Thursday, 20 March 2014

Percutian ke Bali Day 3


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Bersambung semula kisah cinta kami ke Bali untuk hari yang ketiga, harapnya bulan mac ni sempat siapkan le ke lima2 entry pasal Bali nih.  Nasib baik ada teknologi terkini, sumer nota2 perjalanan ni dah masuk siap2 dalam henfon.  Hari ni bangun pagi rasa semangat sikit sebab supir nak bawak pegi Krishna kat Kuta, tempat shopping secara bundle dan murah2.  Macam Mydin le kiranya Krishna ni cuma xjual le barang letrik, perkakas sekolah bagai.  Kedudukannya pun bukan di pusat bandar, mmg kalo nak pegi kena naik teksi atau naik kereta ler.  Memandu kat Bali ni sama le kat tempat2 lain, mmg menakutkan.  Hubby ada jgk ckp boleh sewa motor ajek tapi kat kg kat Malaysia yg tadak kete banyak pun tak naik motor, apatah lagi nak merempit kat sini, idak ler.  Org putih selamba jek naik motor sumer.  Lgpun kekdg penat otak fikir caner peraturan lalulintas dorang ni sebenarnya, nak tentukan jalan oneway pun daku tak reti.



Pintu depan Krishna

Balik dari Bali ni, dah boleh bukak kedai urut dah.  Massage oil yang ada akar2 tuh agak 'hangat sikit' tapi bukan panas yea, harga dalam IDR20k jek pun.  Tu yg memborong byk giler minyak nih.  Gigih bungkus botol2 kaca ni dgn kain baju seblm masuk beg.  Sampai KL baru pening, aku nak buat apa ngan minyak byk2 nih.... 

Tak sangka nak mencari kain batik plak kat sini tapi dah ternampak, memborong le apa lagi.  Murah tak sampai  IDR60k jek pun sehelai.  Yg kat belah kiri tu paling mahal dan kain dia paling elok, jenama dia H.A Purnomo (HAP).  Ehhh korang beli apa kat Bali?

Kat Krishna ni daku cari minyak yang staf kirim, tapi sikit punya byk jenis minyak...xtau yg mana satu.  Byk massage oil yang sgt2 harum, memborong le byk dgn harapan nanti kalo g spa boleh bawa minyak massage sendiri. Selain itu daku beli kain batik untuk simpanan peribadi.  Masa pun tak byk, mmg xpuas le nak pusing2.  Kalo ikutkan daku, 3 jam pun tak cukup nak membelek2 dalam ni.  Kain batik daku beli 5 helai jek, ambik sumer design yg ada.  Bila balik hotel baru perasan ada lain2 brand rupanya, jadi dpt ler lain2 kualiti.  Sib baik terambik 2 kain batik yg kualiti dia elok skit.  Kain mcm pua kumbu tu, kain batik canting pun ada jual.  Byk jgk baju yang ready made.  Daku sempat beli dress pendek untuk pakai kat rumah.  Souvenir pun ada jgk, tapi kena pandai pilihlah coz kekadang ada jgk yang ada defect skit.  Mmg sesangat memerlukan masa yang panjang yea di sini.  Kat sini boleh guna kad kredit kalo duit rupiah dah susut.  :) Kat sini juga ada jual kopi bali, kerepek dan makanan tradisional dan ada jugak lukisan.  Bila dah abis carik barang baru jumpa hubby, hubby suh cepat sikit.  Iskkk lelaki ni kan, mmg tak memahami  peel pompuan kan....hubby ni pun salu hilang dr pandangan..penuh dgn org dalam nih..














