Thursday, 13 June 2013

Umrah mama kali ini



As Salam kengkawan

Pada 2 minggu yg lepas sempat berjumpa mama yg tercinta di Bandar Baru Nilai.  Mama sy dan abg sy transit semlm di Nilai sebelum bertolak ke Mekah.  Plan awal mereka patutnya naik Royal Brunei dan transit semalam di Brunei tapi dah 2 kali bertukar tarikh perjalanan akhirnya bertukar plan.  Mula2 tu abg sy dan anak2 buah sy yg kat Brunei tu happy sgt sbb boleh jumpa mama tapi lastly kami di KL plak boleh berjumpa dorg.  Rezeki....rezeki.  Sorry yea korang, lain kali lah...




Adik sy dr Perlis pun dtg menyibuk, pagi2 buta dah sampai mengetuk pintu rumah.  Sorrylah nak ambik kat pudu pagi2 buta ni, ngantuk weiii.  Rupanya adik sy terserempak dgn hubby yg otw nak ke masjid, sempat lagi membagitau yg sy tak bangun lagik.  Hampeh betul...  Sy mmg dah ready pun tunggu sambil golek2 atas katil. :)




Dah siap2 pesan kat Bucu supaya ambik nama hotel yg dorang menginap tuh.   Diberi nama hotelnya Nelson Hotel, Klana 1, Nilai 1.  Penat le menggoogle nama hotel tuh, xjumpa2.  Tanya kat hubby, hubby ckp xpernah dgr nama hotel tuh.  Hmmmm mustahil hubby yg sebelum ni pernah kerja kat Seremban dan keje nyer round2 seluruh N9 tak tahu, terasa ada sesuatu yang tak kena.  Jadik sy pun ambik keputusan untuk pergi petang sikit coz anak buah sy pun dtg dr Shah Alam dan akan turun kat komuter Nilai.  Rindu nenek katanya.  Kami nak tunggu hingga dorang bertolak ke Nilai baru kami gerak. Adik sy call abg sy tanya apa nama hotel dan bgnn landmark kat situ apa.  Abg sy ckp 'mana aku tau, aku pun belum sampai lagik'.  Sy pun ada le jugak google Nilai map cari jalan nak ke BBN.

Kat highway ntah dari kubur Nirvana ke selatan jem giler plak, sib baik kejap jek dah leh keluar.  Kami menuju ke Bandar Baru Nilai coz rasanya byk hotel kat situ dan sy aim Allson Klana BBN kot hotel dorang ni.  Coz rombongan ni seramai 70 orang, mestilah kena cari hotel yg besar skit.  Sampai BBN pusing2 cari hotel, jumpa Atson Hotel. Ehhh dah tukar plak nama hotel ni, dalam google map nama lain.  Adik sy call abg sy, mmg confirm!!!.  Terus kami gerak ke hotel.  Besar jugak hotelnya dan parking pun senang.  Best plak kat BBN ni yea, yelah bandar baru yang terancang.  Depan hotel jek Tesco dan tepinya Giant.  Punya le jauh antara nama Nelson Hotel dengan Aston Hotel!!!






Sempat bawak dorang g Tesco dan Nilai 3.  Dulu2 selalu bawa mama g Nilai 3 shopping kain.  Tapi kejap jek jalan kali ni coz mama sy dah tua dah, xlarat nak jalan.  Dah pesan siap2 kalo penat bgtau, kita balik hotel.  Berjalan dgn orang tua ni mmg kena extra caring skit, lebih2 lagi seorang ibu mesti akan cuba sembunyikan kepayahan mereka untuk kegembiraan anak2kan.  Tanya banyak kali baru le mama bgtau dah penat. Kami terus patah blik g kereta sementara adik dan abg sy jalan ke depan cari cucur cempedak. Oh ya hubby tak ikut coz ada kelas.

Hantar dorg g hotel rehat dan kami jugak check in hotel yg sama.  Agak mahal jugak le hotel ni yea, mungkin byk kemudahan disekitarnya.  Bilik biasa RM255 semalam + lunch/dinner + breakfast. Sy ambik goverment rate dan dapat RM192 semlm tapi xde free lunch/dinner, kena tunjukkan kad pekerja sebagai bukti. Ada wifi, peti ais kat bilik. Tak sempat nak booking online tadi coz xconfirm nama hotel, bila check blik mmg harga online lagi murah dari gomen rate...ni sumer salah si Bucu!!!





