Thursday, 2 January 2014

Kecilkan saiz cincin



Assalammualaikum

Selamat tahun baru tahun 2014 kepada kengkawan semua.  Masuk tahun baru ni terfikir jgk apa pencapaian daku tahun 2013.  Tahun 2013 banyak memberikan kenangan manis kepada saya, walaupun tahun 2013 adalah tahun yg bajet sangat ciput tapi sempat le jgk pergi bercuti ke Phuket.  Kerja plak biasa2 saja, ada le jgk beberapa projek nak buat...semenjak pindah ni keje dah jadik macam plain, xbusy macam dulu2. Kenangan pahit juga ada, tersangat kecewa bila kehilangan sesuatu yang dah lama kami impikan, tak pe le tadak rezeki kata suami sy.  Dugaan  kepada kami telah menjadikan kami berdua lebih rapat dan lebih memahami antara satu sama lain.  Insyallah tahun 2014 ini diharapkan rezeki kami makin murah dan lebih membahagiakan.

Pagi tadi sempat menemankan mertua pergi shopping ke Jln TAR.  Walaupun dah masuk bonus tapi dah banyak shopping online dan tak ada baki lagi untuk shopping.  Cuma temankan mertua shopping baju raya je le, sementara itu sempat menyinggah kat Habib Semua House.  Tahun ni azam baru termasuklah mengelakan diri dari shopping barang kemas, cukuplah setakat yang ada.  Tahun ni kena menyimpan untuk beberapa trip bercuti dan juga untuk persediaan rumah baru.


Selepas tidak menjumpai design yang berkenan, daku akhirnya ambil keputusan untuk mengecilkan cincin yang sy beli kat Bangi hari tuh.  Sekarang ni emas semakin murah banget...rasa sakit hati plak coz dulu masa beli emas paling murah dalam RM180.  Lepas tu turun dalam RM150 plak, sekarang ni offer Habib RM137. Cincin ni dulu beli dapat RM135/g tapi tadak saiz, jadik sy beli le jgk walaupun besar coz berkenan dengan design bunga ni. Salesgirl tu kata boleh kecikkan tapi kat kedai emas tu tak boleh plak kecikkan.  Tadi adik tu kata boleh kecikan tapi kena caj le kalo tak beli apa2 kat situ.  Ingatkan mahal, rupa2nya tak de le mahal sgt, RM40 jek dan yg paling best boleh siap masa tu jgk.

Sekarang ni tadak dah nak beli barang kemas lagi, kalo ada pun just nak upgrade saja atau betulkan mana yang dah rosak. Semenjak kawin ngan orang pantai timur ni, dorongan untuk membeli barang kemas tu makin kuat coz ipar duai pun jenis yang suker brg kemas. Cuma skrg ni rasa cukup2 ler tuh Bahiyah oiiii...byk lagi bende lain nak beli nyer.  Nak beli byk2 pun tak best jgk coz skrg emas tgh murah, nak trade in pun rugi.  Ada satu gelang hari tu jurai2 dia dah jatuh sebijik, xjumpa carik.  Nanti kalo ada bajet lebih nak tempah jurai2 tu plak.  Tunggu le sebulan dua nih, nanti boleh cuci terus kasi bling bling.  Sekarang emas tgh murah mmg untung le kalo nak buat, cuma adik tu ckp kena tunggu sebulan lebih baru siap.  :)


7 comments:

  1. hi kak..lama xkomen kat sini..saya pown kahwin org pantai timur..sebelum ni tengok barang kemas mcm xde ap..tp skrg rasa nak membeli saja..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Izzah, lama x nampak? Busy ker?. Skrg mmg masa yg paling
      sesuai beli brg kemas. Tp kena carik yg betul2 brkenan coz kalo nak trade in rugi.

      Same ler kita, sy suker mknn pantai timur. Semlm sy minta mertua masak gulai kuning, sbb seblm ni sy masak mesti xsedap. Bila masak, mertua ckp santan kat sini xsedap (beli santan air kat cheras) sebab tu bila masak jek rasa dia xsama dgn mertua masak kat rompin. ;-)

      Delete
    2. tu lah,lama xkomen kat sini.baca selalu je.bz la kak,baru lepas majlis kahwin saya bulan 11 hr tu.huhu.owh akk mertua org rompin,saya tganu.=)

      hr tu majlis kt tganu,so terbeli la brg kemas kak.Emas kat sana rm130-rm135/g mcm tu.kat jusco tu sy tgk dalm rm145/g-rm165/g mcm tu rasanya.mana xterbelinya kak..murah sikit kan..ipar2 semua memang suka snagat beli & kumpul brg kemas.kita pown dah terjangkitlah..hehe

      Delete
    3. Ehhh pengantin baru ke?. Selamat pengantin baru untuk Izzah dan suami yea, bersabar dalam menghadapi rumah tangga. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

      Mertua asal dari T'ganu tapi berpindah ke Rompin, jadi budaya dan makanan mmg cara orang T'ganu. Emas kat sana mmg lebih murah dari KL. Sy pun terjebak jgk dengan ipar duai, org belah sana mmg suker beli. Mertua sy siap kasi rantai + gelang kepada setiap anak pompuan dia, lelaki dpt samping songket. Cumanya kalo dok kl ni, kita xboleh le nak pakai banyak2, nanti tarik perhatian penjenayah. Skrg ni baru le sy insaf skit....xbeli dah!!. :)

      Delete
    4. thanx kak..heee..

      betul2..kita pakai kat rumah je la kak.kita beli pown sbb investment kan..hehe..=)

      Delete
  2. kedai emas tu blh kecikkn cincin emas putih x sis?? kat area mna ye kedai tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti plak. Ni sy pegi Habib Jewel Semua House. :)

      Delete