Thursday, 30 May 2013

Blog Diari Sebuah Kehidupan: Terima kasih daun keladi



Salam kengkawan

Nak buat entry khas untuk Mama Rocky yg telah menghadiahkan daku purse yang cantik ini.  Daku punya yg pink dan Kak Su punya yang oren.  Dah lama dapatnya tapi baru hari ni sempat buat entry.  Sebenarnya hari tu daku menyibuk-nyibuk jek masa MR buat offfer untuk pelawat blognya.

Sayang nak pakai.  Tq yea Zaila, sampai hantar g umah akak lagi tuh.  Sorry le lambat angkat tipon coz tgh bersilat kat dapur.  Nanti datang Bangi calling2lah yea.  Suker sgt tengok Dak Kina yg ayu tuh dan si kecik Asyraf yg keletah tuh, meriah le hidup korang suami isteri dengan hadirnya 2 orang cahaya mata ni.  Sweet sgt...:)


Sunday, 26 May 2013

Kerjalapangan pelajar ke Kuala Sungai Pahang


Salam kengkawan

Bulan lepas ada pergi ikut trip pelajar ke Nenasi, Pahang untuk mengambil sampel air laut di sepanjang pantai.  Daku jarang pun terlibat pergi keluar dengan student tapi memandangkan staf lelaki hanya seorang yg dpr pergi jadik staf yg ikut kena le lebih.  Student plak sumer perempuan.  Kami berlepas pagi jumaat dan sampai ke Kuantan, Pahang petangnya.  Kami bertolak awal sebab nak elakkan jem kat karak tuh. Sampai awal boleh prepare apa yg patut sebab pagi2 esok kami kena pergi naik bot.  Kami naik van Alphard yg disewa dan dipandu oleh staf pusat kami sendiri.  Pemandu universiti tak free, kena le sewa dan drive sendiri.  Staf yg pergi ada 3 orang, student master sorang dan student undergrad tahun akhir 3 org.  Pensyarah dorang plak drive sendiri, kami jek naik van bersama botol2, alat persampelan dan macam2 lagi yg habis penuh separuh van.  Kami menginap dia Green Leaf Hotel.


Malam nyer kami dinner kat East coast mall kuantan, sempat lagi kami pergi tengok wayang.  Mulanya nak tengok filem GI Joe tapi sold out le plak.  Esok nyer pepagi kami bertolak ke Kuala Sungai Pahang, sempat singah breakfast kat gerai tepi jalan dan tapau lunch coz kami akan berada di atas bot dari pagi sampai petang.  Sampai ke jeti nelayan Kuala Sg Pahang, kami bersama2 mengangkut barang2 ke dalam bot dan perjalanan kami menuju ke kawasan persampelan mengambil masa selama 2 jam.  Dalam jam 11 pagi baru sampai ke stesen persampelan pertama.  Stesen persampelan ada 36 stesen dan masing2 diberikan tugas masing2.  Daku hanya tlg student undergrad buat analisis chlorofil dan conductivity jek.  Buat analisis atas bot yg asyik terhuyung hayang mmg sgt menguji kesabaran.  Boleh dikatakan kami yang tgh buat analisis ni mmg tak berhenti buat keje cox setiap stesen ada 3 kedalaman air diambik dan setiap sampel ada 3 replicate.  Jarak antara stesen dalam 10 minit perjlnan dengan bot.  Stesen persampelan diketahui menggunakan alat GIS.  Kekadang xsiap lagi dah berhenti kat stesen seterusnya. Nak makan pun kena bercepat2 dan daku ambik keputusan xnak makan coz nanti mesti nak membuang punya. Pensyarah ni ckp kalo nak membuang kena terjun laut pahtu dah selesai baru naik bot balik!!!  Cissss....


Kami sempat membuat dalam 24 stesen, makna nya esok kami kena habiskan dalam 12 stesen saja lagi.  Dalam pukul 4 baru le siap dan sampai ke jeti dalam jam 5.30 ptg.  Sengsaranya dalam bot ni xde toilet, bygkan dengan dok atas bot yg agak panas tapi xboleh minum byk air. Sampai jeti tgh surut plak, dah le nak terkencing sesangat tapi sebelum tuh kena panjat naik ke bumbung bot macam 'lipas' pahtu lompat plak ke jeti.  Macam 'lipas' coz kena panjat dinding bot tuh sambil berpijak kat kayu yg hanya selebar seinci saja. Terpaksa pensyarah tu tolak kaki daku tuk panjat, almaklum le dah kaki pendek.  Yg tinggi mungkin xde masalah tapi untuk daku mmg sgt bermasalah sampai mulut pun tak henti2 membebel menyalahkan YB kawasan ni dan pihak perikanan sendiri yg xreti nak design jeti ikut keperluan.  Dah tau air laut ada pasang surut, nape tak bina tangga.  Kalo kat tempat pelancongan tuh elok je ada dek dan tangga, hampeh betul!!!!


