Thursday, 2 May 2013

Percutian ke Phuket Day 2



Hari ni adalah hari ke dua. Tour kami hari ni mula jam 10 pagi, jadi sempat le kami bersantai2 kat bilik sambik makan bubur nasi Knorr dan sediakan teh tuk hubby, syukur cerek pun ada disediakan. Bubur pun kongsi jek secup ngan hubby.  Mahal teramat mknn kat sini. Mknn halal xde le susah nak cari, byk jek area Juhcheon Mall tu, eerhhh kat luarnya tau. Tapi dah nasi grg bodoh pun 200 bath, muflis le pelancong bajet mcm kami nih. Nasib baik bawak bekalan roti n mknn g sini.  Kul 10  ada van ambik kami depan hotel, van sejenis dgn van airport hari tuh. Dlm ni ada 12 org dan ada sorg pompuan melayu thai yg pandai ckp melayu kelantan yg sgt pekat! Wehhhh kengkawan kelantan sy pun xckp mcm nih. heheheeee...

Kami menaiki van untuk ke daerah Phang Nga kat tanah besar sana.  Ni kan Pulau Phuket, ada jambatan menyambungkan Pulau ni dengan Phang Nga.  James Bond island ni nama asal Pulau Ta-Phu tp setelah film James Bond The Man with the Golden Gun dibuat kat pulau nih, terus ubah nama untuk lebih komersil. Pulau ni terletak kat Phang Nga Province, iaitu di tanah besar, bukan kat Pulau Phuket lg. Alah laut yg pisahkan Phuket ni sempit jek pun, ada jambatan mcm dr JB ke Singapore jek. Ambik masa dlm setgh jam untuk ke hentian pertama iaitu Monkey Temple (Suwankuha Temple).  Temple ni adalah kuil dalam gua.  Kat sini ada patung emas budha tgh baring dan ada tangga ke bahagian atas dan ke dalam gua.  Sy tak masuk dalam sangat pun, kecik jek guanya.  Monyet ada tapi tak berapa nak ada, ada le jgk orang putih yg kasi mkn beberapa ekor monyet.  Monyet dia pun agak sopan dan xde le agresif sgt, mungkin ada byk lg mknn dalam hutan sana.  Dari Monkey Temple naik van yg sama ke Phang Nga Bay National Park.




Masa nak ke jeti ni dah ada pemandu pelancong namanya Happy.  Dlm 20 minit dah sampai jeti dan kami naik bot panjang plak. Sebenarnya masa pilih tour tuh kita boleh pilih naik bot besar ke, naik bot panjang ke, naik speedboat ke...ni yg paling murah, jadik ambik le pakej naik bot pjg nih.  Naik bot menyusuri hilir sungai dan kiri kanan hanya ada pokok bakau dan nipah.  Macam tak ada aktiviti manusia kat sini yg merosakkan hutan2 bakau ni, sesekali berselisih dgn bot kecil nelayan.  Tempat ni amat nyaman sekali, pemandangan sgt indah..Ya Allah sgt cantik dan sangat terjaga. Memanglah coz ni sebenarnya taman negara. Ada pulau2 batu kapur yg tetiba muncul dr laut, lebih kurang mcm Langkawi, kan sumernya terletak kat Laut Andaman! Lepas tu kami menuju ke Pan Yee island untuk makan. Pulau ni adalah perkampungan nelayan muslim atas air, dlm 2000 org penduduknya dan 95% adalah muslim.  Sgt2 teruja tgok pulau ni. Kat gambar nampak lain, tp depan mata mmg sgt cantik.  Pergilah kengkawan coz sejujurnya gambar takkan dapat mengambarkan dengan tepat apa yang daku tengok hari tuh.



