Sunday, 31 March 2013

Belajar jahit Crumble manik

Salam kengkawan

Tetiba je daku berminat nak belajar buat crumble manik ni.  Sebenarnya sy sangat minat pada crumble manik dan shimmering flora.  Hari tu ada jugak plan nak pergi kursus jahitan manik kat Shah Alam. Tapi bila check2 map, sy tak confident nak drive sorang2 ke situ.  Kalo area PKNS atau stadium tu sy biasa le jgk pergi.  Serius kawasan Shah Alam mmg tempat sy selalu sesat barat, xreti nak carik2.  Kalo kengkawan nak pergi kelas ni boleh bukak blog ni, klik sini.  Selain itu sy jugak suker blog ni, klik sini.

Sebelum ni ada jugak beli buku asas jahitan manik, boleh belajar skit2 teknik jahitan manik. Kalau nak cantik teknik2 jahitan manik ni kena gabung2 baru le hasilkan design yang cantik2 dan kemas.

Buku besar tu boleh dpt byk teknik, contoh pattern etc.  Buku kecik ni walaupun kecik tapi mudah difahami dan banyak tips berguna


Ada byk teknik kat dlm buku kecik ni, teknik tali air ni byk sy guna bila buat crumble manik ni.  Ehhh ada 2 page sebenarnya..ni page 1.  Naikkan benang ke bawah manik no 3, lepas tuh masukkan semula dalam manik no 4,5 dan 6.  Lepas tu tambahkan 3-6 manik dan matikan dan boleh ulang semula.  Ni akan menyebabkan  manik2 tu tersusun rapat dan tak ada ruang kosong antara manik.

Antara tips yg sy rasa sangat berguna untuk sy.  Walaupun renyah skit nak matikan setiap kali masukkan pearls tapi hasilnya pearl terletak dengan elok.  Selain itu, dari pengalaman sy jahit CM ni, kain pun kena cari yang agak tebal macam cotton, batik sutera etc, xsesuai sutera atau kain yg nipis.  Pearl pun xboleh byk sgt coz nanti berat masa pakai.  CM ni lagi senang nak jahit banding shimmering flora.  Kena pandai matchingkan warna2 pearls dan saiz pearl dan bagi warna naik kata org.  Sy lebih suke jahit pearl ikut aturan, susunan yg teratur. Kena gunakan pearl, manik dan kristal yg berkualiti baru cantik.  Masa pakai hari tu ada plak sejibik pearl yg dah tercabut, walaupun buat dgn hati2 tetap tercabut jgk.  Sy pernah dengar org letak perwarna kuku kat simpulan benang supaya jahitan tak tercabut.  Hmmmm kena mencarik perwarna kuku plak le pasni, syg plak kalo tercabut. :)  Selain tu boleh gabungkan CM dengan SF, ikut kepada kreativiti masing2. 

Sy ada belajar jahit manik crumble dari sorang adik nih, tgok blog dia le.  Senang nak ikut cara nih...klik sini.  Memandangkan budak baru belajar, jadik daku pun buat sebijik macam Cik Puan Ena ni buat siap ada lakaran bulat2 dan plan saiz manik dan warna manik lagi.  Malu nak tunjuk yg sy buat, korang refer kat blog adik ni je le yea.  Masa pergi beli manik kat GM Chow Kit (naik monorel, turun kat stesen Chow Kit...korang kuar monorel kat pintu menuju ke pasar chow kit dan pandang atas sambil pusing2 kepala..nanti nampak bangunan GM Chow Kit tuh), daku pun bawak sekali lakaran tu supaya senang nak rujuk.  Bagus jugak coz byk sgt manik, sampai pening nak pilih yg mana.  Beli manik kat sini, kena beli cara borong dgn beli 6 utas minimum.  Tapi sebab harga seutas pun tak sampai RM2 untuk pearl, jadik sy pun apa lagi memborong le sikit punya banyak.  Ni sumer memborong untuk 2 baju sekali.  He..he.hee..  Ada 3 kedai yang sy jumpa kat situ tapi sy berkenan yg kat tingkat 1 tu, kualiti pearl dia bagus cuma tak sebanyak pilihan kat tingkat 4/5 tuh.  Selain itu suker beli glass kristal kat kedai tingkat 4/5 coz shining dia mmg wallah...cuma seutas dekat RM10, boleh beli seutas 2 je le, pahtu cari color yang boleh guna untuk baju2 lain jgk.  :)

