Sunday, 29 September 2013

Jalan-jalan cari makan Sept 2013

Salam kengkawan

Beberapa minggu lepas, daku ikut pergi kerjalapangan, ambik sampel air laut ke Kuantan.  Bukan Kuantan sebenarnya tp area Nenasi, Pekan tu tapi kami duduk di Kuantan.  Bertolak pagi jumaat dan sampai Kuantan petangnya.  Ambik sampel terakhir untuk sorang pelajar master, yea lepas ni dah boleh writing dah dia.

Malam kami pergi makan kat Tg Lumpur, tempat makan favorite ni.  Seperti biasa le tetap pergi ke Restoren Ana Ikan Bakar Petai.  Bygkan kat area situ ada 3 restorent Ana Ikan Bakar Petai ni, restoren nama lain pun banyakkkkk jgk.  Pilihan kami gerai yang paling hujung.  Kat bawah ni antara menu yg kami ambik, makan untuk 5 orang dalam RM135.  Nak kata murah tu, xde ler tapi kalo sekali sekala tuh mmg seronok ler makan seafood.  Sedap pun sedap...









Ni le gerai nya, gerai paling hujung





Sabtu sepanjang hari selepas subuh hingga maghrib kat laut.  Tapi pagi tu sempat le kami bekfas dulu kat Umai ke apa ntah namanya, kat persimpangan ke Kuala Sg. Pahang sebelah Petronas tu ada tempat makan yang sangat best, masakan pantai timur.  Ada 2 gerai disitu, dua-dua mmg best.  Sy suker makan nasi dagang dan nasi minyak kat situ.  Dulu rasanya masa kami otw blik Kuala Rompin dari Kuantan kami laki bini pernah makan kat sini.  Gambar lupa nak ambik coz dah nampak nasi dagang, dah lupa semuanya.  :)

Ada kisah yang menakutkan semasa kami dalam bot tengah2 laut.  Semasa pagi dan tengahari cuaca ok tapi dalam jam 4.00 petang macam tu, saat kami berada di stesen terakhir, angin makin kuat dan hujan renyai2.  Bot pulak terhuyung hayang, nasib baik dah stesen last kan. Dr stesen last ke jeti akan ambik masa dalam 2 jam jugak le.  Dalam perjlnn balik tu bot terumbang ambing, takut sgt.  Tetiba kakak yang dok hujung menjerit, tertiba sy nampak ada sesuatu melayang dari bot, rupa2nya kotak water sampler....pakcik bot dan driver g patah balik ambik.  Dari situ daku ketakutan dan terus pakai jaket keselamatan.  Daku terus bersembunyi dalam bot sampai le sampai le jeti.  Dah le masa tu rasa nak terkencing sgt, dalam bot xde toilet.  Minum mmg kena berpada2 dan makan tengahari pun xmkn coz takut nanti nak membuang plak.

Malamnya pulak filter sampel air laut sampai pagi.  Ahad kami kuar lewat, jam 9 pagi baru kami pergi ke Stadium Kuantan.  Hajat hati nak carik arnab yang hari tu tak jumpa.  Yeaaa...kali ni jumpa, RM20 seekor dah siap potong.  Gambar lupa plak nak ambik coz masa tu byk benor daku memborong sampai tak muat tangan nak bawak nyer.  Selain tu beli ikan patin seekor, ikan tenggiri, buat longan, ikan bawal.  Mmg sakan le memborong coz banyak pilihan dan fresh.  Mmg berbaloi2 ler kalo pergi sini, terutama mak-mak orang nih.



Lepas bershopping sakan kat situ, kami pergi check out hotel dan makan tengahari dengan exstudent kami yang dah kerja balik kat Temerloh.  Lepas tu bertolak pulang ke Bangi.  Otw kami pergi makan durian kat tepi highway, susur keluar ke Kuala Pilah tu byk gerai2 durian.  Kami makan sampai kenyang durian kg dalam RM20 jek.  Tapi xtebal sgt le buah nyer, boleh ler...makan kat situ jgk kat meja.  Sampai bangi dah petang, best le skit kali ni coz esoknya cuti Hari Malaysia.  Boleh rehat puas2!!


