Wednesday, 31 July 2013

Persiapan raya 2013 dan aktiviti cuti panjang

Assalammualaikum

Cuti Nuzul Quran lepas jatuh pada hari jumaat.  Sakan le bercuti 3 hari direct.  Masa hari khamis tu rasa lama nyer cuti, tak tau nak buat apa.

Jadik hari jumaat tu daku pergi le ke IKEA Damansara, kalo pergi sabtu takut ramai orang.  Hubby ckp kuar awal coz takut jem jgk coz orang Selangor mungkin dtg shopping g KL.  Daku xde le kuar awal sgt coz xmo bertembung dgn orang yg keluar pergi keje.  Sampai IKEA sebelum jam 12.00 tghari, syukur ada le jgk parking walaupun ramailah jugak orang.  Sebelum tuh mmg dah cuci mata dah tgok katalog online IKEA, klik sini.  Sampai jek terus pergi ke bawah ambik brg, xsanggup dah nak pusing2 showroom dah.

Mula2 nak beli ni jek tuk letak kuih ke apa...last2 beli nih
-
-
-
-
-
-
-




Daku g sini semata2 nak cari pinggan tuk letak kuih dan dah rindu nak pergi IKEA.  Sambil2 tu membelikan kiriman adik sy yg nak minta belikan periuk belanga.  Itu je le yang daku salu beli brg IKEA pun coz daku suker beli barang kaca dan kat sini pun mmg murah. Cuma nak membawak balik Sabah tu le yg hazab skit.  Terpaksa minta tlg hubby bawakkan separuh nanti.

Sabtu plak pergi Jln TAR nak g beli manik tuk baju raya.  Sempat jgk ke Habib Semua House.  Nampaknya harga emas dah naik perlahan2 masa2 nak raya ni.  Sikit punya ramai orang, sampai nak membeli pun kena tunggu le org habis beli coz seorg salesgirl akan layan 1 customer jek.

Lepas tu daku menapak ke Ariani plak.  Puuuuuuunnnnnn ada sale jugak. Nampaknya tudung Ariani ni ada berlaku penurunan harga sedikit le rasanya, mungkin dah byk persaingan kot. Sekarang ni daku suker tempah baju, pahtu tudung guna tudung lama jek.  Jadi kali ni daku beli le sehelai tudung schiffon color blocking, boleh tahan jugak kain dia ok dan selesa pakai.  Nak beli tudung baju raya lain, baju plak xambik lagi dari tailor.  Tak pe le, beli kat Ariani Bangi je pun ok.

Ahad plak g teman hubby tgok wayang Wolverin ke apa ntah tajuk dia. Best jgk filem ni, citer byk kat Jepun.  Ptg pergi PARAM stadium.  Hubby xnak mkn yg berempah, lastly belikan dia ayam golek.  Hmmmm tak best sgt le ayam golek dia.  Daku plak beli sup gearbox kambing, mmg dari mula posa lagi terskodeng nak makan.  Ada 2-3 tempat yg jual tapi sbb byk lagi mknan nak beli, jadi baru le kali ni beli.  Lgpun terfikir masa tuh, eehhhhh ada isi ke nak mkn nyer.  Rupanya ada jek isi nyer dan orang yg jual ni sebenarnya ada jual kat kedai area OldTown kat Dataran Dwitasik tuh, dekat2 dgn area Bank Islam katanya.  Bagus...bagus, kalo dah ada kedai mesti sedap nih kan.   Dah byk kali pergi situ tapi tak pasti kedai yg mana, mungkin dia just buka booth kat dalam kedai orang kot.  Pas raya ni kalo rindu kena cari le kedainya yang mana satu.  Rasa pun sedap, lebih sedap dari sup2 pelbagai part lembu yang sebelum ni. Daku mmg penggemar kambing...harus le suker.



Bersememeh tepi sebab masukkan dalam microwave


Kambing


Rupa2nya hubby pun suker makan, oklah lain kali boleh pujuk2 dia pergi lagi.  Biasanya kalo daku beli sup mesti ada jek komen 'byk ajinomoto le, tadak rasa le bla bla bla'.  Tp yg ni mmg sedap, rasanya pun tak de le rasa kambing sgt dan sup dia pun sedap. Terus ayam golek dia tak pandang dah.  Disediakan straw jgk untuk sedut isi dalam tulang tuh  :) Yummyyyy....

Isnin tghari sempat berlari kejap ke kajang ambik baju dan alang2 nak isi minyak, sempat cencelok kejap ke Ariani Bangi.  Best le Ariani skrg ni, ada yg dia kasi best buy tudung RM100 untuk 3 tudung plain biasa. Tudung schiffon beli 3 RM200. Cuma dah ramai orang pilih2, xbyk warna tinggal.  Kalo beli sehelai mmg agak mahal tapi nak membeli sekali 3 tuh mmg fikir jgk 23x.  Masa pilih ada nampak warna purple, bila dtg balik dah xde.  Tak jadik le beli tudung ni, sy pergi Gulatis plak tgok tudung Alia.  Beli tudung sciffon je le kat sini, boleh dapat tudung yg berbatu2 mengerlip yg agak murah jgk.  Banyak nyer bajet beli tudung tahun ni, xpe le hubby pun ada kasi duit tuk shopping raya.  :)

Dihujung2 posa ni hubby byk berbuka kat luar.  Ok jgk boleh le daku settlekan apa2 yg patut.  Nak kemas rumah supaya balik KL nanti xde le semak mata tgok rumah.  Lepas ni dah lega coz byk bende dah settle. Boleh balik raya dgn gumbira..yayyayayayay.  Harapnya pokok2 tuh survive le masa musim raya ni.


Hubby bawa dari opis..sedap kek lapis nih, bila tanya sape kasi, dia jawab 'ada org buang!'...sabor je le

Jommmmmm balik kg!!!!

OK kengkawan jumpa lagi lepas raya yea

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN


No comments:

Post a Comment