Friday, 28 June 2013

Mengendalikan Kursus 5S



Salam kengkawan

Minggu lepas sy telah mengendalikan Kursus 5S:  Pemahaman dan Pelaksanaan. Penceramahnya kami jemput dari SIRIM.  Bukan jemput kosong tapi dengan bayaran le ye.  Nak jemput dorang senang jek, korang boleh call SIRIM Training dan minta quotation dari dorang.

Kursus ni kami buat 2 hari untuk kakitangan makmal, jadi selain dari pemahaman dimasukkan jugak topik Audit 5S.  Dulu kat opis lama mmg sy pernah juga pergi mengaudit makmal orang dan rasanya ni dah kali ke 5 daku pergi kursus 5S ni.  Tapi bila berpindah ke fakulti baru, disini perlaksanaan nya sangat kurang dan sy hanya buat di makmal dibawah jagaan sy sahaja.  Yelah bukan senang nak menyisih dan mengemas makmal orang lain. Kang tak pasal2 gaduh, jadi lebih baik buat kat tempat dibidang kuasa kita jek, senang!.  Kursus ni mendapat sambutan yg mengalakkan dari staf dan mereka pun bersemangat nak buat kat makmal masing2.


Untuk audit 5S sy bawa penceramah dan peserta kursus melawat 2 makmal besar yg kami dah buat basic 5S.  Tak de le cantik sgt coz ada byk lagi penambaikan yg kena buat.  Sekali kaaauuuuu....byk giler komen dari penceramah walhal dah kemas dah pagi sebelum tuh.  Tapi ok jugak coz penceramah ada bagi komen2 yg sgt baik siap dengan cadangan sekali. mmg puashati le.  Hari yg ke2 kena audit makmal yang tak buat 5S lagi pun, ambik koooo...lagi berjuta2 lemon kesalahan.  Sampai kat bawah2 meja di bukak dan diambik gambar dan sumer drawer ditarik.  Ternampaklah semua barang2 yang disorok sumer. Opsss....

Kat bawah ni sy share gambar kat makmal sy yang telah ada basic 5S tu le.  Mana tau ada korang yang tgh plan nak buat 5S.  Tapi makmal kami tidak le terbaik yea...kami pun tgh buat penambahbaikan berdasarkan komen penceramah hari tuh.  Yg bagus nyer jugak, ada orang kasi cadangan tanpa penat2 kita perah idea caner nak buat lagi baik.  Kan bagus gitu...ok dipersilakan dtg mengaudit lain kali..

Penceramah ckp GOOD!! Ada parking dan ada label nama

Yg ni pun GOOD

GOOd jgk coz bersih

NOT GOOD. Sy ada jgk tanya kat penceramah apa kaedah simpan yg terbaik coz bukan niat nak sorok pun, penceramah ckp letak dalam storage box n dilabelkan. Kotak2 ni xdigalakkan.coz mudah rosak kalo ada air banjir ke apa.

Kat luar perlu label manakala kat rak dalam pun perlu label jugak

Rak sementara chemical kami, tgh tunggu rak yg ada ventilation.  GOOD coz ada senarai inventori dan jumlah.  Tapi sumer kertas yang ditampal perlu dilaminate yea.

NOT GOOD, atas almari/kabinet/peti sejuk perlu dikosongkan

GOOD..atas bumbung pun label jgk

Tidak boleh diletakkan diatas lantai kecuali diletakkan alas setinggi 15cm supaya memudahkan kerja pembersihan.  Dicadangkan diletakkan didalam tray dan diletakkan di rak

Dalam fridge pun perlu susun dan label yea

NOT GOOD, tidak boleh diletak diatas lantai dan perlu ada alas setinggi 15cm mcm yg tadi jugak

NOT GOOD, depan pintu ada curam, perlu diletakkan amaran 'beware your step'.

Ada jgk barang yg kita boleh letak atas lantai cthnya tissue rack dan tong sampah ni.  Kotak tu plak x boleh letak kat situ coz dibawah working bench mmg xboleh diletakkan barang kecuali le kerusikan. 

Ni paling lucu, sape le punya keje ni, kasi malu bos aje :).  Dicadangkan digantung dan diakui brg yg digantung lebih lama jangka hayatnya 

Insyallah, kami akan menambahbaik ruangan makmal kami.  Penceramah cadangkan kami buat ruang informasi plak supaya lagi nampak makmal kami dah buat 5S.  Mmg kami tengah plan nak mengadakan papan kenyataan dan tambah baik sudut keselamatan kami.  Sekarang tgh tunggu masa nak kosongkan ruangan kat depan makmal untuk sudut tersebut.  Mana plak nak campak barang2 kat depan tu yea? Caiyok..caiyok....

Ni le contoh informasi board yang dicadangkan oleh penceramah tuh, ni kat makmal lain punya.  Kalo boleh letakkan ditempat yang mudah dilihat sebaik saja masuk ke dalam makmal.


6 comments:

  1. wah...kemasnye lab..
    bagus la berdikit2..lama2 mesti jadi TERBAIKK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa..ex ketua 5S dah komen dah!
      Mmg tgh gigih nih berdikit-dikit Husna
      Dtg le makmal akak
      Kemas kat luar jek, kat drawer xkemas lagik...tgh plan nak beli storage box
      Byk sgt brg

      Delete
  2. bagus sangat info nie..kala opis saya..mesti banyak yang not good dari good.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Norazizah, cuba le buat. Mula2 mmg rasa susah tapi lelama nanti makin senang. :) Opis pun makin cantik. 5S ni xde standard, kita boleh buat ikut kreativiti kita. Cuma dia ada konsep2 asas jek.

      Delete
  3. Salam. Bagaimana nak dapatkan kursus 5S bg syarikat yg belum lagi memulakan 5S?

    ReplyDelete
  4. Wsalam Safiah. Boleh bincang dgn executive berkenaan cthnya dr S*r*m Training untuk memberikan kursus pengenalan dan pemahaman 5S sahaja yg biasanya mengambil masa sehari jek. Hari tu sy nak kursus 2 hari, jadik pihak Si*im cadangkan masukkan audit 5s sekali dlm module kami tuh. Mereka sgt helpful! :-)

    ReplyDelete