Monday, 29 July 2013

Jahit Crumble Manik: Baju raya merah + gold


Assalammualaikum kengkawan

Tinggal 2 minggu lagi raya kan, tak sabar dah nak balik Sipitang minggu depan.  Tahun ni giliran beraya kat Sabah plak, tahun lepas dah beraya kat Rompin.  Bila beraya di Sipitang, cuti mmg lama skit le. Nak bawak baju raya lebih tahun ni coz kat kg biasa panas dan malam pun kekadang pergi beraya jgk.  Kat kg mmg kemeriahan raya tuh sangat2 terasa, boleh ckp yang rumah sentiasa ada tetamu sepanjang 3 hari raya tuh.  Kebiasaan family beraya satu keluarga.  Tapi kalo jiran2 tuh ada jugak le yang dtg dgn kengkawan jek.  Rasanya sy lebih prefer dtg dgn family kot coz bebudak ni dtg biasa nak kumpul duit raya jek.  Kami pun biasanya akan dtg beraya ke rumah orang segerombongan.  Heheheheee...

Ni tgh busy siapkan jahit crumble manik tuk baju raya sendiri.  Tema tahun ni merah + gold.  Selain itu ada jugak baju lain.  Baju ni nak pakai raya pertama, harus le mengerlip skit.  Sebelum ni ada jugak buat entry pasal jahit manik ni, boleh click kat list belah kanan blog sy ni yea.  Lepas jahit sy sapukan pewarna kuku supaya jahitan dia tak tercabut.  Mula2 nak letak manik tabur merah dan gold tapi bila letak merah tak berapa nak nampak, jadik letak yg gold saja. 


Buat yg ni yg simple jek coz kalo sarat sgt nanti berat plak.  Mula jahit sebelum raya lagi tapi tiba nak jahit manik tabur tuh, manik2 kecil plak xde. Jadi sabtu lepas daku mengharungi ribuan orang kat Jalan TAR tuh.  Lgpun nak jugak merasa kemeriahan sempena nak sambut raya kan.  Ya Allah, mmg teruk sgt...nak berjln pun susah!!!!!.  Paling banyak orang kat jalan depan Semua House tu le coz kat jln siar kaki ada gerai2.  Ada jugak RELA jaga tapi dah org ramai sgt tetap le jem jgk.  Best le shopping masa ni coz byk pilihan, mungkin kena pergi masa hari keje kalo betul2 nak membeli.  Sesak2 ni risau jgk dengan penyeluk saku.

Daku sebenarnya nak cari makanan kat pasar malam kat situ tapi dah tak larat le sy nak bersesak2 kat situ Dari Kedai Bunga Reben tu sy lalu kat jln utama depan Globe lepas tu lalu lorong ke Masjid India.  Mmg sangat2 meriah le kalo nak tengok orang ramai shopping sakan persiapan raya tapi daku cepat2 nak balik coz takut nanti hujan plak.




Kat LRT beratur nak beli tiket pun sikit punya panjang.  Sogo daku xpergi pun, malas nak pergi coz tau mesti sesak giler. Dah le bersesak2 pahtu nak byr pun kena beratur panjang, xsanggup oooo.  Mmg raya ni xde pun nak shopping sgt.  Sempat pergi ke Ariani jek beli tudung schiffon.  Oklah, layan gambar2 jahitan CM ni yea kengkawan.

Selamat Hari Raya sy ucapkan kepada kawan-kawan semua.  Maafkan keterlanjuran kata semasa kita saling mengenali ni.  Kepada yang memandu balik kampung tu, hati-hati memandu di jalan raya.  Semoga kita dapat menyambut hari raya kali ini dengan penuh gembira dan berjumpa dengan ibu bapa dan keluarga yg tersayang.  Maaf Zahir dan Batin.


Dah siap!


4 comments:


  1. Sangat2 cantik hokayyyyy!!!

    Bai...apa purpose sapu pewarna kuku kat jahitan manik tu?...sapu belah benang saja ka belah manik tu?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kaksu, sapu pewarna kuku tuh kat belah elakang yg kita matikan benang tuh. Tujuan nya supaya simpulan tu tidak mudah terbuka. Bai matikan benang setiap kali masukkan manik supaya manik nampak kukuh. :)

      Delete
  2. amboii..sakan raya tahun nih..cantiklah..rajinnyer tangan nak menjahit kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq, terpaksa merajinkan diri, nak tempah kat orang mahal. :)

      Tahun ni mood raya lebih skit, ni pun tak senang duduk dah kat opis..mood raya dah sampai. :)

      Delete