Tuesday, 25 February 2014

Percutian ke Bali Day 1



Assalammualaikum

Lama dah tak buat entry pasal percutian...haahhaaa sebenornya lama benor dah tak bercuti ke luar negara nih.  Sekarang ni rasa dah makin tua rasa macam nak slow down sikit.  Masa tahun lepas sebenarnya nak pencen dari bercuti bila passport dah mati tapi tetiba hubby ajak g Phuket, terpaksa le plak renew passport, ikutkan xmo dah.  Sy mula menjalankan operasi merayau2 ni bermula tahun 2008.  Semenjak dari itu adalah dalam 2-3 kali setahun daku bercuti sakan...tak hengat donia. Dalam tempoh itu, banyak le jgk tempat2 percutian yang daku dah pegi dah...sampai sekarang ni rasa macam dah mula jemu. Sekarang ni rasa macam memilih le tempat nak pegi nya, rasa cam nak pegi sekali sekala tapi bermakna...apa makna nya tu yea? :)

Tahun lepas hubby ajak g Bali coz dapat tiket murah.  Bali ni adalah destinasi pilihan hubby untuk honey moon dolu2 tapi daku plak xmo pegi dgn alasan xkuasa nak menengok kuil segala.  Masa tu ada kawan baru balik dari bali dan cerita kat daku...terus tertutup napsu nak pergi sana.  Hubby plak ckp suker Bali coz ia unik dan kat sana berbeza coz dia hindu kuno.  Hubby ckp Bali adalah destinasi percutian yang dia terasa nak repeat, hubby dah pegi dah tahun 2006.  Daku tetap xmo, jadi kami pegi ke Manila.

Tiket yang hubby dapat ni masa promosi hari tu, RM222 pergi balik.  Daku pun, okkan ajelah kan.  Lgpun daku mmg xde mood dah nak pergi cari tiket kapal terbang.  Biasa dulu2 bila dah dekat masa nak pergi bercuti ke sesuatu tempat, daku dah mula dah mengodek internet cari tiket nak pergi tempat lain plak. Mmmg dasar...


Sy suker TBS-BTS ni coz dia moden.  Nak turun ke ruang menunggu ke bhgn bawah ada escalator yg ada security akan check tiket. Jadi hanya org yang nak naik bas je boleh masuk, safe sikit.


Ruang menunggu bas yg luas.  Tgok tuh, bas dah sampai! Ada pintu khas untuk keluar ke bas dan kaunter, ala-ala LCCT pun ada kan.....:)

Jadi bulan januari lepas, pergi le kami laki bini ke Bali.  Masa penerbangan jam 10.30 pagi dan sampai ke Bali dalam 1.15 petang, penerbangan ambik masa dalam 2 jam 45 minit.  Kami parking kereta di Terminal Bersekutu Selatan-Bandar Tasik Selatan.  Murah le kalo nak parking bermalam kereta kat sini, RM5.00 perentry perday.  Parking bertingkat dan syukur alhamdulilah selamat le kereta HC hubby tuh.  Biasa kitaorang parking kat parking berbyr depan LCCT tuh.  Dari TBS-BTS kami naik bus ke LCCT dengan harga RM8.00 seorang.  Daku xtau pun kat sini dah ada bas ke LCCT.  Seronok le naik bas ni coz bangunan baru, security ok dan xramai orang.  Kami bawak beg backpack aje coz xbeli luggage, tapi daku bawa beg plastik berzip dlm bag backpack coz terasa macam nak beli lukisan kat sini.  Terasa nak beli sesuatu yang bermakna kat sana, yg boleh jadik kenangan dan berguna utk rumah.  Balik je kami beli luggage.

Masa kat LCCT sy nampak ramai sgt org beratur kat imigresen, jadik daku pun ikut hubby guna mesin automatik passport tuh.  Daku berdiri kat pintu masuk xberani nak masuk, terus tanya hubby caner nak guna.  Hubby ckp 'pegilah kaunter beratur'.  Sedihnya sy, bila sy nak pusing g kaunter, tetiba abg yg jaga situ tegur 'senang jek nak guna cik'.  Sy ckp le 'sy tak reti nak guna ni encik'.  Pahtu dia ckp 'masuklah try, kalo tak try tak tau'.  Pahtu dia ajar cara nak guna.  Ingatkan nak kena selak passport bagai, rupa2nya just masukkan sebuku passport kat slot depan, pahtu tunggu arahan kat screen.  Nanti skrin akan paparkan maklumat ttg kita, pahtu kuar arahan suh letak ibu jari kat bawah skrin tu ada tempat nak letak cap jari macam biasa kalo g bank islam tuh.  Masa ada arahan tuh kuar kat skrin, tempat letak cap jari tu akan bling2 menyala.  Lepas tu ambik passport dan keluar.  Senang gilerkan....nasib baik ada abang tuh tlg tunjuk, kalo nak harapkan laki sampai bila xnak tunjuk.  Sy doakan abang tu murah rezeki, hidup bahagia dunia dan akhirat.  Bila pergi depan skit, hubby tersengih2 sambil offer air mineral yang tinggal baki seciput...bengang jek...terus sy moody tinggalkan dia....sampai Bali baru tegur dia.