Naik jek daku terus berkejar ke toilet kat belakang cafe dan sempat lagi memesan milo ais.  Dah siap minum baru daku menjenguk apa dah jadik ke budak2 tuh.  Bila dah siap2 letak brg kat kete, dorang ni plak nak g minum ke cafe jeti balik. Dah daku pun kena pergi untuk kali ke2, dorang xau yang daku dah membantai segelas milo ais baru beberapa minit tadi!!! hahahahahaaa...

Pertemuan antara air sungai dan air laut

Makan 7 orang dalam RM120. Siakap + kerabu mangga + udang + sotong goreng tepung + sayur + nasi putih + jus buah + telur dadar.  Pilih2 ikan dulu pahtu suh dia masak.  YUmmyyyy...  Tak sangka Ana Ikan Bakar ni ada jugak kat Bangi yea.  Berdekatan saja dengan tol bangi, dr KL kuar tol kat bulatan ambik kiri yg menghala ke Warta tu dan Restorent ni kat belah kanan.

Balik kami pergi ke hotel dan malam nyer kuar g mkn.  Kitaorang g mkn kat Ana Ikan Bakar Petai kat Tanjung Lumpur.  Best sgt mkn kat sini.  Tersedih kejap coz daku salu g kuantan ngan hubby tapi hubby tak pernah bawak pun g makan kat sini.  Hubby terlalu sgt nak menjaga hati family dia, kalo balik Rompin dia tak nak g makan kat luar tanpa family dia. Nak g kemana2 pun mesti nak buat rombongan mak kiah.  Tu yg kami tak pernah kuar makan kat luar tuh coz family dia tersangat le ramai.  Redho je le....

Senyuman puas selepas dpt membantu pelajar mengambil sampel

Lepas makan kekenyangan kami blik hotel.  Jam 10 malam ajak teman sebilik g jenguk budak2 ni coz air laut tuh kena turas mlm ni jugak... Bertuah budak2 ni masih lagi membuta rupa2nya.  Terus kami kerah2 dorang buat keje.  Kami habis turas sumer jam 2.00 pagi.  Mlm tuh sumer botol hitam dah turas.  Tugas daku senang jek tampal label dan masukkan kertas turas ke dalam tiub.  Tapi sukar skit coz kami kena turas air dalam keadaan bergelap.  Jam 2.00 pagi kami merangkak balik hotel dan terus membuta.

Otw blik jeti

Esok nya jam 7.00 pagi dah check out, kuar awal coz nak singgah kejap kat pasar pagi kat stadium.  Tapi kejap dalam 30 minit jek singgah pahtu bergegas bergerak ke jeti Sg. Pahang balik.  Naik bot dan pergi ke stesen persampelan seterusnya. Dalam jam 2.00 ptg dah siap dan otw blik tuh bot tuh turunkan pukat.  Sempat le tengok nelayan naikkan ikan ke dalam bot.  Dorang kasi kami ikan2 yang besar skit tapi xbyk sgt le coz byk ikan kecik2 yg dorang ambik tuh hantar ke kilang buat baja.  Tak kisah pun ikan besar mana coz yg penting fresh!!!
 


Tak ingat berapa harga tapi xde le mahal sgt, xde le murah sgt.  Lgpun portion dia besar.  Senang jek nak cari, kalo dari Kuantan dah nak sampai ke kedai2 kat Pekan tu akan jumpa masjid besar dan depan nya ada traffic light, belok kiri dan tak sampai 50 meter ada kedai murtabak ni kat belah kanan jln.  Kalo dari Rompin, lepas lalu Muzium Pekan tu, dalam 100 meter akan jumpa gerai ni kat kiri jalan.  Biasa jek sy lalu gerai ni kalo kami nak g Kuantan dan Rompin tp tak pernah singgah.  :)

Singgah kat kedai Martabak Mengkasar kat Pekan utk mengisi perut, singgah solat kat masjid berdekatan dan tukar baju dan terus bergerak balik ke KL.  Sampai bangi jam 11.00 malam dan daku sampai kat rumah dekat jam 12.00 tgh malam.  Seronok jugak sekali sekala ikut budak2 ni sampling.  Bukan senang kan nak belajar nih, mmg byk cabaran dan perlukan kekuatan luar dan dalam.  Pelajar datang dan pergi tapi kami sebagai staf sangat berbesar hati dapat berbakti kepada golongan muda ini.  Tidak pernah meminta balasan cukup lah hasil didikan ini dapat menyumbang bakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara yg tercinta ini.  Semoga budak2 ni dapat menyiapkan tesis dorang dan berjaya dalam karier masing2 selepas konvo nanti. :)  Amin..  Semester ni adalah semester terakhir mereka.




