Monday, 2 September 2013

Ceritera Raya Sipitang 2013: Raya ketiga



Salam kengkawan

Hari ni dah raya yang ke3.  Ada family yang dah balik kerumah mertua pulak.  Pagi tu kami bersiap2 untuk ke open house kakak sulung sy kat kampung sebelah.  Banyak menu yang disajikan, daku dapat menu special iaitu sup ekor rusa.  Abg ipar sy siap simpankan untuk sy...

Walaupun kami dikira tetamu tapi kami dok situ adalah dalam 3 jam, macam kan rumah sendiri gamaknya.  Daku siap tido lagi di ruang tamu sebelah hubby yg punnnnn tido lebih awal.  Lepas dari situ, balik rumah terus.  Kami laki bini ni macam nomad plak, menumpang mana jek kereta yang kosong.











Paling lucu, abg sy yang anak dia suker joint group lain tuh.  Anak dia yg sulung ikut family abg sy yg kedua pergi beraya ke kampung lain yg agak jauh, dalam setengah jam perjalanan.  Pening nak menunggu anak dia balik, bising mak pak dia coz dorang nak balik Papar pulak ke rumah kakak ipar saya.  Bila anak dia dah nak balik dah, anak bongsu dia plak ikut group kakak sy diam2 coz anak dia tuh geng ngan anak bongsu kakak sy.  Lucu betul.......

Kami plak balik ikut kereta adik sy, jadik sy geng ngan anak ke3 adik sy plak, si Hariz.  Hariz ni umur dalam 3 tahun, malu2 kucing dan senyum sgt manis coz macam ada lesung pipit kat atas bibir dia.  Sy mmg sgt suker dgn dia dan salu geromol2 dia.  Bawak dia pergi supermarket dan suh dia pilih sendiri dia nak beli apa.  Pandai dia pilih buah epal, biskut tiger dan minuman laici.  Dia nak aiskrim tapi sebab dia ala2 selesema sy tak kasi.  Balik dari pekan, dia tido kat riba sy dalam kereta. Mmg dia ni manja, tido pun salu bapak dia riba.  Sampai rumah, bapak dia angkat dia nak angkat naik rumah..dia tersedar dan hulur tgn dia nak beg plastik barang makanan dia jgk.  Mak dia ckp 'Hariz ni kedekut sikit kak'.  Nak tackle dia senang jek rupanya, dia tak le sekedekut itu tapi kalo nak mmg kena pujuk2 dia. Dah kena pujuk2 baru dia kasi..



 Raudah yang sangat comel


Hariz yang keletah dan punya senyuman yg menawan

Adik dia nama Raudah.  Dia ni baru umur 2 tahun.  Daku gelar dia 'perempuan melayu terakhir' coz dia sgt comel dan suara dia sgt lembut.  Tak pandai ckp sgt lagi tapi bila kita ckp dia akan ikut.  Bila ditanya dia tak jawab coz malu.  Saya salu ckp ngan dia 'mana ayam..ayam' atau mana kuching..kuching...pahtu dia pun sebut 'ayam' dan 'kuching' versi dia yg sgtttttt comel sambil tunjuk2 ke luar rumah.  Geram tgok budak kecik nih.

Malamnya sumer jejaka2 tengok perlawatan Harimau Malaya dgn Barcelona.  Bising le kat rumah tuh dgn sorakan dorang2 sumer. Bila nama2 pemain Barchelona ditunjukkan dorang dah bersorak sakan, belum lagi main tuh. Daku tak pasti dorang sokong saper coz bukan sumernya warganegara malaysia kan.  Abg sy ckp 'tu pintu terbuka luas, sape yang tak sokong Harimau Malaya sila keluar'. Abg sy yg kat Brunei tu ckp dia sokong sape yang menang.  Nasib baik le 3-1 finalnya, xde le malu sgtkan.  Abg sy ckp mmg Barcelona nak berpesta gol malam nih.

