Tuesday, 4 February 2014

Dahan patah sudah


Assalammualaikum

Seperti yang korang sedia maklum, sy mmg anak petani yg asal dari kampung di Sabah nun.  Entah kenapa boleh tercampak ke KL ni, buat masa ni duduk rumah atas awan.  Untungnya rumah ada balkoni ada le luas sikit, mmg masa beli rumah hari tu tertarik dgn umah ni coz balkoni dia luas.  Jadi urusan bertani dan berkebun ni mmg sejak dari lahir dah biasa.  Mama sy suri rumah dan suker menanam pelbagai jenis tanaman di halaman rumah.  

Masa kecik2 arwah ayah punya tanah yang sgt luas, jadik arwah ayah suker menanam pokok buah2an. Hasil dari berkebun inilah yg digunakan untuk sekolahkan kami 12 orang adik beradik. Bermula dengan menebas, menanam dan menjaga akan mengambil masa yg agak lama.  So mama akan teman arwah ayah dengan menanam sayur2an disekitar tanah yang ditebas oleh arwah ayah.  Arwah ayah akan sediakan kawasan untuk mama berkebun dan arwah ayah akan membakar kawasan itu supaya lebih subur.  Tiap2 pagi sementara arwah ayah menjaga dan membaja kawasan pokok buah2an yang baru tu, mama akan menyiram dan menjaga kebun sayur2an.  Nanti dekat tengahari dorang akan balik ke rumah sama2 bersama sayur2an yang dipetik dari kebun.  Jadi setiap tahun tapak sayur2an ni akan berubah2.  Kejap sana, kejap sini.  Itu tak termasuk dengan kebun2 dihalaman rumah lagi.  Jadi sedari kecik sy dah biasa meneman mereka ke kebun, membantu petik sayur, buang rumput kat batas dan ambik air kat sungai berhampiran untuk siram sayur2an.

Bila duduk di KL dirumah tinggi ini, sy mmg tak boleh duduk tanpa pokok2 disekeliling sy.  Terasa udara yang dihela lebih sedap baunya bila ada pokok.  Sy mula menanam pokok2 di balkoni.  Pokok2 herba yang asas tu mmg ada le, tapi sy tambah extra dengan tanam pokok buah2an macam jambu air nih.  Syukur alhamdulilah walaupun dalam pasu, ia rajin berbuah.  Beberapa bulan lepas dia mula berbunga dgn banyaknya lepas sy tukar pasu lebih besar.  Sebelum ni berbunga 3 tangkai aje. Skrg ni sy kira ada 9 tangkai sumer nya.






Jgn tertipu, ni gambar dahan yang sama cuma angle jek berlainan :)


Ni gambar dahan yg sama masa tengah mekar berbunga

Selepas beberapa bulan, ia makin membesar sebesar ibu jari kaki. Setangkai buahnya adalah dalam 10-12 bijik buahnya.  Sy risau takut pokok ni tak cukup nutrien, jadi sy buangkan buah2nya tinggalkan dalam 4-5 bijik saja.  Kekadang dalam sedahan tu ada 3-4 tangkai, risau pulak patah.  Selepas sy buangkan, tetiba banyak plak putik2 baru muncul.  

Jadik sy biarkan ajalah dan ada jgk yg sy buang.  2 minggu lepas buah2nya makin lama makin membesar, sejambak buahnya yg paling besar dekat dengan pagar dah gugur, bila sy periksa dahan tu dah patah.  Habis sumer buah dia gugur.  Sedih le tuan tanah nyer nih kan.  Bila buah dah makin masak, saya rajin jgk ambik dan makan buahnya coz takut main lama makin berat.  Semlm dahan yang paling lebat berbuah kat atas ni dah patah pulak, ada 7 bijik buah kat dahan nih.  Nasib baik dah masak, boleh le ambik buat makan.  Angin pun kuat kat atas nih.

Buah2 ni hampir masak serentak, jadik minggu ni kena ambik le sumer...takut nanti jatuh plak sayang. Dah rezeki keluarga belah suami dtg masa buah tgh ranum.  Anak-anak buah pun minat nak petik walaupun buah tak cukup ranum lagi.  Ramai jgk yang sempat merasa buah dia kali ini.  Lepas ni kena tunggu 2nd batch buah dia plak.  Dah makin besar dah, dah dekat nak kembang bunganya.  Sekarang ni 3rd batch putik baru mula bercambah plak.  Tu yg kena ambik buah masak dia ni cecepat supaya cukup nutrient untuk buah baru plak.  Seronok ada pokok buah2an ni.  Hari tu sebijik ciku dah masak, sempat kasi kat mertua rasa.  Pokok ciku ni kalo masak mmg manis.  Pas keje mesti pergi jenguk pokok2 ni kat balkoni, happy jek dorang hidup dgn subur.  Sekarang ni balkoni meriah dengan kewujudan buah2 yg bergayutan berwarna merah ini.




2nd batch

Yg ni 3rd batch...baru nampak kemunculannya

Yg 3rd batch ni agak terbantut coz sebulan dua ni kami byk keluar blik  Rompin, pergi bercuti, balik Dungun.  Banyak daun dia kekuningan sebab kurang air agaknya.  Minggu lepas cuaca agak panas kan, kesian pokok aku nih.


2 comments:

  1. pokok kecik tp dh bbuah.. bestnyer. camner ley bputik time pokok nyer masih kecik lg..? bagus lah. share ckit kak. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pokok ni masa beli kat nurseri dah besar dan hampir mula berbuah. Kalo kat nurseri ada jek pokok2 kecik mcm mangga, jambu air, jambu batu, limau, ciku yg kecik2 dah berbuah. Kena letak baja setiap 2 minggu dan kena siram tiap2 hari. Pasunya plak kena besar, barulah dia boleh berbuah byk sikit. Boleh letak kulit telur selain air basuhan beras dan air perut ikan. :)

      Delete