Sunday, 22 September 2013

Best balik Sabah

Assalammulaikum dan salam sejahtera

Entry lama tapi baru ada masa nak edit dan publish.  Tapi nak letak jugak coz byk bende2 yang best.  Mana tau kengkawan ada yg berminat untuk datang Sabah nantikan.

Sy balik ke Sabah 2hb raya hari tu lagi, sangat seronok menghabiskan cuti di kampung halaman.  Hubby dengan ohsemnya tlg antar sampai ke KLIA, tq cyg!.  Bermalam semlm di rumah adik.  3hb tu pusing2 di Tuaran dan berbuka puasa di rumah kakak sy di Tuaran.  Sempat pergi pasar dan bazar ramadhan di Tuaran.  Sy sgt suka Tuaran ni coz pasar dia bukak sampai petang, kalo pasar KK tuh...jam 3.00 petang pun dah byk yg tutup, dah xde pilihan.  Sempat jgk sy membeli sepeket tiram dan ikan putih.

Yg pasti ikan2 di sabah sangat berbeza dgn ikan di KL.  Di sabah lebih pelbagai jenis ikan yang dijual di pasar dan tentunya lebih murah dan fresh.  Seumpama ikan sampai subuh, petang dah habis dijual.  Esok datang ikan fresh lain pulak.  Tp perlu ingat kalo ikan2 besar macam tuna ni punya kandungan merkuri yang tinggi, terutama di bahagian insang dan bahagian jalur merah pada badan tuh.  Kerana mereka2 ini adalah predator dan memakan ikan2 kecil, benda2 tu terkumpul dalam bdn.


Sumer fresh

ABC....biasa air2 diletakan dalam bekas plastik macam nih..colorful!

Dulu masa zaman sekolah salu mkn nih

Tiram...my favorite..murah jek


Bakso

Sungkai (berbuka) di Tuaran dulu, lepas tu drive ke Pasar KK untuk makan ikan bakar.  Tempat ikan bakar dah berubah buat sementara waktu, sebelum ni ada di belakang Pasar Kraftangan, sekarang ni berada di sebelah Pasar KK.  Selain itu, upgrade plak...kalo dulu banyak jual ikan bakar, tapi sekarang ni dah ada ikan, udang, lobster yang masih hidup.  Tinggal kita pilih dan minta dorang masakkan saja.  Tp of coz le harganya mahal teramat.  Teringin jgk makan lobster, tapi memandangkan harganya mencecah RM180/kg yg hidup bila saya tanya...terpaksa le memujuk diri sendiri.  Lain kalilah makan lobster.........tunggu hubby belanja opsss..

Kami makan ikan SULIT.  Beberapa jenis ikan yang biasanya dijadikan ikan bakar seperti ikan merah, ikan putih, ikan sulit, pari,  ikan tongkol etc.  Sy kalo kat Sabah tak suker ikan tongkol, lebih suker ikan langkunis iaitu spesies tuna yang bersirip kuning. Hajat hati nak makan 'latoo' tapi dah habis.  Latoo ni rumpai laut yang ada bijik2 tuh, lebih sedap.  Jadik makan spesies rumpai laut yang biasa jek le...itu pun nasib baik ada .  Makan dengan sambal belacan yg disediakan. Lg satu, jus mangga kat sini mmg super sedap!!!..

Lepas dah kenyang kami balik ke rumah adik sy plak. Sahur minum air dan makan kurma je.
Esoknya balik ke Sipitang dengan adik2 dan mak sy, kebetulan mak sy dah 2 minggu duduk kat rumah adik saya di KK.

