Tuesday, 6 May 2014

Percutian ke Bali day 4 & 5


Assalammualaikum

Entry ni terpaksa di pendekkan sebab dah bulan april pun entry Bali pun tak habis lg.  Lgpun hari ke4 ni yg paling membosankan buat daku.  Badan dah penat, pahtu trip kali ni ke pantai yg buat daku berlengas. Hari ni kami masih lg guna supir yang kami ambik dari hotel lagi. Hari tu mula2 kami nak ambik supir 2 hari jek tapi kami tambah sehari lagi sbb kalo nak naik teksi agak mahal jgk sbb nak pegi byk tempat kan.

Hari ni pepagi kami explore bahagian selatan pulak.  Tapi sebelum tuh singgah di Hawai Bali plak, macam Krishna jgk tapi Krishna lagi best rasanya.  Lepas tu terus bergerak pergi ke Nusa 2.  Kat sini macam resort jek, ada pantai, ada hotel dan ada jgk tugu peringatan.  Ni lebih pada kawasan rekreasi yang elit le.  Supir turunkan kami dekat jln tepi pantai dan biarkan kami explore sendiri.  Daku dah penat nak berjln tgh2 panas terik ni, jadi biarkan jek hubby g hujung tanjung sana ambik gambar.  Daku duduk melepak kat tepi pantai, tapi ada jgk pegi gigi air main2 air, terasa rugi plak kalo tak merasa air kat sini.  Kat sini kalo sape nak mandi manda tu mmg ok le, boleh bawa baju mandi terutama budak2 sbb supir kami tu tak kisah nak duduk berapa lama pun.  Daku duduk bawah pokok tu pun rasanya ada le jgk sejam tunggu hubby xdtg2. Habis kaki2 daku kena gigit semut merah.  Kat sini tidak disediakan pondok2 wakaf yg free, bertuah kat negara kita ada byk jek benda ni disediakan.  Kat sini wakaf cantik2 tapi kena sewa atau kena duduk kat cafe.  Cafe2 plak pepagi ni tak bukak lagik...tgok menu dia pun daku seram.






Lepas tu hubby sampai, ingatkan dah habis tangkap gambar, rupanya dia ckp kat atas bukit ada lagi tempat cantik boleh ambik gambar.  Daku pun tergedek2 ikut dia dr belakang, takut nanti kena tinggal sbb daku tak roaming henpon.  Rupanya mmg ada seakan tugu kat sini.  Kami berjumpa dengan sorang couple dari Colombia, mak ai jauh nyer dari America selatan sampai ke Bali nih.  Comel nyer gilfren dia, terasa macam orang gaji plak....kihkiihkihh...  Hubby jenis yg mmg rajin benor berborak ngan orang asing siap tlg ambikan gambor dan nak email lagik, cer buat macam tuh kat bini sendirik kan byk pahalaaaa....







Daku pun ajak hubby balik, rasa macam xde bende mempersonakan pun kat sini.  Kalo bawak anak2 best jgk mandi manda kat sini...ni kami jek laki bini mana ler nak best nyer.  Terus kami pegi kat supir, supir bawak kami ke GWK.  Sebelum tu makan dulu kat Restorent Padang kat sini.  GWK ni macam taman tema jgk tapi  mahal jgk entrance fee dia...IDR80k seorang, dah le macam tak siap lagik.  Masuk dalam macam xde apa, hubby ajak naik tangga tgok patung yang tak de tangan, tangan dia masih lagi kat bawah bukit sana...tak dipindahkan lagi.  Daku mmg dah sgt bosan masa ni.  Tetiba terdengar bunyi muzik kat bawah, hubby ckp kat bawah nanti jam 1.00 ada persembahan Tarian Barong.  Daku pun ckp kat hubby nak turun, nanti suh dia carik kat sana jek.  Dak pun masuk ke satu tempat macam dewan terbuka.  Hari pertama hari tu dah tgok dah Barong Dance, tapi yg ni dah dipendekkan jadi 15 minit.  Best le jgk tgok dorang menari, daku suker tgok penari perempuan menari sambil gerakkan mata tuh.  Hubby plak dah dekat nak habis baru masuk.  Kami tak menunggu lama kat sini, terus keluar.  Sempat membeli cenderamata Bali sebelum cari supir.



Cuci mata yer...




Supir bawa kami ke satu pantai ni, kalo tak silap Pantai Pandang Pandang.  Hehehe masa lalu kat jln tu ada snap signboard pantai ni tapi ntah xde dlm kamera plak...tp mmg ingat mcm panjang ke padang nama dia sbb sambil snap sambil fikir nape pelik benor nama pantai neh :).  Tempat ni femes sebab tempat lokasi penggambaran filem lakonan Julia Robert.  Nak turun kena melalui gua2 batu yang agak sempit, barulah sampai ke pantai kat bawah tuh.  Alahai cenonet nyer pantai ni, aku kentut kat hujung sini, kat hujung sana boleh dengar.  Kat belah sini ni byk pantainya terdiri dari batu, ni je kot yang ada pantai sikit.  Pantai ni agak kotor dgn timbunan debris, nampak jgk dorg bakar debris yang dah kering jadik unggun api.  Ramai org putih berjemur kat sini.  Kami pegi kejap jek, terus tak sabar2 nak naik balik.