Dah byk lalu pulau, mcm pulau Pan Yee ini jek satu2nya pulau yg ada org tinggal. Nun ditgh2 kampung ada kubah masjid.  Teruja sgt tgok kampung nih.  Dulu masa kat Labuan ada jgk pergi rumah kawan kat kg air tp yg ni sgt unik coz dikelilingi oleh hutan bakau dan laut yg semulajadi, serta pulau2 yg sgt menakjubkan.  Kami lunch kat sini dan diberi masa setgh jam utk pusing2 kat deretan kedai2nya.  Masa ni hubby dah meluru ke depan dan hilang dicelah2 gerai. Happy ni nampak garang saja, confirm marah kalo lambat, jadi daku g shopping yg dekat2 saja.  Terpikat dgn pearl kat sini, katanya pearl yg di ternak di Phuket sendiri. Tp daku xbeli coz pengalaman selama ini membeli pearl dan gelang kat merata tempat, akhirnya jadik tukun. Lgpun yg murah2 sumer mutiara yang tak berapa nak sfera bentuknya, yg bulat elok harga lagi mahal.

Nampak hubby keluar dari celah mana ntah dan hubby ckp masjid tuh jauh ke dalam, tak sempat nak pergi semayang kat sana.  Mmg daku dah sedia maklumlah mmg hubby tujuan utama dia g situ.  Rasanya tadi dia dah half way tuh tapi nak buat caner kami diberi masa 25 minit jek tuk pusing2 sini.  Dah le jalan kat sini sempit dan pusing, nanti kang tak jumpa jln blik plak.



Sumer peniaga ni islam tp xreti ckp melayu, english lagilah. Jadik tak best sgt nak bersembang, yelah kan nak tau jugak asal usul kampung ni.  Nape tetiba ada kg terpencil kat tengah2 laut ni kan.  Masa tgh pilih pompuan thai yg sevan tadi tuh ada bgtau yg gelang tuh pearl betul tp pearl kat brooch tuh bukan pearl betul.  Ada jgk peniaga yg tau sikit2, mcm yg jual sambal bilis tuh dia ckp jgk 'sambal bilis'. Tp tak sempat nak menyinggah dan masuk coz masa tgh terhad, kang tertinggal plak kat sini, sape le nak tlg antar blik ke jeti.

Selain ni ada udang goreng tepung dan buah nenas.  Sedap mkn kat sini.


 Antara mknn yg tersedia dan ni termasuk dlm pakej.  Bila nampak ada nenas daku pandang hubby n tanya 'ehh bie, mana dtgnya nenas ni yea, kat sini mana ada tanah'.  Hubby pandang daku dgn pandangan menyindir!  Masa ni mmg masih dlm keadaan terkejut tgk pulau kat sini cantik sgt, sampai terkeluar soalan bodoh!




Ramai sgt pelancong dtg ke Pulau ni, restorent banyak dan sgt besar. Masa tgh berkumpul dpn restorent utk turun ke jeti, hubby sempat bersalam dan bergambar dgn owner restorent ni. Sape lg, daku le yg jadik tukang ambik gambarnya.  Hubby sempat berbisik 'kaya gile dah pakcik ni agaknya'.  Pahtu pakcik tuh ckp ngan hubby nak derma tak tuk masjid.  Sape lg, daku le tukang byrnya! Ehhhh..yg ni betul2 ikhlas tau...titip doa supaya kami cepat dapat baby! Doakan jugak yea kengkawan. Tq.  :)

Kat sini xnampak plak hotel sumer, mungkin pelancong yg dtg mmg hanya untuk makan tengahari kot pahtu balik.  Kalo ada hotel kat sini, boleh jgk lain kali dok sini semlm.  Nak jugak pusing2 dan bermain dengan bayu laut dan lepak kat luar memlm tgok bintang.