Habis dah entry pasal raya, raya pun dah abis dah.  Raya kat kg mmg meriah, raya ke-4 dan ke-5 pun masih ada lagi saudara mara yang dtg beraya.


















 Yg tudung cokelat dan baju purple tu kakak kepada arwah ayah saya.  Yg berkopiah hitam tu suaminya.  Masa kecil sy selalu nampak pakcik sy ni muka dekat sama dgn arwah ayah, tinggi...bentuk badan..rupa..karisma..personaliti mmg hampir sama :)



Ni makanan tradisional kami, namanya Lambam kalo xsilap.  Dalamnya isi pulut, rasa lemak2...lebih kurang macam lemang le mkn dengan kuah sate atau rendang :)


9 comments:

  1. salam kenal.dr blog suterazen
    cantik gambar dlm blog ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga dari saya. Sy selalu jugak skodeng blog sis tp silent reader jek. Tq sudi singgah blog sy. :)

      Delete
  2. Salam akak, saya ade terbaca blog lama akak sal trip ke manila. Minggu depan saya nak ke manila dgn adik, boleh saya tahu agak2 brp bajet yg saya perlukan untuk jejalan kat manila tu? Makanan halal senang x? Apa hotel murah area Asia Arena Mall? Arap akak boleh bg info sket sbb ni first time kami ke manila and xde experience ape2 kat sana ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Nana, sy pun dah ingat2 lupa pasal trip ke Manila tuh. Mknn tu korang bawak le megi dan roti dari KL siap2. Nak cari mknan halal kena cari masjid dan area org islam, mesti ada area situ. Bajet tu kalo setakat manila boleh naik teksi dan lrt jek, lebih kurang rate KL jek. Bawak dari RM500-RM1k dah cukup dah. :)

      Saya tak tau area Asia Arena Mall tuh kat mana. Kalo nak cari makanan halal tak jumpa, pergi le ke tempat yg kitaorang pergi tuh kat Greenhills shopping centre atau Baclaran atu SM Asia Mall.

      Delete
    2. Wahh thank u akk!! Sy rase better bwk megi je la tkt2 kelaparan plak kat sana huhu anyway thanks akk sbb reply ^^

      Delete
    3. Welcome, bajet minima rm500 tuh kira dah tolak duit hotel dan shoppinglah yea. Mknn yg kita bwk sendiri tu biasanya mkn masa breakfast coz tghari kita boleh kuar pusing2 carik mknn. Mkn mlm plak boleh le tapau kat mana2 kedai yg jumpa siang tuh atau bwk ekstra mknn.

      Cari hotel dekat dgn stesen lrt supaya senang nak bergerak. Lrt dorg pun ada byk line mcm kat kl. Teksi nak pegi airport plak, minta le hotel tlg carikan. Pergilah Greenhills tuh, mmg sgt best! Borong mutiara bebyk....;-)

      Delete
    4. Sy mmg plan nk g greenhills tu..tpengaruh bace blog akk hehee sorry tapi last soklan kak, pkhidmatan maxis ok xsane? Ke akk beli simcard sane?anyway thanks akk sbb tlg saya ><

      Delete
    5. Sy mmg plan nk g greenhills tu..tpengaruh bace blog akk hehee sorry tapi last soklan kak, pkhidmatan maxis ok xsane? Ke akk beli simcard sane?anyway thanks akk sbb tlg saya ><

      Delete
    6. Biasa sy offkan saja henfon bila kat oversee. Sbb tu sy biasa cari hotel yg ada free wifi. Sy pakai celcom, ok saja kat sana. Tp sekejap saja sy on coz tetiba ramai sgt org call yg prihatin tanya itu ini. Jadi sy offkan sebab kalo org call, duit kita akan kena tolak. ;-) guna fb dan whattsup jek senang. Ada kwn sy dia letak henfon dia dlm flight mood, boleh main games!

      Delete