Sunday, 14 July 2013

3rd Anniversary: Ikan di laut asam di darat



Assalamualaikum

Bulan Jun adalah bulan yg agak istimewa sebab bulan ni adalah anniversary kami dan birthday saya.  Sy mmg tak ingat tarikh anniversary sebab tengah sibuk uruskan kursus 5S. Kehulu hilir sorang2 uruskan dewan kuliah, kerusi meja, makanan, ke Unit Latihan etc.  Pagi 17hb tu kawan sy Hanum wish happy anniversary, baru sy tersedar.  Betul-betul lupa daaa. TQ Hanum!!  Kalo kengkawan nak tengok citer2 pasal kenduri kawin simple kami kat Sipitang sana, boleh klik sini dan sini. Mesti korang biasa dengar kan tuan punya blog tuh, tuan punya blog tu adalah kawan suami sy. Biasa kalo kami blik sabah mmg suami sy akan pergi makan2 ngan dorang.  Abg ni mmg best, cian berpeluh2 dia ambik gambar kami.  Tq so much...:)



Balik rumah terus sy tanya hubby adakah dia ingat hari ni anniversary kami.  Tak pasti dia ingat ke tidak tapi rasanya dia ingat.  18hb sy hantar hubby g BTS-TBS coz hubby nak pergi jauh bercuti.  Tiap2 tahun hubby mmg xpernah lagi miss kasi hadiah kat sy.  Bulan lepas dia dah kasi kain dah tuk raya tapi xsempat dah nak hantar coz tailor yg biasa jahit tuh dah tutup tempahan.  Lgpun sy dah hantar 2 baju ke DZul classic coz nak tunggu dia kasi kain lambat sgt.  Upah jahit baju sekarang ni sgt mahal kan, hanya mampu hantar 2 helai jek tahun ni.  Sy berazam lepas raya nanti nak belajar jahit baju kurang sendirilah, mana le sanggup..beli kain rm50 tapi upah jahit dah rm90. At least baju kurung yg cotton boleh le jahit sendiri nanti.

Terasa sedih plak berpisah sementara ngan hubby ni.  Sebelum ni dia ada le jgk pergi tapi tak penah lebih dari seminggu.  Ni hampir 3 minggu dia xde kat rumah.  Tapi rasa macam best plak coz boleh tunggang langgang suker hati kat rumah. :)

Balik dari antar hubby terus blik rumah.  Tetiba dpt whatsapp dari hubby suh ambik kotak hadiah dan kotak pos kat bilik study dia.  Bila bukak je.......




Tak sangkap hubby g tempah album kawin ni.  Dah 3 tahun kawin baru le ada album kawin.  Dulu masa kami kawin kamera hubby kena curik masa balik dari Manila.  Habis gambar kawin kami sumer hilang.  Nasib baik kamera kawan dia yang jadi jurugambar kawin kami ada byk lagi gambar.  Tapi tetap sedih coz byk gambar family dia dan gambar kami berposing2 kat Esplanade Sipitang hilang.  Memasing xde mood nak buat album kawin.  Tak pasti berapa harga tapi rasanya hubby ambik online.

Tetiba dapat 2 kain lagi tuk baju...yea..yea..  Baru terfikir nak pergi Kunming ke, Guangzhou ke nak g cari sutera china dan cotton coz baju-baju yg beli kat Bukit tinggi hari tu dah tinggal beberapa helai je lagi.  Confirm sampai hujung tahun dah habis tempah.  Susah nak cari cotton yang berkualiti, lgpun sy suker g pilih sendiri.  Pahtu terus beli byk2 tuk 2-3 tahun pakai punya. :)  Sy berkenan betul dengan sutera china yang beli kat Beijing dulu, beli harga RM140 tuk 4 meter tapi mmg sgt elok kain nyer.


