  Beberapa hari lepas balik dari London tu developer call bgtau urusan bank dah settle dan suh g byr sejumlah RM1450++ dan buat appointment untuk ambik kunci.  Bayaran ni termasuk deposit letrik air, maintenance 6 bulan, stamping dan apa lg ntah.  Masalah jgk sbb kunci tu kena ambik dan kena buat inspection terus, nak kena tunggu hubby free baru le boleh buat inspection, kena pegi masa hari berkerja plak tuh.  Kalo tak, nampak gayanya sumerwomen ni le yg kena menelek sumer tiles kat Rafflesia tu. Aiyoo...


Ehhhh kat celah mana nak tanam pokok mangga harum manis aku nih?



Best nyer rumah dah siap, walaupun bukan nak duduk pun lagi tapi tetap rasa gumbira.  Greenfinger macam saya ni lagi ler seronok sbb boleh mula projek menanam kat tanah sekangkang kera kat belakang tuh.  Cadangnya nak mula menaman vege sendiri nanti, lagi sihat.  Ni sy kongsikan beberapa gambar rumah sy masa sy dtg melawat kawasan hari tu, tp ni bukan semestinya rumah sy. Masa pegi tgok hari tu sy ada pegi pusing2 skodeng rumah orang sbb rumah sy ni bukan boleh masuk pun, tadak kunci.  Tambah takut bila sampai jek, ada je le salesman kasi brochure dan perkenalkan diri ajak sembang + memujuk.  Dah le sy dtg sensorang, tempat tu pun xada org pindah masuk lagi, ada beberapa rumah tgh renovation. Sbb tu kekadang untuk urusan2 macam ni, nak sgt Chenta hati  tuh ikut sama. Harap faham le yer chenta hati daku, isteri ni dah le sebatang kara dok kat KL ni, family jauh.  Besarlah kiranya Chenta hati sy luangkan sedikit masa tolong temankan adinda uruskan rumah ni mana yang patut. 



Lega td dah g byr sumer payment untuk ambik kunci, cuma maintenance masih bawah devbeloper lg skrg ni, nak buat gril pun kena byr deposit RM1k dulu.  Bulan oktober plak le nanti mula byr maintenance nyer.  Nasib baik dah biasa dok umah skrg yg ada kena byr maintenance tiap2 bulan.

Beberapa hari yang lepas dah settle dah bayar duit ke MKH.  Boleh jek parking kat depan opis MKH tu rupanya tp kena bayar le skit, tau je lah kan bandar Kjg ni sesak dan susah nak cari parking.  Yg best nyer opis dorang ni buka masa lunch dan solat jumaat.  Syukur alhamdulilah setel 1 perkara.  Lepas ni kena booking masa utk buat inspection plak.  Nanti nak reno apa2 kena plak byr deposit RM1k kat opis nih..aiyoooo.  Tgh survei2 jgk ni company yang buat grill.

Berkenan betul dgn mesin ni, sy pun tgh nak pasang water system opis ni...utk student dan kegunaan kat foyer kami ambik yg coway punya, yg utk air minum bertapis tu. Tp yg ni best kan kalo letak kat Pantry...(ayat ni tuk penjaga pantry kami kat biologi tuh...*wink*) Tak payah susah2 nak g beli 3 in 1 bagai...tapi kena caj ler, secawan RM1. heheheeee... Kat opis lama dulu pun ada jgk tapi lagi best dgn capuccino + mocca pun ada.

Aiyooo bermula semalam air TAK ada kat rumah, memlm jam 1.30 pagi ada tangki syabas dtg bawak air.  Tapi, nak ke ko menolak2 troli air tetgh mlm ni turun naik lif?.  Tak kuasa le, hubby ada esok, biar dia g ambik air.  Tp tgok org berduyun2 ambik air tu, dup..dap dup dap jgk rasa hati tapi aahhhhhh...tido lagi best, sambung membuta. Sy mmg ada simpan air kat rumah, cukup le tuk 2-3 hari.  Cumanya minggu lepas sy pergi kosongkan 2 storage box kononnya nak ganti airnya...tapi dah sibuk dengan audit dan KIk ni lupa plak.  Alahai...sib baik storage box lain ada air lagik.  Tak bolehlah sy nak share pasal kik ni sbb kumpulan kami ni asyik dapat tempat tercorot jek, dah le hari tu murah sgt rezeki kami dpt cabutan sebagai kumpulan pertama yang bentang.  Cissss....mmg daku xsesuai betul jadik ketua kik ni.  Tak suker sbb sy tak suker buat projek panjang2 makan tahun ni pahtu asyik le kena condemn dan kena tukar itu ini...letih tau + stress. Lelama boleh cepat tua mcm ni.Ni le kik yg pertama dan terakhir tuk sy.  Pahtu tobat, rela lagik sy dok memerap dlm lab mengadap Gc tuh.

Tgok tu lori Syabas...td jumpa bibik yg tgh angkut air kat lif, sy tanya dia ambik air kat mana.  Dia ckp angkat dr kolam tuk air toilet jek...dia ckp xde air mungkin 3 hari :(


Ready tuk angkat air malam nih.  Ptg td turun dr kete trus tanya pak guard dah ada air ke belum, dia ckp xde air lg..huhuhuuuu.  Hubby plak ckp xyah masak masa xde air nih.  Tp masa xde air ni le tetiba gatal rambut nak shampoo, sakit perut, gatal itu gatal ini, panas nak mandi bagai...

Ok bye, lori air dah sampai...jom kita beratur ambik air kat lori syabas....


7 comments:

  1. Assalam..tahniahh..

    bestnyer dah dpt kunci rumah..sure x sabar rasa nak settle gril & reno ape sume kan..hehehe

    saya lak kalau part kik ke ape mende tu mmg x nak terlibat langsung..kt opis nih dah 2 thn ++ jd fasilitator utk zon..kalau setahun jer xpe..bertahun2...sakit kepala..sakit jiwa..stress..nak layan karenah org bagai..mmg x sanggup rasanya...

    dlm bulan posa ni nak letak jawatan..x tulis pun lagi memo..cukup lah 2thn++ menghambakan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, Tq. Mmg tak sabar nak buat grill ni, risau plak kalo ada penceroboh masuk.

      Wah hebatlah dah jadi fasilitator dah, sy pun tahun ni jek...lepas ni mmg xmo ler. Macam2 masalah timbul buat kik nih. Serabut otak...

      Delete
  2. berjiran la kita... u duduk lorong brape? i lorong 21...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi jiran!. Sy lorong 19 rasanya. Wahh lorong 21 tuh tgok dlm fb rajin ber BBQ yer 😃

      Delete
    2. ha a..time tu ajak sume lorong.sbb lorong 21 ramai dah pindah . x pindah lg ke?umah no brape?

      Delete
    3. Tak pindah lg, tunggu blik dr Moscow baru pindah. Itupun kalo hubby tukar keje jauh dr KL dan S'gor. Hubby suker dok rumah cheras sbb dekat dgn lrt. Alamak, no rumah xleh bgtau kat sini, nanti perompak dtg plak. Heheheee...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete