Wednesday, 4 December 2013

Fraser Hill: Kawasan perbukitan yang indah


Assalam dan salam sejahtera

Minggu lepas sy telah terlibat dengan kerjalapangan pelajar di Fraser Hill atau Bukit Fraser.  Daku mmg tak pernah lagi pergi tempat ni tp tahulah ia terletak di Pahang dan nak pergi sana kena lalu highway ke utara.  Tapi xberapa nak kenal le tempat ni dan terfikir jgk kenapa daku xpernah sampai tempat ni?.  Ingatkan daku sorang jek yang tak tahu menahu rupanya ada sorang lagi staf ni lebih teruk daku sy.  Hahahahahaaa....selepas semua pelajar dan staf naik van dan bas, kami mula bergerak.  Daku naik van, staf ni naik bas.  Staf lelaki yang lain sampai hati telah pergi semalam lagi coz kat sana ada byk lagi keje nak settle.  Keluar jek tol Bangi, staf ni call tanya 'puan, nanti nak berhenti kat Genting Sempah ke?.  Daku pun ckp 'apa ko ni, kita tak lalu jalan situ le, kita lalu ke utara lebih dekat!!!'.  Hahahahahaaaaa....

Dalam 2 jam setengah dah sampai dah ke sana.  Actually byk jalan boleh lalu, kami lalu Rawang/Kuala Kubu Baru.  Boleh jgk lalu ikut Batang Berjuntai.  Keluar dr Plus lalu jln kg dan byk tul traffik light kena lalu.  Lepas Kuala Kubu Baru tu, nahhhhh ambik ko.  Jln naik atas macam ular dipalu.  Nampak budak2 dalam van ni dah mabuk dah.  Lepas satu simpang bila dah nak sampai tuh akan ada jalan sehala.  Kalo naik ikut jln lain, kalo turun akan lalu jln lain.  Bila nampak hutan tebal mcm ni dan nampak pelbagai paku pakis terasa macam blik Sipitang pun ada jgk. Dulu dorang ckp lagi teruk, nak naik tuh kena ikut giliran, sejam naik dan sejam turun.

Kami pergi tak lama sangat, pergi pagi jumaat dan ahad pagi lepas breakfast dah balik bangi balik.  Syukur alhamdulilah student2 sumer telah dtg tepat pada masanya setelah beberapa kali remind suh dtg awal.  Tak sanggup nak menunggu2 budak2 ni, menganginkan jek pepagi yg indah.  Aktiviti bermula pada sabtu tapi aktiviti masak memasak bermula jumaat malamnya.  Memandangkan keadaan logistik dan kemudahan yang kurang, pensyarah ambik keputusan untuk memasak sendiri dan bekalan dibawah dari bangi.  Lgpun lebih jimat dan sihat.  Team memasak ada 3 orang yg tetap, tapi ada budak2 ni yang rajin tlg kat dapur.  Jadi tak de le penat sgt.  Daku pun kalo free akan tlg dorang kat dapur.  Staf lelaki lebih pada pengawasan dan keselamatan.  Di sini ada stesen pusat penyelidikan Bukit Fraser yang memfokus pada penyelidikan hutan tanah tinggi, kami bermalam di sini.  Menu masakan ringkas sahaja, mula2 masak 1 lauk + 1 sayur + buah saja untuk malam pertama tapi nampaknya budak2 ni berselera makan, mungkin cuaca sejuk kot.  Jadi selepas itu masakan 2 lauk + 1 sayur + buah.

Sebelum masuk hutan, kita bersenam dulu.  Berkerja dalam bidang ni staf mmg kena multitasking!!


Bergambar depan pusat penyelidikan

Taklimat oleh pegawai penyelidik berkenaan projek kegagalan cerun yg dibuat di sini

Orkid buluh

Plot kajian daun kesum







Ni semua student punya projek penyelidikan le nih

Pagi sabtu pergi ke dalam hutan dan tengok lapisan tanah, mmg kerjalapangan ni untuk kerjalapangan sains tanah pun.  Selain itu dapatlah kami tgok jenis2 pokok sebab nama2 pokok dalam hutan ni telah dilabel.  Kenangan manis bila dapat melihat kacip fatimah secara live di lokasi asalnya.  Staf sy bgtau rebus kacip fatimah ni 7 helai daunnya dan minum, lebih ori kan banding makan2 pil moden.  Heheheeee...