Dari pantai kena naik balik tangga ini dan mendaki celah batu..sempit + semput!

Seterusnya kami pergi ke Uluwatu plak, tempat yg ada byk monyet jahat.  Entrance fee seorang dah lupa.  Kami dikasi kain kuning utk ikat kat pinggang.  Kami jgk dioffer seplastik pisang tuk kasi makan kat monyet, daku xnak terus jln.  Bila daku tgok belakang hubby g beli rupanya sebungkus, yg haginnya dia suh masuk dalam backpack daku plak.  EEEEiiii dah beli sendiri tu,  pegang le sendiri...kang tak pasal2 monyet tu boleh menghidu pisang dalam beg sy plak.  Org tua ni kan, mmg menyakitkan hati betul..sib baik isteri mithalikan...ikut le jgk.  Menapak pergi ke aras pantainya, daku dah seram tgok monyet besar2 mcm ni. Monyet kat sini xpyh bersusah payah masuk hutan, ada mknn free tiap hari, mau nyer tak gemuk.  Ehhhhh....monyet ni, bukannya nak takut kat manusia, dia plak yg dtg kat kita.  Masa ni ada sorang pompuan korea diambik spek dia dek monyet.  Kan dah tulis besar2 kat signboard, jgn pakai spek..lagi nak melawa kat sini.  Haa....habis le spek ko kena patahkan dek monyet. Ada jgk peniaga yg ambik upah pujuk2 monyet pulangkan dan tukar ngan pisang, tapi hebat monyet kat sini yea...xmkn rasuah.  Merasa ko....

 Jangan ko monyetttt

Muka ketakutan dikejar monyet :)  




Kami terus menyusuri denai kecil ini menuju ke penghujung, daku ikut jek org belakang.  

Ni dia penghujungnya...berbaloi baloi

Hubby ni kekejap g bukak beg daku ambik pisang, bukan nak kasi semua...kang monyet ni masuk lompat dlm backpack daku plak caner. Tetiba masa ni byk imaginasi buruk timbul, tetiba dtg sini terus tak suker monyet. Terjerit2 daku ingatkan dia suh hati2 ngan spek dia.  Dah le xleh tgok pemandangan cantik kat bawah sbb spek masuk dalam poket.  Daku tumpang kasi  pisang kat monyet tu jgk tapi kasi kat yg baik2 jek...yg ala2 innesen dan yang ada baby,  yg gumuk2 dan garang daku siap2 lari jauh2.  Sampai le ke penghujung jln ada cerun yang sgt cantik.  Tak ramai orang sini sbb mostly xsanggup jln jauh.  Curam nyer, ngerinya kalo kena tiup angin terjatuh plak kat bawah tuh...mula le daku imaginasi yang mcm2 neh.  Terus ajak hubby balik dan paksa hubby habiskan pisang dlm beg.  Sampai kat area pokok2 tu, ada lagi minah omputih degil kena ambik spek dia.  Situasi nya mcam ni, minah omputih ni pegi le ke arah monyet tu ngan hati suci murni hulur pisang konon, tetiba monyet tu tak ambik pun pisang dia, dia berkenan kat spek jek.  Hahahahahahaa...terus dibawa lari ke atas bumbung.  Ambik ko...dgn manusia yang ramai kat sini, monyet ni bukan lapar sgt.  Bukan dipakainya pun spek tuh, tapi suker le tuh, org kasi perhatian kat dia.  Ada peniaga tlg pujukkan monyet tu, lagi suker le dia lompat sana sini....terus dipatahkannya spek tuh..end story.  Monyet ni yg sukerkan perhatian ke pompuan ni yg suker berdrama!



Kami minta supir bawa ke Krishna sbb nak tambah shopping barang, kali ni baru rasa gembira.  Krishna area Jimbaran ni xbest sgt banding yang kat Kuta tuh.  Adalah beli barang sikit kat sini.  Kami tak pegi pantai Jimbaran sbb malaslah nak makan kat sana.  Terus minta hantar balik hotel.  Malamnya hubby keluar dengan kawan dia, daku plak makan steak kat cafe bawah.  Tgh mkn ckp kat hubby steak kat sini murah, hubby pun terjebak sama.  Tapi dia mkn kedianlah, daku dah lama naik bilik bila dia balik.



