Friday, 28 March 2014

Satay Arab di Bandar Tun Razak, Cheras


Assalammualaikum

Entry ni dah 2 bulan, baru sempat publised. Semenjak ada tetamu kat rumah ni, rajin benor berjalan2 carik makan.  Yelahkan, mak mertua sy jenis yang rajin sgt masak pagi petang siang malam.  Jadi kalo boleh tak mo le tiap2 hari dia masak.  Jadik hampir setiap hari ada jek pegi kuar makan terutama kalo kuar jenjalan.

Malam isnin hari tu, lepas dari melawat adik ipar kat Kajang, kami singgah beli Satay kat Kedai Satay Arab kat medan selera Bandar Tun Razak.  Petang tu bawak mertua melawat adik ipar yang telah mendaftar masuk ke Giatmara bangi.  Berbekalkan google map, sampai le jgk ke situ, area kilang2 berdekatan Warta.  Lepas tu bawak adik pergi Metro kajang beli pakaian dan barang sikit.  Excited mertua nak teman, maklumlah ini anak bongsu, lepas ni tadak sape dah yang nak masuk sambung belajar.  Anak2 sumer dah habis belajar dah dan berkahwin, tinggal ada sorang lagi tapi dah diakhir semester UiTM.




Masa kat kedai sate tu sempat le jgk pak mertua berborak dengan taukeh kedai sate nih, peramah orangnya.  Mertua ni mmg sgt mesra alam, mana2 jek suke menegur orang, kat lif umah selamba jek tegur orang guna dialek pekat Terengganu tuh.  Nampaknya pak mertua suker benor dgn satay ni, habis licin sumer.  Dan semenjak itu, pak mertua asik sebut2 jek sate ni.  Jumaat malam tuh sekali lagi pegi sana beli sate coz bapak mertua request nak makan.  Kesian le plak coz sabtu esoknya dah nak antar mertua balik Rompin.  Malam tu lepas isyak g le beli dan tapau makan kat rumah.  Tetunai le hasrat bapak mertua nak makan Satay Arab ni sekali lagi.

Satay arab ni paling sy suker adalah kuah kacang dia.  Sate dia harga 80 sen secucuk, datang sekali dengan kuah + timun + bawang.  Nasi impit sepeket RM1, sesuai untuk makan 2 orang.  Nampaknya ada jual sate ayam dan sate daging saja.  Tapi makan sate ayam dia mmg puas hati coz tadak lemak diantara ketulan ayamnya.

Kedai dia terletak di medan selera di belakang BP Petrol Bandar Tun Razak, didepan pasaraya Pak Aji. Boleh jgk nak tempah tapi kena pergi awal le seawal jam 5 petang.  Sy tak pasti dia bukak jam berapa coz kami biasa dtg malam.  :)



No comments:

Post a Comment