Hutan yang masih belum diganggu oleh aktiviti manusia





Prof menerangkan ttg profil tanah kepada pelajar.  Perbezaan tanah di kawasan bukit dengan kawasan tanah rendah.





Daku sempat ambik gambar kawasan sekeliling sbb sgt bosan menunggu dorang ni siap :)

Tengahari balik semula dan makan dan rehat.  Petang dalam hujan renyai2 kami menujuk ke bawah bukit dan berjln menyusuri jln utama menuju ke lokasi ke dua.  Lokasi ni berhampiran dengan sungai dan permukaan tanah adalah berpasir.  Seperti tadi lubang sedalam 1 meter lebar dan 1 meter dalam digali dan pelajar diajar mengenalpasti warna, komposisi dan lapisan tanah. Lepas dah siap, kambus semula lubang dan kami bergerak ke Air Terjun Jeriau pulak untuk sampling hidrologi.  Disini pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diajar mengukur beberapa parameter air menggunakan alat dan jgk mengukur kederasan air dan kelebaran sungai.




Dah habis keje, masa untuk bersuka ria plak.  Daku bawa dorang pergi tgok air terjun dan bagi peluang dorang mandi.  Kasi le kan budak2 ni bergembira selepas penat memerah otak.  Kawasan ni sgt cantik dan kengkawan boleh rujuk pada gambar yea.  Cuma dari jln utama ke kawasan air terjun ni kena jalan skitlah, kalo xmo mandi kat air terjun boleh mandi kat sungai saja.  Kawasan ni tak ramai orang dan seronok melihat keindahan alam semulajari, ditambah lg dengan cuaca yang agak sejuk.  Lepas puas mandi, kami bergerak balik panjat bukit naik ke rumah tumpangan sementara.




Ok yea bakal pengunjung2 semua, sila fahami betul2 ayat ni.  Semasa di sini ada sekelompok golongan belia tgh mandi dan minum2, tin minuman sesukahati saja dicampak ke sungai.  Sedari kecik ibubapa perlu memainkan peranan mendidik anak2 menyayangi alam sekitar, kalo dah tua2 bangka macam ni payah dah nak ditegur.







Malam terakhir ni dorang mula2 nak masak ayam masak merah tetapi ada student rajin volunteer nak masak ayam masak asam pedas selepas ternampak projek tanaman daun kesum kat sini.  Subur2 daun kesum kat tapak kajian tuh...jom le kita merasa sama.  Malam lepas makan, Prof bagi budak2 ni assignment nak buat. Yelah..kalo tak kasi kerja dorang ni membising jek.  Kasi keje, sumer budak2 ni senyap sambil menampar2 agas.  Kawasan ni banyak agas, sorang pegawai ni ckp agas ni berkaitan dengan babi hutan. Ye ke?

Keluar memlm mmg terasa sgt sejuknya,  Ikut ramalan cuaca suhu malam dalam 20C, sejuk le jgk.  Mengigil2 jgk le kalo kuar xpakai baju tebal.  Daku xlarat, melepak kat dalam jek main ngan 'adik manis'.  Sib baik ada sorang pegawai ni bawak baby dia, xde le sunyi sgt.  Baby ni sgt mesra alam, geram nak picit jek.  Astro ada kat ruang tamu tapi dah pensyarah dan staf lelaki conquer tv tau le dorang sumer layan bola + badminton!!!.


Esok pagi team chef masak mihun goreng + nasi goreng.  Lepas makan, sumer bersiap2 dan bertolak balik. First time le daku dtg FH nih, ingatkan boleh shopping2 buah ke, strawberi ke, aiskrim ke macam CH tapi rupa2nya nan ado.  Seronok le kat sini kalo untuk pencen, cuaca sejuk, pemandangan pun cantik, kawasan terjaga, kurang pembangunan.....boleh menyambung aktiviti bercucuk tanam di kawasan sejuk mcm ni mesti bestkan, sumer boleh tanam.

Rasanya ni trip terakhir bawak student reramai untuk tahun ni kot yg daku ikut coz sekarang ni dorang dah nak exam dah.  Tadak dah keluar kerjalapangan....  Sambung plak tahun depan bila semester buka.  Biasanya trip keluar ni semasa pertengahan semester sebab dorang dah abis belajar teori.  Inilah lumrah tugas kami di pusat kami ni. Sy sukakan kerja sy dan gembira berkhidmat bagi mendidik modal insan ini, semoga mereka dapat menamatkan pengajian dan seterusnya berbakti kepada masyarakat.  Amin.

16 November 2013

No comments:

Post a Comment