Monday, 13 May 2013

Percutian ke Phuket Day 3


Ok, sambung entry hari ke tiga plak yea.  Sebenarnya untuk ke Phuket ni sy tak buat research, sumer serahkan ke hubby jek.  Hubby mmg pakar dalam hal2 bercuti ni.  Sy ada baca blog sikit2 jek coz sy nak tersuprise bila sampai Phuket nih.  Sebenarnya, kat kiosk2 tour kat Patong ni ada byk tour tau. Ada yg pergi Phi2 island, Similan (org thai ni le, nama pulau ni dulu confirm pulau sembilan coz ada 9 pulau kat sini dan pulau similan ni atas skit jek dr Pulau Langkawi), tour naik gajah, Siam Niramat, Phuket FantaSea, Phuket Simon Cabaret, Elephant Monkey Snake Show, Bang Pae Water Fall, Kata View Point, elephant trekking, Gypsies village, sightseeing dan macam2 lagi. Yg kami ambik ni yg ikut citarasa kami saja. Phi Phi island hubby dah pernah pergi dulu masa dia pergi Krabi, jadik dia xmo pergi dah kali nih...dengki tau!.

Tour ni half day tour yg sesi pagi punya, tour petang pun ada jgn risau yea.  Selepas kami mkn megi bekpas pagi tuh...jimat ok jimat...duit ada tinggal 900 bath jek lagi nih. Seawal jam 7.15 kami tercongok dah depan hotel. Pergi pakej ni kena faham dan bertimbang rasa lah yea...jgn lambat. Naik van pergi ke Bandar Phuket terus ke jeti.  Kami di bawa ke pulau pertama Pulau Khai Nai, kami diberi masa selama 45 minit di sini. Daku pusing2 jek pahtu tumpang duduk kat kedai gerai mknn yg baru nak bukak.





Pulau Khai Nai

Ada disediakan kerusi berpayung tp kena sewa 150 bath utk 2 kerusi + payung besar. Tour guide nama Sam ckp 'no money no honey' aka sumer berbyr kat pulau ni.  Lepas pusing2 kat pulau ciput tuh daku pun duduk blik kat gerai tuh.  Ada jugak le org dtg approach jual aiskrim, jus bagai.  Bila family didepan tuh diminta byr 200 bath untuk tumpang duduk jek, daku pun blah dgn hati yg sakit.  Dah le segelas jus buah berharga 100-150 bath!. Terkial2 le daku tak tau nak g mana, dah le topi gedabak tak bawak, panas xde tempat berteduh. Tak dibenarkan duduk dalam bot huhuh.  Tetiba nampak hubby tgh bersnorkling kat pantai....ewahhhh bertuah punya laki.  Terus daku offer diri ambik gambar dia bermain dgn ikan.  Daku hulurkan beberapa keping wafer kat hubby suh kasi ikan kerumun dia.  Lepas ambik2 gambar tuh daku pun ambik 2 keping wafer masuk mulut pahtu hubby sound 'jgn habiskan ada 2 lagi pulau'.  Ewahhh dia mkn boleh org lain xleh, nasib baik ko laki aku, kalo tak aku dah rendamkan kamera nikon ko ni kasi mkn ngan ikan nemo!.  15 minit kemudian Sam kasi isyarat naik blik bot.  Yiiihaaaaaaaaa.....xperlu berpanas lagi kat sini.


Tu le dia pulau yg ke-2. Pulau Khai Nui

Bot berhenti tgh2 laut dan apalagi terjunnnnn

Kami dibawa ke pulau yg kedua plak, Pulau Khai Nui. Pulau ni teramatlah ciputnya dan xde pantai.  Ehhhh saiz pulau2 ni sebesar Coral Island Kat Teluk nipah Pulau pangkor jek kot.  Pantai putih bersih, air jernih, ikan byk.  Oleh kerana pulau ni xde pantai, jadik kita terjun dari bot je le utk snorkling.  Peralatan snorkling disediakan kecuali kasut berbentuk sirip tu jek kena sewa kat jeti tadi.  Td dimomokkan ada apa ntah binatang bulat yg berduri tuh.  Sib baik xbeli coz masa kami dtg ni airnya dalam, kaki mmg xjejak pun kat karang2 tuh.  Maka terjunlah kami, pusing area bot kami ni je pun.  Ada byk coral tp xcolorful sgt le. Ada ikan jgk, rasa teruja skit coz agak mencabar kaki xcecah dasar, perasan teror berenang kan.  Tengok2 ikan jek dan membawa diri,tp Sam dan ada adik sorang assitant bot mmg tlg tengok2kan kita.  Sam akan tgok kita pakai  life jacket betul ke tidak.  Tak berani dekat ngan hubby coz dekat2 jek dia hulur kakinya pula nak menendang bagai..saja dengki, daku plak buat ala2 gwiyomi kat depan google dia! hahahahaaaa.

Pulau yg terakhir paling best dan paling besar.  Pulau Khai Nok.