Antara breakfast kami di cafe hotel


Matahari yang byk jual souvenir, ni kat belakang deretan kedai kat pantai Kuta yea, tersorok skit

Esoknya lepas breakfast, kami jln kaki ke arah pekan Kuta.  Kami pegi Matahari yang byk jual baju dan souvenir.  Bagi yang nak beli souvenir yang cantik2, dtg ler sini.  Barang2 dia lebih kurang sama dengan Krishna tapi kat sini lagi elok, tp harganya opkos le lagi mahal.  Kalo kat Krishna tu ko kena pilih2 brgnya, takut ada yang defect.  Tapi kat sini sy tgok barang2 dia kualiti dia lagi bagus.  Keluar kami terjumpa plak kedai selipar Flipper tuh. Masa ni ada promotion beli 3 percuma satu.  Kitaorang xperasan harga kat KL berapa tapi kat sini harga tak sampai pun RM30 sepasang.  Jadik daku jadi pentamak ambik 2, hubby plak ambik 2...satu tuk dia dan satu lagi tu FIL.  Ntah hari tu masa dorang dtg KL, FIL terasa sedap pakai selipar yg daku beli kat Bangkok tuh sbb dia ckp terasa getahnya....bukan mcm selipar sekarang yg ringan semacam jek.  Jadi daku pun suggest hubby beli satu tuk FIL sekali.  Tak pasti plak hubby dah kasi ke belum tuh kat FIL.  Biasanya hal2 family Rompin mmg hubby yang uruskan, daku plak uruskan hal2 family Sipitang. Kalo MIL dan FIL nak apa2, daku suh dorg ckp direct kat hubby. Kalo balik Sipitang, mmg daku le yg byk uruskan itu ini, tapi bila balik Rompin daku relaks dan bersantai2 ala-ala menantu hantu.

Balik hotel, flight petang dan ada byk masa lagi.  Hubby pun jeles2 kan daku dia nak pegi berurut kat bawah.  Bengang jek bini dia ni, sumer treatment kat bawah daku dah rasa dah, takkan nak berurut tiap2 hari plak kan.  Lgpun duit rupiah dah habis licin.  Tak pe, daku dok santai2 jek kat bilik sambil tgok tv dan kemas barang.  Balik dari spa, bukan main lagi bising mulutnya bercerita bestnya buat stone massage kat bwh.  Daku hari tu ambik urutan biasa, tapi terjeles le jgk dengar dia ambik stone massage tu...terus buat2 xdgr. :)

Petang kami pergi airport dihantar supir.  Supir offer diri tuk antar dengan bayaran berapa ntah, xingat plak. Kat duty free airport ni macam2 branded item jual kat sini, ada Burberry, LV, Longchamp, Coach bagai.  Hubby ckp harga dia agak murah jgk le, hubby mcm berkenan kat satu brg coach tu.  Tapi daku racun dia supaya xbeli....kihkiihkih jahat betul.  Weeiii....tali pinggang pun nak beli Coach ke?.  Baik beli kat pasar malam jek, ada ke orang perasan ko pakai tali pinggang ori ke tiruan?.

Kat sini terjumpa pelakon Nabil tapi dia naik MAS rasanya.  Terjumpa jgk ngan Serina anak Chef Wan.  Mula2 dgr suara jek, macam aku pernah dgr suara ni.  Bila pusing mmg betul Serina, tp anak2 dia yg comel tu xde sekali.  Tinggi orangnya dan cantik, xde le nampak cubby mcm kat dalam tv tuh. Nak jadi artis ni mmg kena tinggi kan, kalo kemetot macam sy ni mana le orang nak perasan sgt.  Sampai kat KLIA kami naik bas ke TBS-BTS.  Terus ambik kereta, syukur alhamdulilah kerete HC hubby yang tak sampai sebulan beli tuh selamattttt di situ.  Kami pun balik ke rumah dengan gumbiranya.

Pergi Bali kami xambik luggage, tu yg bawa beg lipat merah ini. Balik KL baru masuk kargo :)  Daku siap bawa solatape sekali tuk balut beg ni ,takut terburai plak sampai KL.

Best jgk le g Bali ni, tgok pemandangan cantik, tengok budaya dorang yang unik.  Bali ni dah maju dengan aktiviti pelancongan, byk kemudahan untuk pelancong disediakan.  Org2nya pun baik2, mungkin dorang pun faham yg pendapatan dorang byk bergantung kepada pelancongan.  Itu le bagusnya kan, rakyatnya support apa yang kerajaan dia buat.  Nampak kat sini penduduk dia pun byk terlibat dlm industri ini, yg kami byk jumpa sumer orang tempatan jek.  Pelancong ke Bali ni mmg ramai, setiap tempat pelancongan mostly ramai orang, org putih pun ramai dtg sini.  Terasa pelancong lagi ramai dr rakyat tempatan.  Walaupun dia dah moden skit tapi ciri2 tradisional tu masih kekal dipelihara.  Daku ni kurang skit mood sebab luka pembedahan masih lagi terasa sakitnya, tp percutian ni tetap menyeronoknya bagi sy.



Terima kasi semua, sudi dtg blog sy walaupn entry semakin lama semakin berkurang dari bulan ke bulan.  



2 comments:

  1. cantik2 gambar kat bali..kami tak sempat sgt bergambar..bz dgn si kecil..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe, jaga si kecil lagi penting. Hari pertama dan kedua jek sibuk ambik gambar, lepas tu dah penat dah...

      Delete