Monday, 13 May 2013

Percutian ke Phuket Day 3


Ok, sambung entry hari ke tiga plak yea.  Sebenarnya untuk ke Phuket ni sy tak buat research, sumer serahkan ke hubby jek.  Hubby mmg pakar dalam hal2 bercuti ni.  Sy ada baca blog sikit2 jek coz sy nak tersuprise bila sampai Phuket nih.  Sebenarnya, kat kiosk2 tour kat Patong ni ada byk tour tau. Ada yg pergi Phi2 island, Similan (org thai ni le, nama pulau ni dulu confirm pulau sembilan coz ada 9 pulau kat sini dan pulau similan ni atas skit jek dr Pulau Langkawi), tour naik gajah, Siam Niramat, Phuket FantaSea, Phuket Simon Cabaret, Elephant Monkey Snake Show, Bang Pae Water Fall, Kata View Point, elephant trekking, Gypsies village, sightseeing dan macam2 lagi. Yg kami ambik ni yg ikut citarasa kami saja. Phi Phi island hubby dah pernah pergi dulu masa dia pergi Krabi, jadik dia xmo pergi dah kali nih...dengki tau!.

Tour ni half day tour yg sesi pagi punya, tour petang pun ada jgn risau yea.  Selepas kami mkn megi bekpas pagi tuh...jimat ok jimat...duit ada tinggal 900 bath jek lagi nih. Seawal jam 7.15 kami tercongok dah depan hotel. Pergi pakej ni kena faham dan bertimbang rasa lah yea...jgn lambat. Naik van pergi ke Bandar Phuket terus ke jeti.  Kami di bawa ke pulau pertama Pulau Khai Nai, kami diberi masa selama 45 minit di sini. Daku pusing2 jek pahtu tumpang duduk kat kedai gerai mknn yg baru nak bukak.





Pulau Khai Nai

Ada disediakan kerusi berpayung tp kena sewa 150 bath utk 2 kerusi + payung besar. Tour guide nama Sam ckp 'no money no honey' aka sumer berbyr kat pulau ni.  Lepas pusing2 kat pulau ciput tuh daku pun duduk blik kat gerai tuh.  Ada jugak le org dtg approach jual aiskrim, jus bagai.  Bila family didepan tuh diminta byr 200 bath untuk tumpang duduk jek, daku pun blah dgn hati yg sakit.  Dah le segelas jus buah berharga 100-150 bath!. Terkial2 le daku tak tau nak g mana, dah le topi gedabak tak bawak, panas xde tempat berteduh. Tak dibenarkan duduk dalam bot huhuh.  Tetiba nampak hubby tgh bersnorkling kat pantai....ewahhhh bertuah punya laki.  Terus daku offer diri ambik gambar dia bermain dgn ikan.  Daku hulurkan beberapa keping wafer kat hubby suh kasi ikan kerumun dia.  Lepas ambik2 gambar tuh daku pun ambik 2 keping wafer masuk mulut pahtu hubby sound 'jgn habiskan ada 2 lagi pulau'.  Ewahhh dia mkn boleh org lain xleh, nasib baik ko laki aku, kalo tak aku dah rendamkan kamera nikon ko ni kasi mkn ngan ikan nemo!.  15 minit kemudian Sam kasi isyarat naik blik bot.  Yiiihaaaaaaaaa.....xperlu berpanas lagi kat sini.


Tu le dia pulau yg ke-2. Pulau Khai Nui

Bot berhenti tgh2 laut dan apalagi terjunnnnn

Kami dibawa ke pulau yg kedua plak, Pulau Khai Nui. Pulau ni teramatlah ciputnya dan xde pantai.  Ehhhh saiz pulau2 ni sebesar Coral Island Kat Teluk nipah Pulau pangkor jek kot.  Pantai putih bersih, air jernih, ikan byk.  Oleh kerana pulau ni xde pantai, jadik kita terjun dari bot je le utk snorkling.  Peralatan snorkling disediakan kecuali kasut berbentuk sirip tu jek kena sewa kat jeti tadi.  Td dimomokkan ada apa ntah binatang bulat yg berduri tuh.  Sib baik xbeli coz masa kami dtg ni airnya dalam, kaki mmg xjejak pun kat karang2 tuh.  Maka terjunlah kami, pusing area bot kami ni je pun.  Ada byk coral tp xcolorful sgt le. Ada ikan jgk, rasa teruja skit coz agak mencabar kaki xcecah dasar, perasan teror berenang kan.  Tengok2 ikan jek dan membawa diri,tp Sam dan ada adik sorang assitant bot mmg tlg tengok2kan kita.  Sam akan tgok kita pakai  life jacket betul ke tidak.  Tak berani dekat ngan hubby coz dekat2 jek dia hulur kakinya pula nak menendang bagai..saja dengki, daku plak buat ala2 gwiyomi kat depan google dia! hahahahaaaa.

