Monday, 20 January 2014

Singgang Pedas Ikan Parang



Assalammualaikum

Dah 2 minggu mertua duduk kat rumah ni.  Best jalan2 dan masak2.  Semalam hubby tgh tengok tv ckp kat mak 'dah lama tak makan singgang pedas'.  Daku masa tuh dah landing baek punya kat bilik.  Pepagi mak citer yang hubby nak makan singgang pedas. Daku terkejut le terus ckp 'ehh abg poo tak makan singgang'.  Pahtu mak ckp singgang ada 2, satu singgang biasa dan satu lagi singgang pedas.  Baru le daku perasan nama 'singgang PEDAS', itu pun kekadang tersasul sebut 'singgang merah' coz mak ckp kuah dia warna merah.  Terfikir2 jgk bini dia ni, caner le rupa mknn yg suamiku tetiba nak makan nih. :)

Tadi pergi mid valley pergi beli ikan parang kat Jusco.  Yelah kan, seboleh mungkin kita nak memenuhi impian suami sendiri kan, walaupun bukan diri sendirik yg masak.  Hubby ni mmg agak manja skit, kalo balik kg salu le sebut nak makan itu ini.  Dapat plak mertua yang rajin masak dan rajin memenuhi permintaan anak kesayangan nih.  Apalagi daku pun ambik kesempatan ambik resepi.  Ptg tadi tgh lepak2 dalam bilik dengar lesung berbunyi kat dapur, terus meluru ke dapur tgok mak masak, sib baik xsiap masak lagi.  Mertua mmg berasal dari T'ganu, jadik cara hidup dan masakan mmg ikut cara situ ler.  

Ok, ni resepi yg dapat hasil berguru dari mertua.  Ni mmg orginal punya resepi, boleh le tambah2 bahan-bahan lain ikut selera memasing yea.  Bagi sy resepi masak T'ganu ni xbyk sgt bahan guna, selain itu mmg sgt unik.  Setakat ni masakan kegemaran sy ialah laksa putih, nasi dagang, nasi minyak dan gulai lengkuas. Perggggg...mmg sedap. 



Bahan-bahan

2 potong ikan parang (ikan kerisi/merah pun boleh...ikan bersisik yg sesuai)
2 sudu cili kisar yang telah blender
2 biji bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci lengkuas (ditumbuk)
Setengah inci kunyit hidup (ditumbuk)
Sekeping asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara

Tumbuk bahan tumbuk hingga lumat, masuk dlm periuk.  Tambah air, masukkan asam keping, garam, gula dan bahan perasa.  Masak sampai mendidik dan dah siap!!!.  Singgang ni air nya letak byk macam masak singgang biasa tuh.  Tapi daku kalo masak sendiri xsuker masak letak byk air coz bukan kita makan semua pun airnya tuh.  Begitu jgk kalo masak sayur masak lemak, santan letak cukup2 boleh masak sayur jek.  Jimat2..

Ehhh..tersentuh bab jimat ni kan.  Semalam ada jiran tepi lif, Kak S dtg rumah...akak tu kasi cream aloe vera tuk hilangkan parut, bila nak kuar jumpa plak ngan jiran rumah sebelah chinese. Daku dan Kak S ni mmg sgt rapat dah macam adik beradik dah, daku salu lepak umah dia yg cantik + byk pokok, dia lepak umah sy tgok pokok.   Jadi bermesyurat tingkap le kami bertiga.  Jiran sebelah rumah tu bgtau yang tarif letrik dah naik dan tanya berapa latest bil kitaorang.  Sy ckp le bil bulan lepas dalam RM35 jek, dia ckp bil dia RM45.  Oklah kan coz sy dok 2 orang dan dia dok 3 orang.  Tetiba Kak S ckp yg bil dia mencecah 3 ratus setiap bulan.  Terkejut le kitaorang, dia pun duduk 3 orang cuma bezanya dia suri rumah sepenuh masa.  Terus le kami advised dia cara2 nak jimatkan letrik macam turn off water heater dia kalo tak guna (water heater Kak S ni mmg pasang 24 jam!..mau nyer bil dia tak naik bertingkat2 mcm tingkat umah kami jgk!!. Lepas tu suh dia tutup suis sumer barang2 elektrik kalo xguna, biasa dia switch off jek.  

