Wednesday, 2 October 2013

Tanaman atas awan:Tanam pokok dlm pasu



Assalamualaikum

Dah lama tak update ttg tanaman daku kat atas awan nih.  Sebelum balik raya hari tu hati sgt risaukan nasib tanaman2 daku nih. Nasib baik hubby blik Sipitang lewat, jadi ada le pengganti tukang kebun.  Hubby mmg seorg yg sgt komited dlm buat keje, suh siram n jaga kebun pun masih boleh dipercayai.

Sebelum blik kg hari tu daku dah gembur2 tanah kasi byk ruang udara supaya boleh simpan air dgn byknya.  Selain itu beli mulch untuk letak atas tanah, mulch yg sy beli ni jenis kepingan2 kayu. Ia akan membantu mengekalkan kelembapan tanah.  Org nursery jgk cdgkan letak gel. Sy pun dgn gigihnya beli dan prepare tanaman daku, suh hubby letak gel tu sebelum dia kuar umah blik kg.

Mulberi pun dah mula berputik




Kawan sy dulu penah ajar letak botol air mineral dan tebuk sikit kat bontot dia, kasi air tuh menitis. Dah dipraktikkan pun tp lama2 xmenitis.  Bila dok citer dgn anak buah sy, anak buah sy tanya 'maci buka tak penutup dia?'.  Omg, terserlah kebebalanku, padan le air dia xmenitis2....lupa buka penutup dia rupanya.

Masa raya hari tu cukup le 6 hari tanaman daku xbersiram, sampai umah jek daku terus meluru ke balkoni.  Syukur alhamdulilah, kerosakan adalah minima. Ada beberapa jek yg rosak.....paling teruk tenggek burung sy telah kering sumer daunnya, yg tinggal hanya pucuk.  Bunga kantan jgk telah layu, tinggal 2 batang yg masih kecik yg ok. Yg lain ok, jambu madu dan ciku ada beberapa daun nyer telah kekeringan dan gugur.  Jenguk ke bilik air, keladi sy tetiba jadik mcm giant!.  Sy letak keladi tuh di bwh singki yg bocor menitis2 airnya.  Skrg krladi tuh dah ala2 rebah sebab terlalu berat.  Toilet ni sy guna utk cuci kain jek, coz pam dia bocor. Keladi ni sy beli kat Kuantan hari tu. Kg kg sy jenis keladi ni kami panggil keladi cina, byk tumbuh di parit2 dan ada sulur2 dua keluar dari isinya.

 Kesian kailan ni


 Hari tu kena tiup angin, jatuh dan pecah pasu



Tp kat kg keladi yg paling femes kami panggil Keladi asas, batang dia ada jalur2 dan sgt sedap dimasak lemak campur udang kertas.  Keladi ni mmg menu wajib bila balik kg.  Cara masak senang jek, batang yg telah dibuang kulit dan dipotong akan direbus terlebih dahulu hingga empuk. Lepas tu baru di buang air dah ditumis dgn bawang dan masak seperti biasa.  Keladi asas ni biasanya kurang gatal bila dimasak.  Kami biasa kalo masak sayur akan letak samada isi ikan, ikan keli, udang hidup....jarang letak ikan bilis.  Kat kg jgk biasa mak sy letak pucuk pokok bawang hutan ke dlm masakan.  Pokok ni ada mak sy tanam tepi rumah.

Sebenarmya daku dah bawak anak pokok keladi ni, hari tu sumbat dlm kargo sembunyi2 coz xpenah jumpa kat semenanjung. Mungkin ada tp xpenah jumpa. Sy tanam dlm pasu, harapnya sihat walafiat le dia nanti.

Terlebih sudah keladi nih

Keladi asas baru tanam

 Tenggek burung baru nak subur balik

Teringin nak tanam salad coz hubby suker tanam salad.  Tapi hari tu dah cuba le tanam, akibatnya sumer benih kena angkut oleh cik semut.  Mmg kena settlekan kes cik semut ni sebelum nak bertanam sayur agaknya.  Skrg ni adik sy yg kat KK tuh dah pandai tanam sayur dah...terjebak!.  Lagi subur cili dia. Hari tu sy ada try semai anak cili tp lelama daun nyer jadik kerinting, kepanasan kot.  Ada jgk tanam kailan tp mcm terbantu jek perkembangan dia.

