Tuesday, 5 November 2013

Ku impikan sebuah pulau



Assalam kengkawan

Bulan ni kena keluar lagi outstation, baru balik je pun minggu lepas setelah 6 hari berpemergian.  Kali ni membawa pelajar-pelajar program sains laut untuk kerjalapangan di Ecomar, Mersing.  Sebenarnya saya tak jaga program ni, 1st time pergi.  Kali ni pun mengganti sorang pegawai yang tak boleh pergi.  Kerjalapangan ni melibatkan semua pelajar prasiswazah dan beberapa pelajar MSc dan Phd.  Ramai jugak le student + pensyarah + staf mencecah 90 orang rasanya.










Sy menginap di Resang Indah Chalet dengan bilik RM140 semalam.  Disini ada jugak untuk kemudahan berkhemah.  Talian di sini tak begitu ok, kejap ada line kejap tak ada.  Di sebelah Chalet ni ada jugak Chalet Jentayu kepunyaan orang kampung yg nampak ok jgk tapi sy tak pernah lg tinggal di sana.  

Kami bertolak pada malam rabu jam 10 malam dan sampai di Mersing dalam jam 5.00 pagi hari khamisnya.  Program hari khamis tak ada apa2 program pun, hanya petangnya budak2 ni buat game sendiri. Malamnya pulak ada taklimat oleh  Chef de Misison oleh pensyarah2 yang terlibat.  Sy tak terlibat byk pun sebab almaklumlah pengganti saja, jadi lebih banyak bersantai di dapur menyibuk belajar memasak.














Antara permainan yang ada adalah tarik tarik, bola tampar, bola beracun.  

Hari jumaat dan sabtu program amali berlangsung untuk tahun 1, 2 dan 3.  Setiap tahun dibahagiakan kepada 4 kumpulan sebab bot hanya boleh memuatkan dalam 10 orang sahaja.  Sesi dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.  Selain itu ada pelajar yang tgh buat tesis jugak mengambil sampel mereka.  Macam2 amali yang dorang buat ni termasuk scuba, snorkling, sedimen, belajar berenang, mengambil sampel dll.









Sup yg sgt sedap, sempat berguru dgn akak katering cara nak sediakan sup nih :).  Rupa2nya daging tuh dorang basuh dgn air panas dulu untuk buangkan lendir2 lepas tu baru masukkan ke dalam periuk.  Rempah pulak dorang sediakan sendiri dan ditumis siap2 di rumah.  Jadi by jam 12.00 tengahari sup dah siap!!  Masa orang melapah lagi, api, air panas dan periuk dah ready, mmg sgt effisient.  Ingat lagi masa blik rompin hari tu kempunan makan sup coz jam 1.00 tengahari pun sup tak masak lagi, kempunan le kami blik KL.  Sib baik kat sini merasa sup yg sedap!!!  Menu hari tu nasi putih + nasi minyak + sup tulang + kari daging + air oren.  


Kebetulan pada hari jumaat tu pihak Ecomar menyediakan lembu untuk dikorbankan sempena raya haji.  Daging ada yang diagih2kan kepada penduduk kg sekitar dan ada juga yang dimasak untuk dimakan bersama dengan pensyarah, pengurusan tertinggi dan penduduk kg, ada jugak budak2 sekolah rendah dtg.  Ramai penduduk kg dtg secara sukarela untuk membantu menyembelih lembu dan melapah.  Lepas semayang jumaat diadakan tahlil dan jamuan makan bagi merapatkan silaturahim.

Untuk budak2 ni pulak, program masih seperti biasa.  Ada yg pergi ke laut dan yg tinggal tu akan bersama-sama memeriahkan acara menyembelih korban.  Lgpun budak2 ni balik mkn tengahari, jadi tetap meriah.  Hari sabtu pun sama, masih ikut program macam biasa.

Hari ahad agak free dgn semua orang dah selesai aktiviti kerjalapangan kursus.  Jadi Chef de mission telah mengaturkan aktiviti snorkeling dan scuba pada paginya di Pulau Sri Ibu dan aktivti berkayak di Pantai Pasir Lanun Penyabong.