Penampang







Kami pergi ke Penampang coz ada urusan sikit dan lepas tu terus balik ke sipitang guna jalan lama.  Kami singgah ke Hutan Lipur Kawang.  Adik lelaki sy selalu pergi sana bawa anak2 dia mandi, jadi kami pun nak le tengok tempat ni caner.  Mula2 masuk simpang tu macam scary jugak coz jalan dia kecik jek, tetapi dalam 1KM  dah sampai dah.  Best jugak le mandi2 kat sini, kurang orang coz mungkin sungai2 kat kg area sini masih lagi bersih dan boleh mandi manda.  Cuma sungai dia agak kecik berbatu dan tempat mandi dia agak terhad.  Ada dibuat empangan kecik kat sini tempat mandi manda dan ada disediakan kolam.  Sy tak ingat entry fee dia berapa seorang.  Kami tak mandi, pusing2 tengok orang mandi jek.

Singgah sekejap membeli lokan dan udang galah otw balik sipitang.  Dapat le udang, cucu2 udang galah je yg ada coz dah sold out, itu pun xsampai sekilo jek tinggal.  Sempat membeli lokan dan siput sedut jgk.  Malam tuh berbuka dengan udang galah dan lokan + sup payau.  Mama demam, kesian plak.  Bersahur pagi2 tuh daku le yg jadik bibik bangun masak seawal 3.30 pg coz anak2 dara bertuah ni x reti2 lagi bangun nak masak sahur.  Goreng ikan goreng dan goreng sayur kobis jek + sambal kicap, ok le kan. Anak2 dara ni ckp 'first time kami makan sahur ko masak!'. Cissss...


Abg sy bawak balik suh kami masak

Esok nyer ptg, 3 orang anak dara tu balik KK balik dan daku je tinggal kat kg jaga mama yang tengah demam. Sebelum tu minta dorang bawak g pasar ramadhan pekan sipitang dan beli barang2 basah untuk supply 3 hari.  Almaklumlah duduk kg ni pengangkutan awam nyer hampir tidak ada!!!  Yg ada van yang membawa pekerja dan budak sekolah jek.  Kekadang nak tumpang ke pekan pun penuh.  Van sumer orang kg yg punya dan sesukahati dia jek nak jalan bila.  Kekadang tunggu 4 jam pun nan ado van yang melintas... Dah kaya2 dah org kampung zaman nih, sume dah ada kenderaan sendiri. Pagi esoknya aku jugak yg masak sahur, makan berdua jek dgn anak buah saya, mama tak posa sebab makin teruk demamnya, abg sy plak keje shift malam.



Isnin kakak sy balik dgn anak2 buah sy yg comel2 tuh.  Meriah le skit rumah dgn kerenah dorang. Hari ni kakak sy suami isteri plak sponsor juadah berbuka. Malam kakak sy bawak mama g klinik, tinggal le daku ngan 3 org budak comel nih.  Mula2 sikecik tu menangis jgk tapi lama2 dipujuk baru ok.  Si abg ni le punya pasal, elok2 sikecik ni main tab...dia plak yg bgtau sikecik yg umi dia nak keluar...dengki tau.  Yg kecik dan yg tengah tuh kasi jek tab...mmg asyik le dia main.  Yg seorang plak sibuk tgok tv.  Dah namanya budak2kan, dorg mmg suker jadi ekor..makcik dia g dapur...sumer orang ikut g dapur, makcik dia g balkoni...sumer orang g balkoni.  Mmg salu sgt le dapat soalan cepu emas 'makcik, mana pakcik syed?' 'makcik tido mana malam nih?' 'apa tu..apa ini..kenapa itu..kenapa ini'. Terpaksa le makcik dia ni memerah otak nak menjawab sumer soalan2 tuh dan terpaksa temankan upin ipin ni tido kat ruang tamu malam tuh.