Ohhh...ni adalah gambar pokok jambu air sy yg tanam dalam pasu.  Bila keje bangi ni, sumer orang mcm dok rumah teres jek.  Bila daku g tunjuk pokok jambu air dalam pasu yang berbuah, sumer orang macam xpercaya.  Syukur bila buah yang hari tu dah habis masak, dia mula berbunga balik.  Seronok le macam ni kalo xputus buah jambu nyer.  Tapi biasa le, dah dok dalam pasu terhad le buah nyer.  Sekali berbunga ada le dalam 3-4 tangkai.  Setangkai ada dalam 8 bijik yg biasanya sy akan buangkan jadik 5-6 bijik supaya buah dia besar2.  Sy ada tanam ciku jugak dalam pasu, memlm gaduh ngan kutu putih tuh.  Harapnya cepat le ciku ni masak.  Lepas dah buang kutu2 putih tuh, baru le tumbuh daun baru n putik buah yg baru.


Bila dok dekat2 asyik gaduh tapi bila dok jauh rindu-rinduan plak.  Tiap2 hari dok whasapps ngan hubby tanya dia dah kat mana.  :)

Tapi sekarang hubby dah balik selepas berkelana hampir 3 minggu ikut Kelana Convoy.  Sape yg berminat nak joint, sila google KC yer, ada blog dan ada FB jgk.  Daku tak boleh ikut coz byk lagi komitment duit nak kena sediakan untuk rumah baru kat PS2.  Ini le pengorbanan namanya kan, tak semua bende kita boleh dapat.  Kekadang kena lepaskan yg lain untuk dapatkan yg lain.  Tapi tak le sedih sgt kena tinggal coz hubby dengan murah hatinya nak tlg shoppingkan kat sana.  Syukur alhamdulilah, dapat jgk beli Coach kat sana dgn harga yg berpatutan.  Sekarang baru sy memahami kenapa org ada-ada suker sgt shopping kat Paris.  Kebetulan rezeki masa hubby kat Paris tu tgh ada summer sale. LV, Longchamp, Coach antara brand yg boleh dapat murah kat situ.  Nak tgok harga LV, boleh bukak website LV, mmg harga butik sama jek dgn harga ngan dalam website tuh.  Hubby ckp Prada asal Italy, kalo kat Italy boleh shopping Prada, Prada lebih kurang LV le jgk harganya. Tapi tidak le nak shopping yg mahal2 sgt. Yg biasa2 sudah!!

 Dlm dilema jgk nak beli coz tgh fikir emas pun tgh murah skrg ni kan, tapi bila jumpa Coach yang harga bawah rm500, terus minta hubby belikan jek.  Mula2 tuh kirim Longchamp jek, lastly dapat dua-dua.  Yayayayay...  Lgpun hubby mmg salu pandang rendah ngan henbeg daku yg dah berusia 4 tahun tuh.  Kawan sy plak ckp (tuan punya LV kat bawah ni) 'Bai, tlg le tukar hendbag baru'.  Tukarlah kan...  

Ni org punya, saja nak letak buat kenangan tp serius mmg cantik dan murah banding KL, hubby ckp dia beratur 2 jam tuk masuk butik LV.  Tunggu le rumah VA habis bayar dulu dalam 18 tahun lagik baru daku g pertimbangkan beli henbeg LV nih...huhuhuhu..


4 comments:


  1. As Salam Bai,

    Hepi anniversary...Ksu doa kan moga jodoh kalian sampai syurga, aminnnn. Moga dimurahkan rezeki sokmo.

    psttt...bestnya dpt adiah tu suma. paling best henbeg tuuuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kaksu. Terima kasih kerana byk kasi tunjuk ajar pada kitaorg. :)
      Henbeg bukan hadiah kaksu, bulan ni elaun tadak. Ganti ngan henbeg...so kena tunggu bonus raya plak..

      Delete
  2. salam..selamat ulangathun..semoga kekal ke Jannah.. saya macam mana murahpon LV kat Paris..tak mampu nak belik...hahahaha..jimat jimat kan...btw....mesti melompat sakan dapat henbeg kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq so much. Sy pun sama, rasanya baik beli tiket kapal terbang g London dari beli LV tuh. :)

      Sejak hubby bgtau beli hendbeg tu, tido pun senyum sampai ke telinga dah! hehehe

      Delete