Friday, 28 March 2014

Jom pergi Mid Valey naik komuter


Assalammualaikum

Masa pergi Mid Valley semasa bercuti panjaannnnng hari tu, ternampak le Habib.  Terus daku masuk dan tanya boleh ke nak tempah bebola gelang yang telah hilang.  Bebola tuh ada 6 bijik dulu tapi dah hilang sebijik masa pergi kursus kat Cherating, yelah masa tu kan berlari2 ke pantai macam amazing race, angkut air dalam gelaslah, mengukur kelapalah, pahtu berkejar plak mencanting batik...tak perasan bling2 dah hilang sebijik.  Sy mmg suker gelang tu dan salu pakai sampai warna dia dah macam tak nak shining sgt.  Gelang tu beli tahun 2011 dan yang istimewanya hubby yang pilih (tp daku yg byr ler).  Sy ni tak reti meminta2 dgn suami benda2 mahal macam ni, paling mengedik pun minta bawak makan, itu pun kedai mkn biasa2 jek atau tgok wayang.  Sy trade in bangle sy yg beli hasil berjimat duit hantaran dulu.  Dulu tahun 2010 harga emas RM140 jek dan masa kawin mmg sy kawal bajet sbb mmg nak agihkan sebahagian untuk kenang2an beli barang kemas.  Tapi malang ada defect skit kat bangle tu terus tukar dan ambik gelang ni, tambah skit le tuk beli yang besar skit, beli kat MV jgk.

Jadik sy minta adik tuh nak tempah bebola yang hilang tapi sy tambah jgk 1 bebola extra kat hujung, supaya tadak lompong sgt.  Lepas tu suh chrome balik kasi bling2.  Akan ambik masa dalam sebulan setengah baru siap dan deposit RM100 bagi setiap tempahan.

Selain itu, saya tempah jgk buat relang kat satu batu swaroski.  Batu swaroski ni hubby beli kat Prague masa dia tour europe tahun lepas.  Hubby beli  beberapa butir dan agih2kan kat ipar duai, mmg sesuai sgt coz dorang ni suker perhiasan kan.  :)  Ipar duai yang lain dah maju setapak dah dari sy, dorang dah awal2 dah tempah cantik2 dah.  Sy plak kena le tempah jgk coz pemberian hubby kan, nanti dia xbelikan dah kalo xbuat apa2 tindakan. Kristal tuh bentuk love dan mmg sgt cantik, bila shining jadik warna kuning.  Sy ada lagi kristal bentuk love saiz kecik, tgh fikir nak buat apa....kalo ada 2 bijik boleh buat anting2.  Tgh fikir2 nak buat cincin tapi kristal ni dah siap ada lubang plak....

Kalo nak tempah design tertentu lebih mudah bawa sekali contoh design yg kita nak tuh bagi memudahkan urusan



Emas tgh murah, boleh ler nak tempah2 nih.  Dah pencen dah beli barang kemas, upgrade mana yg ada jek, betulkan mana yg dah rosak. Dilanda kemerosotan ekonomi semenjak beli rumah baru ni, kena byk berjimat cermat.  Heheheee...  Dah lama sy tak tempah, coz sebenarnya agak trauma nak tempah2 ni coz dalam 4 tahun yg lepas sy ada tempah gelang pearl kat kawan kepada kawan sy.  Pompuan bengong tuh jual gelang2 kristal tapi ambik tempahan ikat gelang jgk.  Sy bagi le pearl mutiara air tawar yang dulu sy beli masa g Beijing dan kristal yg kirim kat kawan dari Cairo.  Dah bertahun2 tak pulangkan, macam2 alasan diberikan...beranaklah...pindah rumahlah.  Org lain beranak pinak dan pindah rumah berjuta2 kali jgk,,,tp xde songlap barang customer.  Dah followup tahun lepas, dia janji nak carik bila sy dah bengang, pahtu dia ckp dah jumpa dan minta alamat.  Bila sy kasi alamat sampai sekarang tadak khabar berita.  Geram sgt sampai rasa nak letak nama dan alamat tempat keje dia kat blog nih. Bukan sy jek kena, barang beberapa kawan2 sy pun tak dipulangkan jugak.  Masa kasi pearls tu sy ada simpan sebijik mutiara untuk kenang2an, tak kasi sumer.  Jadik mmg sy kenal le rupa pearls tuh sampai sekarang.  Sebab tu skrg antar terus ke kedai besar2.  Takut kena tipu sekali lagi.  Jarang jumpa peniaga yg penipu tapi bila terkena mmg sakit hati sesangat.