Dlm setgh jam, naik bot ke pulau yg terakhir.  Kat sini sempat kenal dgn pakcik dr Bahrain, biasalahkan org arab mmg byk ckp.  Mcm2 dia mengomel kat Sam.  Pahtu daku tanya dia dtg dr mana, dia ckp dr Bahrin.  Pahtu sy tanya dia muslim ke, dia ckp balas alhamdulilah. Tanya coz wife dia org putih siap pakai seksi.  Pahtu dia tanya Sam muslim ke tidak.  Sam mengangguk.  Oooooo...rupanya dorg ni muslim.  Mmg ramai org muslim kat sini tp mmg kita tak kenal coz dorg diam2 jek.  Kalo kat Myanmar org islam nyer suker memberi salam .  Dah kenal tuh terus minta tumpang letak bag kat kiosk yg Sam sewa. Dorg sewa utk letak tembikai.  Yg best nyer tour ni, minuman sentiasa diberi bila naik ke dlm bot.  Dan kat pulau ni kami diberi sandwich dan buah2an.  Pakcik arab (hubby yg mula2 panggil), tanya kat mana ada byk ikan.  Sam tunjuk arah hujung.  Daku pergi ke pantai tengah coz ada batu2 yg memisahkan pantai nih.  Lama2 snorkling, hubby xde, dah le xpakai spek.  Daku td dah remind hubby jgn pergi jauh2 sgt, sy xnampak.  Terus pergi ke pantai hujung, geram jek tgok hubby tgh kasi mkn ikan ngan akak2 korea...sakan yea!.  Snorkling kejap tp air dah keruh x berapa nak nampak dgn jelas dah ikan.  Pahtu kami pergi ke pondok blik, tetiba hubby dah hilang. Daku teruskan mkn tembikai.  Tetiba nampak hubby tgh pegang kamera, daku mmg suker melompat2 depan dia. Terus daku menuju ke arah dia dgn happynya sambil panggil2 suh ambik gambar sy.  Terus org tuh blah xpedulikan sy pun.  Alaaa rupa2nya india yg sama bot dgn kami!  waaaaaa...pesal nampak sama dr jauh. Daku pun malu terus melencong masuk dlm laut.




Wahhhhh...kat sini rupa2nya byk ikan n air jernih, dekat jek ngan bot kami. Tinggal 10 minit lg masa yg ada baru jumpa tempat yg best.  Kat sini byk ikan, xpyh kasi mkn pun ikan nemo ni tetap byk.  Bila kasi mkn, berduyun ikan dtg kerumun....wahhh bahagianya rasanya.  Tetiba rasa ada ramai peminat!

 Yg depan bot kami




Rasa tak puas snorkling kat sini, daku berenang kat tepi2 pantai jek coz xpakai life jacket, hubby dgn sombongnya g jauh2, hubby lg pandai berenang rupanya eekkkk. Elehhh td daku yg panggil dia g sini!.   Hubby ni amar suker tangkap gambar, gambar2 yg cun dalam entry Phuket ni dia le yg ambik.Byk kali Sam kasi isyarat naik kapal, baru le daku pergi kapal bila nampak ramai org yg dah naik.  Leka tgok pakcik arab tuh g kasi ikan mkn dgn wife dia.  Kalo korang g jgn lupa yea bawah roti2 untuk kasi makan ikan nemo yg comel2 nih.  Naik bot pergi jeti balik dan bergegas pergi tandas tukar baju. Kena cepat coz tandas ada 2 jek, yg lain sumer pakai bikini xyah risau basah dah. Naik van ke Patong blik dlm sejam jgklah.  Naik hotel mandi2 dan kami seia sekata nak buat facial sesama.



Kuar g carik makan dulu coz pakej ni xde lunch, dapat makan buah, sandwich dan air coke jek.  Makan kat kedai depan Jungceylon Mall.  Bertabah je le ngan harga makanan kat sini.  Nasi goreng punya 200 bath, dah le semangkuk jek nasi nyer.  Hubby order somptam 100 bath dan nasi goreng nenas 220 bath.  Pahtu terus ke Jungceylon mall cari kedai facial semlm tuh.  Kedai ni open air, baring kat tilam baru bukak tudung, hubby ada kat sebelah.  Sikit punya ramai org, sejam facial 350 bath dan kami pilih masker buah2an tambah 150 bath lagi.  Best nyer buat facial ni.  Boleh byr guna kad kredit dan daku byrkan sumer, kira belanja hubby le coz sudi bawak g Phuket n uruskan trip nih.  Sebenarnya daku nak simpan duit nak buat oil massage kat tempat sy urut kaki mlm tadi.  Kat tempat lain sumer seksi2, kat sini jek dorg pakai seluar.  Kami juga seia sekata tuk buat oil massage selama sejam untuk 300 bath sorang! Hubby tetiba tukar fikiran dr foot massage ke body massage bila dia dpt tukang urut lelaki. hikhikhikkk

Daku + perempuan yg buat facial muka daku, sib baik dia pakai mask kalo tak dia lagi menyerlah dari daku 



Lepas berurut g hotel blik dan tunggu teksi kat depan yg dah janji dtg jam 7 mlm.  Bubye Phuket!  Kat airport tak cerewet sgt.  Turun jek teksi jek, terus scan beg pahtu uruskan check in dan pegi ke balai berlepas.  Tak payah nak bayar2 airport tax bagai dah.  Kat balai berlepas jumpa beberapa orang Malaysia kat sana.  Dorang ckp org bangla kat Phuket buli dorang.  Hahahahaha...mmg le restorent india kat sana kebanyakkannya orang bangla yang jaga, ramai plak tuh kat Patong...merata2 ada.  Pahtu dorang rindukan nasi lemak, best lagi dok Malaysia yg punya makanan yg murah dan sedap.




