Sunday, 7 July 2013

Progress rumah Julai 2013


Salam kengkawan

Dah keluar dah surat dari pemaju minta duit untuk progress rumah.  Padan le interest bulan ni dah RM400++ dah, makin kempis poket. Sekarang ni kalo tengok dah separuh le step yang dah buat nya. Yg bina2 konkrit, pintu, tingkapnya kira dah siap le, tinggal nak buat bumbung dan aksesori jek lagik.  Tinggal setahun lagi le dijangka siap.  Semlm tgok dalam fb sorang perempuan kena samun bila tgh nak kuar bukak pintu pagar rumah dia, tapi bukan kat PS2 ler..  Dah le dtg menyamun, boleh plak dia dtg patah balik menyamun balik.  Ngeri plak nak g sensorang g PS2 tuh.

Kawasan kejiranan ni kira aktif jugak coz fasa rumah kami adalah fasa ke2 akhir yang dibina di situ, byk rumah2 dah siap dan orang dah mula duduk.  Jawatankuasa penduduk pun dah dibentuk dan mereka juga terdiri dari orang2 muda yang aktif.  Selain tu dorang ada jugak closed group fb yang dibentuk bagi memudahkan interaksi sesama mereka termasuk owner yang macam daku ni (yg xtau apa2), yg rumahnya belum siap lagi.



Pejabat pengurusan n security pun dah ada jugak, dah jadik macam ala2 kondo plak.  Byk le informasi boleh dapat dan dapat mengenali familiar face yg jadik tulang belakang persatuan penduduk, dah boleh tau berapa maintenance caj yg kena byr tiap2 bulan tuh, access card, masalah dan jln penyelesaian nya, defect yg kena tengok masa mula2 dpt kunci dan macam2 lagi lah.  Tak sangka berdekatan rumah ada taman awam tapi diluar pagar le.  Tak kisah le, yg penting taman boleh tengok pokok2 menghijau.  Harapnya boleh tengok bukit broga dari tingkap rumah tuh.  Mmg teruja le nak berpindah ke sana dah.

Maklumat2 macam ni mmg kena tahu bila nak masuk rumah coz dulu2 masa mula nak masuk umah skrg ni, mmg sy tak tau apa2. Tahu g byr bil kat pejabat maintenance jek, tak tau pun pengerusi tu wujud.  Lagi plak tak tau tugas2 pengerusi, dah le masa tu tgh konflik antara pengurusan penduduk dgn pemaju.  Tak pasal2 daku jadik mangsa air kena potong time hujung minggu.  Hampeh...Rupa2nya pengerusi ni ala-ala ketua kampung le tapi version bandar punya.  Masa dok menyewa dulu kat Taman Midah mmg tugas sy byr bil kat pejabat pemaju tapi tak pernah ambik tau hal-hal lain.  Yg aku tau aku balik umah dgn selamat, kawasan umah terjaga, guard kawal kete kuar masuk, haaa itu jek tau.

Hari tu g sales opis pemaju berdekatan Tesco Semenyih tuk ambik voucher.  Dah lupa dah pasal voucher ni sebenornya.  Baik hati pemaju nak kasi voucher kat owner yg tak joint acara tangkap2 duit dalam box tuh.  Malu le nak terloncat2 dalam tu tangkap duit bagai.  Syukur dapat voucher Giant, boleh le nak membeli barang.....


Sempat pergi melawat pembinaan rumah lagik, yelah dah alang2 pergikan.  Subhanallah cantik sgt kawasan ni.  Dulu tak nampak lg kedudukan rumah tp sekarang dah nampak dengan jelas.  Dibelakang betul2 Bukit Broga, pemandangannya sgt cantik...td xberapa nak nampak coz mcm berkabus skit..ehhh berkabus ke berjerebu ni.  Bila sampai bangi xde pun jerebu, kabus le kot tuh.  Harapnya nampak le jelas dari balkoni rumah sy nanti bukit broga nih.  Rasa nak nangis bila tgok rumah ni, terbayang jerit perit masa nak dapat rumah ni dulu.  Tak sangka akhirnya dapat jugak menunaikan impian sendiri selepas macam2 dugaan dan kesedihan ditempuh, rumah ni ntah rumah yang keberapa dah pergi tgok dulu2 tuh. Nasib baik ada orang disekeliling sy yg sgt memahami dan tak henti2 memberikan sokongan moral.

Oh ya, tadi org kat sales ofis Semenyih tu bgtau yang tanah yg tgh tambak kat belah kanan tu akan buat rumah2 semiD.  Tapi malangnya sumer dah sold out kecuali sebijik rumah semiD yang corner lot.  Kalo ada sesape yang tgh carik rumah tuh, cecepat le call atau pergi ke sales opis MKH betul2 belakang Tesco Semenyih tu jek, ckp le nak tanya pasal rumah Lavendar.  Rumah daku tuh sampai skrg xde nama lagi :(.  Dorang jgk bgtau dorang ada projek baru naik kat area Beranang tapi ke atas lagi le.  Projek tu projek rumah banglo dan semiD.  Dia ada sebut tapi nama area tuh macam orang putih sgt, jadik xberapa nak ingat. Dah tua2 ni makin payah nak masuk info dalam otak. Masuk senang tapi tak berapa nak lekat.

Dari pengalaman mendapatkan rumah ni telah mengajar daku yg kita kena tunaikan impian kita sendiri.  Bertuah le kalo dapat orang yang nak menunaikan impian kita kan.  Mmg susah nak meminta orang lain memenuhi apa yang kita nak selain dari ibu bapa kita sendiri.   Kepada kengkawan semua, hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada. Sesungguhnya tiada kasih syg yg melebihi kasih sy mereka pada kita.



Apabila ia melibatkan hak orang, mmg sgt susah.  Jadik, kita kena le berusaha untuk mencapai impian kita sendiri.  Kena byk bersabar dan berkorban.  Walau apa pun daku bersyukur atas rezeki yang Allah kasi. Sekurang2nya boleh le merasa rumah atas tanah jgk.


No comments:

Post a Comment