Mlm ambik Liza kat stesen komuter Nilai, main redah jek dan sempat tanya kat Petronas mana stesen Komuter Nilai.  Adik tu kata kat depan je....sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ada le dalam 5 km lagi ke depan.  Mmg betul2 kat Pekan Nilai stesen komuter nyer.  Terus kami singgah mkn kat kedai mamak.

Malam tu kidnap mama tido sama ngan kami coz mama dapat katil extra yg agak keras.  Housemate mama sy dah conquerer siap2 katil dan kasi mama sy katil extra jek.  Lgpun rakan sebilik tu tak berapa mesra alam. Esok pagi kul 7.00 baru antar mama g bilik dia balik coz takut plak mak sy tertinggal apa-apakan.  Pahtu kami bawak mama g bekfas dan sy teman mak ambik beg dia kat bilik.  

Sempat le beramah mesra dengan rakan sebilik mak tu dan dapat le tgok persediaan mereka.  Makcik tu ckp dia pakai pad, bila kencing jek tukar.  Siap dia tanya mak sy dah mandi dan semayang musafir ke belum.  Kesian plak ngan mak sy, kalo kami teman kan ke best.  Abg sy mmg le ada tapi org lelaki ni tau le caner.  Sebenarnya keputusan nak g umrah ni secara tiba2 jek, tetiba jek abg sy offer pergi....mama sy terus ckp ok.  Mama dulu pernah jugak menunaikan haji bersama dengan arwah ayah sy.  

Mama sy ada pendapatan sendiri dari kelapa sawit. Kami adik beradik pun ada bagi duit tiap bulan, jadi duit tu mmg bukan masalah utama le.  Kami salu pesan kat mama suh dia belanjakan saja duit dia ikut sukahati dia coz apa le guna nak menyimpan2 lagi kan.  Nanti kami plak berbalah berebut RM bila org tua dah xde nanti.  Kami tak ikut faraid dalam pembahagian harta tapi semasa arwah ayah sy hidup kami sekeluarga telah pun berbincang ttg pembahagian tanah sumer dan semua telah dipersetujui.  Selain tu masing2 dah kerja dan berkeluarga, dorang pun dah memiliki rumah masing2 kat bandar. Kekadang jek balik tengok kebun.  

Walaupun kami kenal abg sy ni dgn gelaran 'tak pernah angkat phone' tapi sumer urusan dia yg uruskan.  Yelah orang tua2 punya stylekan, kalo nak apa2 sila jumpa face to face, no sms no call!!.  Syukur le jugak abg sy bawak mama pergi umrah.  Abg sy ni agak pendiam tapi dengan mama mmg dia agak rapat dan mama boleh bercakap terus terang dgn dia.




Kami tak hantar mama kat KLIA coz dorang sampai jek terus masuk kapal terbang.  Kekadang pergi secara berkumpulan ni mmg masing2 kena faham le kan terutama ttg masa.  Sy tgok sebelum jam 7 lagi, makcik2 ni semangat dah turun bawak beg sumer.  Katanya berkumpul jam 7.20 pagi.  Tapi ada jugak jemaah yang bawa masalah bila jam 8.15 pagi baru turun, boleh plak dgn selamba melenggang  nak g mkn kat cafe house. Terus ketua kumpulan arahkan dorang terus pergi naik bas. Amboooiii..orang dah lama tunggu ko, ada hati nak g mkn lagik.  Ko kaya caner pun, tlg le respek masa orang sikit.

Tengahari baru kami check out dan balik Cheras.  Adik sy malam tu jugak balik Perlis balik coz nak study katanya.  Eleeeeh 2 subjek je pun dia ambik semester akhir ni, itu pun nak kecoh!.  Hantar dia g Pudu malam tuh jgk, sib baik sy tak sesat bila balik Cheras.  :)

Semalam, syukur alhamdulilah mama dan abg sy telah selamat sampai ke KK.


 


Semoga suatu hari nanti daku akan sampai jugak ke sana. Amin.


2 comments:

  1. Pn Bahiyah...Alhamdulillah! satu perjalanan yang sempurna!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, Tq En. Abdultalib. :)

      Delete