Ni tentatif program hari ni punya


Hasil shopingan selama 3 hari.  Kat dalam balai berlepas airport pun ada jgk kedai2 cenderamata.  Pashmina oren tuh 200 bath (70% pashmina 30 % silk, yg biru (50% silk + 50& pashmina) 250 bath.  Yg biru lagi best rupanya coz lebih tebal.  Beli masa 1st day kat kedai yang kami pergi masa trip.

Rasa best jugak le Phuket ni.  Ada macam2 tempat menarik kat Phuket ni, kita boleh pilih2.  Kalo sesiapa sukerkan pantai mmg best sgt coz pantai dia banyak dan luas.  Mmg tak sempat le kalo nak pergi sumer pantainya. Boleh jugak sewa motosikal tapi kami memilih untuk ikut pakej2 nih, tak dan nak bermotor2 bagai.  Lgpun hubby dah lama meninggalkan aktiviti bermotosikal ni dan daku plak ala2 fobia jek naik motor.  Naik motor pun agak senang coz kalo kat tempat tumpuan pelancong, sign board ada dalam BI jugak.

Phuket ni untuk bersantai2 tgok laut le bukan untuk shopping.  Bank CIMB ada kat sini.  Tapi kalau nak keluarkan duit guna ATM kat sini, sebelum terbang kena call CIMB dulu bagitau kita nak pergi sekian2 haribulan baru le kita boleh keluakan dari atm luar negara.  Sy hari tu call jgk CIMB beberapa hari sebelum terbang sebab sy ingatkan isnin tuh dah gaji, rupa2nya balik dari Phuket baru gaji rupanya. Dah le daku tukar duit RM550 jek tuk pergi bercuti ni, mmg kena berjimat cermat byk le.  Sib baik hotel dah settle byr.  Duit hanya untuk pengangkutan, pakej, makan dan shopping skit2 jek.

Tamatttttt...jumpa lagi kat percutian seterusnya!!!  Bali Jommmmm...

Terima kasi yea kengkawan sudi dtg baca blog sy nih.


Wednesday, 8 May 2013

Nyaman berangin & efiling


Salam kengkawan

Lepas blik dr Phuket ni tersgt le busy nyer. Baru jek blik terus shot ke PD plak untuk kursus auditor.  Rasa kepala masih ting tong lg,  Selesema, mungkin terlampau penat, badan pun tak dpt bertahan menentang penyakit. Jumaat otw ke hotek sempaat beki ubat sekesema yg tak mengantuk punya kat farmasi.  Sabtu pagi lepas bekfas mkn ubat. Ya Allah, pagi tuh punyalah mengantuk yg teramat sgt, dah cuba dah pelbagai aksi supaya xngantuk tp xboleh jgk.  Terasa nak baring atas kerusi jek.  Terus naik bilik merehatkn diri kejap. Lepas kejadian tuh mkn je le ubat bila nak tido.

Rabu lepas, ajak hubby pergi survey aircond kat midvaley yg hubby ckp ada jgk jual brg elektrik murah..nama eon ke apa nama dia yg dekat dgn jusco tuh.  Dorg pun ada kontraktor yg boleh pasang sama macam Sen Heng ni jgk le. Dulu masa mula2 kawin hubby mcm xnak pasang. Sy plak masa bujang tido bilik tu seorg ok jek pun. Tp lama2 bila tido berdua mula rasa bahang. Lebih2 lg bila musim panas.  Tp sabar dulu, hubby pun setuju pasang aircond. Biasanya malamlah yg panasnya, siang dah sejuk. Tp kekdg sampai subuh masih panas membahang lg sampai 4-5 kali ke tandas lap badan.  Tu yg akhirnya nak pasang aircond tuh.  Kami ingat kami ni asal kg rasa keballah tp akhirnya mengalah jgk.  Memlm nak jgk tido dgn aman kan.

Dr midvalley kami pergi Sen Heng kat sekitar rumah pulak, hhhmmm harga dia lebih kurang sama jgk, lgpun dekat jek ngan rumah senang nanti nak followup sumer.  Jadik kami beli Panasonic yg ada inverter tuh dgn harga rm1398 coz rupa2 hubby member dulu.  Upah pasang RM200 dgn 8 kaki hos free, lebih dr tuh kena byr RM12 sekali.  Nampaknya kena tambah 7 kaki lg, byr extra rm105.  Dan buat wiring baru dicaj RM85. Jadi sumer sekali kena tambah RM190 lg kena byr cash kat kontraktor.   Daku sorg je ada masa pasang, jadi daku pun tgok le dorg buat. Dlm 1 jam setgh dah siap!.

Lepas ni nak tukar kipas remote yg xberapa nak berpusing nih.  Plan nak pakai kipas biasa jek.  Tak tahan lamalah kipas remote nih. Kipas kat dlm berbunyik2, yg kat luar plak mcm xbermaya jek nak pusing.  Remote dua2 plak dah kong.  Satu hal plak nak cr, dah cari dah kat kedai letrik, kedai hardware xjumpa.  Alang2 tukar je le sumernya!. Tunggu hubby free teman....