K
Beli bekas siap2 untuk simpan pearls

Sempat jugak memborong brooch

Ni beli kat kedai kat tingkat 4 ke 5 tuh, xingat tapi byk sgt pearl kat kedai tuh...juling bijik mata tgok

Ni pearl kat kedai tingkat 1





Dah siap!  Oklah kan untuk amatur nih.  Mula2 nak buat pearl color kuning + gold + oren jek tapi dah kain dia ada color biru + merah + hijau bintik2, jadi kena le buat cam color ni ikut warna pada kain.

Untuk manik tabur tuh sy guna manik yang dulu2 punya masa rajin jahit manik.  Biasa manik kecik2 ni sy beli manik jepun kat Kedai Bunga Reben, Jln TAR.  Kalo nak cantik boleh guna pearl swaroski/glass yg lebih berat dan shining.  Untuk kristal plak mmg cantik guna glass kristal le coz lagi shining banding dengan kristal plastik.



Wednesday, 27 March 2013

Shopping free movie




Salam kengkawan

Dah lama xbeli brg kemas, ahad lepas pergi ke KLCC tgok2 brg kemas kat Habib. Mula2 nak trade in rantai tp memandangkan emas tgh murah, rasa rugi le plak coz akan tolak 20% dr harga semasa. 
Last beli ujung tahun lepas kot. Sy pun ambik le sebentuk cincin. Design byk tp yg sama saiz dgn sy ada le beberapa jek. Selain tuh tgok design jgk, ada design yg tak sesuai dgn jari daku yg kontot nih. Sejujurnya sy suker g ngan hubby tp hubby xnak teman coz busy buat ssignment. Semenjak dua menjak ni daku lebih suker hubby pilih coz mmg hubby pandai pilih yg cantik2. Masa beli ni harga emas 916 adalah RM185, ada less RM6 segram.  Rasanya agak murah le coz tak pernah lagi beli emas 916 yg harga kurang dari rm180 segram semenjak tahun 2011.

Dulu mula2 kawin xsuker shopping ngan hubby coz kena ikut dia g memana, biasa le lelakikan pilihan dia mesti le g tgok brg lelaki....bosannnnn. Bila g tempat brg pompuan dia xnak teman plak..suh g sendiri pahtu nanti suh call bila dah siap. Sakit hati tul.  Tp hubby tak kisah kalo daku beli brg kemas coz bagi org finance mcm dia tuh, itu adalah pelaburan...jadi digalakkan.  Kalo g beli brg kemas, dia nak le ikut.  Bila hubby xde nih, mula le daku emo kalo design yg daku minat xde saiz.  Daku kan suker bunga, tp bunga yg berkenan susah carik plak. Jadi sambar je le yg nih.

Bila dah swap CC, adik tu ckp boleh redeem tiket wayang kat Cimb kat situ jgk, tepi pizza hut. Daku pun pergi coz tingatkn hubby suker tgok wayangkn. Rupa2nya dpt 4 tiket. Aiyoooo...nak kasi sape plak tiket ekstra nih. 

Jadi selasa lepas pergi le kami laki bini ke Times square tgok citer GI Joe nih. Daku drive sendiri g sana coz hubby dtg dr opis. Tiket sy suh hubby kasi kat kengkwn dia.  Sebelum g singgah dulu mengisi perut melantak mihun sup dan otak2. Ingat2 lupa le jln nak g Times square, sy lalu ikut bulatan pandan dr jln cheras. Dulu2 masa Times square baru bukak ada penah pergi sekali.  Ayoooo....persimpangan bertingkat tuh dah siap rupanya...jakun kejap..ala yg lepas Jusco Maluri tuh.  Sampai bukit bintang jem skit, berdebar2 cari pintu masuk parking...xnampak signboard parking pun...ikut naluri jek. Syukur sampai jgk dgn selamat. Tersesat cari surau coz dgr hubby ckp ting 3, rupa2nya ting 7. Besar nyer le times squre nih, sesak dan sempit!. 

