Monday, 22 July 2013

Menu berbuka separuh bulan Ramadhan


Assalammualaikum

Masa bulan ramadhan ni banyak betul orang upload makanan, banyak jenis dan menyelerakan sumer.  Tahun ni rasanya lebih relaks banding tahun lepas.  Almaklumlah dah kira 3 tahun dah berbuka dgn hubby, dah tau dah apa yang dia suke dan apa yang dia xsuka.

Ingat lagi beberapa tahun yang lepas mmg salu benor daku berborak dgn kaksu tiap hari tanya menu berbuka apa yang sesuai dgn selera pantai timur.  Kaksu kelantan, hubby terengganu...kira dekat2 le tuh.  Kaksu siap kasi resepi dari resepi nasi dagang sampai le ke resepi sambal kicap yg buat cecah kerang rebus tuh.  Punya le kan, tak nak jgk tgok kat internet coz sy pernah masak lemak cili api ala-ala negeri sembilan.  Sekali, hubby mmg tak nak mkn...punya le sedih.  Jadi lepas tuh sumer resepi mesti mengambil kira ttg selera orang pantai timur yea.


Jadi terhasillah jadual masak selama sebulan macam kat atas nih.  Hubby jenis cepat boring, jadik mmg dia xmkn le kalo hari ni masak udang, esok makan udang jgk dia xmo.  Jadi sy pandai2 le selang selikan dgn ayam ke daging ke.  Laut dan darat plak xleh campur...byk betul pantang larangnya.  Ada pernah sekali tu sy cadang nak masak nasik tomato, sekali dia ckp xmo nasi tomato...tak makan..dia ckp nak ayam goreng kunyit jek.  Goreng kunyit plak kena potong kecik2 dan kena goreng garing2, jadik daku biasanya angkat sebelum ayam tuh rentung!!!.  Pernah sekali dia xnak mkn udang yg sy goreng coz xrangup, terpaksa le daku g dapur balik g goreng sampai rangup krup kurp...

 Jus kurma = kurma + susu + madu + air.  Sedap rupanya...sy blend jek sumer



Tapi itu dulu, masa tgh dalam mencari keserasian lagi.  Tapi selepas byk kali daku merajuk dan piring terbang mcm UFO, sekarang ni hubby dah cool down dah.  Daku pun dah byk berubah ke arah cita rasa dia. Byk dah masakan pantai timur dah reti masak skit2 walaupun nasi dagang pun confirm tak pas lagi.

Hmmmm...bulan posa tahun ni tersgt le malas nyer.  Biasa daku beli lauk sikit kat luar pahtu tambah2 le apa yg patut.  Masak masakan yang simple2 jek tuk tambah macam goreng sayur, goreng udang, ulam etc etc.  Jadi banyak le skit hidangan atas meja kan. Tak larat le nak bersilat kat dapur,  kang azan dah bunyik tapi masak pun tak siap lagi.  Sekarang ni tiap mlm mkn nasi coz pepagi hubby nak makan cereal jek. Senang2, tak yah susah2 nak sediakan sahur tuk dia.




Sekarang ni dah masuk minggu ke-3, biasa mmg hubby byk program berbuka kat luar le.  Daku plak tengah fikir nak buat kuih ke tidak.  Ada kawan sesiap dah nak order kalo daku buat kuih.  Dia ckp kuih tart sy sedap dan gebu.  Hahahahahaaa...dulu mmg daku ada g kursus buat tart nenas pun.  Dah byk kali dah buat try and error. Ehhh...di atas dan bawah ni gambar berbuka posa kami, compile untuk setengah bulan.  Punya le pemalas...yelah kan, kami dua orang jek, byk mana je le juadah kami.  Hubby plak rajin pesan jgn membazir, lg le kena hati2 bila nak membeli.

Tgh mencari tempat berbuka posa ngan hubby nih.  Ajak dia pegi lepas terawih je le, kurang skit sesak.  Kalo sesak2 ni fening pola, perut plak lapar senang jek nak mengamuk...





Ni je le yg sempat ambik gambar setakat ni.  Yang lain, dah kenyang2 baru menyesal tak ambik gambar..  Tahun ni mmg tahun paling malas nak masak.  Lgpun g pak aji salu jek lauk pauk basah habis stok.  Daku dari awal puasa hari tu cari kerang xjumpa2!!!



2 comments:

  1. alamak terliur tgk ikan keli tu lah..nak cuba lah buat jus kurma tuh..macam sedap pulak nampak nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy mmg suker mkn ikan keli, terutama keli kg. Heheheee...

      Try le buat jus tuh, sedap. Rasanya lemak2, tp jgn letak byk sgt madu coz takut manis sgt plak. Hari tu sy letak sesudu mkn pun dah manis.

      Delete