Brand dan model

Hos kat bilik air 

Beli remote astro baru RM12 kat Sen Heng jgk (kiri), remote lama xde kualiti arrr kejap jek rosak...dulu beli kat G

Korang dah abis isi efiling ke?.  Minggu lepas pergi byr zakat terus isi efiling. Sebenarnya register tahun lepas dah tapi tak guna lg efiling tahun lepas.  Nak register online hari tuh, rupa2nya dah ada.  Tinggal nak minta no pin jek thru email pahtu terus isi ehasil, sila klik di sini.  Mudah sgt nak isi sebenarnya.  Sy cuma claim insuran, zakat dan PCB je le. Kalo beli buku pun sumer resit dah ilang.  Tahun lepas sy masih lagi byr streamyx tapi malas le nak claim coz bil tak tau dah letak mana. Lgpun sy mmg xsuker simpan bil coz kekadang bil2 kedai ni akan hilang tulisan dia bila dah lama2 simpan.


Thursday, 2 May 2013

Percutian ke Phuket Day 2



Hari ni adalah hari ke dua. Tour kami hari ni mula jam 10 pagi, jadi sempat le kami bersantai2 kat bilik sambik makan bubur nasi Knorr dan sediakan teh tuk hubby, syukur cerek pun ada disediakan. Bubur pun kongsi jek secup ngan hubby.  Mahal teramat mknn kat sini. Mknn halal xde le susah nak cari, byk jek area Juhcheon Mall tu, eerhhh kat luarnya tau. Tapi dah nasi grg bodoh pun 200 bath, muflis le pelancong bajet mcm kami nih. Nasib baik bawak bekalan roti n mknn g sini.  Kul 10  ada van ambik kami depan hotel, van sejenis dgn van airport hari tuh. Dlm ni ada 12 org dan ada sorg pompuan melayu thai yg pandai ckp melayu kelantan yg sgt pekat! Wehhhh kengkawan kelantan sy pun xckp mcm nih. heheheeee...

Kami menaiki van untuk ke daerah Phang Nga kat tanah besar sana.  Ni kan Pulau Phuket, ada jambatan menyambungkan Pulau ni dengan Phang Nga.  James Bond island ni nama asal Pulau Ta-Phu tp setelah film James Bond The Man with the Golden Gun dibuat kat pulau nih, terus ubah nama untuk lebih komersil. Pulau ni terletak kat Phang Nga Province, iaitu di tanah besar, bukan kat Pulau Phuket lg. Alah laut yg pisahkan Phuket ni sempit jek pun, ada jambatan mcm dr JB ke Singapore jek. Ambik masa dlm setgh jam untuk ke hentian pertama iaitu Monkey Temple (Suwankuha Temple).  Temple ni adalah kuil dalam gua.  Kat sini ada patung emas budha tgh baring dan ada tangga ke bahagian atas dan ke dalam gua.  Sy tak masuk dalam sangat pun, kecik jek guanya.  Monyet ada tapi tak berapa nak ada, ada le jgk orang putih yg kasi mkn beberapa ekor monyet.  Monyet dia pun agak sopan dan xde le agresif sgt, mungkin ada byk lg mknn dalam hutan sana.  Dari Monkey Temple naik van yg sama ke Phang Nga Bay National Park.




Masa nak ke jeti ni dah ada pemandu pelancong namanya Happy.  Dlm 20 minit dah sampai jeti dan kami naik bot panjang plak. Sebenarnya masa pilih tour tuh kita boleh pilih naik bot besar ke, naik bot panjang ke, naik speedboat ke...ni yg paling murah, jadik ambik le pakej naik bot pjg nih.  Naik bot menyusuri hilir sungai dan kiri kanan hanya ada pokok bakau dan nipah.  Macam tak ada aktiviti manusia kat sini yg merosakkan hutan2 bakau ni, sesekali berselisih dgn bot kecil nelayan.  Tempat ni amat nyaman sekali, pemandangan sgt indah..Ya Allah sgt cantik dan sangat terjaga. Memanglah coz ni sebenarnya taman negara. Ada pulau2 batu kapur yg tetiba muncul dr laut, lebih kurang mcm Langkawi, kan sumernya terletak kat Laut Andaman! Lepas tu kami menuju ke Pan Yee island untuk makan. Pulau ni adalah perkampungan nelayan muslim atas air, dlm 2000 org penduduknya dan 95% adalah muslim.  Sgt2 teruja tgok pulau ni. Kat gambar nampak lain, tp depan mata mmg sgt cantik.  Pergilah kengkawan coz sejujurnya gambar takkan dapat mengambarkan dengan tepat apa yang daku tengok hari tuh.



