Sunday, 18 August 2013

Ceritera Raya Sipitang 2013: Raya Pertama

Baju tak berapa nak berdondon tahun ni, tema baju raya pun 
tak bermuafakat laki bini....ntah apa apa ntah
Tak pe tahun depan kita buat tema color blocking yea, awak pakai hijau sy pakai pink

Assalammualaikum

Hari rabu sumer adik beradik dah balik Sipitang kecuali family yang turn beraya dia belah besan.  Malam raya dah meriah dengan budak2 dan yg tak berapa budak lagi.  Zaman sekarang dah berubah, dulu2 main kejar2 sampai rasa nak g balun dengan batang penyapu tapi sekarang sumer leka main tab...main pau le, main tembak2 le..kalo tab dah dirampas mak pak, baru le nak g main bunga api dan mercun.

Kami dah tempah sate dah untuk raya esok, ada buat collection duit setiap family.  Kalo xkasi duit, memasing kena beli minuman ke, tempah kek ke.  Tapi sate boleh collect pada pagi hari raya pertama plak, jadik malam tuh daku punya turn memasak coz yang lain masih dalam mood berborak.  Daku masak nasi impit dan masak rendang kijang jek.  Rempah plak daku siap2 beli rempah rendang Mak Siti dari KL.  Rempah mak siti ni tak sampai lagi ke Sabah rasanya.  Daku beli 2 peket jek yang untuk 1 kg daging tapi bantai masak 2 kg daging.  Nasib le korang, kurang kuahnya.  Tapi rasanya ok le, tgh2 malam suh anak2 buah yg bujang g petik daun limau purut dan daun kunyit kat bawah rumah, lepas tu suh ambik kelapa 2 bijik kat pokok kelapa kat bawah tuh jgk. Nasib le korang...nasib baik dorang sporting, siap berlampu suluh lagi g jolok buah kelapa beramai2 jam 12.00 tgh malam.

BIG family







Esok nya sebelum g semayang raya, makan nasi impit n rendang kijang dulu yea.  Lepas balik dari surau baru le sesi bergambar beramai2.  Lepas tu g ziarah kubur.  Hari pertama mmg tak g beraya ke mana2 coz panas nak beraya tengahari/petangnya tuh.  Hubby sy plak ikut abg sy yg sorang tu coz anak2 dia 3 orang sumer dah ikut group lain...bising mak pak dia merajuk coz anak2 takmo dah g beraya ngan dorang. Hahahaaaa...







Nenek n cucu



Menantu.....nampaknya kekurangan menantu..perlu ditambah lagik nih tahun depan









Kami adalah family yang sgt besar, jadi gambar pun ada beratus2.  Sy ambik gambar ni guna kamera hubby, tq cyg!  Letak jek byk gambar kat sini supaya nanti masing2 dah tua boleh tgok balik.

Petangnya kakak sy dan upin ipin plak sampai rumah.  Anak buah sy ni mmg comel dan sgt manja.  Ramai orang datang beraya hari pertama ni, sampai kami tak menang tangan nak melayan.  Ditambah plak dgn mama yang masih demam.  Malamnya baru le kami pergi beraya ke 2 buah rumah pakcik dan makcik yg setiap tahun wajib dikunjungi.  Beraya kalo tak sejam serumah mmg xsah sampai hubby naik heran.  Raya pertama ni banyak ambik gambar jek.











Malamnya ada citer paling kelakar.  Abg sy yg no 3 tuh imam kat area rumah dia kat KK, jadi bila sy tanya bila dia nak balik ke KK blik, dia jawab 'paling lewat raya ke-3 sebab ada potong rambut'.  Daku yang blur2 terus spontan balas 'macamkan dah xde kedai nak potongnya'.  Abg sy jawab 'bukan bah, cukur jambul bah'.  Laaa...cukur jambul rupanya, ingatkan nak potong rambut biasa.  Kikikikkkk...mana le den faham.  Pahtu sy tanya kat adik sy, org Sabah mmg panggil cukur jambul atau potong rambut?.  Adik sy jawab 'kadang2 potong rambut, kadang2 cukur jambul tapi biasanya kalo orang ckp potong rambut tu org akan faham ler'.  Oookkk..maksudnya daku le yg tak faham nyer yea.


 Uniknya rumah2 kaum kami ni rumah dia biasanya luas seluasnya terutama ruang tamu, xde divider ke apa.  Senang kalo nak kenduri sumer orang boleh sumbat masuk.  Sy dulu mula2 dtg KL confuse coz rumah2 kat sini ada byk ruang kecik2, macam ruang sofa untuk tetamu, ruang untuk tgok tv dll.  Kami tak...selain itu tiang rumah sgt tinggi sampai boleh masuk kereta bawak rumah.  Boleh jadik tempat makan masa kenduri ruang kat bawah rumah.  Jimat..xyah tempah khemah segala :)







Raya tahun ni tema dia kek lapis, sikit punya banyak kek lapis kat rumah. Nanti balik lagi sekali baru le nak menapau kek lapis ni bawak balik KL.  Ada jgk sy songlap masuk beg sebijik kek lapis yang sy suker..hehheheee.  Nanti le adik sy nak dtg KL nanti sy suh dia beli.  Sy mmg suker color2 blocking dan ceria2 nih.  Sy byk mkn kek lapis jek banyak, kuih lain mcm xsgt.  Abis jek ada orang refil, pahtu daku tukang perabihkan.  Setakat sebalang kek lapis ni mmg beberapa saat je gone!





Perghhhh byk nyer gambar entry nih....tq yea kengkawan sbb sudi baca blog nih. :)

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya k.bai..
    maaf zahir batin..
    buat la makan2..kitorang nak datang beraya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Husna, maaf zahir dan batin jugak
      Dah abis viva belum ni?
      Akak dah makin tua ni makin malas betul nak masaknya
      Nak ngemas rumah pun rasa malas teramat

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kak Baiku sayangggg...cerianya orang2 Sepitang..lama tak menggatal di blog2 semua..masa sangat dengki mengki kat saya..hahhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin jugak kepada Zaila. Windu nyer, lama tak dengar khabar berita nih. Apa yg busy sgt tuh Zaila oooiii...nampak P*UK* dari rumah akak tiap hari, tergambar kebusyian warganya...heheheheheeheeee...

      Delete