Org Bali mmg pencinta tumbahan ler...tepi pagar, kat halaman rumah dorang suker tanam pokok.  Tak kisah kat rumah ke, kat kedai ke, kat bangunan besar ke..sumer tanam pokok. Dorg salu tanam bunga Frangapani kat halaman rumah, bunga ni akan diguna untuk upacara semayang mereka.

Depan rumah mereka biasa ada pura, iaitu tempat semayang keluarga

:)

Sampai Bali, terus kami beli tiket teksi kat kaunter tiket betul2 keluar dari airport.  Urusan airport xcerewet sgt tp barisan scan beg masa nak kuar tuh agak panjang jgk ler.  Baru terasa yang Bali ni mmg tumpuan mat saleh Aussie. Masa ni airport tgh renovation, hubby ckp airport lama lagi cantik dan tradisional.  Masa g Bali ni daku baru lepas operate, jadik luka masih xsembuh, sakit menusuk2 dan bernanah plak tuh.  Jadi mood mmg kelaut ler, follow jek hubby ckp apa.  Trip ni 100% hubby yang uruskan, daku tukang kasi RM jek. Search internet pun ala kadar jek.



Koridor hotel

Ambik masa dalam 20-30 minit nak sampai hotel kami kat Legian, Legian ni dalam kawasan Kuta.  Dulu hubby dok area pantai Kuta, jadi kali ni sy ckp ngan dia carik le tempat lain.  Nama hotel kami ialah Grandmas Hotel, hotel ni ada beberapa cawangan sekitar Bali.  Harga plak, kami duduk 5 hari...hotel dalam 1.6 juta rupiah, booking melalui internet sebelum pergi.  Kawasan sekitar hotel dikelilingi oleh gerai2, ada jgk beberapa SPA kecik2an dan tour kiosk.  Hotel konsepnya moden dan terbuka, cahaya masuk direct ke koridor xpayah guna lampu.  Bilik nyer ciput teramat, berlaga pinggang ngan hubby kalo berjln dalam bilik tuh.  Hotel tepi jln besar, mlm2 agak bising dengan org mabuk merempit.  Org putih sini suker naik motor, ditepi2 jln ada byk motor berderet boleh disewa.   Cerek, peti sejuk dan seterika TIDAK disediakan yea. Tapi 2 botol air mineral akan dibagi setiap hari.  Tidak bergunalah bawak megi byk2 pun. Hubby suh guna air paip panas tuk masak megi...sabor je ler.  Safety box ada.  Hmmmm...next time pegi carik hotel lain ler.

Sampai ajek kitaorang menyusuri jln kenuju ke Kuta hingga ke pub yang dibom dulu tuh, ada tugu peringatan telah di bina di situ.  Jln2 sambil cari tour kiosk yg menawarkan harga yg murah.  Daku tertarik dengan tour yg pegi Lombok tuh, tapi masa ni ombak kuat....xde feri.  Kalo nak ambik tour pegi Lombok ni kena bermalam semlm di Lombok, hotel kena tempah sendiri, tour hanya cover pengangkutan saja.  Macam menarik jgk tapi hubby ckp lebih baik ambik tiket KL-Lombok saja, xmahal sgt pun.

Suker jln kat jln dia coz bersih dan redup bawah pokok.  Motor2 tepi jln tu adalah untuk disewa.

Pagi-pagi dorang semayang dan letak bende ni di depan gerai.  Serbasalah nak langkah....




