Thursday, 31 October 2013

Buah pertama Mulberi


Assalammualaikum

Bulan Mei lepas daku telah ke Sg. Besar menghadiri kenduri kawin adik ipar.  Lepas tu singgah ke sekolah kawan lama Miss Eley di sebuah sekolah kat sana.  Sebelum tu nampak dia pos perihal pokok mulberi ni kat fb, jadi daku pun dgn muka tak malu cari dia minta sebatang dua nak buat benih.  

Otw balik Cheras, daku minta Mr. Hubby singah kejap dan sempat le berbual kejap dan daku diberi 4 batang pokok mulberi.  Yg hidup 3 batang jek tapi yg 2 batang tu lama2 mati disebabkan kegatalan tuan balkoni yang suker memindah2.  Lepas tu terus insaf dan terus berdoa agar sebatang yg tinggal ni sihat walafiat le hendakNya.


Berdebar jgk nak tunggu dia berbuah.  Bila tgok blog orang lain, petuanya adalah suruh trim supaya nanti akan bercambah daun baru bersama buah.  Tapi sebabkan pokok ni baby lagi, tak berani le nak trim.  Cuma adalah 2 bulan lepas bila dah panjang sgt rantingnya tu trim jgk le.  Tetiba plak ada tunas buah, puas daku menelek2 samaada daun ke buah tu.  Dah rabun nak buat macamana. Bila dah besar skit baru le nampak buahnya yg sgt comel.  Seronok sgt walaupun 2 bijik jek yg ada dan buah dia pun cenonet jek.  

Masa ambik buah dia yg dah ala2 hitam tu daku pejam mata sbb nak merasai rasanya mcmana.  Cenonet sgt jadik kena concentrate le kan.  Rasa dia masam2 skit.  Skrg ni dah letak dia kat hadapan balkoni yang kena cahaya matahari byk dah coz dia dah besar dah.  Dua malam lepas jgk minta Mr. Hubby tlg alih2kan pasu.  Memandangkan pokok ni hanya tanam dalam pasu, jadi dah sedia maklumkan le kan yg buah dia tak de le boleh buat kenduri, tuan balkoni pun ingat2 lupa rasanya.




Nampaknya berbuah jgk le kalo di tanam di dalam pasu pun.  Rasa happy sgt plak bila tanaman ni berbuah.  Skrg ni pun buah jambu air dah mula berputik kembali dah.  Syukur jgk jambu air ni rajin berbuah, tak putus-putus berbuah. Si Jambu air ni pun dah pindah ke tengah balkoni skit sebab pucuk dia dah mula mengintai jiran sebelah dah!.  Adat le kan dok umah atas awan nih, atas bawah kanan kiri jiran.  Hak jiran pun kena jaga jugak. :)



Sunday, 27 October 2013

15 Ways to Recharge Your Energy Levels!

Do you get that feeling sometimes like you're so tired your head is just going to drop down at any moment? We've all been there, and it's hard to deal with this feeling, especially when doing something important like work or hanging out with family. That is why we've gathered these 15 ways to energize yourself you can do almost anywhere! We hope this will help charge your battery!

1. Eat a banana
Bananas provide minerals, nutrients and stimulants such as potassium, which provides controlled energy, preferred to the type of energy obtained all at once from simple sugars.

2. Place head between your legs
This trick will get blood flowing to your head. Sit on a chair and put your head between your legs. Send your arms towards the floor and relax your body for 20 seconds. After the time has passed, rise slowly, vertebra by vertebra. This exercise will give you energy that gradually unfolds.

3. Drink Green Tea
Yes we've said it before, but the fact still remains that green tea has an abundance of phytochemicals called tannins. These help, among other things, to calm the nervous system and thus increase the feeling of well-being.

4. Pinch your cheeks
Our grandparents probably had a good reason to pinch our cheek. This stimulates the blood flow to the face and makes you feel more alert.

5. Drink lots of water
All body systems require a large amount of water to function. In the absence of water in the body, proper functioning slows, blood flow becomes weaker and less oxygen reaches the brain. Drink a glass of water every two hours at least, when the goal is to drink 8-12 glasses of water a day.

6. Get some sun
Small doses of vitamin D can be a great incentive. Take a walk or sit a few minutes in the sun. Fresh air combined with natural light will make you feel more alert.

7. Move the body
Once you feel the fatigue taking over, get up and shake your body. Do some stretching, push-ups, a short trip or just a few jumps instead. Movement stimulates blood flow in the body and releases endorphins that make you feel alert.

8. Laugh out loud
Laughter has been shown to destress us but also acts as a natural stimulant. A good belly laugh releases endorphins that neutralize the bad effects of the hormone cortisol (stress hormone), increase blood flow and oxygen and give you a sense of well being.