Esok pagi selasa dorang dah balik semula ke Tuaran.  Dtg plak anak buah yg dok kat kg tuh, dua orang beradik.  Yg ni pun sama, mmg boleh buat geng sumer.  Sambil2 tuh daku mengemas rumah apa yg patut. Bila dorang nampak tab, sikecil plak memujuk nak tab, dari situ le kepeningan daku bermula...memasing berebut nak main tab.  Lastly bila dah abis bateri, daku xkasi main lagi..terpaksa sembunyi.  Mama pun dah bising2 suh jgn kasi dorang tab, biasa le orang tuakan...bende mahal syg nak kasi budak2 main takut rosak.  Daku ok jek coz tab ni mmg dah xberapa nak sayang pun, tunggu masa jek nak ganti baru..kikikikikk..


Tapi sebab daku yg tgh mengemas pun terpaksa menjaga abgnya umur 7 tahun dari dipukul oleh adik yg ganas umur 4 tahun.  Apa taknya, sumer bende adiknya capai nak memukul abgnya.  Pala abgnya dah berbandage dah dipukul oleh adiknya beberapa hari lepas, sampai berdarah2 g hospital. Elok plak dia ckp kat mama dia 'mama kepala abg berdarah adik pukul'..ni mama dia yg cerita.   Abgnya plak dok mengadu adiknya xkasi dia main...mak pening ok.  Tak sampai 2 saat abangnya main, adiknya dah main rebut2.  Haaaa..petang sy dah tak kasi dah dorang main dgn alasan 'makcik dah pening korang asyik nak berebut tab jek'.  Ptg tu ajak dorang main buaian, bising rumah dgn suara kami 3 orang jek.  Sape tanya pasal tab jek, mesti daku sound sebijik dua bijik terutama si kecik tuh, lelama dorang pun diam...kahkahakahkah...  Sy ckp kalo nak main tab dtg esok jek, esok nya sy plan nak buat perjanjian dgn dorang dulu, kalo gaduh jugak mmg sy ambik balik tab tuh. Malamnya mak bapak dorang sponsor sate sipitang dan mknan untuk berbuka. Murah rezeki dihujung2 puasa nih...

Rabu sumer orang dah balik kg dah, makin lama makin ramai.  Suami sy pun dah balik ikut 3 orang anak dara tuh.  Mmg hubby balik lambat skit berbanding saya.  Dari rumah kosong, sekarang penuh dengan budak2..cumer yang baby jek xde coz paling kecik anak buah sy umur 2 tahun tapi dorang xde raya pertama.  Tak sangka anak2 buah sumer dah besar panjang, mungkin tak lama lagi akan berkahwin.  Syukur walaupun kerja berasingan tapi boleh dikatakan kami rapat le jugakkan.  Bila cuti sekolah atau cuti panjang sumer orang akan balik Sipitang.  Selain itu kami jugak ada private group untuk family dalam fb dan whatsup.  Hobi sekeluarga (lelaki) kami adalah memancing!!!!  Sape2 yang tak suker memancing tu mmg akan terasing skit le kan..hahahahhahaaa...you know who you are!! Setiap tahun biasa akan ada program bercuti macam family day.  Biasa akan konvoi ramai2 dan of coz le biasa pergi hotel/chalet yang berdekatan dengan sungai/laut coz yg lelaki sumer pakat bawak pancing...  Ni pun tgh tunggu jambatan yang menghubungkan Brunei DS dan Sarawak siap, kalo dah siap nanti boleh le g situ plak.  Setakat ni orang Brunei jek dtg balik kg, nanti2 giliran kami plak berkumpul rumah dorang plak. Mungkin lepas ni jgk boleh berkumpul di PS2 plak kan...Amin.



Kekadang ada kawan2 salu tanya tempat menarik yang boleh dilawati bila datang ke KK.  Kalau setakat sehari je boleh pusing2 area KK aje kot.  Pergi ke Pasar Kraftgn, Pasar Basah, Pasar Buah...semuanya sebelah menyebelah saja.  Kalo hari ahad ada Gaya Street yg semacam pasar tani boleh lihat dan memborong macam2 kat sana.  Kalo nak mandi laut, boleh pergi ke pulau2 di sekitar iaitu Pulau Manukan, Sapi, Mamutik.  Ada pelbagai pakej boleh dapat di Jeti berdekatan dengan Suria Sabah dan Kastam. Sy suka snorkeling kat Pulau Sapi.  Pelancongan adalah sumber ekonomi kepada Sabah, jadi kemudahan kepada pelancong tu banyak disediakan, tak perlu risau.

