Sunday, 9 June 2013

Tarian tradisi Kedayan

Assalam kengkawan




Ni adalah tarian tradisional etnik kedayan. Ehh napa plak video ni memanjang dgn sendirik nyer nih, aaahhh lantak le.  Nak tau ttg orang Kedayan boleh google yea.  Simple aje kan. Sy sekolah rendah aje kat kg, sekoleh menengah, matrik, universiti, keje sumer jauh dr kampung. Jadi sejujurnya sy xpernah tgok persembahan tarian etnik sy ni secara life.  Masa kecik2 sy xbersosial sgt coz sibuk jaga adik, kalo ada aktiviti2 kat kg biasanya arwah ayah, mak dan adik beradik lelaki le yg pergi.

Lgpun sy dok asrama dari tingkatan 1 lg dan byk berjauhan dgn family, jadik automatik juga jauh dari adat resam kami sendiri. Masa sekolah menengah, sy pergi kenduri sepupu, masa tu kwn baik sy masa sekolah rendah terlibat dgn kumpulan kompang dan hadrah. Masa tu sy insaf sedikit le, walaupun sy agak menonjol dr segi akademik tp sy mmg kureng skill dlm bidang2 mcm ni.  Ironiknya, masa sekolah rendah sy terlibat sebagai wakil sekolah untuk koir dan main muzik. Tarian jek xikut coz mmg kayu...stress cikgu tarian tgok daku menari. Rasa rugi jgk sy xrapat dgn rakan sekolah dan aktiviti kg, sy hanya berpeluang untuk blik kg masa cuti sekolah. Sy jgk tidak begitu dikenali dari segi fizikal, sampaikan pemandu van sewa kat kg salu tanya sy nak turun kat mana. Kadang strees jgk, dah le kat kg tu mmg semua orang mengenali antara satu sama lain dan kg sy tu ada beberapa buah rumah je pun.

Kg sy jgk agak aktif dlm persembahan seni bila ada pesta kat Sipitang. Hari tu dorg terlibat dlm persembahan semasa Gata Sipitang. Mereka memainkan alat muzik tradisional yg sy sendiri xpernah tau kewujudannya, sadiskan!

Masa kecik dulu, sy jeles dgn etnik lain kat Sabah yg ada baju tradisional yg cantik dan unik. Saya tanya mak sy samada org Kedayan ada baju tradisional tak, mak sy ckp ada warna hitam.  Kami adalah generasi  yg asalnya dulu-dulu berhijrah dr negara Brunei Darusalam ke Sabah, ehhhh boleh ke dikatakan berhijrah coz dulu Sabah masih dalam jajahan Brunei.  Jadi kami sendiri tidak terdedah kepada adat2 org kedayan.

Bila keluar universiti, sy terus berkerja di Kuala Lumpur, jarang blik kg. Sekarang ni dah berkahwin dgn orang Pahang plak dan berumahtangga di sini. Terfikir jgk nak pencen kat Sipitang kalo umur panjang tp itu terpulang jgk kepada suami sy. Yelah kami setakat ni xpernah lg bincang ttg hal ni. Sy sukakan hutan dan kalo dah tua2 ni lebih suker dengan keadaan kg.  Nanti kalo dah ada anak nak jugak mereka tahu adat resam kami dan pandai bertutur dalam bahasa Kedayankan! Nda majal nda baluih!!!

Ok kengkawan, byk lg perkara2 lain yg sinonim dgn masyarakat kedayan tp nantilah share lagik yea.  Tahun ni kami raya kat Sipitang, best nyer! Tak sabar dah nak carik makanan favorite sy. Sy rasa sambutan raya kat Sipitang lagi meriah dari kg suami sy.  Walauapa pun, best le jugak sy dapat jugak merasai kemeriahan hari raya di kg suami sy dan suami sy boleh merasai sambutan hari raya yg berbeza di Sipitang.  :)

Terima kasih kerana singgah ke blog sy ni yea.


No comments:

Post a Comment