Thursday, 11 April 2013

Seoul Garden: Dating dgn kawan lama



Salam kengkawan

Beberapa minggu lepas, hari sabtu sempat outing dengan member lama, kawan daku ni blogger jugak..tp dia xmo org tau blog dia jadik xleh letak link dia kat sini.  Sebenarnya ni geng dolu2 punya masa sama-sama belajar kat bangi.  Kami mmg satu kursus, 1 kelas tapi kerjaya lain2 yea.  Walaupun begitu kami masih contact lagi, salu jgk lepak2 + tido rumah dia.  Tapi sekarang dah kawin xleh dah tido umah dia nanti ada orang muncung sedepa kena tinggal sensorang kat rumah.  

Daku naik lrt jek dan turun kat wangsamaju, Ms N jemput kat situ.  Hubby g kelas, jadik sabtu adalah masa tuk diri sendiri yayayay, ahad tuk hubby yg tercinta.  Semangat nak outing ni, jumaat mlm bersungguh kemas rumah, jadi pagi sabtu tinggal nak mop lantai jek lagi b4 kuar rumah.  Lepas tu kami pergi Festival City Mall yang terletak kat Jln Genting Kelang.  Baru jek mall ni tp dah meriah dengan kedai2 yg agak best jugak le.  Daku pun first time pergi ni, dulu daku dok Setiawangsa kejap masa keje bergelandangan area KL nih. 

Sampai sana daku diperkenalkan dengan Seoul Garden.  Ooooo...ni le yg dok dikompang2kan oleh Ms. N. Sebelum ni, daku terkebil2 jek bijik mata cuba mengingat2 apa ke binatang le Seoul Garden ni...ingatkan taman bunga ke ape...ehhh sejak bila org korea buat taman plak kat KL ni kan  :)

Sebelum masuk, byr dulu yea

Dia mcm Johnny le, cuma steambot dia tuh ada untuk grill sekali.  Sape2 yg biasa tengok citer korea mesti pernah tengok.  Dulu daku penah tengok jgk kat cite korea yg tajuk The Guy Who Can't Get married.  Dalam citer tuh nampak dia tengah grill daging sensorang, pahtu balut dengan salad dan ngappppp.  Masa tu rasa pelik dan mcm best jek...panggang2 depan mata pahtu terus masuk mulut.  Style dia buffet, dalam rm40 sorang kot mcm gitu.  Lepas tu kita ambik2 le sumer2 sukahati bhn basah dan lepas tu gril le atas meja mkn kita tuh.  Selain tu ada jugak nasi goreng, air minuman, ais krim, coslaw etc. Makan macam gaya bersantai2 sambil berborak2, makan sampai lebam.  Bila bangun terasa nak terduduk balik sbb terlalu kenyang.  Korang tengok le kat dalam gambar kat bawah yea....


First time le mkn kimchi...jakun sikit.  Dulu penah nampak cara2 buat kimchi tapi nampak mcm jeruk xsedap.  Bila rasa baru rasa sedap dan rangup.  :)

Daku ambik untuk steambot, Ms N ambik tuk grill.  Daku seperti biasa ambik byk sayur dan seafood.
Ni kosong, xletak apa2 lagi nih

Seeeeee..leh gril sekali ngan stimbot

Rasanya adalah dalam 1 jam kami duduk melepak kat situ sambil chatting.  Tengok org sebelah menyebelah yang dtg awal dr kami pun tak bangun2 lagi.  Abis sumer dlm pinggan, g cari lagi. Daku round ke-2 ambik kimchi dan rumpai mcm miso tu n letak dalam sup stimbot, jadi miso sup. Lepas tu just lepak2 je le minum air sambil2 abiskan sumer bahan2 yang di ambik.  Ingat yea kengkawan, ambik mana nak makan jek...jgn ambik lebih2 membazir tuh.  Sebab xnak membazir le kami berjam2 dalam ni menghabiskan sumer bende.


Happy..happy! :)

Lepas kekenyangan, lalu plak depan Habib...waaaaaa....bahaya nih.  Ditambah lagi Ms. N mmg tengah cari brg kemas.  Kuar masuk Habib, Sri Pinang, daku gatal2 cdgkan Tomei.  OMG, design tomei mmg best.  Biasa beli Habib tapi kat habib byk dah sole out.  Lebih2 lg emas murah sekarang ni RM180/g, pahtu dikasi lagi less rm6/g kat Habib.  Kami pun rambang2 mata jadik nyer. Kat tomei promosi boleh murah kos upah tapi harga emas masih ikut harga semasa.   Manager tomei tu siap tanya kami ni baru dapat bonus ke apa :).

