Monday, 24 June 2013

Interest selepas setahun


Salam kengkawan

Ohhhhh...nak pitam den.  Interest bank mula2 dulu bawah dari RM150, pahtu naik dekat RM200 tapi ni first time dapat interest dekat RM350 dah.  Dah setahun naik mencanak plak nyer.  Sy pun satu hal, tak kira pun berapa dah RM yg bank byr kat MKH.  Rasanya dah dekat RM200k dah yang dibayar kepada pemaju.  Tu le, dapat jek surat simpan.....bukan nak kira betul2.  Ehhhh mana ekkk daku simpan surat2 tuh.  Nanti hujung minggu carik.

Mmg dulu ada kawan penah ckp yg interest akan naik, pejam celik pejam celik dah dekat setahun dah rumah den.  Setahun lagi dah nak siap.  Tak pernah lagi melawat tahun ni, nantilah kalo free boleh dtg melawat.

Bermula lepas raya ni mmg kena pulun menyimpan tuk masuk rumah.  Coz hari tu ada projek pasang aircond le, kipas rosak le...dah byk duit simpanan keluar.  Baiki yang ini, yg itu plak rosak.  Lastly rosak le, tak heran dah, 2 tahun lagi baru baiki yea. Serah kat hubby jek baiki yg lain tuh. :)  Sib baik bulan depan naik gaji dah.  Syukur alhamdulilah.


Opppsss..ada lagi.  Bulan lepas dah dapat bil untuk cukai tanah plak.  Hmmm...tak duduk lagi dah kena byr cukai tanah sementara RM50.  Tak pernah byr bil cukai tanah sebelum ni coz umah sekarang ni kan atas langit. Quit Rent ada tapi kena byr kat pejabat maintenance jek.  

Tak lama lagi dah nak puasa kan. :)

No comments:

Post a Comment