Monday, 16 September 2013

Aku tak biasa


Assalammualaikum kengkawan

Hampir nak bersawang blog ni.  Banyak benda nak tulis tapi malas nak menulis dan mengedit gambar.  Selepas balik raya hari tu kami dapat kerahan tenaga jemputan ke perasmian satu pusat kecemerlangan di area Mersing sana.  Nak tak nak kena le jugak pergi bagi memeriahkan lagi majlis.  Lgpun best jugak coz kebetulan Kembara Mahkota J*h*r tu diadakan di situ jugak.  

Pagi ahad kami bertolak seramai 21 orang naik bas dari Bangi ke Mersing, yg terdiri dari pensyarah, staf, pegawai dan pelajar siswazah.  Oleh kerana daku sorang jek pegawai yang ikut naik bas, automatik le daku yang kena ketuai rombongan ni walaupun daku yg paling kecik di sini.  Prof dah pesan jaga ahli-ahli dalam bas ni baik-baik terutama pelajar luar negara.  Bas, makan dan penginapan disediakan, daku just pastikan sumer berjalan lancar jek.  Syukur ahli rombongan sesangat le komited nyer dan sangat helpful dan tidak cerewet.  Mak letih dik nak layan kalo yg byk songeh!!.  Pesan kumpul kat bas jam 7.45 pagi, sebelum 7.45 pagi dah siap tunggu depan wakaf depan hostel.  Korang mmg terbaikkkkk.....

Sampai Ecomar petang tapi kami singgah kejap jek usik2 dorang yang tgh buat keje.  Nak tlg pun xreti sgt coz nanti macam tikus membaiki labu, lg pun byk kontraktor yg buat.  Lepas tu kami pergi Srikandi Resort, penginapan kami yg telah ditempah lebih awal dlm 2km dari situ.  Selain kami, ada jgk staf yg naik bas mlm tuh dan akan sampai pagi isnin ke Mersing.  Ada jugak yg bawak kereta sendiri.  Ptg tu kami dok merenjis2kan kaki kat pantai yang sgt cantik dan bersih.  Terlupa plak nak bawa baju mandi sesiap coz tak tau hostel dekat ngan pantai.  Pahtu kami blik bilik dan bersiap coz mkn mlm disediakan kat Ecomar dan ada raptai malam nih.

Malam tu lepas makan yang sederhana kami pergi raptai.  Kami ni tak berapa le sgt protokolnyakan, yg kena berprotokol ni adalah pemamer tuh.  Dgr nya dorang praktis berckp 'patik, tuanku' sampai jam 12.00 tghmalam.  Hahahahaaa...yelahkan bahasa istana bukan le tiap hari kita gunakan.  Kang tersilap sebut 'you dan i' plak ngan sultan susah plak.  Kami cadang nak mandi esok pagi nyer tapi terpaksa batal...rugi le tak mandi air laut tuh!!







Daku plak mmg tak biasa dgn protokol raja-raja ni sebab lahir dalam negeri yang tak de raja.  Jadik daku tlg apa2 yg patut je le.  Kami dok kat khemah makanan dan sumer staf bersungguh2 tlg org catering tu kasi kerusi pakai baju.  Sampai orang katering tu suker sgt...staf pusat kami mmg rajinnnnn!!!  Daku plak ditugaskan kasi cenderahati berbentuk bulat kepada semua yg datang.  Ramai jgk yg dtg selain dari staf, ada jugak pemberita dan wakil agensi dari Johor.  Sempat jgk orang besar2 ni minta kat daku suh cari kipas yg ada gambar sultan dgn motor besar tuh.  Padahal sumer souvenir tu dibawa oleh agensi dari Johor sendiri.  Baiiikkkkk....daku carikan le sampai dapat.  Sib baik dapat diskodeng jeep yg bawak bende nih....


Ni adalah keretan rentas terumbu karang.  Nampak tak lapisan2 tuh?.  Haaaa...terumbu karang pun macam pokok jgk, lapisan2 tu mewakili tahun.  Jadi dari lapisan ni boleh le kita kira berapa tahun usia terumbu karang ni. :)


Selepas tu rombongan Sultan pun datang dan terus beramah mesra dan lawat tapak pameran.  Datang sekejap jek naik motor besar, lepas tu beredar pergi ke lokasi lain plak.  Kami pun lepas tu g mkn dan terus bertolak balik ke Bangi.  Dari sini baru le daku nampak caner cara sambutan kalo ia melibatkan golongan VVIP nih.  Sebelum ni kat Cheras mmg biasa jgk nampak VVIP datang tapi setiap negerikan beza sikit protokolnya.  Cerewet tu tak de le jugak tapi protokol tu mmg ada extra sikit.  Hari tu nampak jgk orang istana dtg check apa yang patut.  Masa tu daku kebetulan ada kat dalam opis bila orang istana tu tanya tentang menu dan minta list.  Daku apa lagi dalam terkebil2 cari le orang admin dan katering.

Tengok tempat ni mmg agak terpencil dan diharapkan dengan kewujudan pusat kecemerlangan ni bukan saja membantu memelihara khazanah marin di kawasan ini tapi jugak dapat membantu sosio ekonomi penduduk tempatan.  Sy suker sgt tempat ini, terasa aman dan bila bernafas terasa setiap hembusan nafas tu sangat bermakna sebab udara disini sangat bersih.


Tak dapat ambik gambar dengan tuannya, dapat ambik gambar pun jadik lerrr kan

 Kemudahan lain ada surau, tempat bermain aktiviti pantai, dewan makan. Sekejap sgt kat sini, tak sempat nak skodeng.

 Wakaf tempat kami melepak


Dalam bilik ada 2 katil single, sorry lupa nak ambik gambar. TV, cerek tak ada.  Kadar semlm tak ingat, rasanya dalam RM100-120 kot.  Tapi sangat best coz kat hujung tuh pantai yang boleh mandi manda sampai lebam.  Kat sini banyaknya chalet saja ada, kalo hotel besar2 tu ada kat Mersing yang agak jauh jugak dari sini.

Terima kasih yea kengkawan sudi meluangkan masa baca blog saya :)

No comments:

Post a Comment