Sunday, 26 May 2013

Kerjalapangan pelajar ke Kuala Sungai Pahang


Salam kengkawan

Bulan lepas ada pergi ikut trip pelajar ke Nenasi, Pahang untuk mengambil sampel air laut di sepanjang pantai.  Daku jarang pun terlibat pergi keluar dengan student tapi memandangkan staf lelaki hanya seorang yg dpr pergi jadik staf yg ikut kena le lebih.  Student plak sumer perempuan.  Kami berlepas pagi jumaat dan sampai ke Kuantan, Pahang petangnya.  Kami bertolak awal sebab nak elakkan jem kat karak tuh. Sampai awal boleh prepare apa yg patut sebab pagi2 esok kami kena pergi naik bot.  Kami naik van Alphard yg disewa dan dipandu oleh staf pusat kami sendiri.  Pemandu universiti tak free, kena le sewa dan drive sendiri.  Staf yg pergi ada 3 orang, student master sorang dan student undergrad tahun akhir 3 org.  Pensyarah dorang plak drive sendiri, kami jek naik van bersama botol2, alat persampelan dan macam2 lagi yg habis penuh separuh van.  Kami menginap dia Green Leaf Hotel.


Malam nyer kami dinner kat East coast mall kuantan, sempat lagi kami pergi tengok wayang.  Mulanya nak tengok filem GI Joe tapi sold out le plak.  Esok nyer pepagi kami bertolak ke Kuala Sungai Pahang, sempat singah breakfast kat gerai tepi jalan dan tapau lunch coz kami akan berada di atas bot dari pagi sampai petang.  Sampai ke jeti nelayan Kuala Sg Pahang, kami bersama2 mengangkut barang2 ke dalam bot dan perjalanan kami menuju ke kawasan persampelan mengambil masa selama 2 jam.  Dalam jam 11 pagi baru sampai ke stesen persampelan pertama.  Stesen persampelan ada 36 stesen dan masing2 diberikan tugas masing2.  Daku hanya tlg student undergrad buat analisis chlorofil dan conductivity jek.  Buat analisis atas bot yg asyik terhuyung hayang mmg sgt menguji kesabaran.  Boleh dikatakan kami yang tgh buat analisis ni mmg tak berhenti buat keje cox setiap stesen ada 3 kedalaman air diambik dan setiap sampel ada 3 replicate.  Jarak antara stesen dalam 10 minit perjlnan dengan bot.  Stesen persampelan diketahui menggunakan alat GIS.  Kekadang xsiap lagi dah berhenti kat stesen seterusnya. Nak makan pun kena bercepat2 dan daku ambik keputusan xnak makan coz nanti mesti nak membuang punya. Pensyarah ni ckp kalo nak membuang kena terjun laut pahtu dah selesai baru naik bot balik!!!  Cissss....


Kami sempat membuat dalam 24 stesen, makna nya esok kami kena habiskan dalam 12 stesen saja lagi.  Dalam pukul 4 baru le siap dan sampai ke jeti dalam jam 5.30 ptg.  Sengsaranya dalam bot ni xde toilet, bygkan dengan dok atas bot yg agak panas tapi xboleh minum byk air. Sampai jeti tgh surut plak, dah le nak terkencing sesangat tapi sebelum tuh kena panjat naik ke bumbung bot macam 'lipas' pahtu lompat plak ke jeti.  Macam 'lipas' coz kena panjat dinding bot tuh sambil berpijak kat kayu yg hanya selebar seinci saja. Terpaksa pensyarah tu tolak kaki daku tuk panjat, almaklum le dah kaki pendek.  Yg tinggi mungkin xde masalah tapi untuk daku mmg sgt bermasalah sampai mulut pun tak henti2 membebel menyalahkan YB kawasan ni dan pihak perikanan sendiri yg xreti nak design jeti ikut keperluan.  Dah tau air laut ada pasang surut, nape tak bina tangga.  Kalo kat tempat pelancongan tuh elok je ada dek dan tangga, hampeh betul!!!!


Naik jek daku terus berkejar ke toilet kat belakang cafe dan sempat lagi memesan milo ais.  Dah siap minum baru daku menjenguk apa dah jadik ke budak2 tuh.  Bila dah siap2 letak brg kat kete, dorang ni plak nak g minum ke cafe jeti balik. Dah daku pun kena pergi untuk kali ke2, dorang xau yang daku dah membantai segelas milo ais baru beberapa minit tadi!!! hahahahahaaa...

