Wednesday, 10 July 2013

New members in de house



Salam kengkawan

Jumaat hari tu ada family kakak sy dan adik sy datang bertandang dari Perak.  Seronok le dorang dtg, boleh bersantai bersama2.  Kebetulan kakak sy dtg bawak sekali MIL dia yg 1st time dtg KL.  MIL dia balik sama dgn adik sy yg dah abis study tuh.  Kira adik sy jadik bodyguard le, patut stay Perak sampai raya tapi tau je le kan orang tua mana nak dok lama dok org, rindu jgk dgn rumah sendiri yg dah lama ditinggalkan.





Sabtu tu sy ngan adik sy pergi ke Floria Putrajaya. Family kakak sy ckp nak jln g KLCC. jadik kami orang bujang dan yg tak berapa bujang ni pergi le membawa diri.  Tema tahun ni orkid, tapi byk bunga2 yg dah layu coz dekat nak abis pesta.  Tapi mmg tetap meriah macam biasa le. Sy cuma pergi dlm khemah, pergi bekfast dan pergi tempat jual pokok + bunga je.  Tak larat nak pergi ke belakang2 area tasik tuh.  Berkenan dengan pokok mangga harum manis dan limau kasturi.  Sy nak cari limau kasturi yang buah dia besar2 tuh, xmo yg biasa2 tuh.  Dah lama pokok kasturi sy mati tak berganti2.  Adik sy sponsor anak pokok harum manis coz dah lama suh dia cari kat Perlis tak jumpa2, tapi dia nak pokok tuh dinamakan sempena nama dia plak...hampehhh..

 Anak harum manis, tanah xcukup plak

Dah masukkan dalam pasu dah sumer, supaya cepat membesar

Balik tu terus g servis kereta coz perasan tayar kete macam dah merekah dan lately suker sgt habis angin.  Melayang le RM1k servis + tukar 2 tayar depan.

Bila balik, rupa2nya kakak sy sefamily elok jek dok kat umah.  Rupanya tak berani nak drive g KLCC, tak reti nak parking.  Ingatkan ada GPS ni dorang tak kisah g mana2 sendiri.  Jadi sy pun bawak le dorang g KLCC.  Bila nak naik eskalator, baru abg ipar sy bgtau yang mak dia tak berani nak eskalator plak...ahhhhh sudah.  Sy masa tu dah selamat naik eskalator dah.  Dipujuk2 selama 15 minit pun xberani jugak, lif plak xde.  Pahtu sy pun pegang MIL belah kiri dan abg ipar pegang belah kanan, abg ipar tarik tapi MIL tak nak pergi, naik le abg ipar sy sensorang tinggalkan mak dia ngan saya.  Tetiba ada sorang perempuan cina tlg pegang MIL dan kami naik le eskalator sesama, tetiba MIL mcm nak tumbang kebelakang..kami dah terjerit dah, ada plak sorang india kat belakang lari tlg sambut.  Dramatik betul...betul2 1malaysia.  Adik sy terkejut jugak, dia tak sangka begitu helpful orang KL ni.  Sy ckp mmg orang KL ni tak peramah dan tak mesra sgt mcm orang kg tapi dorang ni suke tlg tak kira bangsa dan agama. Tu le istimewanya kami!!! :)

Kami pusing2 taman kejap pahtu pening dok perah pala caner nak bawak turun balik ke parking MIL ni.  Turun lagi scarykan banding naik. Jadik kami pun terus pergi turun guna tangga, sampai kat P1 tak leh plak bukak pintu emergency dia, turun le kami ke P2 baru boleh keluar.  Selepas tu kami naik ikut laluan kereta untuk ke P1, iaitu lalu kat divider jalan, mmg sgt kelakar memasing gelak jek.  Malam singgah Jusco Maluri makan.  Malamnya anak buah BIL plak dtg coz windu nak jumpa neneknya nih.

Pagi tu kami masing2 berurut coz anak buah BIL ni ada pergi kursus urut mengurut ni dan mmg part time dia mengurut orang. Sy ckp ngan dia nak urut untuk mengandung punya, sakit plak masa dia naikkan peranakan tuh.  Sebelum ni nak g berurut kat area rumah tu tapi makcik tuh suh dtg ngan laki nak berkenalan dulu dan nanti kena dtg balik berurut masa 1st day period.  Hmmmm kalo yg melibatkan laki ni le yg payah ni, nak tunggu dia free pun satu hal.  Tu yang dok tertangguh tuh, kalo boleh pergi sendiri2, esok nya mmg daku dah terpacak dah kat depan umah tukang urut tuh dah.





Lepas tu kami berpecah, sy dan adik sy dan 2 anak buah sy pergi mandi ke Sg Chongkak, Hulu Langat. Singgah makan kat Tesco extra kejap dan Taman Tasik Permaisuri, kasi budak2 ni main puas2 dan bersosial skit.  Best le outing ngan budak2 ni tanpa mak bapak dorang.  Manja sgt budak2 ni, bilik daku dah jadik bilik dorang dah.  Malam2 nak tido sekatil ngan kitaorang, mentang2 le Pakcik Syed dorang xada.





Kakak sy dan yg lain pergi jalan ke Putrajaya dan antar anak buah BIL ke rumah dia.  Isnin dorang g LCCT antar adik saya dan MIL balik Sabah.





No comments:

Post a Comment