Tuesday, 9 April 2013

View untuk kenangan

Salam kengkawan

Saja nak share view dari rumah.  Mula2 dulu agak sejuk coz byk lagi hutan depan belakang rumah.  Tapi sekarang ni makin ciput tanah dah dibangunkan menjadi kondo.  Dan paling teruk serangan habuk, siang hari kena tutup sliding door, kalo angin kuat lagi kena tutup.  Kalo tak habis le tapak kaki jadik hitam.  Sebab tu nak cari pokok2 buah2an yang tinggi dan rendang letak kat balkoni supaya boleh jadi penapis.

Tasik kat depan makin lama makin kecik dah saiznya.  Dulu belah kiri ada kondo, dah hasil buangan larian air permukaan masuk ke tasik, sekarang ni lagi teruk coz kawasan kondo baru tuh tinggi sikit dari tasik.  Lagi le air kuning dari atas tu dengan mudahnya turun ke bawah.  Lereng bukit tuh ditambak dulu, lagi le fragile.  Ni dah xde hutan ni, mudah plak banjir kat traffic light bawah tuh, hari tu hujan lebat kejap jek dah dalam kawasan situ xleh lalu dah, jiran sy terpaksa ikut jalan lain nak balik rumah.

Tanah makin kurang, sumer kawasan lapang dulu2 dah dijadikkan kawasan rumah.  Patutnya tinggalkan le lebih sikit untuk kawasan hutan, ni yang tinggal betul2 tasik ciput tu jek.  Patutnya bagi sesebuah kawasan pembangunan, pemaju perlu tinggalkan 30% untuk kawasan hijau (bukan parking yea).  Lepas tu diantara kawasan perumahan tuh ada jugak kawasan hijau sebagai buffer zonekan.  Ni tak pagar kondo kita bersambung dengan pagar apartment sebelah.  Jalan pulak kecik dan tepi jalan ada siar kaki yang ciput, lepas tu terus ada pagar kondo dah.  Ni kat depan, yg kat belakang tu pun tengah ditambah jugak. Dah tak best dah dok sini....huhuhuuuu....

View April 2013, kondo baru yg last baru nak bina.  Nanti  dah naik xnampak dah PPUKM dari balkoni.  

View Feb 2013, kondo yg cantik kat depan dah siap! Dulu harga bawah rm250k sekarang dah naik rm400k.  Suami sy ckp nanti sebelah bangunan tinggi tuh nak buat plaza in the future, aiyoooo dah xde kawasan hutan dah.  Cabut g Semenyih cam nih.


 Nov 2012
Nov 2012

 Awal 2011

Awal 2011

Awal 2011

Ni kalo tak silap dalam tahun 2010, Lumayan Apartment yang warna merah tuh baru jek siap.




Ni masa mula2 pindah dulu.  Sumer benih tanaman bawak dari Sipitang naik belon :) Serabai nyer masa nih



6 comments:

  1. wah kak bai..pic ni sumer harus di bank in dalam arkib negara..high value ler!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa....sebab tu letak kat sini, takut nanti pc kena virus ke apa. Dari mula pindah dulu mmg suker ambik gambar view depan nih. :)

      Delete
  2. Dah lain dah kawasan situ...lagi la crowded dengan kereta yang parking kat tepi jalan....kalau tak cukup parking la....tapi best dok situ sebab kira heart of KL jugak la...kemudahan senang kan....
    Q1 pun dah nak siap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer..nanti kondo2 baru ni siap, habis le sepanjang jln penuh dgn kete dah. Cantik arrrrr Q1 tuh. Suker :)

      Delete
  3. nama pon KL kann..asal ada tanah lapang mesti nak tambat umah...hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...jual umah kat KL ni macam goreng pisang jek. Sold out sumer!

      Delete