Wednesday, 1 May 2013

Bersantai Opps...Percutian ke Phuket Day 1

Salam kengkawan

Hampir nak bersawang blog ni. Oklah, nak share percutian kami ke Patong, Phuket minggu lepas. Kami pergi naik flight pagi ahad coz hubby ada kelas hari sabtu. Tiket pergi balik RM290 seorg.  Jam 4am kami bertolak ke LCCT dan parking kereta kat parking berbyr didepan Tune hotel LCCT. Semlm RM16, jgn
risau signboard nyer sikit punya besar dan pintu masuk nya betul2 seberang jln Tune Hotel tuh jek. Just ambik tiket dan park kete, blik nanti baru byr. Ada jgk guard jaga kat situ. Masa pergi tu pun parking agak penuh, terpaksa park kat belakang. Dan paling sengsara kena menapak pergi terminal.  Flight kami berlepas jam 7.30, penerbangan akan mengambil masa  1 jam 25 minit. Tp flight kami mendarat awal 10 minit. Selepas saja pemeriksaan immigresen, kami menuju ke luar airport. Airport dia besar dan kaunter immigresen dia ada byk, xpyh beratur lama. Dan tak ada pun pegawai immigresen suh bukak2 beg segala.  Kebetulan kami xambik luggage pun, terus saja keluar.

Hotel kami kat Patong Beach

Sampai keluar beli tiket van kat kaunter dgn harga 180  bath seorg. Dlm entry ni sy akan letak harga dlm bath tau coz skrg bath dah naik nilai. Oh ya, kami ni sebenarnya duduk dan pusing2 kat Bandar Patong yea, bukan Bandar Phuket.  Bandar Patong ke Bandar Phuket adalah dalam 30 minit perjalanannya. Bandar Phuket mengadap tanah besar manakala Bandar Patong mengadap laut andaman.  Kalo diperhatikan betul2, pantai yg mengadap laut andaman lagi bersih dan jernih.  Bahagian pantai yg mengadap tanah besar plak ada banyak pulau2 kecik.

Dulu2 salu kira 100 bath = Rm10, skrg dah tukar skit.  Sebenarnya ada pilihan lain iaitu naik teksi 700 bath tp kami nak merasa naik van n nak jimat.  Tapi kena faham le yea, van ni kena tunggu sampai penuh. Kami plak nak mengelak pekerja kaunter/tour ejen kat dlm airport tuh punya pasal terus keluar ikut pintu hujung. Tak de le dikejar cuma menyimpang agak jauh bila nampak dorang jek.  Nampaknya kat airport ni agak sistematik jgklah, xde teksi haram cari kami pun.  Lama jgklah kami tunggu di bangku luar tuh, panas makin terasa..hati pun makin panas coz dah menunggu hampir setengah jam. Sy sempat lg skodeng kat pintu utama, rupanya kat pintu tu pun ada kaunter van jgk.  Tak pasti van dorg sama dgn van kami ke tidak tuh. Menyesal xlalu kat pintu tengah tu tadi, mungkin lagi cepat jln nyer. :)


Siam Naramit, yg satu lagi Phuket FantaSea, tiket boleh beli kat kiosk tour dan dorang akan ambik dan hantar kita balik hotel :)  Ada jugak yang lebih daring kalo nak.  Hari tu sy tanya hubby 'ehhh yg pertunjukan yg seksi2 tu sumer pompuan ke bie'.  Suami sy angguk, pahtu sy ckp lagi 'ala xde ke yg lelaki punya, sy nak tengok lelaki, tgok pompuan buat apa'.  Ayat berani mati..hahahahahaahhaaa..

Dah cukup 12 org baru van jln, ada org tlg guided suh dok diam2 kat bangku tuh. Dlm setengah jam jgk le baru penuh.  Dorg agak helpful, ada byk kali jgk dorg ckp thai dgn kami, bila kami bgtau yg kami dtg dr Malaysia, dorg ckp rupa kami sebijik mcm org thai. :)

Dari airport ke Bandar Patong ambik masa dlm 45 minit.  Tp sebelum tuh kami diminta turun kat kedai tour ejen kat tepi jln dan diambik nama hotel nak duduk. Garang nyer dorg ni, yg xturun tuh habis kena marah. Yelahkan...ingatkn dia nak promote tour dia.  Hubby jek turun, daku turun sekerat jln jek.  Yg best nyer naik van ni, kita dihantar sampai depan hotel.  Jadik sambil van pusing2 hantar sumer org g hotel, bolehlah tengok2 jln.  Masa ni dah nampak Pantai Patong yg putih dan biru hijau.  Subhanallah...sgt cantik.