Best citer nih, byk action, kurang cinta2. Yg menarik ada pelakon korea dan cina. Costume pun cantik. Suker sgt pelakon korea pakai constume putih tuh. Babak paling best, adegan kejar mengejar di dinding puncak gunung...sebijik mcm spiderman.  Main baling2 tali ke batu pahtu berpaut sambil lari-larik dan terbang2.  Ngeri weiiiii....


Lepas tgok wyg beramah mesra ngan couple yg hubby kasi tiket tuh, terus masuk kedai cari kasut. Kasut lama dah buang dah, coz dah barai.  Yayyyy...ada kasut baru. Gembira coz hubby ada tukang audit. Biasa kalo hubby tak berkenan dia akan ckp 'teruk nyer taste you!'.

Blik dah kul 11. Seblm tido mkn multi vitamin pahtu tetiba lapar g masak megi. Pahtu melantak coco crunch abis sebungkus. Aduh byk nyer mkn, bersumo mknn dlm perut.  Subuh2 bgn, ehhhhh nape perut kembung memulas-mulas nih.  Demmmmmm...kena food poisoning plak.  Daku kalo kena, mmg kena muntahkan sumer baru ok. Menepek pepagi, terus cuti emergency. Tp tghari dah ok, gigih g Bank islam bukak akaun Tabung Haji. Org lain bukak semenjak baby, daku dah tua bangka baru terhegeh2 nak bukak!. 

Tuesday, 26 March 2013

Lawyers, Doctors and Snakes: A Joke!

 Of Lawyers, Doctors and Snakes:

A doctor and a lawyer were attending a cocktail party when the doctor was approached by a man who asked advice on how to handle his ulcer.

The doctor mumbled some medical advice, then turned to the lawyer and remarked, "I never know how to handle the situation when I'm asked for medical advice during a social function. Is it acceptable to send a bill for such advice?"

The lawyer replied that it was certainly acceptable to do so.

The next day, the doctor sent the ulcer-stricken man a bill. The lawyer also sent one to the doctor

Thursday, 21 March 2013

From Blogger to Blogger: Gift comel by MR

Salam kengkawan

Kawan sy Mama Rocky ada buat entry kat blog dia tentang gift comel ni.  Berminat?  Klik kat sini.  Ni kawan sy kat tempat keje lama dulu, pernah dok serumah masa bujang.  :)  Kawan jalan2 n makan2 jugak dulu masa zaman bujang, sampai sekarang masih contact lg.  Best jugak ada blog ni boleh le keep in touch dan dengar khabar masing2kan.  :)



Wednesday, 20 March 2013

Renewed Passport Malaysia melalui online


Salam kengkawan

Apa khabar semuanya?. Harap sumer nyer sihat2 belaka yea.  Dah dekat nak piliharaya ni byk betul isu2 timbul, byk citer yg tak pasti betul ke idaknya.  Masuk telinga kanan kuar telinga kiri je le coz xlarat pulak nak siasat kesahihan sumer citer yg dicanangkan.  Satu lagi harap ops Daulat ni akan cepat2 berakhirlah.  Kembalikan lah keamanan di negeri ku itu, kami nak hidup dengan aman dan damai, itulah impian rakyat marhaen mcm daku ni.  Ni pun tengah skodeng tiket murah nak balik Sipitang nih.

Passport sy dah nak expired dah pada april depan, jadik kena le renew kan.  Takut nanti kalo tetiba kena pergi obersee plak kelam kabut.  Org atasan ni dah hint2 dah suh cari kursus kat obersee untuk tahun ni.  Dah kawin2 ni malas plak nak berkursus jauh2...dulu langsung xdpt peluang, sekarang ni dah pindah tempat baru, peluang sentiasa ada tapi daku malas plak nak pergi.

Jadi tadi daku pergi le ke BBB pergi buat gambar passport.  Nak buat passport ni kena buat gambar baru.  Buat 4 keping RM12 bersama-sama dengan CD.  Elok jugak buat gambar baru ni, kalo ada apa2 hal boleh guna.Standby jek gambar passport kat purse.

Jadi kengkawan sekarang ni dah mudah, dah boleh renew passport online jek.  Ni kat bawah sy tunjukkan caranya yea.