Dah byk lalu pulau, mcm pulau Pan Yee ini jek satu2nya pulau yg ada org tinggal. Nun ditgh2 kampung ada kubah masjid.  Teruja sgt tgok kampung nih.  Dulu masa kat Labuan ada jgk pergi rumah kawan kat kg air tp yg ni sgt unik coz dikelilingi oleh hutan bakau dan laut yg semulajadi, serta pulau2 yg sgt menakjubkan.  Kami lunch kat sini dan diberi masa setgh jam utk pusing2 kat deretan kedai2nya.  Masa ni hubby dah meluru ke depan dan hilang dicelah2 gerai. Happy ni nampak garang saja, confirm marah kalo lambat, jadi daku g shopping yg dekat2 saja.  Terpikat dgn pearl kat sini, katanya pearl yg di ternak di Phuket sendiri. Tp daku xbeli coz pengalaman selama ini membeli pearl dan gelang kat merata tempat, akhirnya jadik tukun. Lgpun yg murah2 sumer mutiara yang tak berapa nak sfera bentuknya, yg bulat elok harga lagi mahal.

Nampak hubby keluar dari celah mana ntah dan hubby ckp masjid tuh jauh ke dalam, tak sempat nak pergi semayang kat sana.  Mmg daku dah sedia maklumlah mmg hubby tujuan utama dia g situ.  Rasanya tadi dia dah half way tuh tapi nak buat caner kami diberi masa 25 minit jek tuk pusing2 sini.  Dah le jalan kat sini sempit dan pusing, nanti kang tak jumpa jln blik plak.



Sumer peniaga ni islam tp xreti ckp melayu, english lagilah. Jadik tak best sgt nak bersembang, yelah kan nak tau jugak asal usul kampung ni.  Nape tetiba ada kg terpencil kat tengah2 laut ni kan.  Masa tgh pilih pompuan thai yg sevan tadi tuh ada bgtau yg gelang tuh pearl betul tp pearl kat brooch tuh bukan pearl betul.  Ada jgk peniaga yg tau sikit2, mcm yg jual sambal bilis tuh dia ckp jgk 'sambal bilis'. Tp tak sempat nak menyinggah dan masuk coz masa tgh terhad, kang tertinggal plak kat sini, sape le nak tlg antar blik ke jeti.

Selain ni ada udang goreng tepung dan buah nenas.  Sedap mkn kat sini.


 Antara mknn yg tersedia dan ni termasuk dlm pakej.  Bila nampak ada nenas daku pandang hubby n tanya 'ehh bie, mana dtgnya nenas ni yea, kat sini mana ada tanah'.  Hubby pandang daku dgn pandangan menyindir!  Masa ni mmg masih dlm keadaan terkejut tgk pulau kat sini cantik sgt, sampai terkeluar soalan bodoh!




Ramai sgt pelancong dtg ke Pulau ni, restorent banyak dan sgt besar. Masa tgh berkumpul dpn restorent utk turun ke jeti, hubby sempat bersalam dan bergambar dgn owner restorent ni. Sape lg, daku le yg jadik tukang ambik gambarnya.  Hubby sempat berbisik 'kaya gile dah pakcik ni agaknya'.  Pahtu pakcik tuh ckp ngan hubby nak derma tak tuk masjid.  Sape lg, daku le tukang byrnya! Ehhhh..yg ni betul2 ikhlas tau...titip doa supaya kami cepat dapat baby! Doakan jugak yea kengkawan. Tq.  :)

Kat sini xnampak plak hotel sumer, mungkin pelancong yg dtg mmg hanya untuk makan tengahari kot pahtu balik.  Kalo ada hotel kat sini, boleh jgk lain kali dok sini semlm.  Nak jugak pusing2 dan bermain dengan bayu laut dan lepak kat luar memlm tgok bintang.







Lepas tuh turun, plantar jeti tuh terapung2 sikit, geram dgn hubby yg tolak2 sy. Rasa nak terajang blik, nasib baik kakiku pendek!. Naik bot pjg blik dan belayar menuju ke Pulau Tam Talu. Pulau tu xde pantai pun tp ada 3 feri berlabuh kat situ menjadi tempat bot mendarat dan kena berlepas. Ehhh ntah apa2 ntah bahasa daku nih...bertabah je le korang baca yea.  Turun kat feri, sape2 yg ambik pakej termasuk snorkling tuh, dorg naik le kenu. Alah bukan best pun, kenu tuh bukan boleh dayung sendiri, ada org tlg dayungkan (ayat jeles!).  Kira berkenu sambil bersantai le menyusuri pulau dan lalu ke bawah gua yg tembus ke belakang pulau, pahtu kembali semula ke feri. Hammmmm...pemandu kenu ni sumer org tempatan.  Agaknya dorg ni dah beralih kerjaya dari nelayan ke sektor pelancongn agaknya, ramai jgk yg dah kaya raya agaknya.  Kami yang xambik pakej kenu ni duduk le tengok dorg tgh bersukaria sambil minum air.  Yg ada pakej kenu ni mahal skit.  Ada mcm2 perangai ada, ada pompuan korea tuh menyanyi sikit punya kuat..perasan artis!.