Sampai hotel dlm jam 10 pagi, masih terlalu awal, tp hotel kami Tiger Inn kasi kami masuk hotel awal. Yay..yay...sempat mandi2, pahtu tghari g pusing town, jln menyusuri pantai.  Pantai nya luas dan kedai2nya byk coz kurang bgnn tinggi kat Patong nih. Daku sampai lenguh kaki nak jln dah. Ada jek payung2 n kerusi kat pantai yang berwarna warni tp berbyr ok. Tak ada istilah wakaf or kerusi free kat mana2 pantai kat sini.  Xnak byr, bersilalah ko berpanas atas pasir. Dah menengok manusia hampir bogel kat situ kami nak patah blik ke permulaan jln coz tadi masa mula2 sampai kat Bandar Patong ni ada nampak masjid.





Pantai Patong yg cantik

Kiosk Tour merata ada


Sambil2 itu kami cari info kat kiosk2 tour yg bersepah kat bandar ni, saja tanya2 cari tour murah.  Jumpa 1 kiosk kat depan Post office yg murah. Kami ambik half day tour utk ke Cha Long dgn harga 1300 bath utk 2 org.  Tour ni private tour dgn kereta, antara tempat pergi adalah Kuil Cha Long, Big Budha, Cashew factory dan Phromthep cape.  Untuk esok plak kami ambik 1 day tour ke James bond island. Tour ni termasuk Pan Yee island, James bond island dan satu lg island tempat berkenu tuh dgn harga 1700 bath. Lusa plak kami ambik half day tour je ke Khai island untuk snorkling dgn harga 1500 bath, tour ni kami ambik yg pagi punya coz mlm lusa dah balik KL.

110 Bath, agak murah mkn kat sini.  Masa ni lauk dah byk habis, ikan goreng ni sedap dan fresh. Rasa nak marah jek hubby dtg ngan lauk2 nih jek, tapi sebab dah lapar mkn je le. Patutnya hari tu tapau untuk dinner...

Sempat ambik gambar depan masjid sebelum melangkah turun.  Kat depan tu le kami mkn, ada beberapa kedai mknn halal thai food kat situ.



Kat Patong byk kedai2 macam ni


Kami janji jam 1 waktu thailand. Tour hari ni untuk 4 jam sahaja, kalo lebih masa kena byr yea.  Ada masa 1 jam lg, kami menyusur jln menuju ke masjid utk mencari mknn halal. Kat sini mostly seafood restaurant dia ada jual pork.  Jenuh jgklah menapak baru sampai masjid tuh. Ada 3-4 kedai halal kat situ. Ada jumpa pengembara bermotosikal dr Putrajaya. Kat sini walaupun dorg melayu islam, tp mostly dorg xtau ckp melayu. Lepas mkn, singgah solat kat masjid depannya. Masjid ni jgk ada sekolah rendah, nampak budak2 sekolah tgh riang ria bermain.


Honey Farm


Cashewnut Factory


Kitaorg disinggahkan ke dlm satu kedai yg agak besar jgk le, dlm ni byk jual souvenir, sabun handmade, pashmina, barangan kulit, archa kayu, pakaian, plak, handbeg kain, shawl etc.  Shawl yg berbungkus atas meja tuh sutera tapi harga dekat seratus jgk.  Rasanya sesuai untuk tudung kot bukan shawl coz saiz nyer kecik skit.  Xde dalam pakej pun. Kat luar kedai ada gajah dan buaya, untuk sape2 nak ambik gambar.


Kuil Cha Long.  Ramai jugak orang kat kuil nih, kuil ni nampaknya masih digunakan untuk upacara keagamaan.  Hubby naik sampai kat tingkat atas, padan le daku tunggu2 kat bawah tak turun2.  Daku plak tak masuk dalam, just tunggu dia kat luar jek.  Kat sini jgk byk anjing berkeliaran, ngeri skit.

Big Buddha yg masih dalam pembinaan lagi



Lepas tuh kami pun pergi balik ke kiosk tour td dan naik kereta menuju ke Chalong.  Antara gambar2 yg sempat ambik kat bawah yea.  Pemandu kami best jugak, tak byk ckp. Ada jguak dia bawak ke Honey farm yg goverment punya yg tak termasuk dalam pakej, tapi layan je le.  Lepas tu baru bawak naik bukit ke Big Budha dan baru le ke Phromthep cape.  Otw ke Phromthep cape tuh akan lalu Kawai beach yg sangat cantik.  Best jugak lepak2 kat PC ni tapi xleh lama coz tour ni hanya 4 jam jek.