Beberapa minggu lepas pergilah MV untuk ambik tempahan tuh. Masa nak beli tiket ni daku mcm terbangang2 jgk ler coz dulu2 kalo ke utara ambik yg nak pegi Rawang, kalo nak ke selatan ambik yang nak pegi Seremban.  Sekarang ni kalo nak ke utara ambik ke Tanjung Malim dan ke selatan ambik Sungai Gadut...macam comel jek nama Sungai Gadut nih.  Pahtu komuter yg dr Pelabuhan Klang tu dah sampai ke Batu Caves plak.  Sekarang ni daku tgh bersemangat nak tunggu MRT plak siap, boleh naik MRT jek nanti ke IKEA.  Hari tu g IKEA, tgok projek ni tgh berjln, daku dah berangan dah nak naik MRT ke Ikea nih, xde le daku salu sesat jek bawak kete balik cheras.  Harapnya nanti gomen boleh buat lagi projek LRT ni banyak2 kat KL ni, biar jadi macam kat Paris tu yg kalo jln kaki dalam bandar akan jumpa metro dalam jarak 700m jek.




 Ada coach untuk wanita tapi ada sorang mambang angin tersilap masuk coach tapi buat muka selamba tenuk ajek...rasa cam nak kasi tamparan wanita ajek. Patut terpampang kat coach tu 'wanita sahaja, jika bukan wanita anda adalah spesies dotdotdot'



Dah lama tak naik komuter.  Seingat sy last sy naik komuter dalam tahun 2000 kot semasa masih belajar lagi di Bangi.  Selepas tu tak pernah lagi, sy mmg akan mengelak dari nak komuter sebab lepas pindah KL sy selesa naik lrt.  Suami sy tahu sy suker pergi Mid Valey dan sy salu ler merengkek kat dia yang susah nak cari parking, kena kuar jam 9 baru senang nak cari parking.  Hubby sy ckp boleh naik komuter jek, selang 1 stesen jek dari rumah kami ni.  Sy pun dulu tak tau yang dekat area rumah ni ada stesen komuter salak selatan, tau ada lrt jek.  Tahu pun bila anak buah sy minta hantarkan ke stesen komuter nih.  Jadik sy parking kereta kat tempat parking berbayar di stesen ni, parking RM3 perentry, sy pergi hari sabtu....hari lain sy tak pasti berapa kadarnya.  Tapi hari sabtu mmg xbyk kete pun yg parking.

Terkejut jgk le bila naik komuter ni...mesin beli tiket masih mcm dulu2 tapi bila naik couch nyer dah upgrade byk ler....ala2 lrt dah tempat duduk dia.  Tak sampai 15 minit dah sampai stesen mid valey, betul2 tepi mid valey jek stesen dia.  Tak perasan bila wujudnya stesen ni sebab masa sy naik dulu2 mmg xada lagi.  Cuma perasan dulu masuk tv ada sorang perempuan komplen xde jejantas nak menyeberang ke MV, jadi bila jejantas tu dah siap kekangkawan dia ckp 'ehhh tu jejantas ko dah siap!'.  :)  Tambang dari Salak selatan ke MV RM1.00 jek sehala, daku beli return siap2 sebab confirm kat stesen MV nanti sesak beratur nak beli tiket punya.

Keluar lrt terus naik lif dan ikut ajek orang2 kat situ berduyun2 masuk miv valey.  Sampai MV terus g Habib ambik gelang dan pendant yg sy antar hari tu.  Cantik dah...terkejut jgk bila tgok pendant tuh..cantik dia buat.  Gelang tu pun cantik jgk sebab dah cuci kan, tapi bila bandingkan emas yang dah cuci dengan buat baru..mmg yg buat baru lagi shining ler.  Patut le biasa orang trade in dan beli baru jek.  Harga untuk pendant tu dalam RM300++ untuk kos emas dan upah.  Terkejut jgk, tapi salegirl tu ckp kalo biasa harga dia bawah RM100 kalo ikat dgn emas bukan 916 atau suasa.  Tapi yg ni mahal sikit sebab ikat dgn emas 916 dan tukang ambik masa berhari2 buat sebab takut kristal ni pecah kalo kena api.  Yg gelang tu plak, biasa ler ikut harga emas semasa tapi harga upah dia agak mahal le jgk, rasanya upah dia sama jek dgn upah beli gelang baru.  Tak pe le kan sbb dia buat cantik dan ikut apa yang kita nak.  Lgpun ini kan pengalaman, lain kali boleh le bajet kos dia kalo nak hantar tempah kat situ.  Kena le fikir2 jgk yea ttg kos tempahan bila beli loose gemstone nih.


Tadaaaa...dah siap


:)

Terima kasih sudi baca blog sy


No comments:

Post a Comment