Pulau yg terakhir paling best dan paling besar.  Pulau Khai Nok.

Dlm setgh jam, naik bot ke pulau yg terakhir.  Kat sini sempat kenal dgn pakcik dr Bahrain, biasalahkan org arab mmg byk ckp.  Mcm2 dia mengomel kat Sam.  Pahtu daku tanya dia dtg dr mana, dia ckp dr Bahrin.  Pahtu sy tanya dia muslim ke, dia ckp balas alhamdulilah. Tanya coz wife dia org putih siap pakai seksi.  Pahtu dia tanya Sam muslim ke tidak.  Sam mengangguk.  Oooooo...rupanya dorg ni muslim.  Mmg ramai org muslim kat sini tp mmg kita tak kenal coz dorg diam2 jek.  Kalo kat Myanmar org islam nyer suker memberi salam .  Dah kenal tuh terus minta tumpang letak bag kat kiosk yg Sam sewa. Dorg sewa utk letak tembikai.  Yg best nyer tour ni, minuman sentiasa diberi bila naik ke dlm bot.  Dan kat pulau ni kami diberi sandwich dan buah2an.  Pakcik arab (hubby yg mula2 panggil), tanya kat mana ada byk ikan.  Sam tunjuk arah hujung.  Daku pergi ke pantai tengah coz ada batu2 yg memisahkan pantai nih.  Lama2 snorkling, hubby xde, dah le xpakai spek.  Daku td dah remind hubby jgn pergi jauh2 sgt, sy xnampak.  Terus pergi ke pantai hujung, geram jek tgok hubby tgh kasi mkn ikan ngan akak2 korea...sakan yea!.  Snorkling kejap tp air dah keruh x berapa nak nampak dgn jelas dah ikan.  Pahtu kami pergi ke pondok blik, tetiba hubby dah hilang. Daku teruskan mkn tembikai.  Tetiba nampak hubby tgh pegang kamera, daku mmg suker melompat2 depan dia. Terus daku menuju ke arah dia dgn happynya sambil panggil2 suh ambik gambar sy.  Terus org tuh blah xpedulikan sy pun.  Alaaa rupa2nya india yg sama bot dgn kami!  waaaaaa...pesal nampak sama dr jauh. Daku pun malu terus melencong masuk dlm laut.




Wahhhhh...kat sini rupa2nya byk ikan n air jernih, dekat jek ngan bot kami. Tinggal 10 minit lg masa yg ada baru jumpa tempat yg best.  Kat sini byk ikan, xpyh kasi mkn pun ikan nemo ni tetap byk.  Bila kasi mkn, berduyun ikan dtg kerumun....wahhh bahagianya rasanya.  Tetiba rasa ada ramai peminat!

 Yg depan bot kami




Rasa tak puas snorkling kat sini, daku berenang kat tepi2 pantai jek coz xpakai life jacket, hubby dgn sombongnya g jauh2, hubby lg pandai berenang rupanya eekkkk. Elehhh td daku yg panggil dia g sini!.   Hubby ni amar suker tangkap gambar, gambar2 yg cun dalam entry Phuket ni dia le yg ambik.Byk kali Sam kasi isyarat naik kapal, baru le daku pergi kapal bila nampak ramai org yg dah naik.  Leka tgok pakcik arab tuh g kasi ikan mkn dgn wife dia.  Kalo korang g jgn lupa yea bawah roti2 untuk kasi makan ikan nemo yg comel2 nih.  Naik bot pergi jeti balik dan bergegas pergi tandas tukar baju. Kena cepat coz tandas ada 2 jek, yg lain sumer pakai bikini xyah risau basah dah. Naik van ke Patong blik dlm sejam jgklah.  Naik hotel mandi2 dan kami seia sekata nak buat facial sesama.