Apa-apa hal sila le baca info kat Q&A dia yea
Semlm lagi nak ambik gambar tapi terlupa plak yg nak ambik gambar kena pakai pakaian gelap, semlm pakai tudung pink.. :)

 Klik kat Permohonan Pembaharuan Passport

Isi lah no passport dan no IC yg berkenaan

Kita kena choose file dan lepas tuh kena crop le gambar, sy tiru macam gambar yg dah print jek.  Sy sebenarnya upload 2x gambar coz yg pertama tuh sy gerakkan kotak crop tuh...tapi sy tak buat betul2 coz tak faham...bila sy tekan crop...hambik ko, hidung jek nampak. Lepas tu baru sy crop sekali lagi baru ok. :)


Dah masukkan gambar, sumer info dari passport  asal dah ada kat dalam.  Kita perlu check info ni sumer, sy tukar alamat terkini saja coz dulu guna alamat rumah sewa, yg lain sumer ok.  Baca setiap satu, tick sana sini dan ikut saja arahan yg diberikan.  Kat bawahnya akan ada option untuk jenis payment samada CC atau debit card.

Bayar jgn x byr


Dahhhhh berjaya...boleh cetak resit  

Print dan simpan untuk bawa masa pungut passport nanti :)

Mudah kan?.  Harap oklah nanti masa pungut passport ni kat Kajang.  Sy kena pungut esoknya, mungkin sebab sy orang Sabah.  Mungkin orang semenanjung lagi cepat proses nak pungut nyer.  Apa pun, jom plan bercuti untuk 5 tahun...horayyyyy

Semlm sebelum g keje siap bermekap bagai coz nak jugak gambar nanti cantik kan.  Sib baik gambar yg dihasilkan ok.  Bila balik keje, terserempak dengan jiran 1 level kat lif.  Bila keluar lif jek, dia tanya 'akak kenapa pakai tudung terbalik'.  OMGgggggggg....tadi dah tawaf satu bangunan kat BBB, pahtu jumpa student, jumpa staf, jumpa pak arab bagai....tak perasan plak pakai tudung terbalik!!! Cisssssssss......




Updated:  Ingatkan dtg Pejabat Imigresen terus dapat passport, rupanya tidak.  Kena pergi ambik nombor dan kita diminta serahkan Passport asal, resit dan sekeping gambar dan diberi nombor giliran.  Pahtu serahkan dokumen sumer tuh kepada kauter pungutan passport.  Mula2 sy tunggu jugak kat ruangan menunggu tapi nampaknya nombor giliran tak bergerak2.  Kakak kat kerusi sebelah dah mengaum dah mcm harimau malaya, bengang dah hampir sejam tunggu!. Baru tingat yg staf kat kaunter suh serahkan dokumen ni dulu, terus le daku g kaunter.  Kan betulllll...adik kat kaunter tu scan ibu jari tgn kiri kanan dan sy diminta tunggu selama 30 minit dan tunggu dia panggil kemudian.  Lepas 30 minit baru nama di panggil dan sign sini sana...dapat le passport baru.  Cantikkk...ada lain skit le design passport baru nih.

Adik kat kaunter pungutan ni mmg busy coz ramai sgt orang tgh tunggu.  Ada jugak customer yg mula merungut coz dah lama tunggu.  Tapi adik ni tetap cool melayan.  Lastly baru le 2 kaunter lagik bukak, baru laju skit.  :)



Thursday, 14 March 2013

Taman makanan atas awan: Selepas trim

Salam kengkawan

Awal bulan lepas, sy minta tlg hubby trim pokok2 nih.  Bukan tak nak trim sendiri tapi saja je nak bermanja2...ehhh bukan, coz tak sampai hati nak trim.  Tapi bila fikir2 semak plak biar memanjang dan berleluasa.  Mula2 tuh sedih jgk tgok habis togel pokokku, tapi lepas tu happy balik bila batang yang ditrim tuh dah bertunas balik.  Gembira tgok daun muda limau purut sikit punya lebar, selebar tapak tangan ku!. Pokok t. burung pun bertunas balik dan daun nyer pun besar2.  Sebelum ni byk sgt ranting, pucuk dia jadik kecik dan kekuningan.  Tak cukup nutrient kot. 

