Wednesday, 14 August 2013

Tolonglah



Terjumpa ni kat fb sorang kawan.  Memang betul, kekadang hati terguris bila orang bertanya pasal bende2 nih.  Kami kawin dah 3 tahun tapi sampai sekarang tak dapat zuriat lagi.  Byk dah usaha yg kami buat untuk mendapatkan zuriat.  Siapalah yg tak nak anakkan, kalo anak ni boleh di beli di supermarket dah lama dah beli dah banyak-banyak.

Tapi ni sumer Allah yang kasi, bukan kehendak kami tak punya anak lagi.  Sapalah yang tak nak anakkan, lagi2 kalo dah lama dah kawin.  Kalo ikutkan semenjak umur 20 tahun lagi daku nak ada baby dah, walaupun masa tu boifen pun xde lagik.

Tapi bila masa kita berusaha memujuk hati menerima ketentuan Allah, ada mulut2 manusia yang dok asyik bertanya 'dah ada ke belum bla bla bla...  Hati sangat2 terasa dan terguris dengan pertanyaan seperti ni.  Kami dah cukup menderita dengan ujian yang ditanggung ni, janganlah lagi menambah derita kami.

Semua orang nak dapat apa yang diimpikan tapi sesetgh perkara diluar dari kemampuan kami.  Yg hanya boleh kami lakukan adalah berusaha dan berdoa semoga kami akan dipilih oleh Allah menjadi ibu dan bapa dan kami mendapat zuriat yg soleh dan solehah.

Daku percaya yang Allah punya perancangan yg lebih baik untuk kami berdua.  Selama ini pun, rezeki kami tak pernah kurang, syukur alhamdulilah.  Allah memang menyayangi dan mengasihi kami, daku sangat mengetahui yang ini.  

Ya Allah...I've tried my best but if today I lose my hopeplease tell me that your plans are better than my dreams. Aminn...

Doakan kami mendapat zuriat sendiri yea kengkawan.  Teremo sekejap hari ni!!! Tq..Tq huhuhhuu

Doakan tahun depan kami dah beraya bertiga k :)


4 comments:

  1. Insya Allah, aminnnn...pernah mengalami saat sukar ni suatu masa dulu..bersabar la ye..Allah tau apa yang terbaik untuk kita..

    ReplyDelete