Tiga hidangan diatas + 2 jenis air + 2 pinggan nasi = 110k rupiah

Kami sempat singgah makan kat restoren, tapi tak berapa sedap ler.  Baru tahu yang boleh masak taucu dalam kangkung.  Hhhmmmmm..boleh try masak lepas nih.  Lepas tu kami menyusuri lorong2 kecik berjln kaki semestinya menuju ke pantai Kuta, ambik masa dalam 15 minit dan pegi cuci mata kat Hard Rock Bali. Disepanjang pantai ada byk hotel yang hebat2 dan berbintang2.  Pelik jgk sy tgok bila pantai dia ada pagar berbentuk senibina bali, ingatkan kena byr tapi free je pun.  Kami menyusuri pantai Kuta, masa ni pantai ni kotor dengan sampah kat gigi air.  Tapi walau kotor ramai jgk orang duduk nak tengok matahari terbenam.  Daku dah terasa sakit kat tempat operate, mungkin berjalan di pasir yg byk menekan perut.  Ada byk aktiviti kat pantai ni, ada yang bermain luncur air, bertatu color, bersantai, bermain bola tampar, beryoga,  minum2, ada jgk pedagang jual mcm2.




Berselfie

Tgok tuh ada semacam pagarkan, kat belakang pagar tu pantai kuta


Setelah beberapa lama, kami terus balik ke hotel melalui lorong kecik.  Bila nampak kawasan lapang, baru faham yang dulu tempat ni adalah kawasan belukar berpasir dgn pokok2 kelapa.  Sekarang penuh dgn kedai2 jual macam2 dari pakaian, kain baju, selipar, beg, souvenir dll. Tak beli pun kat sini coz tau ada tempat lain lg murah. Sampai hotel terus rehat.  Malamnya daku terus pergi ke SPA bawah hotel tuk buat hair treatment dengan harga 60k rupiah untuk sejam.  Murah gilerrr....

Hubby plak memlm turun bawah untuk tempah kereta sewa kat kaunter hotel bawah dengan harga 450k rupiah sehari.  Harga ni termasuk kereta, supir dan petrol...entrance fee + parking  kita kena byr tau, kekadang mkn tengahari supir pun kita kena byr.  Hotel ni ok coz ada kaunter untuk tour dan ada jgk spa kat basement, cafe pun ada.  Daku dok hotel malam tuh sambil tgok tv lepas balik merayau. Lepas dari SPA, sempat pusing2 dulu sebelum naik atas, hubby ckp Bali adalah tempat yg paling selamat didunia. Malam2 mmg dorng xganggu kita, xjumpa orang saja lepak2 atau siul sana siul sini tgok org putih cantik lalu lalang.  Penjual dia pun berbudi bahasa, xde paksa2 kita beli. Kat Bali ni orang2nya alim skit, biasa tempat mcm ni mmg xkan jumpa peminta sedekah.  Memasing rajin berkerja mencari sesuap nasi, walaupun pendapatan tidak sebarapa tapi tetap gigih berusaha.  Kat KL plak org lebih suker meminta sedekah dari carik kerja!!!. Padahal sihat ajek tubuh badan. Skrg ni mmg dah stop kasi sedekah kat peminta sedekah atau yang jual brg2 meja ke meja tuh.




Signage Money changer ni merata ada, nak tukar duit dalam gerai biasa ajek.  Boleh compare2 harga.

Terima kasih sebab sudi dtg ke blog sy!



11 comments:

  1. wahh bestnyerr..!! selamat bercutii..!!!! semoga selamat pergi (dah sampai pun kan) & selamat balik..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq..tq...dah sebulan dah balik nyer pun. Busy skrg buat KIK...entry ni pun seminggu baru siap.

      Delete
  2. salam alaik , Menyediakan pakej ke Bali,Medan, Padang dan Bandung dengan harga yang sangat berpatutan dan berbaloi-baloi, berpengalaman mengendalikan beratus-ratus trip, pakej Muslim , keseronokan anda kebahagiaan kami

    whatsapp : 0175367426 insyirah
    emel : melancongmurahbaloi@gmail.com
    instagram : melancong_murah_baloi

    ReplyDelete
  3. Wah banyak aktiviti menarik boleh buat kat bali ni.
    Sangat menarik dan membantu.
    Tq sharing.
    jemput ke blog sy ye


    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. PAKEJ 4 HARI 3 MALAM MEDAN - DANAU TOBA


    "DAY 1

    TIBA BANDARA INTERNASIONAL KUALANAMU MEDAN ("WELCOME TO MEDAN")
    PERJALANAN KE LAKE TOBA
    MAKAN TENGAHAN (LUNCH)
    SINGGAH KEKEDAI PATEN (SHOPPING KACANG TUMBUK YANG BERNAMA TING-TING , TANG-TANG , TUNG - TUNG ,PING-PING , PONG-PONG
    TIBA DI PARAPAT (LAKE TOBA)
    CHECK IN HOTEL DANAU TOBA INTERNATIONAL COTTAGE
    MAKAN MALAM DINNER
    ISTIRAHAT
    TOUR PERTAMA BERAKHIR