Kehadiran kami menarik perhatian bukan saja anak2 cilik ini tapi beberapa pelajar sekolah menengah yg kebetulan dtg berchamping :)



Daku tak terlibat pergi ke laut sebab tempat terhad, hanya melepak di dapur menolong memotong sayur  bersama team memasak.  Cuma petang sabtu tu daku menyibuk dengan sorang pelajar tahun 3 ikut dia sampling quadrat untuk bentos di pantai Teluk Gerok.  Pergilah kami bersama penyelia dia dan sorang lagi pelajar dan seorang pensyarah.  Menarik jugak sebab dulu sy buat bentos jgk tapi untuk sungai.  Mmg agak berbeza dgn kaedah sampling sy.  Selepas itu kami pergi minum ke Jeti Penyabong.  Berjumpa dgn student tahun 3 yang pergi trolling fishing.  Ikut trip ni baru le berkenalan dengan beberapa istilah baru berkenaan laut ni.  Bila jumpa spesies menantang ke apa, daku ckp le nama menatang tu, tapi budak2 ni ckp nama saintifik plak coz dorang belajar guna nama saintifik. Terasa kekampungan nyer!!!








Ahad plak sy joint budak2 ni pergi ke Pulau Sri Ibu, pulau kecik yang comel otw ke Pulau Tioman.  Pulau ni mengingatkan sy pada Khai Island di Phuket yang kami pergi snorkling dulu.  Naik bot sejam lebih dengan budak2 tahun 1 yang ceria baru le sampai ke pulau ni ceria sbb budak2 ni bergumbira menyanyi lagu 1M4U, lagu rock bagai tapi bila suh nanyi bila dah sampai pulau, malu plak sbb nanyi kat bot xdgr sgt!!, makcik2 kena berbangga ngan kesantunan anak-anak makcik nih.  .  Dari bot besar, kena naik bot kecik untuk sampai ke pulau.  Sy bukan org laut, jadi equipment untuk snorkling mmg tak ada.  Sy dapat ehsan dr sorang staf untuk snorkel + google yg ada power dan semasa dalam bot daku mencari jaket keselamatan tapi sumer hampeh.  Bila sampai pantai ada sorang pelajar tahun 1 offer jaket keselamatan setelah nampak daku terkial2 mencari tempat nak masukkan tali penyangkut kat jaket keselamatan yang dicurik dari bot. Mula2 frust sebab tak nampak seekor ikan pun dan air kotor sebab ramai sgt kanak2 riang ni, daku tgok sorang pensyarah tgh ajar sorang student berenang.  Terlintas difikiran nak jadi pensyarah ni mmg kena banyak2 bersabar...kalo sy rasanya dah naik angin dah di situ.

Untuk program sains laut ni mmg wajib kena pandai berenang yea, kalo tak pandai pun wajib pandai bila diajar berenang.  Sebab tahun 2 nanti ada kelas untuk scuba rasanya.  Dorg mmg akan menyelam ke tengah laut untuk tengok terumbu karang.  Sy mmg takut nak scuba2 nih....  Sedang berenang sy join group tahun 1 yang diajak oleh sorang pelajar tahun 3 ke kawasan yang dalam sikit.  Masa ni le daku sempat scuba tgok landak laut, ikan dan terumbu karang.  Mmg cantik...tapi bila berhenti kejap teramat le hairan nape daku berenang tak bergerak2 ni.  Ada sorang student chinese ckp arus kat situ deras, daku mula le nak mengabrakan diri, tu le tak sedar diri tak pakai fin tapi gatal jgk nak ke tengah laut.  Terus daku dgn muka tak malu minta budak tu hantar sy balik ke pantai.  Sib baik budak ni teror, budak dah tahun 3 mesti le terorkan, daku berpaut kat bahu dia dan dia tarik sy ke pantai.  Lepas tu duk diam2 kat tepi pantai jek main ombak dan tengok budak2 ni berenang.



