Sunday, 29 September 2013

Jalan-jalan cari makan Sept 2013

Salam kengkawan

Beberapa minggu lepas, daku ikut pergi kerjalapangan, ambik sampel air laut ke Kuantan.  Bukan Kuantan sebenarnya tp area Nenasi, Pekan tu tapi kami duduk di Kuantan.  Bertolak pagi jumaat dan sampai Kuantan petangnya.  Ambik sampel terakhir untuk sorang pelajar master, yea lepas ni dah boleh writing dah dia.

Malam kami pergi makan kat Tg Lumpur, tempat makan favorite ni.  Seperti biasa le tetap pergi ke Restoren Ana Ikan Bakar Petai.  Bygkan kat area situ ada 3 restorent Ana Ikan Bakar Petai ni, restoren nama lain pun banyakkkkk jgk.  Pilihan kami gerai yang paling hujung.  Kat bawah ni antara menu yg kami ambik, makan untuk 5 orang dalam RM135.  Nak kata murah tu, xde ler tapi kalo sekali sekala tuh mmg seronok ler makan seafood.  Sedap pun sedap...









Ni le gerai nya, gerai paling hujung





Sabtu sepanjang hari selepas subuh hingga maghrib kat laut.  Tapi pagi tu sempat le kami bekfas dulu kat Umai ke apa ntah namanya, kat persimpangan ke Kuala Sg. Pahang sebelah Petronas tu ada tempat makan yang sangat best, masakan pantai timur.  Ada 2 gerai disitu, dua-dua mmg best.  Sy suker makan nasi dagang dan nasi minyak kat situ.  Dulu rasanya masa kami otw blik Kuala Rompin dari Kuantan kami laki bini pernah makan kat sini.  Gambar lupa nak ambik coz dah nampak nasi dagang, dah lupa semuanya.  :)

Ada kisah yang menakutkan semasa kami dalam bot tengah2 laut.  Semasa pagi dan tengahari cuaca ok tapi dalam jam 4.00 petang macam tu, saat kami berada di stesen terakhir, angin makin kuat dan hujan renyai2.  Bot pulak terhuyung hayang, nasib baik dah stesen last kan. Dr stesen last ke jeti akan ambik masa dalam 2 jam jugak le.  Dalam perjlnn balik tu bot terumbang ambing, takut sgt.  Tetiba kakak yang dok hujung menjerit, tertiba sy nampak ada sesuatu melayang dari bot, rupa2nya kotak water sampler....pakcik bot dan driver g patah balik ambik.  Dari situ daku ketakutan dan terus pakai jaket keselamatan.  Daku terus bersembunyi dalam bot sampai le sampai le jeti.  Dah le masa tu rasa nak terkencing sgt, dalam bot xde toilet.  Minum mmg kena berpada2 dan makan tengahari pun xmkn coz takut nanti nak membuang plak.

Malamnya pulak filter sampel air laut sampai pagi.  Ahad kami kuar lewat, jam 9 pagi baru kami pergi ke Stadium Kuantan.  Hajat hati nak carik arnab yang hari tu tak jumpa.  Yeaaa...kali ni jumpa, RM20 seekor dah siap potong.  Gambar lupa plak nak ambik coz masa tu byk benor daku memborong sampai tak muat tangan nak bawak nyer.  Selain tu beli ikan patin seekor, ikan tenggiri, buat longan, ikan bawal.  Mmg sakan le memborong coz banyak pilihan dan fresh.  Mmg berbaloi2 ler kalo pergi sini, terutama mak-mak orang nih.



Lepas bershopping sakan kat situ, kami pergi check out hotel dan makan tengahari dengan exstudent kami yang dah kerja balik kat Temerloh.  Lepas tu bertolak pulang ke Bangi.  Otw kami pergi makan durian kat tepi highway, susur keluar ke Kuala Pilah tu byk gerai2 durian.  Kami makan sampai kenyang durian kg dalam RM20 jek.  Tapi xtebal sgt le buah nyer, boleh ler...makan kat situ jgk kat meja.  Sampai bangi dah petang, best le skit kali ni coz esoknya cuti Hari Malaysia.  Boleh rehat puas2!!


4 comments:

  1. Bestnyaa jenjalan sambil kijo sambil JJCM gini.
    Geram tgok hasil laut segar2, ulam segar tu. Mmg leh jd rambang mata nk beli.
    Duku Trengganu sedapppp. Murah tu. 4kg RM10. Sini rasanya 3kg RM10. Buah peberet asben bila musimnya soheh beli manjang. Pahtu komplen sakit urat. Byk mkn duku. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kaksu, bai suker ikut trip ni coz area sini byk tempat mkn sedap. Duku tu manis sgt, musim rasanya hari tuh. Mmg kena ulang alik ke kete antar brg. :)

      Delete
  2. saya nak tnya kak pernah ke thailand dan manila tak? saya nak pergi jalan2 januari tahun depan, tapi saya tak pernah lagi ke sana. Apa tempat menarik kat situ? lagi satu untuk passport kita tak perlu prepare apa2 untuk ke 2 negara ni kan? Just bring our passport kan? lagi satu, kak pernah ke korea atau japan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah pergi ke Manila dan bangkok. Byk tempat2 menarik kat sana, awak boleh rujuk entry sy kat bawah nih.

      http://www.caagin.blogspot.com/2011/09/manila-dan-tagatay-jun-2010.html

      http://www.caagin.blogspot.com/2011/10/percutian-ke-bangkok-part-1-26-mei-2011.html

      Just bawak passport saja tapi kena pastikan passport tu masih berbaki 6 bulan lagi sebelum tamat semasa tarikh awak pergi bercuti januari depan tuh. Kalo kurang dari 6 bulan, kena renew dululah passport tuh.

      Korea dan jepun tak pernah pergi. :)

      Delete