Monday, 26 August 2013

Ceritera Raya Sipitang 2013: Raya Kedua



Salam kengkawan

Sambung cerita hari ke 2 plak.  Pagi hanya menerima tetamu saja, tengahari sempat kami pergi ke pekan kejap nak beli bahan2 untuk BBQ malam nih.  Seperti biasa mesti ada bodyguard ikut, ada 4 orang budak2  nak ikut kami.  Selepas pergi ke supermarket beli ayam dan bahan2 BBQ, kami singgah kejap pasar beli ikan untuk buat laksa.  Dan kasi budak2 tuh beli apa yg dorang nak.  Kakak sy tgh buat laksa tapi tak cukup untuk tetamu coz 2 kg ikan cukup untuk family kat rumah tu jek.  Lepas tu kami bawak kanak2 riang ni makan KFC.  Saja2 jek nak menciptakan masa berkualiti dgn dorang.  Tapi minta maaf yea, kena cepat balik rumah...so sorang dapat seketul ayam jek. Cukup le kan untuk outing ngan budak2 nih.

Balik rumah, sumer orang ada kat rumah rupanya.  Petangnya kami pergi beraya kat 2 buah rumah jgk, rumah pakcik makcik yang wajib dikunjungi tiap tahun.  Perut dah penuh dah dgn mcm2 juadah dan makanan berat coz rumah yang ke-2 pergi tu buat open house. Petang tu sebelum maghrib carik hubby xde, rupa2nya hubby pegi pusing kg sensorang.  Hubby blik, daku plak ajak Waie pergi jln ke hujung kg, jln sampai jambatan kecik pahtu pusing balik.  Masa blik, kami lawan lumba larik.  Umur 5 tahun tapi lari sikit punya laju, kalah makcik dia ni haaa.




Malamnya buat BBQ dan adik lelaki sy pun balik.  Tgh teman hubby dan abg ipar menyalakan api untuk bakar ayam, tetiba nampak 2 kete besar dtg, rupa2nya family abg sy dari Brunei pun dtg sama.  Ohhh ini sudah bagus, dah ada assistant tuk bakar ayam!.  Terkejut tgok 5 orang anak buah sy tuh dah sama tinggi, paling kecik tingkatan 1, yg kedua tingkatan 3 dan yg 3 orang lagi dah berkerja.  Jadik cukup le korum malam tuh, ada 12 + 1 semuanya ada kat Sipitang malam tuh.

BIGGGG FAMILY 




Group cucu paling meriah!! 

Anak lelaki





Selepas bersalam2an, diadakan tahlil untuk arwah ayah yg pergi bertemu penciptanya 10 tahun lepas.  Lepas tahlil tetiba kakak ipar sulung sy bgtau sy nak buat sesi bergambar coz first time dalam sejarah sumer orang ada berkumpul.  Tapi malangnya ada yang tak pakai baju raya dan hanya pakai t-shirt dan berkain sarung.  Daku plak cecepat pakai baju raya yg dah siap seterika semalam.  Harus le kan pakai baju raya, kata raya...sempat jgk mereka2 yang tak sempat tukar baju tu menjeling jeles :).  Macam2 sesi malam tuh, bergambar ramai2, adik beradik, menantu, cucu2, cucu perempuan, cucu2 lelaki.  Malamnya sumer orang tido bergelimpangan kat ruang tamu malam tu, ni baru le suasana raya yg sebenarkan.  Yg bujang plak main laptop sampai jam 3 pagi.  Brunei lewat sehari menyambut raya, tu yang dorang blik petang raya kedua tuh.  Lgpun sekarang anak2 dah besar dan berkerja dan ada kereta sendiri memasing, dah ada co-driver bagai. Tak sangka yea pejam celik pejam celik, sumer dah besar belaka dah.  Sekarang ni dok tunggu dorang kawin jek lagi, nak tunggu anak2 dara bertuah ni macam lambat plak.









Malam tu penuh dgn makanan coz selain BBQ, kami order kek raya 2 bijik dan anak buah sy yg sulung masak spegetti.  Mula2 nak kek Secret recipe tapi xde sape nak kirim beli kat KK.  Yg BBQ plak urusan suamiku, abg ipar dan jejaka2 bujang.  Ada ayam, ikan salmon dari Brunei (yg daku bukan saja tak merasa, nampak pun tak) dan jugak sosej.  Sila beli banyak2 sikit yea tahun depan!!!.  Selain itu ada kentang, mi goreng dll. Daku tak makan byk pun coz sibuk jadi jurukamera tak bertauliah.  Kamera hubby dah macam kamera daku plak...selain tu sibuk mengajar dorang guna kamera ni.  Hangin le kan, daku ambik gambar dorang elok2, time ambik gambar kami berdua hidung pun tak nampak.  Dah le susah sgt nak bergambar dgn laki sendirik!.







Rasanya raya ni meriah dengan karenah tuan2 rumah je le rasanya.  Org nak datang beraya pun segan coz ingatkan ramai tetamu ada kat rumah bila nampak kete berbijik2 kat bawah rumah.  Rupa2nya tu sumer kereta tuan2 tanah kedaung jek rupa2nya.

Tahun ni rumah mmg xmeriah dgn kuih raya coz kami malas nak buat kuih raya, hanya ipar2 perempuan jek yang dok rajin order dan bawak kek.  Macam2 perisa ada dgn lapisan yang cantik2 tapi paling suker yang ice cream cheese dan yg satu lagi color hijau tuh. Kami ni kan kira sempadan dengan Sarawak, jadik ada le kena sipi2 trend kek lapis nih. heheheheheheeee...  Antara kek lapis yang glamer kat sipitang ni adalah Kek Lapis Belacan, ntah dari mana dapat nama ni agaknya, mungkin dari warnanya yg cokelat macam belacan kot!!!.  Ada lagi jenis yg glamer tapi dah tak ingat dah...:)

Selain tuh daging kijang boleh diperolehi jgk, tapi xde le byk...cukup untuk makan2 dengan family jek.  Kat sipitang ni masih suasana kampung lagi, jadik sumer alam tu masih banyak lagi kat hutan.  Sayur2 kampung pun mudah lagi dicari, yg penting rajin.  Daku tak sempat pun nak ambik daun ubi kayu buat masak lemak. Time raya2 ni busy.........busy bergosip dan menyakat!!


2 comments:


  1. As Salam Bai,

    Bestnya tgok family Bai...meriah siot!!! Sonot ramai2 gini bila sesekali berkumpul semua, perrghhhhh.

    ReplyDelete
  2. Wsalam kaksu

    Tu ler kaksu, keluarga besar. Elok jgk berkumpul ramai2 coz jarang jgk jumpa coz memasing dok jauh. :)

    BBQ ni mmg kitaorang dah rancang awal2 dlm close group fb supaya ada aktiviti keluarga. Kalo tak sumer orang dok beraya...

    ReplyDelete