Aloe vera dari jiran

Aloe vera yg 3 batang ni sy pindahkan dari pasu besar, masih 'gayal' lagi...dalam bahasa kedayan masih sakit le.  Batang2 dia jadik lebam2 coz baru mula menyesuaikan diri.  :). Dulu anak dia sy ambik dari rumah kwn sy Ms. N.  Gambar yg kat atas tuh sy semai dari cantasan jiran sy.  Masa dia kasi tuh color aloe vera ni hijau lembut dan xde bintik2..jadik sy ingatkan spesies lain.  Tapi bila sy tanam, jadik berbintik dan berwarna hijau gelap mcm aloe vera sy jgk.


Serai ni mcm xsubur sgt plak


Selasih dan kemangi tanam sepasu..kekdg confuse yg mana satu

Halia ni sy suker ambik coz dia suke tumbuh kat tepi2 pasu, berhimpit2.  Bila sy korek2 kat dalam2 rupanya ada isi dia besar2 macam jual kat kedai tuh.  Sy pun apalagi korek2 lek isi2 dia tuh supaya dia boleh membesar lagi.

Ni kunyit, hari tuh byk mati tapi ni dah tumbuh balik dgn suburnya

Limau purut selepas cantas

Cuba tanam batang bayam, separuh jek yg hidup yg separuh lagi dah mati daaaa.  Nak try tanam kailan dan cili plak kat separuh pasu nih.

Anak pandan dah kuar, yg tinggi2 sy dah potong

Ni member yg terbaru, si Kantan. Ambik dari umah Keqwa.  Kondo baru kat depan umah ni dah mula naik dah skit...nanti dah xnampak dah H*KM. :(

Ulam t. burung



Gembira selepas trim, sumer nyer sihat walafiat balik.  Semasa google cari petua nak suburkan tanaman, jumpa entry sorang Doc ni.  Kebetulan blog Doc ni ada dalam bloglist Kaksu, mmg suker tgok blog list kaksu. Jadik terbaca ttg petua yang Doc ni nak kongsi iaitu menggunakan 'urine manusia', cuba klik kat sini.  Setakat ni daku guna baja tahi kambing, air beras, air kepala udang dan perut ikan saja.  Tapi mmg geram bila tgok tanaman orang subur semacam jek kan.  Tapi walau bagaimana pun, xmo le guna 'urine' untuk suburkan tanaman, yakkkk...guna urine sendiri pun xsanggup.  Nak kumpul plak, kat mana le nak kumpul urine kat tingkat 17 nih.  Harus kena sound ngan hubby kang, dia mmg pantang bende2 yang tak berapa nak wangi nih.  Sape2 yg nak tau sukatan nak buat tuh boleh rujuk entry doc tuh.  Kalo guna tuk bunga rose mmg subur giler rose korang nanti!!!

Sabtu tu sempat tipon mama kat Sipitang, bgtau le kat mama yang kalo nak suburkan tanaman guna 'urine'.  Haaaaa...rupa2nya mama dah lama tahu dah.  Terkejut jgk daku, mama yg dok kg pun tau.  Mama ckp dia pernah dgr org kg bercerita sesetgh penanam sayur (bukan kat kg kami) guna 'urine' untuk suburkan tanaman.  Sebab tu org kg suker tanam sendiri sayur, xmo beli kat kedai.  Tanya mama, napa xbgtau sebelum ni...mama jawab 'laaa korang tinggal di bandar, mana ada tanam sayur!'.

Sebenarnya daku selama ni confuse sebab daku suker menanam tapi tak tau apa yg daku minat.  Sekarang ni tanam herba ni pun sebab suker + senang nak masak, just ambik jek kat balkoni.  Daku xminat nak tanam bunga orkidlah, kertaslah, bunga2an nih...errrr apa sebenarnya yang daku suker ni.  Yg daku tau, daku suker tanam pokok yang hijau...kalo berbunga pun berbunga putih jek.  Tak suker warna-warni...alam semulajadi betullah.  Sehinggalah beberapa hari lepas terjumpa blog Inspirasi Alam ni, klik kat sini.  Suker sgt ngan kebun adik ni.  Kebun macam ni le yg daku suker, suker benor tengok Bunga Melati Bangkok ni.  Nanti kalu kat umah PS2, konfirm daku beli pokok ni. Ni curik gambar dari blog Inspirasi alam. Nanti ujung minggu nak carik le kat nursery...kat bawahnya nak letak ikan gapi. :)



Cantik kan? Jatuh chenta...