Pertemuan antara air sungai dan air laut

Makan 7 orang dalam RM120. Siakap + kerabu mangga + udang + sotong goreng tepung + sayur + nasi putih + jus buah + telur dadar.  Pilih2 ikan dulu pahtu suh dia masak.  YUmmyyyy...  Tak sangka Ana Ikan Bakar ni ada jugak kat Bangi yea.  Berdekatan saja dengan tol bangi, dr KL kuar tol kat bulatan ambik kiri yg menghala ke Warta tu dan Restorent ni kat belah kanan.

Balik kami pergi ke hotel dan malam nyer kuar g mkn.  Kitaorang g mkn kat Ana Ikan Bakar Petai kat Tanjung Lumpur.  Best sgt mkn kat sini.  Tersedih kejap coz daku salu g kuantan ngan hubby tapi hubby tak pernah bawak pun g makan kat sini.  Hubby terlalu sgt nak menjaga hati family dia, kalo balik Rompin dia tak nak g makan kat luar tanpa family dia. Nak g kemana2 pun mesti nak buat rombongan mak kiah.  Tu yg kami tak pernah kuar makan kat luar tuh coz family dia tersangat le ramai.  Redho je le....

Senyuman puas selepas dpt membantu pelajar mengambil sampel

Lepas makan kekenyangan kami blik hotel.  Jam 10 malam ajak teman sebilik g jenguk budak2 ni coz air laut tuh kena turas mlm ni jugak... Bertuah budak2 ni masih lagi membuta rupa2nya.  Terus kami kerah2 dorang buat keje.  Kami habis turas sumer jam 2.00 pagi.  Mlm tuh sumer botol hitam dah turas.  Tugas daku senang jek tampal label dan masukkan kertas turas ke dalam tiub.  Tapi sukar skit coz kami kena turas air dalam keadaan bergelap.  Jam 2.00 pagi kami merangkak balik hotel dan terus membuta.

Otw blik jeti

Esok nya jam 7.00 pagi dah check out, kuar awal coz nak singgah kejap kat pasar pagi kat stadium.  Tapi kejap dalam 30 minit jek singgah pahtu bergegas bergerak ke jeti Sg. Pahang balik.  Naik bot dan pergi ke stesen persampelan seterusnya. Dalam jam 2.00 ptg dah siap dan otw blik tuh bot tuh turunkan pukat.  Sempat le tengok nelayan naikkan ikan ke dalam bot.  Dorang kasi kami ikan2 yang besar skit tapi xbyk sgt le coz byk ikan kecik2 yg dorang ambik tuh hantar ke kilang buat baja.  Tak kisah pun ikan besar mana coz yg penting fresh!!!
 


Tak ingat berapa harga tapi xde le mahal sgt, xde le murah sgt.  Lgpun portion dia besar.  Senang jek nak cari, kalo dari Kuantan dah nak sampai ke kedai2 kat Pekan tu akan jumpa masjid besar dan depan nya ada traffic light, belok kiri dan tak sampai 50 meter ada kedai murtabak ni kat belah kanan jln.  Kalo dari Rompin, lepas lalu Muzium Pekan tu, dalam 100 meter akan jumpa gerai ni kat kiri jalan.  Biasa jek sy lalu gerai ni kalo kami nak g Kuantan dan Rompin tp tak pernah singgah.  :)

Singgah kat kedai Martabak Mengkasar kat Pekan utk mengisi perut, singgah solat kat masjid berdekatan dan tukar baju dan terus bergerak balik ke KL.  Sampai bangi jam 11.00 malam dan daku sampai kat rumah dekat jam 12.00 tgh malam.  Seronok jugak sekali sekala ikut budak2 ni sampling.  Bukan senang kan nak belajar nih, mmg byk cabaran dan perlukan kekuatan luar dan dalam.  Pelajar datang dan pergi tapi kami sebagai staf sangat berbesar hati dapat berbakti kepada golongan muda ini.  Tidak pernah meminta balasan cukup lah hasil didikan ini dapat menyumbang bakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara yg tercinta ini.  Semoga budak2 ni dapat menyiapkan tesis dorang dan berjaya dalam karier masing2 selepas konvo nanti. :)  Amin..  Semester ni adalah semester terakhir mereka.




No comments:

Post a Comment