Sebelum balik KK sempat lagi shopping untuk bawak balik KL.  Suami sy beli rumpai laut untuk kawan dia yg mengirim. Kitaorang org Sabah ni pun tak makan rumpai2 ni segala tapi kat KL agak femes plak yea. Daku pun baru tau yang rumpai laut ni ada byk gred ikut warna dan kena pandai pilih.   Apalagi daku pun pau hubby sebungkus yg sampai skrg pun tak makannya!!!.  Kat sini kalo beli banyak2 boleh suh orang tu bungkus dlm kotak.  Selain tu beli jgk udang kering, ikan bilis dan amplang.








Kalo ada banyak masa boleh sewa kereta dan pergi ke Ranau, Kundasang, Poring...byk tarikan pelancongan di sana seperti Gunung Kinabalu, Air Panas Poring, Taman Ros, Masilau, Sayur n buah-buahan, urutan kaki di Sg Morali, Ladang Teh, homestay jugak banyak.  Kalo tak boleh pergi ke utara mengunjungi Tip of Borneo di Kudat.  :)

Kalo lama sikit boleh naik bas ke Tawau /Sandakan/Sempoerna/Lahad Datu.  Atau boleh pegi ke Brunei DS melalui jalan darat melalui KK-Papar-Beaufort-Sipitang-Lawas-Brunei.  Boleh jugak guna jalan darat untuk mengelilingi pedalaman Sabah ikut route KK-Papar-Beaufort-Sipitang-Tenom-Tambunan-KK. Sabah menawarkan banyak tarikan pelancong yg unik. Jommm...




Monday, 16 September 2013

Aku tak biasa


Assalammualaikum kengkawan

Hampir nak bersawang blog ni.  Banyak benda nak tulis tapi malas nak menulis dan mengedit gambar.  Selepas balik raya hari tu kami dapat kerahan tenaga jemputan ke perasmian satu pusat kecemerlangan di area Mersing sana.  Nak tak nak kena le jugak pergi bagi memeriahkan lagi majlis.  Lgpun best jugak coz kebetulan Kembara Mahkota J*h*r tu diadakan di situ jugak.  

Pagi ahad kami bertolak seramai 21 orang naik bas dari Bangi ke Mersing, yg terdiri dari pensyarah, staf, pegawai dan pelajar siswazah.  Oleh kerana daku sorang jek pegawai yang ikut naik bas, automatik le daku yang kena ketuai rombongan ni walaupun daku yg paling kecik di sini.  Prof dah pesan jaga ahli-ahli dalam bas ni baik-baik terutama pelajar luar negara.  Bas, makan dan penginapan disediakan, daku just pastikan sumer berjalan lancar jek.  Syukur ahli rombongan sesangat le komited nyer dan sangat helpful dan tidak cerewet.  Mak letih dik nak layan kalo yg byk songeh!!.  Pesan kumpul kat bas jam 7.45 pagi, sebelum 7.45 pagi dah siap tunggu depan wakaf depan hostel.  Korang mmg terbaikkkkk.....

Sampai Ecomar petang tapi kami singgah kejap jek usik2 dorang yang tgh buat keje.  Nak tlg pun xreti sgt coz nanti macam tikus membaiki labu, lg pun byk kontraktor yg buat.  Lepas tu kami pergi Srikandi Resort, penginapan kami yg telah ditempah lebih awal dlm 2km dari situ.  Selain kami, ada jgk staf yg naik bas mlm tuh dan akan sampai pagi isnin ke Mersing.  Ada jugak yg bawak kereta sendiri.  Ptg tu kami dok merenjis2kan kaki kat pantai yang sgt cantik dan bersih.  Terlupa plak nak bawa baju mandi sesiap coz tak tau hostel dekat ngan pantai.  Pahtu kami blik bilik dan bersiap coz mkn mlm disediakan kat Ecomar dan ada raptai malam nih.