Lepas tuh turun, plantar jeti tuh terapung2 sikit, geram dgn hubby yg tolak2 sy. Rasa nak terajang blik, nasib baik kakiku pendek!. Naik bot pjg blik dan belayar menuju ke Pulau Tam Talu. Pulau tu xde pantai pun tp ada 3 feri berlabuh kat situ menjadi tempat bot mendarat dan kena berlepas. Ehhh ntah apa2 ntah bahasa daku nih...bertabah je le korang baca yea.  Turun kat feri, sape2 yg ambik pakej termasuk snorkling tuh, dorg naik le kenu. Alah bukan best pun, kenu tuh bukan boleh dayung sendiri, ada org tlg dayungkan (ayat jeles!).  Kira berkenu sambil bersantai le menyusuri pulau dan lalu ke bawah gua yg tembus ke belakang pulau, pahtu kembali semula ke feri. Hammmmm...pemandu kenu ni sumer org tempatan.  Agaknya dorg ni dah beralih kerjaya dari nelayan ke sektor pelancongn agaknya, ramai jgk yg dah kaya raya agaknya.  Kami yang xambik pakej kenu ni duduk le tengok dorg tgh bersukaria sambil minum air.  Yg ada pakej kenu ni mahal skit.  Ada mcm2 perangai ada, ada pompuan korea tuh menyanyi sikit punya kuat..perasan artis!.




Lepas tu naik bot pjg blik dan menuju ke James Bond Island (Pulau Ta-Phu), malangnya daku xpenah tgok film James Bond yg dimaksudkan....cuma mendgr suamiku membebel saja. Mendarat di sebelah pulau, lepas tu mendaki batu batan dan pergi ke sebelah pantai yg lain utk naik bot. Pulau ciput jek pun tp lain tempat naik, lain tempat turun.  Kat sini ada mcm polis juga jaga tau.....jgn main2. Kat sini ada jgk peniaga jual cenderahati, fridge magnetic, pearl, keychain etc, kebykkn pakai tudung. Masa hubby lalu depan sebuah kedai, ada lelaki lembut nak tarik2 hubby g gerai dia, punyalah jahat hubby terus menoleh dan tunjuk kat sy yg berjln kat belakang.  Pahtu ada sorg lelaki cuit lelaki lembut tuh n tunjuk sy, kononnya nk mengadu le yg bini dia ada kat belakang. Pahtu sy terus buat muka garang dan tunjuk penumbuk kat lelaki lembut tuh...sumer org gelak!. Nampaknya daku terpaksa jadi bodyguard hubby plak kat Phuket nih.  Lama jgk kat pulau ni ambik gambar kat batu terpacak tuh, itu le ikon yg salu ada kat fridge magnetic dan internet.




Kat sini pun boleh traffic jem tau

Lepas tu naik bot pjg blik dan kami kehilangan 2 org pelancong, mana le dorg ni hilang...tak reti bahasa ke apa nih.  Happy dah pergi carik xjumpa, padahal pulau ni ko kentut kat belah sini, belah pantai sebelah pun boleh dgr.  Terpaksa patah balik ke pantai sebelah dan Happy pergi cari kat celah2 batu td...mana tau tersepit kat situ.  Ohhhh...di maafkan, 2 pelancong korea turun dr batu bata dgn Happy, sumer org bertepuk tgn.  Org korea ni xpandai sgt ckp english tp sibuk nak melancong....cewahhh jahatnya!.


Lepas tu balik ke jeti balik, naik van balik dan diturunkan ke depan hotel.  Malam tuh kami pergi Juncheon Mall untuk cari makan.  Tp sebelum tuh kami pergi kiosk tour depan hotel dulu tuk carik teksi pergi aiport esok jam 7 mlm, dapat private taxi dengan harga 600 bath.  Baca kat blog org hari tuh ada gerai halal kat bawah Food Court mall.  Tapi malangnya gerai tuh tutup plak.  Kami merayau kejap dalam tuh walaupun perut dah berbunyik2.  Ada byk jugak gerai kecik2 kat bawah tuh jual pelbagai brg macam souvenir, ukiran kayu, plak, sarung bantal, urut kaki, table runner dan macam2 lagi lah.  Mall ni agak besar jgk dan mcm ada beberapa mall bersambung2.  Kami keluar masuk kedai tapi hubby ckp harga dia lebih kurang KL jgk.  Daku ada jugk skodeng Crocs dll..  Sempat le kami tengok org buat facial open air, hubby ckp esok nak try berfacial plak.


Beli bang jgn tak beli..

