Wednesday, 11 December 2013

Mari menderma: Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia



Assalammualaikum

Pagi tadi terdengar kat Radio 24 yg SKMM telah melancarkan tabung kemanusiaan untuk mangsa taufan Haiyan dan banjir.  Derma ini boleh diberikan dalam bentuk sms seperti yang tertera di atas.  Jumlah kutipan untuk tabung ini dan maklumat lanjut boleh dilihat di sini.  Dikhabarkan bantuan ini akan diserahkan kepada mangsa pada januari tahun depan.

Marilah kita bersama-sama menyumbang kepada mangsa taufan Haiyan Filipina dan mangsa banjir di pantai timur.  Sesetengah daripada kita tidak berkemampuan untuk pergi ke lokasi bencana, jadi cara ini boleh kita buat untuk membantu mereka.  Semoga usaha kita ini akan sedikit sebanyak akan mengurangkan kesengsaraan yg dialami oleh mangsa.  

Kepada mangsa banjir di pantai timur, semoga tabah menghadapi musibah dan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus membantu mangsa banjir ini, tahniah diucapkan dan anda telah membuktikan kepada semua rakyat malaysia, anda memang seorang warga yang prihatin.



Bersedialah memberikan bantuan dan pertolongan bukan saja kepada mangsa tetapi juga kepada mereka2 yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini, ringan tulang kata orang.  Pertolongan bukan semestinya melalui duit sahaja tapi boleh jadi dalam bentuk lain seperti menjadi sukarelawan, menolong mengangkat barang, membersihkan rumah, mencuci kawasan rumah dan lain-lain.  Hulurkanlah sedikit tenaga anda jika diminta dan jika anda berkelapangan.  Tergamakkah anda hanya mengambil gambar dan bergembira upload gambar dalam media sosial tanpa memberikan pertolongan kepada kerja2 yg dijalankan oleh orang lain di depan mata anda sendiri?. Semoga usaha kita akan menjadi saham akhirat buat kita.  

No comments:

Post a Comment