9. Take a deep breath
Take a deep breath and slowly let it out through your nose, and again, fill your abdomen and exhale, emptying all the air from your lungs. Do it three times. Breathing will help your body relax and get rid of toxins, and the oxygen will stimulate you.

10. Put in a house plant
Stuffy offices have limited air movement which can increase fatigue and cause headaches and allergies. Insert household plants that can help filter out volatile chemical compounds and airborne pollutants, as well as stimulate air movement to better help you deal with the standing air, and make you feel less fatigued.

11. Smell a lemon
Certain smells like citrus, ginger and mint can produce a stimulating effects and increase alertness. Light a scented candle or sniff a lemon for stimulating energy and improved mood.

12. Surround yourself in red
Studies show that the color red is associated with a sense of victory and confidence. Try to surround yourself in shades of red to elevate your mood.

13. Sit upright
it wouldn't hurt to stand up straight in the chair. An Upright posture not only helps blood and oxygen to move more freely, but also enhances the sense of security.

14. Wake up the brain
When the brain feels drowsy, try to wake him by solving a crossword puzzle, reading aloud, talking to a friend, a quick recitation or singing. 

15. Play with a pet
Spend time with your furry friend. It will make you feel happier and more energetic!


Thursday, 24 October 2013

Menambah ilmu didada




Assalam kengkawan

Busy manjang sekarang ni.  Kursus le, outstation le, kik ler, lawatan le macam-macam.  Dikesibukan ni sempat jugak buat kursus kecil-kecilan.  Tapi malangnya cloumn plak rosak, jadik result tak ok sgt ler.  Sy saja nak share gambar2 kami hari tu.  Tak de le ramai sgt yang join sebab lab pun kecik jek.  Kamera plak tak cantik sebab pakai kamera biasa jek, tab dah rosak terendam milo.  :(




Alat ini boleh mengukur Kumpulan I dan kumpulan II dalam jadual berkala iaitu Nitrit, nitrat, chloride, fluoride, sulfat, bromide, magnesium, kalium, kalsium, phosphate dan beberapa unsur lain lagi.  Biasa sampel yang kami terima adalah dari air seperti air sungai, air bawah tanah.  Ada jgk dari sampel udara dan tanah tapi pelajar biasanya akan extract dulu menjadi cecair dan difilter sebelum dihantar ke makmal kami.  Konsep alat ni menyamai seperti konsep chromatography saja dan alat ni boleh dikatakan alat yang simple.  Penggunaan bahan kimia jugak tak banyak dan agak mudah dioperasi berbanding alat yg didalam bilik sebelah tuh.  Alat ni mesra pengguna tapi ada le beberapa bahagian yang kena jaga dengan betul dan ikut SOP dia.


Lepas ni sy akan jaga alat baru pulak.  Yg lagi complicated dari yg ini.  Harapnya daku diberi kekuatan dan kebijaksanaan ler untuk mempelajari alat baru tu nanti.  Harapnya tak pitam kepeningan membaca notanya nanti.

Yg ajar chemist dari company.  Gambar byk ambik tapi sygnya gelap.  Kamera hp ni mmg xsesuai ambik gambar dalam bilik ler... 




Wednesday, 2 October 2013

Tanaman atas awan:Tanam pokok dlm pasu



Assalamualaikum

Dah lama tak update ttg tanaman daku kat atas awan nih.  Sebelum balik raya hari tu hati sgt risaukan nasib tanaman2 daku nih. Nasib baik hubby blik Sipitang lewat, jadi ada le pengganti tukang kebun.  Hubby mmg seorg yg sgt komited dlm buat keje, suh siram n jaga kebun pun masih boleh dipercayai.

Sebelum blik kg hari tu daku dah gembur2 tanah kasi byk ruang udara supaya boleh simpan air dgn byknya.  Selain itu beli mulch untuk letak atas tanah, mulch yg sy beli ni jenis kepingan2 kayu. Ia akan membantu mengekalkan kelembapan tanah.  Org nursery jgk cdgkan letak gel. Sy pun dgn gigihnya beli dan prepare tanaman daku, suh hubby letak gel tu sebelum dia kuar umah blik kg.

Mulberi pun dah mula berputik




Kawan sy dulu penah ajar letak botol air mineral dan tebuk sikit kat bontot dia, kasi air tuh menitis. Dah dipraktikkan pun tp lama2 xmenitis.  Bila dok citer dgn anak buah sy, anak buah sy tanya 'maci buka tak penutup dia?'.  Omg, terserlah kebebalanku, padan le air dia xmenitis2....lupa buka penutup dia rupanya.