Ckp gak ngan Ms. N, jom beli sama design nak.  Jumpa yg best tapi Ms. N ckp 'ko beli baru aku beli'.  Aiyoooo...pahtu daku ckp 'ko xbeli yg ni aku ambik'.  Dah berebut plak nak design tuh.  Daku ckp 'ala ko beli je le nanti aku g tomei lain beli design sama' sambil mata2 aku g tengok rantai leher plak.  Sebelum tuh ada manager tuh tunjuk design jurai duit2 yg ada 3 warna silver + gold + suasa, katanya ramai orang beli design hat tuh.  Mula2 semangat nak yg tuh tapi lelama mcm tak best.  Terus xjadik dan hilang mood.  Tu yg berkenan gelang yg Ms. N nak ambik tuh.  Lastly Ms. N mengalah ambik design lebih kurang tapi kecik skit tapi dia ambik jurai2 bentuk love besar, almaklumlah member mmg suker design love2.  Jurai2 design love tuh sebenarnya pendant tapi nanti dorang akan patri balik kat belakang, tunggu dalam 10 minit macam tuh. Selamba jek manager tuh g gunting cangkuk pendant tukar cangkuk yg lebih kecik.  Baru tau serapuh itu emas 916 ni yea..hhhmmmm lepas ni boleh buat kat rumah nih, gunting2 emas2 yang xnak dah pahtu cantum2 dgn yg lain. Haippp....jgn ikut ajaran sesat ni!.  Yg penting berat lebih kurang kata Ms. N, tak nak mengalah jugak tuh. :) Bakal-bakal mami jarum...

Jeng
-
Jeng
-
Jeng
-
Jeng


SAMA TAPI TAK SERUPA
Design ni lebih kurang design Tiffany kata manager tuh

Sebenarnya daku cukup berkenan kat cincin yang ada bunga besar gajah tuh...hhhhmmmm suker sgt!  Tp kat Habib hari tu xde saiz plak.  Tapi nextttttttt time aaaaa...

Sebenarnya mula2 dulu masa tahun 1 mmg kami ada buang tabiat jugak. Kami pergi Kajang dan beli jaket sama warna biru coz masa tu kami kena g lawatan kat tanjung karang.  Lepas tu masa kat Tanjung Karang tu, kami digelar kembar oleh staf yg bawak kami tuh.  Masa tu kami masing2 tengah menjinjit minuman kat tangan sambil berjln menuju ke hostel sambil pakai jaket yg sama.  Padahal Ms. N bawak teh ais, daku bawak milo ais.  Sama tapi tak de le serupa sgtkan...hehehe...

Lepas ni terus berazam sebulan sekali nak outing macam ni.  Of course masa hubby tengah kelas kan.  Tapi sabtu jek, ahad teman hubby plak.  Balik sempat singgah kedai beli cokelat dan lidi, malam tuh buatkan hubby strawbery cokelat.  Ahad pergi teman hubby tengok movie The host, takut plak tengok movies nih.  Boleh plak menatang mcm ameoba masuk dalam luka dan take over badan kita.  Jadi dalam 1 badan ada 2 orang yg kontrol. Oh tidakkkk...  Singgah pasaraya beli ubi kayu kat 1Shamelin tuh.  Ingatkan nak buat mkn ptg tapi abis masak sambal ikan bilis dah jam 6.30 mlm.  Jadik hubby mkn mi goreng tengahari tadi je le mlm ni ngan ubi kayu ni. Kesian hubby! Tengahari mmg nak msk best skit, nak g pasar pagi  tapi hubby ckp nak kuar ngan member dia tapi dia xjadik kuar plak.  Mi je yang ada kat dapur masa tuh...xpe le jimat jimat!

Try buat dessert memlm.  Sebenarnya tak familiar sgt dgn dessert2 bagai ni, maklumlah orang kampung..xde istilah dessert2 nih..yg ada nasi nasi nasik.  Tapi dah kawin ni kena le memandaikan diri jgk. Boring plak asyik hidang nasi dan mi goreng jek.


Dah lama nyer tak mkn ubi rebus nih...haaa...yg ni selera daku :)


2 comments:

  1. giler cantik....terbekenan pulak...dah lama tak beli barang kemas ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belilah sekarang, harga emas turun. Nanti nak raya mesti naik balik. :)

      Delete