Thursday, 6 March 2014

Percutian ke Bali Day 2





Assalammualaikum

Bersambung semula di entry Bali untuk hari yang kedua.  Hari ni lebih pada misi shopping sebab daku plan nak beli lukisan untuk rumah baru nanti.  Nak cari kenang2an untuk trip ke Bali ni.  Byk jgk google tgok yg pergi Bali beli lukisan.  Nampaknya hubby pun tgh dalam perkiraan untuk beli lukisan jgk, sy ajak share beli dia xmo plak.  Tak pe le, sy dah agihkan duit untuk beli lukisan dah pun...bajet sy tak lebih dari RM200.




Seawal 9.00 pagi supir ambik kami di hotel dan bawak ke tempat tarian Barong.  Kami naik mpv yg muat 5-6 orang dewasa.  Kalo pegi rombongan ramai2 kira jimatlah.  Sebenarnya kami xde tentatif program pun untuk Bali ni.  Hubby pun walau pernah pegi tapi dia nak supir yg syorkan tempat2 yang menarik kat kami.  Daku plak ckp xkisah mana2, yg penting daku nak pegi Krishna, nak pergi Pasar Ubud/Sukawati beli lukisan dan pergi ke Tanah Lot.  Sy cari info pasal Bali pun sekali imbas jek. Sebenarnya mula2 daku agak confuse antara Tarian Barong dan Kecak Dance ni...hahahahahaaaa...  Entrace fee untuk Tarian Barong ni IDR100k seorang, beli tiket sebelum masuk.  Mula dalam 9.15am kalo tak silap dan habis dalam jam 10.0am pagi.  Hubby ckp ada beberapa tempat yg main tarian ini, supir bawa yg dekat dgn hotel aje.  Masa dapat tiket, kita akan dikasi sinopsis untuk cerita ini.  Saja sy xnak tunjuk kat blog ni sbb nak kasi suprise kat korang, lagi pun rasa cam xfaham baca sinopsis dan dari sinopsis tu kena pandai interpret sendiri tgok pada pergerakan penari.  Ok jgklah.....ada tarian, drama, ada lawak jenaka. Penonton pun ramai jgk dan sy suker pada kumpulan pemain muzik yg memainkan alat muzik tradisional sebelah pentas nih.





Selesai tgok Barong Dance, kami dibawa ke kawasan tarikan pelancong di belah utara.  Hari ni kami akan menjelajah bumi Kintamani, kawasan pergunungan volkano yang cantik dan sejuk.  Dalam perjalanan itu kami dibawa singgah ke beberapa tempat.  Di atas adalah tempat perusahaan batik.  Banyak jual batik pasang, baju dah siap jahit, shawl, souvenir, kasut batik, alat meja, sarung kusyen.  Tapi daku xbelilah, agak mahal harga kat sini.  Kat atas ada jual lukisan, didalam xboleh ambik gambar tapi dah terambik beberapa keping gambar dah pun..


.
Singgah ke perusahaan emas dan silver.  Tapi sumer yg dah siap, sy carik jugak gemstone kalo ada.  Tak ada rupanya dan tak sampai 10 minit kami dalam ni. Tak best le tempat ni...


Pintu masuk ke galeri.  

Tengah melukis sawah padi menguning

Dibawa ke galeri lukisan di Ubud.  Kat sini lukisan dia cantik2 tapi xboleh ambik gambar.  Daku mcm berkenan kat lukisan sawah padi menguning yg mcm tgh dibuat kat atas ni tapi saiz lebih besarlah.  Tapi melihatkan harga tu mmg xmampu le.  Jutaan rupiah harganya lukisan kat sini tapi dari segi kualiti mmg terbaiklah untuk pengumpul lukisan.  Hubby berminat sgt pada lukisan laut...tapi daku xsetuju.  Lukisan padi menguning ni adalah pilihan kami berdua...tapi xbeli.  Ni kira design baru sebab lukisan dia timbul dan semacam ada batu2 kecil yg membentuk lukisan. Lukisan kat sini ada certificate...  Cuma lukisan kat Bali ni byk bermotifkan Bali samada manusia, patung atau binatang yg tak berapa sesuai untuk gantung kat rumah.