Selepas shopping, kami meneruskan perjalan ke Tanah Lot. Nak  masuk ke dalam Tanah Lot ni seakan ada tol yg kena byr sebelum kenderaan masuk ke kawasan ni.  Fee entrance dia IDR30k seorang dan IDR5k untuk parking.  Sy suker Tanah Lot nih...bagi kaki shopping dan kaki jln mcm daku ni, tempat ni mmg wajib pegi.  Gerai2 jualan sikit punya byk kat kawasan nih....barang2 dia pun cantik.  Kedai2 ada yg besar macam Krishna dan boleh pakai kad kredit kalo line dia ok ler...masa kami pegi tu line xok, terpaksu buat muka seposen pinjam duit kat hubby. Daku ada nampak ada 1 kedai yang jual ukiran kayu jgk.  Masa kat sini mmg byk giler gambar daku, apa tak nya memaksa hubby ambik gambar kami berdua dengan alasan boleh tunjuk kat anak cucu nanti.  Mana2 tempat yg cantik mmg dah siap2 dah berdiri baekkkk punya depan kamera hubby minta diambil gambar.  Kira macam tol le kan, wajib ambik gambar bini dulu...selagi tak ambik selagi itu le daku kacau halang dia ambik gambar...hahahahahahaaaa...jahat kan

Tempat ni teramat luas, bukan saja kuil tgh laut tuh tapi ada lagi kat atas2 tuh batu yg curam ke pantai.  Ada jgk tgok orang surfing kat situ.  Pemandangan pun sgt cantik.  Hubby pun kejap2 hilang, aduhai...naik juling bijik mata cari dia dicelah2 mahnusia kat situ.  Kitaorang xde le meredah air ke pura tgh laut tu, cuma berdiri atas batu tgok pantai.  Kat sini byk jurugambar yg boleh ambik gambar dengan bayaran tertentu, gambar boleh dapat masa tu jgk.  Yg best dorang tak paksa, dah peniaga dia sangat beradab.  Kami pusing2 dan sempat minum air kelapa kat gerai2 kat situ.  Lepas tu kami pergi parking kereta cari supir.  Bagus supir ni kejap jek cari dah nampak dia.





Ayam betutu, mcm ayam masak lemak tapi dia mcm ada guna herba...rasa dia sedap

Kegemaran hubby, sampai kat supermarket Kuta hubby pergi cari perencah bumbu Bali dalam peket


Yg ni free, sedap...sumer sedap kalo dah lapar :)


Kami meneruskan perjalan ke Ulan Danu Beratan.  Kawasan perbukitan yang sgt cantik, dalam 2 jam perjlnan dari Tanah Lot.  Masa kat puncaknya kami diturunkan di Kedai Makan Saras.  Kami order ayam betutu, ayam bumbu bali dan sup cendawan, nasi putih dan air.  Makanan kat sini sgt sedap, IDR50k seorang le anggaran mknan yg kami mkn ni.  Tapi mmg puas hati, ayam ni ayam kampung. Sambil makan kami laki bini berebutkan ayam ni, yelah sgt lapar + sgt sedap ok, rasa mcm xcukup jek seorang seketul.  Satu sikap hubby yang sangat sweet, dia takkan habiskan sumer mknn depan dia...dia jenis makan cepat dan akan tinggalkan sikit utk bini dia yg pelahap ni.  Masa kat dalam kereta kami tanya apa mknan yg glamer kat Bali.  Supir ckp untuk bukan islam 'Babi guling', untuk orang islam 'ayam betutu'.  Kat sini dia ala carte dan kat tingkat bawah ada surau tapi untuk perempuan telekung tidak disediakan.  Yg best supir ni pegi makan sendiri, xkacau kami nak dating.