Sy bab2 letrik ni mmg suker berjimat dari zaman bujang dok menyewa reramai lagik.  Bila keluar bilik terus tutup lampu dan kipas.  Malam pun tak pasang lampu, sumer rumah bergelap....rumah tinggi oklah kan buat mcm ni.  Lepas guna barang eletrik, akan tutup suis sumer.  Dulu ada terfikir nak beli termos yg boleh keep warm sentiasa tuh tapi bila fikir2 mesti bil letrik naik...jadi beli je le termos biasa. Bila masak nasik pun macam tu, jarang biarkan dalam keadaan 'keep warm'.  Water heater xpakai.  Aircond pasang 1-2 jam jek malam..kekadang xpasang pun, lepas tu off dan guna kipas coz hubby xsuker kalo sejuk sgt.  Bila keluar rumah nak pegi keje akan pastikan sumer suis dah ditutup.  Bila keluar rumah nak pegi melancong/blik kg, akan pastikan sumer suis dah ditutup dan plug dicabut.

Lampu dan mentol pun tukar kepada yg jenis save energy sumer.  Suami sy seterika baju keje dia seminggu sekali (rajin kan!!).  So far oklah bil letrik kitaorang, tak pernah lagi mencecah sampai RM50 sebulan pun samada bil anggaran atau bil sebenar.  Bil air pun sama, bila air kitaorang dalam RM20 jek sebulan walaupun dok kondo.  Bil2 ni tak byk mengkopakkan wallet kitaorang, bil Unifi jek paling mahal....tapi xpe coz itu hubby yang bayar dan dia kan tgh study skrg.  Dulu masa bujang pakai stremyx tapi hubby upgrade ke unify supaya lebih laju, lantak le yang penting sendiri upgrade sendiri bayar bil.  Ehhh...sumer bil kegunaan bersama pun suami sy byr tapi bil lain tu sy guna duit elaun yg hubby kasi tiap2 bulan ler :).  Astro pun dah potong, hubby ambik Hypptv skrg...tambah RM50 jek sebulan...lagi best boleh tgok macam2. Tension ngan astro yang tiap tahun naik harga.  Bil lain, bil maintenance dalam RM180 dan bil telefon, sy masih pakai prepaid!.  Skrg byk guna whatupps/weechat jek, kat umah ada wifi, kat opis pun ada wifi.  Laki bini pun kena saling ingat mengingati ttg penjimatan letrik ni, baru rumahtangga aman bahagia, ehh terasa cheapkate sgt le plak kitaorang nih :).  So kengkawan, boleh mula audit penggunaan letrik korang yea....

Ehhh dari resepi singgang terus melalut ke bil letrik plak...  Malas nak buat entry baru, carcamarba dah entry nih..sorry yea






4 comments:

  1. akk...ni yg rasa balik nk masak singgang ni.haha..orang ckp lg lama singgang ni simpan,lg sedap..huhu..bab jimat tu samala kita kak.bukan kedekut..jimat...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali makan singgang ni rasa best plak kan. Jimat...boleh menyimpan lebih skit. hehehe..

      Delete
  2. Sedap nya Bai...dh lama x buat gak ksu pon Singgang pedas ni. Nak buat lah nanti. Leh jd menu pantang gak benornya ni cuma less cili kisar. Sedappppp. Ada byk versi gak singgang pedas ni, ada yg suka taruk daun kesum or bunga kantan.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Belah mertua bai ni yg bai suker resepi dorang guna bahan asas jek....taruk daun kesum/kantan lagi sedap nih. :)

      Delete