Wednesday, 13 November 2013

Home deco: Tanaman hiasan dalam rumah



Assalam kengkawan

Semenjak dua menjak ni ntah kenapa rajin benor nak deco rumah.  Ni mesti menjangkit dari mak buyung blogger MR ni.  Dah beberapa entry MR buat pasal deco umah jek.  Gigih benor dgn peknen nyer mengemas dari umah sampai ke opis.  Tp MR mmg rajin dari umah bujang dulu lagi, tiap2 hari sapu rumah, bilik dia tersusun cantik jek banding ngan bilik daku yg besepah. Harapnya lepas ni bukan saja mood rajin ni menjangkit, mood buyung pun menjangkit jgk kat aku nih, aminnn!.  Ni nak cat rumah cantik2 tak sanggup plak coz siling umah ni 11.50 kaki tingginya, nak mencari tangga pun susah, nak upah orang cat pun tadak bajet tahun.  Lagi penting, kami laki bini ni mmg fail kalo bab-bab yg melibatkan tukang menukang nih.  Rasa dah bosan plak umah ni tadak cat, rasa plain jek idup.  





Ni projek dah 2 minggu berjalan, mula2 pindahkan anak2 aloe vera ke dalam bekas.  Sy mmg xrajin menyimpan tupperware2 plastik ni, jadi baik recyle jek.  Jumpa bekas2 garam rempah kat dapur yang tutup dia dah pecah/hilang.  Dulu sayang nak buang coz gigih sy angkut benda ni dari Brisbane dulu, penat angkat tak habis lagi.  Skrg ni brand ni dah ada jual kat Viva Home, so boleh le dilupuskan :). Pindahkan aloe vera dalam tuh coz aloe vera ni tak perlukan air yg byk.  Harapnya dia ok dok dalam bekas yang tadak lubang kat bawah. 


Ni kat meja opis, masa Keqwa dtg ari tu dia bising coz pokok ni beracun tapi kat opis ni setakat ni tadak sape2 yang gatal dok gigit pokok ni, kira oklah.  Kalo letak kat umah susah plak kalo ada budak2 or kucing gatal tangan dok kacau pokok nih.  




Ahad lepas singgah nurseri kat belakang stesen Shell BP kat Bandar Tun Razak, terus berkenan kat pokok bunga2 kat situ.  Sy beli pokok lili, pegaga dan pokok yang daunnya runcung2 kat atas tuh. Letak dalam pasu yg beli kat IKEA.  Lepas ni nak kena tambah koleksi pasu2 IKEA ni, nak cari yang besar skit.  Harapnya sihat walafiat le pegaga ni, hari tu ada tanam pegaga kampung kat pasu tapi dah mati le plak.  Ni kalo teringin nak makan pegaga boleh petik jek. :)

Sekarang ni sy rajin bukak website orang putih tgok Kitchen Garden dorang.  Rasanya kat Malaysia ni susah sikit coz tanah kat kawasan perumahan sgt terhad, lagipun orang Malaysia ni suker extend rumah sampai habis ke belakang. Boleh tanam tapi kena kreatif dan sikit je le boleh tanam dlm pasu.  Tu belum lagi yg dok umah kat atas awan yg balkoni pun tak de.   Hari tu sy ada tgok booth rumah kat Putrajaya, dorang promote yg ada backyard garden yang luas kat belakang, bila tanya rupa2nya ada 20 kaki jek pun...tadak le besor benor, ingatkan 30-40 kaki ke belakang luasnya!!.  

Selain tu suker tgok HyppTV yang dorang cari umah sewa international tuh.  Suka rumah yang ada backyard yg luas dan apartment yang ada terrace yang luas. Alahai...ni le yang suker sgt pindah Sipitang nih...ternak lembu dan kerbau pun boleh!!!  Cian kebun daku kat sana, tadak sape jaga, cempedak masak terbiar macam tu jek, durian pun dah mula belajar berbuah dah mama ckp.  Kebun adik2 sy dah digondolkan tuk tanam getah, jadi skrg ni binatang2 cenonet tu berlindung kat kebun sy plak.  Sape2 cuba masuk dalam tuh sure kena sambar dek penyengat, termasuk le tuan tanah nyer nih.  Sakit ooooo...

Kat bawah ni gambar pokok2 yang daku ambik kat nurseri tuh.  Geram tgok pokok2 nih.  Biasa daku kalu nak beli tanah ke, baja ke, pasu ke mmg dtg nurseri ni coz dekat jek dgn umah.  Malas nak keluar jauh2 sgt nak mencari.  Malas nak g sensorang coz hubby sibuk buat assignment dan main fb opssss .  Sekarang ni dah suker plak ada bunga2 kat rumah.  Sebelum ni dok tanam herba dan pokok buah2an jek.  Sekarang ni sy berminat betul dengan pokok bunga yang berdaun hijau + wangi + bunga warna putih mcm pokok kesidang/kerak nasi dan harum sundal malam. Next project.............









9 comments:

  1. saya ade jugak pokok pegaga tu...mula2 beli hari tu elok jer..tp skrg dah cam kuning2 skit daunnya.. agaknyer nak mintak buh baja ler kot..heheh

    kat umh dekat jgk ngan nursery... tp baru sekali cuci mata kt situ..beli pokok limau ngan pasu..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni suami sy letak kat balkoni plak pegaga tuh. Ada nampak beberapa helai daun dia mula kuning. Harap sihat le dia nih.

      Delete
  2. kaw kak bai memang nakal ayat-ayatmu yek! alahai akak pun apa kurangnya, rajin jugak mengemas sejak zaman dara lagi kan?!! suka berpasu bunga dan dedaun yang menghijau, itulah hobi akak..sangat tahu tu.....manalah tahu, rezeki Allah nak bagi kak bai menimang zuriat tak lama lagi..apapun, good job kak bai sayang!!!! seronok tengok hobi akak...geram pulak deko u ")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, tq yea MR. Kalo free nanti contact2lah yer, lama xjumpa. Akak ni baru balik dari Fraser Hill, penat yg teramat. Ingatkan boleh menyoping kat sana, rupanya hanya hutan semata2! :)

      Delete
  3. salam perkenalan..

    wah BB ada geng ar...susah nk jumpa org yang sekepala dgn kita..hehehe
    nboleh la kita sharing2 info pas ni yer.

    nak tanya sis...mmg pokok yg paling atas tu hias dlm paper beg kah?ahaks...
    one more FYI, sekadar nk share info, pegaga tu pegaga hiasan jer tau..jarang org makan.kalo tak silap mmg xbole makan..pegaga yg boleh makan hujung keliling daun tu dia lekuk-lekuk siket..
    nanti cepat2 updated tau pasal edible garden tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. BB, tq sudi singgah. Sy berkenan sgt ngan konsep rumah BB tuh. Sebelum ni hubby pernah ckp suker konsep macam tuh. Sebijik macam show house le rumah BB tuh. Sy ni xreti nak matching warna2 dan corak2 nih. Nanti BB share tau website yang salu BB tengok tuh. :)

      Ooo...xleh makan yea, baek!

      Pokok tuh sengaja letak dlm paper bag coz pasu ikea dah habis guna. :)

      Delete
  4. HIJAU MATA TGK POKOK HIASAN NI ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) kannn...rasa sihat je paru2 bila masuk rumah. heheeheee

      Delete
  5. Salam perkenalan...Menyinggah kejap...pegaga tu saya pernah buat masak lemak cili api...sedap juga...dulu saya biar dalam pasu...bila dah padat...tanam ke tanah...sekarang dah merayap ganti rumput...

    ReplyDelete