Sekarang ni nak beli pasu ringan2 jek supaya senang nanti kalo nak pindah ps2.  Tengah fikir dengan hanya 10 kaki tanah kat belakang tu caner nak susun pasu2 ni kat sana yea nanti.  Nampaknya kena buang sikit tile kat depan umah untuk tanam pokok jambu air sy ni.  Lgpun ada jgk penghadang dari luar, xsuker le org kat luar pagar boleh nampak aktiviti dalam rumahkan.  Interest bank skrg ni dah hampir mencecah rm600 dah, makin kempis wallet sy.  Progress terkini kalo tgok schedule tgh buat bumbung dan MKH jgk tgh uruskan Tnb dan Syabas. Agak2 bila siap nyer yea....






Ni daunnya togel kena makan ulat hijau

 Pokok ciku

Buah pertama pokok ciku, tak perasan bila dia jatuh...busy sgt minggu lepas tak sempat nak membelek kebun.  Tapi mmg sgt manis buah dia.

Pokok-pokok ni nak katakan subur, xde le subur sangat.  Sempat siram sekali sehari jek.  Baja tahi kambing 2 minggu letak sekali.  Bila mencuci beras/ikan, mmg akan siramkan air dia ke kebunku ini.  Kalo ada kulit telur pun daku ramas2 dan letak kat pokok.  Tak guna baja kimia langsung tapi alhamdulilah berbuah le jugak semuanya.  Hari tu bukan main tension bila nampak chenta hatiku selamba jek buang kuku dia masuk dalam pasu mangga daku...eeeeiiii tak senonoh tau!!!.  Seminggu sekali akan potong dahan-dahan xsesuai dan buangkan daun2 yang mati.  Pokok ni makin dipangkas makin subur plak dia.  Setelah ada tanaman ni, jarang dah beli kat kedai.  Nak masak jek, petik jek kat balkoni.  Ada jgk kawan seopis terkejut bila tgok jambu air daku berbuah, hehheheeheeee..ni dinamakan rezeki.  Dorg ckp kalo dapat umah banglo ni, mau nyer durian pun tanam jgk.  Bijak...bijak akak nih..mmg itu le yg pertama aku tanam agaknya! :)

update 2.1.2014 - dah masak ranum dan tumbuh bunga baru :)









6 comments:

  1. salam ziarah..

    wahhh bestnyer pokok2 byk menjadik...salute..!! wlupun dok umh atas awan, tp byk yg subur2... saya pun terfikir klu pindah ke apartment lagi 2 thn nnt..cane la nak deco tanam pokok kat balkoni nan seciput tu nnt..hasrat nak menanam sangat... tp fikirkan nak pindah nnt tu yg cam agak terbantut skit..

    yg keladi tu saya tau..mak ade tanam kat Swk..pernah jugak dedolu nak seludup masuk sini...blk thn depan la kot..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sebab sudi singgah. Nak senang pakai pasu plastik saja, ringan nak angkut. Sy macam nak tambah pokok rambutan lg tapi kena cari yang renek. Ooo..kat Swk pun ada yea keladi ni. :)

      Delete
    2. sama2..hehe..tu la...kat umh yg dulu2 still pasu yg berat tu..yg baru2 ni jer guna pasu plastik.. mood nak menanam baru dtg balik..

      ha ahh ade.. keladi tu mak saya byk tanam..bila menjadi, daun dia besar & lebar sampai leh wat payung masa kecik2 dedolu.. nnt bleh la seludup anak dia.. xyah beli..heheh

      Delete
  2. seronoknya tengok tanaman kak bai...mengapai awan ler pulak..berbudi pada tanah, tak rugi...sokong kak bai!!!

    ReplyDelete
  3. bestnye sis..saya baru nak berjinak2. bila semai sendiri tengok anak pokok tumbuh rasa nak melompat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe pelan2. Sy dulu masa mula2 tanam byk jgk pokok sy yg mati dan terbantut. Seronok tgok pokok kita tanam membesarkan..:)

      Delete