Kuar g carik makan dulu coz pakej ni xde lunch, dapat makan buah, sandwich dan air coke jek.  Makan kat kedai depan Jungceylon Mall.  Bertabah je le ngan harga makanan kat sini.  Nasi goreng punya 200 bath, dah le semangkuk jek nasi nyer.  Hubby order somptam 100 bath dan nasi goreng nenas 220 bath.  Pahtu terus ke Jungceylon mall cari kedai facial semlm tuh.  Kedai ni open air, baring kat tilam baru bukak tudung, hubby ada kat sebelah.  Sikit punya ramai org, sejam facial 350 bath dan kami pilih masker buah2an tambah 150 bath lagi.  Best nyer buat facial ni.  Boleh byr guna kad kredit dan daku byrkan sumer, kira belanja hubby le coz sudi bawak g Phuket n uruskan trip nih.  Sebenarnya daku nak simpan duit nak buat oil massage kat tempat sy urut kaki mlm tadi.  Kat tempat lain sumer seksi2, kat sini jek dorg pakai seluar.  Kami juga seia sekata tuk buat oil massage selama sejam untuk 300 bath sorang! Hubby tetiba tukar fikiran dr foot massage ke body massage bila dia dpt tukang urut lelaki. hikhikhikkk

Daku + perempuan yg buat facial muka daku, sib baik dia pakai mask kalo tak dia lagi menyerlah dari daku 



Lepas berurut g hotel blik dan tunggu teksi kat depan yg dah janji dtg jam 7 mlm.  Bubye Phuket!  Kat airport tak cerewet sgt.  Turun jek teksi jek, terus scan beg pahtu uruskan check in dan pegi ke balai berlepas.  Tak payah nak bayar2 airport tax bagai dah.  Kat balai berlepas jumpa beberapa orang Malaysia kat sana.  Dorang ckp org bangla kat Phuket buli dorang.  Hahahahaha...mmg le restorent india kat sana kebanyakkannya orang bangla yang jaga, ramai plak tuh kat Patong...merata2 ada.  Pahtu dorang rindukan nasi lemak, best lagi dok Malaysia yg punya makanan yg murah dan sedap.




Ni tentatif program hari ni punya


Hasil shopingan selama 3 hari.  Kat dalam balai berlepas airport pun ada jgk kedai2 cenderamata.  Pashmina oren tuh 200 bath (70% pashmina 30 % silk, yg biru (50% silk + 50& pashmina) 250 bath.  Yg biru lagi best rupanya coz lebih tebal.  Beli masa 1st day kat kedai yang kami pergi masa trip.

Rasa best jugak le Phuket ni.  Ada macam2 tempat menarik kat Phuket ni, kita boleh pilih2.  Kalo sesiapa sukerkan pantai mmg best sgt coz pantai dia banyak dan luas.  Mmg tak sempat le kalo nak pergi sumer pantainya. Boleh jugak sewa motosikal tapi kami memilih untuk ikut pakej2 nih, tak dan nak bermotor2 bagai.  Lgpun hubby dah lama meninggalkan aktiviti bermotosikal ni dan daku plak ala2 fobia jek naik motor.  Naik motor pun agak senang coz kalo kat tempat tumpuan pelancong, sign board ada dalam BI jugak.

Phuket ni untuk bersantai2 tgok laut le bukan untuk shopping.  Bank CIMB ada kat sini.  Tapi kalau nak keluarkan duit guna ATM kat sini, sebelum terbang kena call CIMB dulu bagitau kita nak pergi sekian2 haribulan baru le kita boleh keluakan dari atm luar negara.  Sy hari tu call jgk CIMB beberapa hari sebelum terbang sebab sy ingatkan isnin tuh dah gaji, rupa2nya balik dari Phuket baru gaji rupanya. Dah le daku tukar duit RM550 jek tuk pergi bercuti ni, mmg kena berjimat cermat byk le.  Sib baik hotel dah settle byr.  Duit hanya untuk pengangkutan, pakej, makan dan shopping skit2 jek.

Tamatttttt...jumpa lagi kat percutian seterusnya!!!  Bali Jommmmm...

Terima kasi yea kengkawan sudi dtg baca blog sy nih.


4 comments:

  1. salam.. sy nak g phuket julai.. bapa eh tour untuk Khai 3 islands tu?

    ReplyDelete
  2. Wslm Zuewairy, harga tour ke Khai island tu 1500 bath untuk 2 orang. Kalo teror menawar menawar, boleh try minta murah lagi. :)

    ReplyDelete
  3. salam..mana best kata ker patong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, sorry sy tak pergi Kata beach, xtau best ke tidak. :)

      Delete