Lepas tu dibawa ke kilang pertukangan kayu, byk ukiran kayu dijual di sini.  Kebanyakkannya yg berkaitan dengan agama, ada beberapa jgk yang corak bunga2an.  Sy tgok hasil kerja kat sini mmg halus dan kayu dia pun berkualiti.  Sy mcm nak membeli jgk tapi bila tanya harga dia...hhhhmmm lebih mahal dr lukisan yg daku nak beli kat ubud tuh.  Kang tak terbeli plak lukisannya.  Kalo tak silap ukiran yg tiga beranak tu pun mencecah jutaan rupiah walaupun xde ler besar sgt pun.  Ada jgk nampak ukiran kayu yg mcm tingkap tuh, itu pun jutaan rupiah jgk harganya.  Bila check balik kamera, heran jgk kenapa le daku xambik gambar kat sini agaknya.  Gambar2 hari kedua ni byk dari kamera hubby.  Daku ni kalo bab menyoping....dah lupa dah kamera.  Sib baik hubby ada as backpup.  








Minyak wangi, ada byk lagi pilihan haruman

Lepas tu otw nak naik ke perbukitan Kintamani singgah jgk ke ladang teh, berhenti kat tepi jln yang ada hutan.  Risau jgk...nak kena culik ke apa kami ni, dah le tgh hujan renyai2.  Rupa2nya kat bus stop dlm dah ada promoter sediakan payung dan bawa kami masuk dalam ladang kopi..jalan kaki melalui denai, sambil2 itu ditunjukkan pokok2 kopi.  Hubby ler xpernah tgok, daku dah biasa dah tgok coz arwah ayah dulu ada tanam.  Selain itu ada jgk tumbuhan herba, 1st time tgok pokok vanila.  Kami diberitau ttg kopi luwak. Rupa2nya musang ni hanya makan biji kopi yang terbaik aje, maksudnya cari biji kopi yang besar2...yg ciput tak main ler.

Teruskan perjalanan sampai ke lereng bukit, kat bawahnya adalah hutan tebal dan curam.  Kami dihidangkan dgn pelbagai jenis teh dan kopi.  Yg kami suker adalah spice teh, vanilla coffee, lemon grass teh, roselle tea.  Luwak coffe pun ada tapi kena byr skitlah.  Kami masuk ke kedai yang menjual teh dan coffee berdekatan dgn pondok ini.  Hubby beli spice teh.  Nama jek spice tea tapi daun tea xde pun....dia campuran kunyit dan herba lain. Dulu masa pegi berspa kat putrajaya, daku diberi minum teh serai.  Kami ni rasa kagumlah sbb sedap, pekerja indonesia tu ckp senang jek nak buat.  Rebus air dgn serai, pahtu guna air tuh untuk bancuh teh.  Senangkan...yg ni lemon grass tea rasa2 dia macam ada lemon skit.  Daku pun mengorek rahsia, rupa2nya mmg dorang campur lemon dalam teh ni. Jadi bila dah siap teh serai kat atas tu nanti, campurkan aje dgn sedikit perahan lemon.  Sebab tu xbeli sbb rasa boleh buat sendiri...hahahahahahaaaa.  Daku plak beli minyak wangi kat atas tuh...wangi bau dia.  Skrg g keje pun pakai bende nih, xde dah branded perfume. Harga korang boleh tgok kat gambar tuh.




Lepas tu kami menuju ke perbukitan Kintamani, masa ni hujan...jadi xdpt le menengok pemandang danau yg cantik kat sini.  Sebelum naik kena byr entrance fee dulu kat tengah jln, xingat berapa tapi rasanya rp30k sekali masuk.  Kawasan ni macam cameron highland le tapi kedai2 kat sini tak banyak, strawberry pun xada.  Kami singgah makan kat kedai makan halal disini, kami ambik buffet IDR100k seorang, byr dgn supir coz lebih murah supir yang uruskan.  Masa ni kami mkn berdua ajek, supir makan sendiri.  Kedai mkn ni bertingkat2 rupanya, tapi ambik mknn kat atas ni le.  Kami dok atas je, duduk kat pondok bersila.  Makanan kat sini xbest sgt le coz banyaknya sayur, ayam ada tapi xbyk jenis.  Ikan xde, daging pun xde.  Lepas makan baru turun bawah g open air surau restorent ni punya, telekung ada disediakan kat situ tapi surau share le lelaki pompuan.  Saya siap halau lg hubby keluar, pahtu hubby ckp share le surau ni lelaki pompuan. :)