Masa raya hari tu cukup le 6 hari tanaman daku xbersiram, sampai umah jek daku terus meluru ke balkoni.  Syukur alhamdulilah, kerosakan adalah minima. Ada beberapa jek yg rosak.....paling teruk tenggek burung sy telah kering sumer daunnya, yg tinggal hanya pucuk.  Bunga kantan jgk telah layu, tinggal 2 batang yg masih kecik yg ok. Yg lain ok, jambu madu dan ciku ada beberapa daun nyer telah kekeringan dan gugur.  Jenguk ke bilik air, keladi sy tetiba jadik mcm giant!.  Sy letak keladi tuh di bwh singki yg bocor menitis2 airnya.  Skrg krladi tuh dah ala2 rebah sebab terlalu berat.  Toilet ni sy guna utk cuci kain jek, coz pam dia bocor. Keladi ni sy beli kat Kuantan hari tu. Kg kg sy jenis keladi ni kami panggil keladi cina, byk tumbuh di parit2 dan ada sulur2 dua keluar dari isinya.

 Kesian kailan ni


 Hari tu kena tiup angin, jatuh dan pecah pasu



Tp kat kg keladi yg paling femes kami panggil Keladi asas, batang dia ada jalur2 dan sgt sedap dimasak lemak campur udang kertas.  Keladi ni mmg menu wajib bila balik kg.  Cara masak senang jek, batang yg telah dibuang kulit dan dipotong akan direbus terlebih dahulu hingga empuk. Lepas tu baru di buang air dah ditumis dgn bawang dan masak seperti biasa.  Keladi asas ni biasanya kurang gatal bila dimasak.  Kami biasa kalo masak sayur akan letak samada isi ikan, ikan keli, udang hidup....jarang letak ikan bilis.  Kat kg jgk biasa mak sy letak pucuk pokok bawang hutan ke dlm masakan.  Pokok ni ada mak sy tanam tepi rumah.

Sebenarmya daku dah bawak anak pokok keladi ni, hari tu sumbat dlm kargo sembunyi2 coz xpenah jumpa kat semenanjung. Mungkin ada tp xpenah jumpa. Sy tanam dlm pasu, harapnya sihat walafiat le dia nanti.

Terlebih sudah keladi nih

Keladi asas baru tanam

 Tenggek burung baru nak subur balik

Teringin nak tanam salad coz hubby suker tanam salad.  Tapi hari tu dah cuba le tanam, akibatnya sumer benih kena angkut oleh cik semut.  Mmg kena settlekan kes cik semut ni sebelum nak bertanam sayur agaknya.  Skrg ni adik sy yg kat KK tuh dah pandai tanam sayur dah...terjebak!.  Lagi subur cili dia. Hari tu sy ada try semai anak cili tp lelama daun nyer jadik kerinting, kepanasan kot.  Ada jgk tanam kailan tp mcm terbantu jek perkembangan dia.

Sekarang ni nak beli pasu ringan2 jek supaya senang nanti kalo nak pindah ps2.  Tengah fikir dengan hanya 10 kaki tanah kat belakang tu caner nak susun pasu2 ni kat sana yea nanti.  Nampaknya kena buang sikit tile kat depan umah untuk tanam pokok jambu air sy ni.  Lgpun ada jgk penghadang dari luar, xsuker le org kat luar pagar boleh nampak aktiviti dalam rumahkan.  Interest bank skrg ni dah hampir mencecah rm600 dah, makin kempis wallet sy.  Progress terkini kalo tgok schedule tgh buat bumbung dan MKH jgk tgh uruskan Tnb dan Syabas. Agak2 bila siap nyer yea....






Ni daunnya togel kena makan ulat hijau

 Pokok ciku

Buah pertama pokok ciku, tak perasan bila dia jatuh...busy sgt minggu lepas tak sempat nak membelek kebun.  Tapi mmg sgt manis buah dia.

Pokok-pokok ni nak katakan subur, xde le subur sangat.  Sempat siram sekali sehari jek.  Baja tahi kambing 2 minggu letak sekali.  Bila mencuci beras/ikan, mmg akan siramkan air dia ke kebunku ini.  Kalo ada kulit telur pun daku ramas2 dan letak kat pokok.  Tak guna baja kimia langsung tapi alhamdulilah berbuah le jugak semuanya.  Hari tu bukan main tension bila nampak chenta hatiku selamba jek buang kuku dia masuk dalam pasu mangga daku...eeeeiiii tak senonoh tau!!!.  Seminggu sekali akan potong dahan-dahan xsesuai dan buangkan daun2 yang mati.  Pokok ni makin dipangkas makin subur plak dia.  Setelah ada tanaman ni, jarang dah beli kat kedai.  Nak masak jek, petik jek kat balkoni.  Ada jgk kawan seopis terkejut bila tgok jambu air daku berbuah, hehheheeheeee..ni dinamakan rezeki.  Dorg ckp kalo dapat umah banglo ni, mau nyer durian pun tanam jgk.  Bijak...bijak akak nih..mmg itu le yg pertama aku tanam agaknya! :)

update 2.1.2014 - dah masak ranum dan tumbuh bunga baru :)