Lepas tu naik bot pjg blik dan menuju ke James Bond Island (Pulau Ta-Phu), malangnya daku xpenah tgok film James Bond yg dimaksudkan....cuma mendgr suamiku membebel saja. Mendarat di sebelah pulau, lepas tu mendaki batu batan dan pergi ke sebelah pantai yg lain utk naik bot. Pulau ciput jek pun tp lain tempat naik, lain tempat turun.  Kat sini ada mcm polis juga jaga tau.....jgn main2. Kat sini ada jgk peniaga jual cenderahati, fridge magnetic, pearl, keychain etc, kebykkn pakai tudung. Masa hubby lalu depan sebuah kedai, ada lelaki lembut nak tarik2 hubby g gerai dia, punyalah jahat hubby terus menoleh dan tunjuk kat sy yg berjln kat belakang.  Pahtu ada sorg lelaki cuit lelaki lembut tuh n tunjuk sy, kononnya nk mengadu le yg bini dia ada kat belakang. Pahtu sy terus buat muka garang dan tunjuk penumbuk kat lelaki lembut tuh...sumer org gelak!. Nampaknya daku terpaksa jadi bodyguard hubby plak kat Phuket nih.  Lama jgk kat pulau ni ambik gambar kat batu terpacak tuh, itu le ikon yg salu ada kat fridge magnetic dan internet.




Kat sini pun boleh traffic jem tau

Lepas tu naik bot pjg blik dan kami kehilangan 2 org pelancong, mana le dorg ni hilang...tak reti bahasa ke apa nih.  Happy dah pergi carik xjumpa, padahal pulau ni ko kentut kat belah sini, belah pantai sebelah pun boleh dgr.  Terpaksa patah balik ke pantai sebelah dan Happy pergi cari kat celah2 batu td...mana tau tersepit kat situ.  Ohhhh...di maafkan, 2 pelancong korea turun dr batu bata dgn Happy, sumer org bertepuk tgn.  Org korea ni xpandai sgt ckp english tp sibuk nak melancong....cewahhh jahatnya!.


Lepas tu balik ke jeti balik, naik van balik dan diturunkan ke depan hotel.  Malam tuh kami pergi Juncheon Mall untuk cari makan.  Tp sebelum tuh kami pergi kiosk tour depan hotel dulu tuk carik teksi pergi aiport esok jam 7 mlm, dapat private taxi dengan harga 600 bath.  Baca kat blog org hari tuh ada gerai halal kat bawah Food Court mall.  Tapi malangnya gerai tuh tutup plak.  Kami merayau kejap dalam tuh walaupun perut dah berbunyik2.  Ada byk jugak gerai kecik2 kat bawah tuh jual pelbagai brg macam souvenir, ukiran kayu, plak, sarung bantal, urut kaki, table runner dan macam2 lagi lah.  Mall ni agak besar jgk dan mcm ada beberapa mall bersambung2.  Kami keluar masuk kedai tapi hubby ckp harga dia lebih kurang KL jgk.  Daku ada jugk skodeng Crocs dll..  Sempat le kami tengok org buat facial open air, hubby ckp esok nak try berfacial plak.


Beli bang jgn tak beli..

Kami keluar ke jln besar dan masuk lorong2 kecil. Kat sini mmg selamat le nak g mana2 pun, ramai jek pelancong lalu lalang buat mcm tempat dorang jek.  Singgah makan kat restorent arab.  Boleh le, mmg mcm ni le standard makanan kat Phuket ni.  Daku order nasi yg ala2 nasi tomato dgn harga 250 bath.  Kat sini dah le mknn mahal pahtu portion dia kecik.  Sabor je le.  Lepas tu daku pergi berurut kaki plak kat kedai yang agak sopan pakaiannya.  Kat kedai lain daku ngeri masuk tgok pakaian tukang urut tuh tak sampai semeter kain nak jahitnya...ceeesssss.  Urut kaki murah sejam 250 bath.  Masa tgh berurut lagi sekali daku ditanya tengah peknen ke tidak, daku mengeleng jek.  Sib baik hubby tak de, kalo tak habis le kena gelak besar. Ehhh gemuk sgt ke daku skrg nih!. Hubby plak pergi merayau ntah ke mana.  Meriah jln2 kat Patong coz kejap2 ada lori yg buat promosi boxing le, teater le..siap ada org berboxing tu atas lori tu...bingit bunyiknyer.  Kami tak pergi Fantasea tuh, tp hubby ckp dulu dia pernah tengok kat Krabi mmg sgt best.

Dah siap berurut balik hotel. Malam ni kena tido awal coz tour esok jam 7.15 pagi waktu Phuket dah kena tunggu depan hotel.  Masa kat Phuket ni lewat sejam dari waktu kita kat Malaysia.  Hubby plak kuar, pusing2 agaknya tgok kemeriahan Patong waktu malam.

Ok, bersambung ke Day 3 plak. Terima kasih sebab sudi dtg blog saya.


Ni brochure yg kami pergi tuh.  Setiap tour booth nampaknya lain brochure dia tapi secara amnya tentatifnya lebih kurang sama.  Kami ambik Program A yg xde berkenu tuh.  Kena pandai tawar menawar yea kengkawan.