Kami keluar ke jln besar dan masuk lorong2 kecil. Kat sini mmg selamat le nak g mana2 pun, ramai jek pelancong lalu lalang buat mcm tempat dorang jek.  Singgah makan kat restorent arab.  Boleh le, mmg mcm ni le standard makanan kat Phuket ni.  Daku order nasi yg ala2 nasi tomato dgn harga 250 bath.  Kat sini dah le mknn mahal pahtu portion dia kecik.  Sabor je le.  Lepas tu daku pergi berurut kaki plak kat kedai yang agak sopan pakaiannya.  Kat kedai lain daku ngeri masuk tgok pakaian tukang urut tuh tak sampai semeter kain nak jahitnya...ceeesssss.  Urut kaki murah sejam 250 bath.  Masa tgh berurut lagi sekali daku ditanya tengah peknen ke tidak, daku mengeleng jek.  Sib baik hubby tak de, kalo tak habis le kena gelak besar. Ehhh gemuk sgt ke daku skrg nih!. Hubby plak pergi merayau ntah ke mana.  Meriah jln2 kat Patong coz kejap2 ada lori yg buat promosi boxing le, teater le..siap ada org berboxing tu atas lori tu...bingit bunyiknyer.  Kami tak pergi Fantasea tuh, tp hubby ckp dulu dia pernah tengok kat Krabi mmg sgt best.

Dah siap berurut balik hotel. Malam ni kena tido awal coz tour esok jam 7.15 pagi waktu Phuket dah kena tunggu depan hotel.  Masa kat Phuket ni lewat sejam dari waktu kita kat Malaysia.  Hubby plak kuar, pusing2 agaknya tgok kemeriahan Patong waktu malam.

Ok, bersambung ke Day 3 plak. Terima kasih sebab sudi dtg blog saya.


Ni brochure yg kami pergi tuh.  Setiap tour booth nampaknya lain brochure dia tapi secara amnya tentatifnya lebih kurang sama.  Kami ambik Program A yg xde berkenu tuh.  Kena pandai tawar menawar yea kengkawan.


6 comments:

  1. lambat siket komen kak..dari pagi tai baca, serasa daku ikut travel ke phuket lak kak *_* Best siotttt..banyak info..jauh berjalan, luas pemandangan, bertambah pengetahuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun busy sgt 2-3 bulan nih, byk keje lab coz budak2 nak tulis tesis dah, staf plak byk keje luar.Blik dr phuket pergi PD plak. Bulan ni ada audit lg. Ni baru abis uruskan efiling nih....adoiii

      Delete
  2. as-salam.menariknya percutian ni..

    byk info sy dapat ni.. thanks ye

    *amount ala kadar.alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq, tak byk tempat sy pergi. Hanya boleh kongsikan yg sempat kami pergi jek le. :)

      *Ok le tuh, merasa le jugak. :)

      Delete
  3. salam
    kak, nk tnya harga yang akk kata leh tawar aktiviti tu cmana eh maksudnya.. tu harga cth package A 1500 baht tu untuk sorang je kan? leh tawar sehingga 1000baht ke?

    hotel akk duk hotel apa yer? sbb sy nk g blan 2 nanti..ngah planning2 ni..
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Wanie,

      Yea betul harga untuk seorang, boleh tawar lagi harga pakej tuh. Macam awak pergi Kelantan le, tgok kat kain batik sutera label harga RM500 tapi sebenarnya awak boleh tawar jadi RM250. Skil tawar menawar mmg penting kat sini. Pakej A 1500 bath tu suami tawar sampai dapat 850 bath seorang! Tapi kami beli untuk dua oranglah dan kami juga ambik 3 pakej untuk 3 hari tu kat kiosk yg sama.

      Kat Phuket sy duduk hotel nih:

      http://www.phuket.com/tiger-inn-patong/

      Hotel ni betul2 kat tengah bandar, dekat dgn Kesuma Seafood dan dalam 10 minit jln kaki untuk ke pantai Patong. Moga info ini membantu Wanie. :)

      Delete