Wednesday, 11 December 2013

Progress rumah PS2: Cecepat ler siapppppp.......




Assalammualaikum

Rumah PS2 dah nak siap dah.  Ni interest dah mencapai angka 7 dah nih, makin mengopekkan wallet.  Bilalah ada duit turun dari langit nih.  Kalo tengok dari progress ni, claim yg bulan nov punya untuk internal and external plastering.  Bank pun dah release payment dah untuk ini.  Nampaknya ada beberapa lagilah schedule dalam ni yang tak buat lagi.  Tapi tak banyak le lagi yg tak siap, awal tahun depan harapnya dah siap ler.  

Beli rumah kali ni makin terasa kesemputannya lebih2 lg sekarang ni coz dulu guna loan gomen mcm relaks jek, tadak byr apa pun.  Tiba masa g collect kunci jek, itu pun dpt lagi refund duit 7% bumi.  Yg sekarang ni interest makin melangit, rasa nak cepat jek umah siap walaupun tak pasti bila le nak pindah nih.  


See, fail untuk rumah PS2 dah tebal dah.  Macam2 isi dalam ni.  Surat menyurat dari bank, dari pemaju datang tiap2 bulan sampai kekadang tak tau letak mana.  Tapi bukan setakat dokumen PS2 pun dlm ni, brochure rumah dulu2 masa tengah survey2 pun ada.  Saja nak simpan buat koleksi dan rujukan.  Nanti dah tua2 boleh le kasi tunjuk kat anak cucu, yelah kan blog ni dalam masa 20 tahun mungkin dah dibuang dah, dlm internet pun tak wujud lagik.  Nanti bolehlah buat ayat 'dulu nenek beli rumah ni tak sampai pun rm400k tapi skrg harga dah 2 juta' kikikikihhh...

Sekarang ni dah bulan disember, bulan depan dah tahun baru 2014, tgh fikir planning dan azam untuk tahun baru ni.  Tahun depan komitment dah byk termasuk rumah baru ni, jadi bajet berjoli makin mengecil. Melancong mmg kena sekali setahun jek tapi nak g yg jauh2.  :) Huhuhu...kena le planning bajet betul2 kan.  Rasanya nak buat debit card ler tahun depan, CC tak mo dah guna.  Dulu masa beli Amani ni pakai 2 CC tapi bila dah pindah masuk rumah ni daku terminate 1 CC, pakai 1 CC jek.   Ni dah ada PS2 ni rasa nak pakai debit kad jek...kena simpan at least RM5k dalam tuh untuk persediaan kecemasan, mana tau nak beli tiket ke, kete rosak tetiba ke, tetiba g obersee ke.  Org lain dah bertahun pakai debit kad, daku baru nak mula.  Lgpun skrg ni kemudahan debit kad ni dah byk kan.  Azam lain nanti2 dulu, byk azam tapi yg tercapai nyer ciput jek. Azam tahun ni pun tak abis tercapai lagik....................


7 comments:

  1. sekejap je tu dah nak masuk rumah baru....memang pakai duit banyak untuk rumah ni...nanti nak pindah pun byk nak pakai...tu yg sampai sekarang rumah kitorang tak hias or meriah bagai sangat..buat sikit2....tunggu bonus bagai baru buat...kalau kitorang memang a big No-No untuk buat loan hanya untuk renovation...tu yang slow je movement untuk rumah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu le Aini, tak sabar nak tunggu rumah siap tapi duit masuk rumah xde lagi ni :). Sy mmg xsuker jgk buat loan untuk renovation ni, bagi sy loan ni untuk rumah dan kereta jek cukup. Duduk le mana ada dulu, buat sikit2. Tak sanggup nak membyr loan tiap2 bulan.

      Delete
    2. tula pasal..loan rumah dan kereta pun dah tarik banyak dari gaji dah..huhu....memang kena pandai pusing la duit....tak sabar nak tunggu rumah siap kan...

      Delete
  2. Salam sis dh dpt kunci rumah ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Belum ambik lagi, pemaju dah call suh dtg ambik kunci dan set appointment buat inspection rumah. Tp tgh tunggu chenta hati ni free, xmo ler sensorang check rumah plak sbb defect tu kena kasi masa hari inspection tu jgk. Byk tuh kena check, tiles tu pun nak kena ketuk check satu-satu...huhhuhuhh

      Delete
  3. Salam sis, dah pindah TPS2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, xpindah lagi..tahun depan kot. :)

      Delete