Lepas makan kami menuju ke tasik kawah gunung berapi di Ulun Danu, naik turun bukit untuk sampai ke tasik kawah di bawah.  Bila sampai deretan kedai2, tetiba nampak ramai orang pakai tudung yang meniaga tepi jln tuh.  Pahtu nampak masjid...wahhhh ramai orang islam kat sini rupanya.  Supir ckp dorang ni mmg orang asal Bali, bukan yang dtg dari tempat lain.  Nasiblah ada supir, kalo jln sendiri ni harus hubby dah menapak ke masjid tuh.  Kami pun masuk parking dan beli tiket, parking IDR5k sekali masuk dan entrance fee IDR30k.  Masuk dalam kawasan ni sgt cantik macam taman botanikal plak.  Cuma sygnya tgh hujan, jadi view gunung ganang mmg xnampak ler.  Kami tumpang berteduh kat balai kat sini, ada org sewa payung dgn harga yang sgt murah.  Kami pun sewa, payung kitaorang tertinggal kat hotel dan kami pun jln2 ditengah hujan tuh, daku layan hubby yg suker ambik gambar.  Kesian, petang2 mmg hujan manjang masa kami pegi ni.  Kawasan ni tak ramai sgt pelancong, mungkin kedudukannya yg sgt jauh ke utara, udara dia sgt fresh.  Air dia pun bersih, xbyk aktiviti manusia di sini.  Sekejap ajek di sini, kami keluar menuju gerai2 tepi parking kereta.  Kat sini ramai muslim jadik ada byk jual telekung cotton cantik2 ala batik.  Serius cantik design dia...jarang jumpa telekung macam ini.  Daku xbeli coz daku suker telekung kat Bukit tinggi lagik.


Kami menuju ke Kuta balik, dalam perjlnan ada byk orang jual arnab atau kelinci dalam bahasa di sini.  Comel2 anak kelinci dia, geram tgok.  Keadaan agak berkabus dan daku dah terlentok di seat belakang.  Buka mata dah sampai satu kuil.  Hubby jek le turun singgah, daku tunggu dalam kereta ajek.  Sorry le yea my lovely hubby, xleh teman dah xlarat dah nak menapak.  Tau aje le kat sini kawasan pelancongan dia sikit punya besar siap dgn taman2 segala, nanti pengsan plak sape plak nak tlg.

Sampai hotel terus booking nak berurut malam ni kat spa bawah.  Sebelum tuh pegi tukar duit lagi, 1st time dalam sejarah daku melancong pegi tukar duit 2x, 2 hari berturut2 nih.  Terpaksa meminjam duit hubby, sib baik hubby sayang kat bini dia ni.  Nak tukar duit sini senang, tukar kat gerai2 yg jual kain baju souvenir ajek, yg ptg ada signange dorang letak kat luar kedai. Masa daku tgh kira duit tu, daku perasan yg orang tu terlebih kasi duit sekeping IDP50k.  Terus bgtau dia dan kasi pulang kat dia, xsampai hati plak nak tipu.  :)

Tepat jam 8.30 mlm daku turun bawah, berurut.  Berurut kat sini best yg amat.  Lepas beberapa mlm yg sudah dah buat hair treatment dan facial, tapi bagi daku urutan kat sini ler yg paling best.  Mmg best urutan dia, sama level dgn urutan spa yg berharga beratus2 kat KL nih.  Lepas urut, dia guna hampas kelapa plak untuk scrub.  Daku siap tgok dan gigit lagi hampas kelapa tuh...mcm tak percaya dorang guna untuk scrub.  Confirm hampas coz xde rasa dah santannya.  Cuma dia gaul dgn minyak kelapa kot, pahtu baru scrub2 skit2 kat badan.  Scrub dia x sebest scrub kat kl yg dia sental2 dengan bersungguh tuh.  Ingatkan dorang guna produk mcm Mustika ratu, Sari ayu ke apa...rupa2nya tidak, dorang ada produk sendiri.  Tapi mmg berbaloi le dengan harganya,. Lepas sudah, pakai tuala dan berlari ke shower kat luar bilik urut untuk mandi.  Risau jgk bertembung dgn customer lain coz kat sini lelaki pompuan campur jek.  Lepas tu naik ke atas dengan gembiranya sambil dengki2kan hubby....faham sgt hubby mesti save duit dia tu sikit utk buat spa jgk... Oh ya nama spa kat bawah hotel ni De Nyu Spa.  Hari tu ambik package body scrub + body massage, IDR150 untuk 1 jam setengah.  :)

Esok bersambung plak untuk hari ke-4


No comments:

Post a Comment