Sunday, 9 March 2014

MH370: Please come back

*Tears*

Sabtu lepas dalam perjalanan nak ke Bangi, daku mendengar berita pesawat MH370 telah hilang.  Masa tu rasa terkejut yang amat sangat dan saya sangat2 sedih.  Yelahkan ini pesawat komersil, kalau ada apa2 nahas mmg impaknya sangat besar.  MAS adalah syarikat milik negara kita, kehilangannya memberi kesan yang sangat besar bagi negara kita.  Sedih sangat.  Semasa perjalanan naik bas ke PD untuk kursus kerjalapangan, hati tidak pernah lupa dari mengingatkan kapal terbang ini.  Berdoa semoga semuanya selamat mendapat dan tiada kemalangan jiwa berlaku.  2 hari berkampung di PD, lepas setiap sesi, kami bergegas balik ke tempat penginapan untuk tengok berita.  Setelah lama menunggu hati begitu pilu disebabkan belum ada lagi berita sahih mengenai kapal terbang ini.

Bertambah sedih bila melihat saudara mara mangsa yang dengan penuh doa menuunggu di KLIA.  Bulan depan daku pun akan naik kapal terbang MAS juga untuk penerbangan yang lebih panjang.  Doakan yg terbaik untuk MH370 kita ini. Semoga semuanya selamat.

Sehingga hari ini, air mata mesti akan menitis bila tengok berita tentang kapal ini.  Ya Allah, di manakah ia sekarang berada.  Semuanya berlaku dengan kuasa Allah jua...

Andai di darat, tunjukkanlah
Andai di udara, turunkanlah
Andai di lautan, timbulkanlah

MH370 please come back, ur home...MALAYSIA

*Tears*

No comments:

Post a Comment