Wednesday, 15 January 2014

Pasar Tani Taman Tasik Permaisuri


Assalammualaikum

Semenjak memerap kat rumah ni, aktiviti banyak pergi cari bahan mentah nak memasak.  Mertua dah 2 minggu duduk rumah, jadi hampir tiap2 hari kena cari bahan mentah.  Harus di ingat mertua datang dari Rompin sana yang sumer benda fresh, ikan fresh sayur fresh.  Bila dtg kl ni sumer xberapa nak fresh, jadik nak cari yg fresh sikit kena le pergi pasar.  

Pasar tani ni dah lama wujud kat sini tapi daku xpernah pergi.  Biasa daku singgah pasaraya pak aji jek tiap balik keje coz dah otw blik rumah.  Cuma ada jiran pernah ckp yang dia tiap2 minggu akan pergi pasar tani ni coz ikan2 dia lagi segar.  Jadi sabtu lepas, menapak le kat sana.  Parking banyak dan senang, jadik senang le kan.  Daku mmg pantang pergi tempat2 yang parking susah, bosan kalo kena saman.  





Pasar tani ni sebelah stadium bola sepak Cheras jek.  Bila bulan puasa, tempat ni akan jadik PARAM yg sgt byk gerai2 jualan.  Kami ke sini nak beli barang basah dan mknn untuk breakfast.  Tempat ni jadik tumpuan kepada org2 yg nak beriadah kat tasik permaisuri.  Elok le tuh...lepas penat2 jogging beli barang basah plak.  
Daku tgok gerai jualan tak berapa le ramai sgt tapi fungsinya sebagai pasar tani tu terpenuhi le coz ada byk jgk gerai jual ikan, daging, sayur.  Selain itu ada jgk gerai yg menjual makanan macam kat pasar malam.  Sy tgok tempat ni agak bersih dan selesa untuk kita membeli barang.  Ikan2 yang dijual kat sini pun ada macam2 dan fresh.  Yg paling sy suker kat sini ada jual daging fresh tempatan.  Dulu sy suker beli kat Tesco extra, tapi ntah kenapa dah xada daging tempatan.  Lepas tu sy rajin pergi pasar kajang beli kat sana, suker beli tulang rusuk dan daging coz lebih murah dan boleh pilih yang segar2. Kat sini harga mahal skit dr pasar kajang tapi ok lagi le kan banding nak kena drive ke kajang sana tuh.  Cecepat le periuk pressure cooker sy sampai, xsabar nak buat sup tulang.



Ok kengkawan, boleh try pergi pasar ini. Pasar tani ni kira alternatif lain le utk membeli brg basah harian.  Sekarang ni nak buat projek tanam sayur plak kat rumah.  Ruang balkoni dah makin sempit tapi boleh ler nak tanam sikit2.  Hari tu tanam cili tapi hampir mati plak diserang menatang putih2 tuh.  Dapat tanam sayur sikit pun dah ok, boleh campur dalam mi ke mihun ke.  Jimat skit duit belanja dapur.  :)


4 comments:

  1. kak bai...
    dulu ada jual coconut shake kat sini..
    sedappp gila...

    azie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Azie?. Tak perasan plak hari tu ada gerai coconut shake. Nanti kena try tuh...:)

      Delete
  2. pernah beberapa kali p pasar tani ni masa dok Cendana...tapi kitorang selalu beli kat Hero je...senang sikit...kadang2 je p pak aji:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, sy salu jgk pegi Hero beli barang basah. Salu parking kat parking berbayar tuh pahtu menyinggah dulu kat restoren Hajris makan. Pasar pagi macam ni xbest nyer, ada setiap hari sabtu jek. :)

      Delete