Tuesday, 7 January 2014

Restoren Mee Tarik Warisan Asli Bandar Sg Besi


Garlic mee

Assalamualaikum


Bulan disember tahun lepas sy telah pergi servis kereta untuk 80KM.  Mula2 buat major servis saja, lepas tu minggu depannya baru pergi tukar timing belt coz minggu lepas malas dah nak tunggu lagi 2 jam.  Technician tu ckp boleh lagi ler nak jalan dalam 1000km.  Tapi sy tak nak ler tunggu lama2 sgt, dah le jauh berulang hari-hari, xmo ler sy kete rosak tengah jln.  Tp memandangkan servis ni pun dah RM300++, servis timing belt tu pun dalam RM300++ jgk, rabak purse kalo buat sekali...tunggu le gaji baru buat.

Jadik pagi tuh sy g antar kete dan malamnya pujuk hubby tlg antar g workshop ambik kete.  Best le my hubby skrg ni, dah jadi suami mithali ringan tulang tlg.....g naik kete baru hubby, best nyer ada kete baru!  Kami ni terbalik, sy jenis akan kekal ngan kete selagi boleh jln, sy rajin g servis dan buat maintenance.  Hubby plak jenis pakai kete 5 tahun jek, pahtu tukar kete baru.  Sekarang ni rasa sgt best coz kete dah abis bayar!!!  Membebel2 kat hubby nape tukar kete, bla bla bla, kete dia walau dah 5 tahun tapi macam baru beli jek.  Hubby mmg kalo jaga barang dia, mmg jaga betul2.  Sy tak pernah nampak setompok pun kekotoran dalam kete dia...pakai kanta skodeng habuk pun xada, banding ngan kete sy yg jadik macam sarang lipas.  Kakak ipar sy ckp kete sy macam kete orang beranak 5!!!.  Mertua sy dtg minggu lepas baru ler sy dok buat spring cleaning.......tak sangka ada 2 plastik sampah dalam kete sy...mertua sy plak jumpa kulit pisang...xingat masa bila sy mkn pisang dalam kete, mungkin balik dari pasar mlm dulu2...heheheheeee

 



Sebenarnya dalam pertengahan tahun lepas sy dgn member Mrs. Ana (haiiiiiii.....lama tak kuar dating!!!) dah pegi dah tempat ni.  Tapi masa tu hari jumaat tghari, kami dgn gigihnya dtg dari bangi, tapi tutup rupa2nya. Sy pun tak tau yang ini restoren cina muslim, ingatkan jual mi udang.

Jadik malam tu, hubby ajak le g cari restoren kat area ni.  Tak sangka hubby pun bgtau yg ada satu kedai mi yg glamer kat situ.  Sy pun tunjuk le restoren ni, rupanya yg hubby maksudkan restorent inilah.  Sebelum order kami intai2 meja sebelah order apa.  Org meja sebelah ckp kalo suker sayur boleh le order yg ini....jadik sy pun order yg sama macam dia, hubby order garlic mi.  Skodeng2, kat dalam ada orang buat mi tarik sebijik macam dalan TLC.  Rupa2nya pekerja kat sini sumer orang cina muslim yg boleh ckp melayu sikit2.  Kalo nak tgok dia buat mee tarik boleh tgok kat dalam tuh.

Makanan dia oklah bagi sy.  Yg sy makan tu mmg tawar, tapi yang hubby makan tuh mmg sedap. Sy sampai ambik kuah mi hubby buh dalam mi sy.  Sy yg biasa makan tawar ni pun rasa ketawaran nyer apatah lagi hubby yg suke makanan yg 'berasa'. Lain kali pegi mmg nak order yg hubby makan tuh.  Mi dia unik coz makan tak rasa kapur.  Sekarang ni banyak dah restoren cina muslim kan, kat bangi pun banyak tapi tak pernah pegi.  Tips dia yg sedap bak kata budak melayu yg jadi tukang ambik menu tuh, cari yang gambar dia besar kat dalam menu dia.  Menu yg dia kasi kat kita masa nak order tuh tau bukan gambar besar kat dinding dalam restoren dia tuh.

Laki bini blogger tegar, jadi sebelum makan ambikkkk gambar duluuuuuuu....

 Yg sy punya


 Sy membelek2 teh ni, dok telek apa ada dlm ni...rasa dia macam teh jasmin


 Harga dia bagi sy oklah.  Sy mmg suker makanan yang exotic, jenis yang suker try macam2 masakan.  Boleh le yea kengkawan kalo nak pergi try restoren ni.  Nampak ramai jek orang dtg restoren ni.  Senang jek nak cari, kat area kedai2 baru depan dgn LRT Sungai Besi tu jek.  Kalo dari mines, depan traffic light depan LRT Sg Besi tu, g belok kanan. Masuk area kedai2 lama tu dulu baru pergi ke area kedai2 baru buka.  Dari restoren ni nampak pizza hut, depan kedai ni ada restoren jual steak.  Parking pun agak mudah.  Masa nak turun kete jumpa ngan kete lama hubby....kawan dia dok senyum2 kat kitaorang!!!  :) windu plak ngan AGW.

updated 8.1.2014

Hari ni ntah kenapa hubby rajin nak belanja makan.  Kami pergi ke restoren ni untuk kali yg kedua.  Sekarang mertua ada datang rumah kami dah 2 minggu, jadik bawak le dorang makan2 ke tempat ini, kecian pula asik memerap kat rumah aja.  Kali ni cuba menu lain plak.   Masih lagi mencuba menu yang gambar besar kat buku menunya.  :)

 Ni sy punya beef noodle, macam mi sup tapi agak berminyak sikit.  Rasanya sedap dan sy mula sukakan mi kuningnya. 

Ni mak dan mertua punya, tak best sgt 

Ni hubby punya, seperti biasa hubby punya sedap.  Ni mi cendawan, yg hitam2 tuh adalah cendawan.  Seperti biasa bini dia ni suker kacau2 hubby punya pinggan.  Nanti boleh order yang ini pulak.


3 comments:

  1. kita kerap jugak kak mkn sini..sbb portion dia besar dan harga berbaloi..tp yg paling kelakar setiap kali dtg lupa nbr brape yg order sebelum tu..sbb menu dia mcm xfamiliar,kalau kitorg dtg order je yg mcm nmpak sdp..kalau sedap,ok la.kalau xsedap..dah niat dah xnk order lg yg mcm tu.tp next time dtg..lupa dah mana sedap..mana yg kurang sedap..huhu..tp masa kk dtg ni mcm xramai yew?ok la tu,sbb kalau mlm minggu ramai sangat..crowded sikit la.kurang selesa.=)

    ReplyDelete
  2. Kami biasa pegi malam biasa, xramai sgt org. Kekadang belah dalam tuh kosong jek. Gambar dlm menu mmg kekadang mengelirukan, beza sikit bila sampainya. Sekarang ni masih lagi order try n error nih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..samala kak..try & error je sokmo~

      Delete