Kami melalui Teggallang rice teres. Lalu aje tapi tak singgah coz sesak dgn kereta, parking xde.  Tgok je le rice terrace ni sepanjang jln tuh.  Cantik sgt terrace ni, kalo Kami minta supir bawa kami ke Pasar Ubud.  Nampaknya tak sempat nak ke Pasar Sukawati.  Supir ckp Pasar Sukawati skrg xmacam dulu dah, skrg ni dah byk pelancong masuk...jadi harga pun dah jadi macam Pasar Ubud dah.  Supir bgtau nanti dia bawak kami pegi ke Krishna beli souvenir murah.




Depan Pasar Ubud ada istana ini, kami singgah sekejap coz hubby nak ambik gambar.  Memasing tak roaming, jadi tak boleh terpisah..kang tak jumpa sampai esok pagi kang.  Dah le Pasar Ubud ni luas. Hubby ckp dulu-dulu pasar ni hanya bangunan kayu.  Sekarang ni dah bangunan batu bertingkat.  Kat sini macam2 orang jual, xsenarai kat sini.  Daku cuma berkenan kat seluar aladin yg byk org putih pakai tuh, tanya kat Kuta IDR120k.  Tawar punya tawar (sampai kuar kedai dan dia panggil balik) baru le dapat IDR50k sehelai. Kalo korang pegi Bali mesti jumpa coz seluar ni byk jual kat gerai2, seluar ni ada corak2 paisley, kat perut ada kedut2 tuh, kat kaki ada getah..sbb tu sy panggil seluar aladin heheeheheee. Selain tu kami pegi beli lukisan, kuar masuk dalam 5-6 kedai lukisan jgklah.  Kami berkenan pada lukisan sawah padi menguning tuh tapi tak ngam ngan konsep rumah baru plak.  Jadi kami beli lukisan bunga yg besar. Mula2 nak beli lukisan abstrak bulat2 tapi hubby ckp itu design 3 tahun lepas.  Nampaknya design skrg ni design lukisan 3D yang timbul2 tuh.  Lukisan dapat dalam IDR600k untuk lukisan saiz 60x30inci.  Dah puas dah tawar xleh turun lagi, dah le kena byr cash aje boleh.  Dah malas nak buat drama merajuk dan tunggu dorang panggil balik, beli je le.  Suh hubby beli lukisan sawah mengguning tuh tapi dia xnak plak. Dorang gulung dan bungkuskan.  Lepas tu pegi cari supir dan balik hotel. Dah puas dah hati dapat lukisan idaman hati. :)







Sampai hotel, pujuk hubby teman tukar duit, lepas beli lukisan duit dah nak abis dah.  Dah le ini baru hari ke-2, ada 3 hari lg dok Bali ni.  Duit sy mmg ada coz hari tu sy tak tukar semuanya. Pegi tukar kat money changer yang bersepah.  Dapat cari yg boleh kasi murah.  Daku pegi tempah spa sebelah hotel untuk buat facial plak, IDR66k termasuk sevis charge...ada plak serice charge tuh, lepas ni buat aje le kat hotel tadak sevice pun.  Balik hotel terfikir kenapa le pokai sgt ni...baru perasan yang masa kat KL hari tu just tukar RM650 jek.  Pahtu guna duit tu jgk byr hubby IDR800k tuk byr duit hotel plak coz hubby nak duit rupiah,. Pakej supir 3 hari yang kami ambik ni dah kena byr IDR675k seorang.  Aiyooo...tetiba rasa miskin walau duit rupiah ada beratus2 ribu dlm tgn lagi.

LUKISAN KAMI....:) ada lapik plastik kat atas dia

P/s:  Kalo nak tengok gambar2 yang lebih cantik dan penceritaan dari sudut seorang traveller lelaki, boleh klik kat blog chenta hati sy...klik sini.  :)  Habis le jatuh saham hubby lepas ni, dalam blog dia bukan main lg macam org bujang.

No comments:

Post a Comment