Monday, 11 March 2013

Jln2 cari nasi lemak

Salam kengkawan

Semenjak dua menjak nih rajin cari nasi lemak untuk bekpas di sekitar Bandar Baru Bangi. Setakat ni adalah beberapa tempat yg dah jumpa yg sedap.  Mula-mula pindah bangi dulu, rasa sedih sgt coz xtau mana nasi lemak yang sedap.  Pusing punya pusing, kekadang g ngan Keqwa, kekadang daku lone ranger jek g, akhirnya jumpalah beberapa nasi lemak yang agak sedap ditekak daku nih.  Boleh le share ngan korang, mana tau korang pergi Bangi nantikan, boleh le try tempat2 ni.

Dulu masa student kat Bangi ni, makanan sedap tidak termasuk dalam agenda coz faham le kan masa tu bajet ciput.  Tu yg skrg ni kalo nak kuar makan dengan student kat opis ni....bila dorg citer pasal makanan yg best, daku berkerut kening dgr coz itu dalam bajet dorang, bajet student.  Bajet org yang dah keje ni lain skit, bajet penamak jek lebih.

Aiyooo...dah makan byk nasi lemak ni kena le fikir2kan nak membakar lemak plak.  Paling kurang 2 pusingan Tasik permaisuri nih.




1. Depan Klinik Kesihatan

Yg ni staf kat pej am kami yg bgtau. Kekdg ada jgk pensyarah yg beli kat sini. Dia bukan gerai tp just lori yg menjual nasi lemak. Ada jgk beberapa kerusi disediakan untuk makan. Selain nasi lemak, ada juga jual kuih muih.  Senang jek nak pergi, kalo dari bulatan BBB yg dekat UKM ni, sebelum traffik light depan UKM ni ada simpang ke kiri.  Dekat situ pun rasanya ada signboard tulis Klinik Kesihatan jugak.  Lepas tu ambik kiri, haaaaa...klinik kesihatan ni depan rumah2 orang tuh.


2. Kedai Makan Maria

Yg ni kat seksyen 3. Dekat2 jgklah dgn Sek Men Jln 4 yg glamer tuh, tp bukan le depan dia betul2. Kedai ni kat rumah teres end lot mcm tuh. Nasi dia sedap dan wangi.




3. Kedai Makan kat Pasar Basah BBB.

Yg ni senang, g jek parking depan pasar tuh. Gerai dia paling depan sekali. Ramai org, sampai kena beratur bila nak beli, tp jgn risau dorg cepat jek serve. Yg terbaik kat sini, paru dia lah....wallah garing!. Lauk dia jgk byk. Selain tu ada nampak mcm mee spagethi, mungkin Laksa johor kot, pahtu kuih muih biasalahkan dan popia basah. Kuih2 dia ada yg siap dah bungkus, jd senang nak ambik. Mi goreng dan bihun grg pun ada nampak dan beberapa lg lah mknn yg ada.  Mula2 pergi hari tu, terserempak plak ngan staf daku tgh mkn kat situ...kantoi!!!  Aku yg kantoi ke dorang yang kantoi ni.  Kebetulan staf daku tuh duduk semeja dgn staf Keqwa.  Hahahaaaaa...




4.  Wisma UNIKEB UKM

Wah, nak jugak kasi glamer UKM ni.  Kat wisma Unikeb kat luar tu pun ada kedai makan yg best.  Sebenarnya kedai makan dia satu je pun yang ada kat situ, tapi parking mmg kena bersabar byk le kalo nak g situ.  Bangunan Unikeb ni jalan nak g Bangi lama tuh, tepi jalan jek.  Restoren kat sini selain dari nasi lemak, sy paling suker bubur dia.  Kalo tak silap ada 8 jenis bubur.  Dulu daku suker beli bubur beras hitam tapi ntah satu masa tuh, nampak kakak ni ambik bubur labu.  Daku pun tanya le sedap ke bubur labu, akak tuh jawab 'entah le dik, akak salu campur2 jek, lagi sedap'.  Semenjak tuh, daku pun kasi campur2 sumer...hhhhmmmmm lagi sedap.  Tu le kebaikkan nyer suker bertanya ye dak? Selain tu ada ikan bakar dan makanan makan tengahari yang boleh tahan jugak le. :)

