Thursday, 31 October 2013

Buah pertama Mulberi


Assalammualaikum

Bulan Mei lepas daku telah ke Sg. Besar menghadiri kenduri kawin adik ipar.  Lepas tu singgah ke sekolah kawan lama Miss Eley di sebuah sekolah kat sana.  Sebelum tu nampak dia pos perihal pokok mulberi ni kat fb, jadi daku pun dgn muka tak malu cari dia minta sebatang dua nak buat benih.  

Otw balik Cheras, daku minta Mr. Hubby singah kejap dan sempat le berbual kejap dan daku diberi 4 batang pokok mulberi.  Yg hidup 3 batang jek tapi yg 2 batang tu lama2 mati disebabkan kegatalan tuan balkoni yang suker memindah2.  Lepas tu terus insaf dan terus berdoa agar sebatang yg tinggal ni sihat walafiat le hendakNya.


Berdebar jgk nak tunggu dia berbuah.  Bila tgok blog orang lain, petuanya adalah suruh trim supaya nanti akan bercambah daun baru bersama buah.  Tapi sebabkan pokok ni baby lagi, tak berani le nak trim.  Cuma adalah 2 bulan lepas bila dah panjang sgt rantingnya tu trim jgk le.  Tetiba plak ada tunas buah, puas daku menelek2 samaada daun ke buah tu.  Dah rabun nak buat macamana. Bila dah besar skit baru le nampak buahnya yg sgt comel.  Seronok sgt walaupun 2 bijik jek yg ada dan buah dia pun cenonet jek.  

Masa ambik buah dia yg dah ala2 hitam tu daku pejam mata sbb nak merasai rasanya mcmana.  Cenonet sgt jadik kena concentrate le kan.  Rasa dia masam2 skit.  Skrg ni dah letak dia kat hadapan balkoni yang kena cahaya matahari byk dah coz dia dah besar dah.  Dua malam lepas jgk minta Mr. Hubby tlg alih2kan pasu.  Memandangkan pokok ni hanya tanam dalam pasu, jadi dah sedia maklumkan le kan yg buah dia tak de le boleh buat kenduri, tuan balkoni pun ingat2 lupa rasanya.




Nampaknya berbuah jgk le kalo di tanam di dalam pasu pun.  Rasa happy sgt plak bila tanaman ni berbuah.  Skrg ni pun buah jambu air dah mula berputik kembali dah.  Syukur jgk jambu air ni rajin berbuah, tak putus-putus berbuah. Si Jambu air ni pun dah pindah ke tengah balkoni skit sebab pucuk dia dah mula mengintai jiran sebelah dah!.  Adat le kan dok umah atas awan nih, atas bawah kanan kiri jiran.  Hak jiran pun kena jaga jugak. :)



2 comments:

  1. lahaii comel jer buah dia kan.. semangat nak menanam nih.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel2 jek, kena tanam byk pokok baru cukup atau tambah pasu lebih besar. :)

      Delete