 Phromthep cape





 Phromthep cape

Daku sempat le membeli topi gajah kat sini, hubby tlg pilih.  Masa mula2 sampai kat Patong ni mmg dah nampak orang putih dok pakai topi besar2 gajah ni dgn pelbagai fesyen dan warna, dah berazam dah nak beli 1.  Dapat le beli dgn makcik muslim tu dengan harga 200 bath.  Mula2 tuh dia ckp 250 bath pahtu dok tanya aku tgh peknen ke tidak.  Daku pun terkejut n geleng kepala, pahtu hubby plak jadik nasi tambah dan ckp 'fat' kat makcik tuh sambil tunjuk kat perut sy.  Bongok!!!  Pastu makcik tu kasi harga 200 bath, hehehe rasa bersalah kot makcik nih kat daku.  Lepas tu turun tgok gerai2 kat bawah tuh, tapi dah xde bajet dah nak bli.  Hubby berkenan kat cotton batik tapi biasalah tempat pelancong harga mmg sgt mahal.  Kat Phuket ni dorg mmg xletak tanda harga tau, perlukan skill menawar yg hebat.  Lepas tgok sapu tangan batik cotton dia pun 150 bath, daku terus hilang mood!!!!  Driver hantar balik ke hotel kami.

Kawai beach

Balik kami mandi2 dah rehat. Ohya, hotel ni double dgn harga RM267 utk 3 hari, dah booking n byr siap2 dgn booking.com. Yg best hotel dia tgh bandar, ada wifi, ada peti ais dan luas....tp view bumbung kedai org!.  Mlm ajak hubby pergi Kusuma Seafood yg glamber tuh. Pening jgk cari peta. Yg tau, ada blogger ckp dekat Ibis hotel. Pahtu kami menapak sampai ke pantai, sampai jumpa kubur, pahtu ambik lorong kecik tepi kubur baru jumpa Ibis hotel, Archery hotel dll. Rasanya dah dekat dah ni tp xtau kat mana. Keluar masuk lorong kat Andaman hotel xjumpa jgk. Terus ajak hubby blik coz dah dekat je pun dr hotel kami.





Sekali bila kami keluar ke jln besar, terus nampak gerai2 kat situ n nampak org pakai tudung. Laaaaa...sini rupanya, jln besar ni le jln yg kami lalulang pusing2 tadi paginya tuh.  Rupanya hanya bukak malam nya dan masa pagi siang sumer kain rentang tuh sumer dibukak.  Bukan restorent tapi hanya deretan gerai2 tepi jln jek.  Nak carik kedai ni senang jek sebenarnya, cari Hotel Novotel yg kat tgh bandar yg design dia ala2 pagoda tuh.  Coz rasanya ada 2 novotel hotel kat Patong ni, yg satu lagi kat hujung utara sana.  Sebaris dengan hotel tuh cari plak SME bank yg color purple tuh...mmg nampak sangat le bank ni walaupun 2 tingkat jek coz dia guna tulisan warna purple gelap tuh.  Lepas tu Kusuma Seafood ni betul2 seberang jln jek.

Bank SCB depan Kusuma Seafood

Novotel Hotel

Hotel Novotel dari Kusuma Seafood

Nak kata sedap, tak jugak le.  Hubby ckp 'sedap lagi mkn kat Kg. Baru'.  Daku plak, harga dia so-so je le, tomyam rasa manis skit. Kat sini le kalo korang nak mkn lobster, lobster dia dalam 180 bath utk 100 gram, ada yg masih hidup lagik. Tapi syukur jugak le ada gerai makanan halal kat Bandar Patong ni, kat tengah2 bandar plak tuh.  Tapi agak mahal le, tomyam dalam gambar tuh 150 bath.  Hubby order nasi goreng, dia ni mmg salu larik tema, org dtg sini nak mkn seafood pahtu bebel tak sedap. Air jus tembikai dia 60 bath.  Yg sy punya ni tembikai shake 40 bath.

Nasib baik jugak le daku membawa byk mknn dari KL. Siap bawa roti butterscot gardenia, roti sedap mcm2 jenis, bubur knorr dalam cup dan semestinya meggi.  Jajan plak ada le enegy bar, wafer, cokelat etc.  Hubby ckp esok pagi makan megi je le sebelum pergi tour, boleh muflis kalo mcm ni!!!.  Daku mmg dah aim dah bekfas mmg mkn megi jek, lebih jimat coz nak save duit tuk benda lain..kwang..kwang.

Pergi Phuket kali ni mmg nampak sgt miskin coz hubby bagitau nak pergi pun awal april lepas masa sumer gaji bulan lepas dah diperhabiskan.  Jadik untuk trip g phuket ni mmg semata2 guna duit gaji april je le tuk hotel, flight dan dll, mau nyer tak stress.  Pergi plak sebelum gaji bulan mei!  Tapi dah plan dah, kalo berkenan brg gores dan menang je le.  :)

Dah kenyang pusing2 balik hotel balik membuta.

Bersambung kat Day 2 plak yeaaa...





No comments:

Post a Comment