    "DAY 2 "

    SARAPAN PAGI (BREAKFAST)
    MENAIKI FERRY MELAWAT KE PULAU SAMOSIR
    SINGGAH KE TOMOK MENGENAL SEJARAH SEJARAH TOMOK
    BALIK KEDANAU TOBA
    MAKAN TENGAH HARI
    TOUR KE BRASTAGI ( DALAM PERJALANAN)
    SINGGAH KE PUNCAK LAKE TOBA SIMARJARUNJUNG MAKAN PISANG GORENG SPECIAL SAMBIL MINUM COFFEE
    SINGGAH KE AIR TERJUN SIPISO PISO MELIHAT PEMANDANGAN SIPISO PISO WATERFALL
    CHECK IN HOTEL KAT BRASTAGI
    MAKAN MALAM ( DINNER )
    WISATA MALAM
    TOUR KEDUA BERAKHIR

    "DAY 3 "


    SARAPAN PAGI (BREAKFAST)
    SINGGAH KE BUKIT GUNDALING
    SINGAH KEPASAR BUAH BRASTAGI SAMBIL MENIKMATI JAGUNG REBUS DAN JAGUNG BAKAR DAN BERKENDARA MENAIKI KUDA
    MEMETIK STROWBERRY SENDIRI
    PERJALANAN KEMEDAN
    SINGGAH KEKEDAI BATIK
    CHECK IN HOTEL
    ISTIRAHAT BAGI YANG NAK ISTIRAHAT , BAGI YANG TAK BOLEH PERGI PIJAT TRADISIONAL MEMANJAKAN DIRI DAN RILEX
    MAKAN MALAM ( DINNER )
    KEMBALI KE HOTEL ( ISTIRAHAT )
    "DAY 4 "
    SARAPAN PAGI ( BREAKFAST )
    MELAWAT KE ISTANA MAIMOON
    SHOPPING MAL KOMPLEK
    SHOPPING BIKA AMBON
    KELILING KOTA MEDAN SAMBIL MENUNGGU MASA TRANSFER KE BANDARA AIRPORT KUALANAMU MEDAN



    "HARGA PAKEJ 4H3M / PAX
    RM 430 / PAX (MIN 5 ORANG )


    "PAKEJ INCLUDE
    TRANSPORT FULL AC
    HOTEL 3 STAR , 4 STAR
    BREAKFAST , LUNCH , DINNER
    AIR MINERAL
    DRIVER AND TOUR GUIDE
    FERRY KEPULAU SAMOSIR

    FOR INFORMATION :
    WHATSAPP : +6287867000255 (Saidina Umar)
    FACEBOOK : saidina umar , melancongmedan
    group facebokk : melancongmurahsodap(travellyholidays)
    EMAIL : medanhiphop@gmail.com
    blogspot : melancongmurahsodap.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
    Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
    Wechat ID : astawa-krishna
    RM 160 Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
    Sewa Kereta Murah Kat Bali
    Ingin melancong dengan pakej termurah? Kami berikan anda jawapanya. Pakej Pelancongan & Pakej Percutian Murah Kat Bali dijamin termurah dan memuaskan!
    We offer Halal Bali Tour & Travel Packages for Muslim travelers. Included of halal food(حلال), prayer facilities, and etc.

    ReplyDelete
  6. Bercuti ke Bali jangan lupa beli pakej percutian, pakej honeymoon, atau sewa kereta dari kami, murah :) WA: +62 877 88 555 153. BBM: 5646FC68. https://goo.gl/4YZYLy

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. ssalamualaikum

    Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

    Myvi Saga RM120 sehari
    Alza Rm150
    Exora RM160
    Avanza RM170
    Innova Rm200
    Urvan Rm250

    Hubungi Raziman
    0129600702 whatsapp/call

    ReplyDelete
  9. ssalamualaikum

    Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

    Myvi Saga RM120 sehari
    Alza Rm150
    Exora RM160
    Avanza RM170
    Innova Rm200
    Urvan Rm250

    Hubungi Raziman
    0129600702 whatsapp/call

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum

    Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

    Myvi Saga RM120 sehari
    Alza Rm150
    Exora RM160
    Avanza RM170
    Innova Rm200
    Urvan Rm250

    ReplyDelete