Malam tu lepas makan yang sederhana kami pergi raptai.  Kami ni tak berapa le sgt protokolnyakan, yg kena berprotokol ni adalah pemamer tuh.  Dgr nya dorang praktis berckp 'patik, tuanku' sampai jam 12.00 tghmalam.  Hahahahaaa...yelahkan bahasa istana bukan le tiap hari kita gunakan.  Kang tersilap sebut 'you dan i' plak ngan sultan susah plak.  Kami cadang nak mandi esok pagi nyer tapi terpaksa batal...rugi le tak mandi air laut tuh!!







Daku plak mmg tak biasa dgn protokol raja-raja ni sebab lahir dalam negeri yang tak de raja.  Jadik daku tlg apa2 yg patut je le.  Kami dok kat khemah makanan dan sumer staf bersungguh2 tlg org catering tu kasi kerusi pakai baju.  Sampai orang katering tu suker sgt...staf pusat kami mmg rajinnnnn!!!  Daku plak ditugaskan kasi cenderahati berbentuk bulat kepada semua yg datang.  Ramai jgk yg dtg selain dari staf, ada jugak pemberita dan wakil agensi dari Johor.  Sempat jgk orang besar2 ni minta kat daku suh cari kipas yg ada gambar sultan dgn motor besar tuh.  Padahal sumer souvenir tu dibawa oleh agensi dari Johor sendiri.  Baiiikkkkk....daku carikan le sampai dapat.  Sib baik dapat diskodeng jeep yg bawak bende nih....


Ni adalah keretan rentas terumbu karang.  Nampak tak lapisan2 tuh?.  Haaaa...terumbu karang pun macam pokok jgk, lapisan2 tu mewakili tahun.  Jadi dari lapisan ni boleh le kita kira berapa tahun usia terumbu karang ni. :)


Selepas tu rombongan Sultan pun datang dan terus beramah mesra dan lawat tapak pameran.  Datang sekejap jek naik motor besar, lepas tu beredar pergi ke lokasi lain plak.  Kami pun lepas tu g mkn dan terus bertolak balik ke Bangi.  Dari sini baru le daku nampak caner cara sambutan kalo ia melibatkan golongan VVIP nih.  Sebelum ni kat Cheras mmg biasa jgk nampak VVIP datang tapi setiap negerikan beza sikit protokolnya.  Cerewet tu tak de le jugak tapi protokol tu mmg ada extra sikit.  Hari tu nampak jgk orang istana dtg check apa yang patut.  Masa tu daku kebetulan ada kat dalam opis bila orang istana tu tanya tentang menu dan minta list.  Daku apa lagi dalam terkebil2 cari le orang admin dan katering.

Tengok tempat ni mmg agak terpencil dan diharapkan dengan kewujudan pusat kecemerlangan ni bukan saja membantu memelihara khazanah marin di kawasan ini tapi jugak dapat membantu sosio ekonomi penduduk tempatan.  Sy suker sgt tempat ini, terasa aman dan bila bernafas terasa setiap hembusan nafas tu sangat bermakna sebab udara disini sangat bersih.


Tak dapat ambik gambar dengan tuannya, dapat ambik gambar pun jadik lerrr kan

 Kemudahan lain ada surau, tempat bermain aktiviti pantai, dewan makan. Sekejap sgt kat sini, tak sempat nak skodeng.

 Wakaf tempat kami melepak


Dalam bilik ada 2 katil single, sorry lupa nak ambik gambar. TV, cerek tak ada.  Kadar semlm tak ingat, rasanya dalam RM100-120 kot.  Tapi sangat best coz kat hujung tuh pantai yang boleh mandi manda sampai lebam.  Kat sini banyaknya chalet saja ada, kalo hotel besar2 tu ada kat Mersing yang agak jauh jugak dari sini.

Terima kasih yea kengkawan sudi meluangkan masa baca blog saya :)