Ahad hari tu anak saudara saya Amoy dan kawan dia dtg rumah, jadik sebelum hantar dorng g komuter blik, sempat masak nasi lemak.  Nasi nyer xsempat ambik gambar daaa.  Mula2 nak masak sambal udang tapi kawan Amoy ni xmkn seafood plak, jadik goreng ayam jek le.  Ni mungkin kali yang terakhir makan nasi lemak tuk bulan ni...jemu asyik mkn nasi lemak jek semenjak dua menjak nih. Timun tu sy guna timun jepun coz lagi rangup.

Pesanan kepada kengkawan yg masih bujang dan akan berkahwin.  Kita kena pandai masak masakan2 yang tertentu sebab kekdg ada saudara mara dtg rumah, kira kena ada masakan yang kita pandai dan sedap le untuk tetamu.  Kekdg saudara mara sendiri boleh le kawtim tp kalo saudara mara belah hubby tuh xleh le nak kawtim plak kan.  Biasa sy masak nasi putih @ nasi lemak @ nasi ayam, yg simple2 jek atau pun kekadang mihun jek...lepas ni nak try masak . Kalo malas order Domino jek....:) dasarrrr

Dulu2 masa mula2 kawin suker jgk buat agar2, kek, bubur dan pastry etc tapi bila dah lama2 kawin ni dah tau dah hubby suka makan dan tak suker makan.  Dah byk dah try dan error kasi dia makan.  Sekarang ni masak bende yg tau dia nak makan, kalo tak nanti daku jek sorang2 mkn xbest jgk.  Kalo bende yg dia xminat mkn, daku beli kat luar je dan makan time opis.  Untuk tetamu belah hubby pun mcm tu jugak, dorang dari pantai timur jadik mknn yang canggih2 moden ni kureng skit.  Berbeza ngan belah sy, dorang sumer tak memilih makan, syukur alhamdulilah.  Mungkin dah terdidik dulu2 hidup susah, jadi makan je le rezeki yg ada depan mata. :)



Thursday, 7 March 2013

Life's Lesson

A professor stood before his philosophy class and had some items in front of him. When the class began, he wordlessly picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with golf balls. He then asked the students if the jar was full. They agreed that it was.

 The professor then picked up a box of glass marbles and poured them into the jar. He shook the jar lightly. The marbles rolled into the open areas between the golf balls. He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

 The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else. He asked once more if the jar was full.. The students responded with a unanimous ‘yes.’

 The professor then produced a cup of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar effectively filling the empty space between the sand.The students laughed..

 â€˜Now,’ said the professor as the laughter subsided, ‘I want you to recognize that this jar represents your life. The golf balls are the important things—-your family, your children, your health, your friends and your favorite passions—-and if everything else was lost and only they remained, your life would still be full. The marbles are the other things that matter like your job, your house your investments,and your car.. The sand is everything else—-the small stuff.

 â€˜If you put the sand into the jar first,’ he continued, ‘there is no room for the marbles or the golf balls. The same goes for life.

 If you spend all your time and energy on the small stuff you will never have room for the things that are important to you.

 Pay attention to the things that are critical to your happiness.

 Spend time with your children. Spend time with your parents if u still have them. Play another 18 with your buddies.  There will always be time to do your gardening, clean the house and mow the lawn.

 Take care of the golf balls first—-the things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand.

 One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented. The professor smiled and said, ‘I’m glad you asked.’ The coffee just shows you that no matter how full your life may seem, there’s always room for a cup of coffee with a friend.

 Author, unknown.