Selepas 2 jam di pulau, kami naik bot balik ke bot besar semula dan balik ke jeti.  Hampir dgn Ecomar, nampak macam bot besar berhenti dan rupa2nya kami akan diturunkan ke pantai Ecomar jek bukan kat jeti.  Kami pun turun dari bot besar dan naik  bot kecik.  Nampaknya igauan ngeri tadi belum berakhir, pantai ni ombaknya sgt kuat. Daku dah takut dah bila nampak ombak yg besar terus pakai life jacket yg kebetulan ada kat depan mata, budak2 yg lain mmg siap sedia pakai dari pulau lagi. Tu le kelebihan budak2 tahun 1 ni, dorang masih ikut arahan, kalo dah tahun 3 tu susah skit.   Sy plak bawak 1 beg yang ada mak nenek punya barang termasuk snorkel pinjam yg berharga beratus2, wallet dan hendphone baru beli. Seusai pakai jaket, tetiba budak2 ni menjerit nampak ombak besar, pahtu pakcik bot suh sumer orang turun sambil dia cuba kontrol bot.  Saya terus capai beg dan cuba untuk turun terkial2 macam siput, sebenarnya sy le orang yg terakhir turun. Amboi..budak2 ni cepat jek melompat turun.  Masa tu ombak hempas kami dan air masuk dalam bot abis baju basah, syukur kami sumer dah turun dan yg best nyer air tak sampai pun paras punggung..hahahahahahhaaa...

Masa turun tu lega sgt coz beg dapat diselamatkan.  Bila sy toleh ke belakang, nampak sebuah bot dah terbalik dan nampak budak2 ni dah turun bot dan tong air, tong ikan, kontena, selipar, pendayung pun timbul di permukaan air.  Rupa2nya bot sebijik lg kat belakang dah terbalik.  Kesian budak2 tuh. Sy terus jerit kat budak2 tuh tuk kutip barang2 terapung tu dan letak ke pantai.  Sib baik budak2 ni sumer pakai life jaket, cuba ada le jgk barang yang hilang.  Dah cari kat dasar pun tak jumpa, xpe le tadak rezeki kata orang.  Budak2 ni pun bagus, sumer bawak badan jek g snorkling.  Tak yah risau pasal barang peribadi, tinggal nak selamatkan diri sendiri jek.  Cian pakcik driver bot ni, kami jumpa kontena terapung yang ada henpon dia, nasib baik nokia basic jek...selamat lg kot kalo dikeringkan.  Lepas kejadian ni, bot2 besar tu pergi ke jeti untuk turunkan budak2 ni.  Kami plak menapak balik dgn seribu rasa.

Petang plak ada aktiviti berkenu tapi daku dah tau kemampuan sendiri dan tak nak jadi beban untuk orang lain. Mula2 macam berminat tapi bila mengingatkan kena berkenu ke pulau sebelah, mmg confirm tak larat punya.  So sy tak join.  Bila balik mmg ada jgk le kenu terbalik tapi syukur semua ok.  Lgpun budak2 ni sebahagiannya mmg terlatih dan dah biasa.  Berkenu kat laut ni lain, tak boleh saja2 berhenti mengayuh menikmati pemandangan indah nanti akan dihanyutkan arus.  Jarak antara pantai dan pulau tu adalah dalam 2KM, dorang berkayak pergi balik!!! Kami ada aktiviti sendiri iaitu cari ATM untuk keluarkan duit, pergi dengan van ke Endau.  Hajat hati nak carik ikan untuk dibawah balik KL tapi hari ahad pasar tutup.  Kami jgk pergi beli air dan bahan2 untuk BBQ malamnya.



Isnin pagi selepas breakfast kami balik semua ke Bangi.  Singgah sekejap di pekan Mersing untuk makan tengahari.  Sy pun sempat membeli kenangan2 di sana...kenangan le sgt!.Satu pengalaman yang menyeronokkan dan dapat berkenal2an dengan budak2 program lain.  Sebelum ni mmg langsung tak kenal dorang ni.  Seronok join budak2 sebab dorang ni ceria,  maklumlah tak sampai 2 bulan mendaftar.  Belum lagi diuji dgn macam2 exam dan assignment yg membotakkan kepala.  Teringat kengkawan zaman remaja dulu2 yg sama2 pergi kerjalapangan bersama, entah di manalah mereka semuanya sekarang ni.


:)


2 comments:

  1. wahh seronok nya join aktiviti camtu.last ke laut masa g tioman bln 3 baru2 ni... hehe..

    btw, kenapa dengan gambar gelang emas yg last tu ekk..?? hilang ker..? heheh

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak pergi Tioman, tp belah2 situ mmg bestkan.

    Gelang tu le kenang2an nyer, yg mengempiskan wallet!!! hahahahaha makan megi le bulan nih.

    ReplyDelete