Monday, 4 March 2013

Negeri di bawah bayu negeri tempat tumpah darahku



Salam kengkawan

Selama beberapa hari ni daku dalam mood bersedih mengenangkan negeri kami yang telah dicerobohi.  Hati mana yang tidak risau mengenangkan tanah tumpah darahku dibanjiri darah.  Walaupun kampung daku jauh di bahagian pantai barat Sabah tapi kami bernafas di negeri yg sama.  Kedukaan yg dilalui oleh rakyat kami di bahagian barat jugak mendukacitakan dan dirasai oleh kami.  Dirasai jgk oleh daku yang berada beribu batu di sini.  Semenjak jumaat lepas, daku tak boleh tidur, makan pun tak ada selera sudah dan sentiasa risau mengenangkan negeriku itu. Hari ahad lepas pun terus demam!! Tiap masa tengok FB tengok status terkini.  Daku mula membaca ttg kesultanan Sulu dan geografinya.  Dulu ingatkan Mindanao tuh le Sulu, rupanya lagi selatan.  Daku mula membaca media online dari Manila sebab infonya lebih cepat dan terkini lgpun update terkini di FB telah dilarang atas keselamatan negara. Selain itu dapat melihat drama ahli keluarga 'waris Sultan' ini.

Selama daku lahir di Sabah 35 tahun yg lepas, daku tidak pernah mengetahui tentang 'waris Sultan Sulu' ni.  Entahkan berjumpa depan mata, tengok gambar pun tidak pernah...macamana org ini claim dia adalah 'Sultan' kami.  Semasa ibu bapa kami melarikan diri ke dalam hutan semasa pendudukan jepun dulu, makan pun tidak menentu, keselamatan di hujung tanduk...di manakan 'Sultan' ini berada?

Setelah kami maju barulah nak claim macam2.  Setelah diketahui negeri kami banyak minyak, barulah nak claim.  Kami sudah biasa hidup dengan aman damai walaupun negeri kami terdiri dari berbilang kaum, toleransi hormat menghormati adalah pegangan kami.  Kami tidak mahukan peperangan dan pertumpahan darah.  Kami berusaha untuk maju sama-sama dengan negeri lain di Malaysia.  Kami bersatu menjadi rakyat Malaysia yang setia dan kami berbangga menjadi warganegara Malaysia.

Hiduplah di dalam realiti, ni zaman yang moden bukan zaman tahun 1800 dahulu.  Buat apa mau ungkit kisah dan sejarah lama.  Ada sebab kenapa kerajaan kamu sendiri tidak mau teruskan tuntutan kepada Sabah.  Mulih kamu ke negara kamu sendiri sana.  Daku percaya kepulauan kamu punya tarikan yang tersendiri seperti Sabah jguak, pantai yang cantik, air yang jernih, keindahan alam yg menakjubkan dll.  Kamu boleh majukan negeri kamu seperti yg rakyat kami usahakan kepada Sabah.

Kami tidak akan sesekali membiarkan negeri kami diceroboh dan membiarkan mundu menghuru harakan negeri kami.  Kami akan bersatu memperjuangkan kedaulatan negeri kami.  Sekarang ni kami rakyat Sabah percaya yang Polis dan Tentera akan berjaya mengusir kamu keluar.  Tapi kamu perlu ingat, kami berdiri menyokong dibelakang Polis dan Tentera bersedia untuk mempertahankan negeri kami jika tenaga kami diperlukan. Jaga ko mundu jgn ko main2 sama orang Sabah!

Takziah Al-Fatihah dan RIP kepada wira kami yang gugur.  Semoga wira kami syahid.  Kami berterima kasih dan akan mengingati perjuangan yang wira kami lakukan.  Kepada yang telah cedera, moga cepat sembuh.  Amat sedih dan terharu bila melihat gambar2 wira kami yang telah pergi, melihat isteri yang kehilangan suami, melihat ibu ayah yg kehilangan anak, melihat anak yang kehilangan ayahnya.  Kami jugak turut bersedih kehilangan wira yang berani dan sedia berkorban untuk negara.

Doakan negeri kami kembali aman seperti sebelum ini dan tidak ada lagi wira kami yang terkorban. Doakan supaya dibukakan hati penceroboh untuk meninggalkan negeri kami dengan aman tanpa pertumpahan darah. Doakan agar mereka tidak akan pernah lagi menjejakkan kaki di Negeri di bawah bayu.  Amin.

5 Mac 2013