Sunday, 14 April 2013

Mari kita berkursus: FA di lapangan

Assalam kengkawan

Beberapa minggu lepas ada kursus internal tentang Keselamatan Kerjalangan. Penceramahnya pegawai pusat kami sendiri.  Dulu2 mmg sy ahli Persatuan Bulan Sabit Merah masa tengah belajar dulu.  Agak familiar jgklah dengan first aid nih.  Dulu sempat ambik 2 semester sebab ia kursus yg wajib ambik untuk aktiviti luar.  Lgpun rasa perlu jugak le tahu sedikit sebanyak ttg pertolongan cemas ni kan.  Bende ni boleh boleh praktikan bukan saja di tempat kerja tapi juga di rumah.

Tapi yg dulu banyak teori, kata orang zaman dah berubah.  Sekarang ni banyak praktikal, patung pun ada untuk demo sumer.  Ada sesetengah teknik jugak telah berubah dan peralatan juga lebih canggih.  Yg ni lebih kepada kerja lapangan punya, iaitu mmg berkait rapat dengan tugas kebanyakkan staf kami.  Penceramah mmg pakar dalam bidang ni, mmg berdepan dengan situasi kecemasan bila bawa pelajar pergi scuba, snorkling etc di laut.

Mula2 tu ada le 2 jam pembentangan slaid oleh penceramah kami yang pakai baju hijau tuh :), lepas tu yg paling best adalah praktikal pada sebelah petangnya.  Ini melibatkan cara untuk orang tercekik dewasa dan kanak2, CPR dan ditunjukkan beberapa alat yang sebenar untuk tujuan kecemasan nih.  Mmg pusat kami beli untuk kegunaan bila pergi kerja lapangan, jadi kena le pandai cara nak guna kan.  Kami kursus dalam kumpulan kecik dan sumernyer sporting, jadi bestlah memasing boleh test power buat CPR kat patung.  Kena try sendiri sebab kita tak pasti sekuat mana nak tekan dada patung tuh.  Lenguh ok nak kena tekan 30 kali pahtu baru hembus.  Ok layan gambar2 kami hari tu....









 





































Dalam kursus ni banyak diajar tentang cara2 membantu bagi kes2 seperti strok, shock, pengsan, pendarahan dalaman, pendarahan luaran, terbakar, hypotermia, hyperthermia, spinal injuries, ticks, gigitan ular.

Dulu kawan sy pernah anak dia panjat pagar lepas tu kepala anak dia terkena pada kipas.  Apalagi darah keluar banyak, nasib baik dia tahu jugak asas2 pertolongan cemas ni.  Dia terus ambik ais dan balut pada tuala, terus letak kat luka dan bawak cepat2 pergi hospital.

Masa raya pertama di Rompin dulu, mlm raya tuh mak mertua kena patuk ular.  Ular kecik jek pun tapi tak tau jenis apa sebab gelap.  Terus bawak dengan kadar segera ke hospital, sampai suami sy tak sempat tukar seluar.  Masa tu hubby baru jek pas semayang maghrib.  Nasib baik ular tuh tak berbisa, tapi mertua rasa sakit jugaklah kat luka patukan tu kan.  Almaklumlah mulut binatang tuh mesti byk bakteriakan.

Pertolongan cemas ni sebagai rawatan awal sementara tunggu ambulan.  Tapi ending nyer mmg tetap kena bawak g hospital jugak kalo kes teruk, lebih baik bawak segera ke hospitallahkan sebab kalo dalam keadaan panik tuh mmg xleh fikir sgt pun. Cuma sebelum membantu tu mmg kena pastikan keselamatan diri sendiri dulu, pahtu jerit le minta pertolongan orang sekeliling dan tel 999.  Bila selamatkan orang tengah lemas lagi kena hati2 coz org lemas ni biasanya dia akan meronta2 menarik2 apa yg ada disekelilingnya. Byk jugak kes2 yg dikongsikan bersama kami hari tu tapi tak boleh plak nak share kat sini.  *wink*

Sepatutnya setiap orang kena tahu dan mahir jugakkan tentang first aid dan pertolongan cemas ni.  Sebab kalo dapat rawatan awal, perkara yg tidak diingini boleh le dikurangkan risikonya.  Kena pergi kursus macam ni barulah confident sikit nak buat.

10 comments:

  1. Salam,

    Saya ada baca post kamu yg lepas pasal taman akademia lenggeng.Berminat nak beli rumah kat situ tp baca kat internet bayak problem degan projek tu..

    ReplyDelete
  2. apa perkembanga projek perumahan tu ye. kamu ada beli kat sana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Daf, sy tak jadi beli rumah tu sebab ada problem dengan loan hubby hari tu, market value masa tu rendah dari harga developer jual, hubby kena topup byk jugaklah kalo jadi ambik pun. Jadi sy batalkan dan beli kat Pelangi Semenyih 2.

      Delete
    2. semalam ada pg taman tu..menarik tp tengok kat internet bayak prob kat taman tu...takut jugak...so sekrang dah beli kan pelangi semenyih 2 tu kan. dah pindah kat taman pelangi semyih la kan. ada tak kawan2 yang beli umah kat taman akademia tu. nak taya2 org yg dah beli macamana progres taman tu...takut gak nk beli terus umah ni kometmen tinggi & lama kan.

      Delete
    3. Tak pindah lagi, rumah PS2 siap tahun depan.

      Kawan sy ada juga beli. Kawan sy beli tahun lepas tapi belum lagi naik apa2 rumah dia, tp kan yg beli sebelum dia dah mula naik dah. Masa booking mmg dah dimaklumkan tempoh bina rumah 3 tahun, jadik mmg dah sedia maklumlah akan lambat skit naik nyer. Kawan sy tuh keje kat Bangi, jd tak le jauh sgt nak berulang. Kalo dr KL mmg agak jauh, beli untuk pencen ok. :)

      Nak carik umah, boleh bukak mudah.my cari kat new properties. Ada jugak sy tengok kat area Bdr Tasik Kesuma nak bina rumah baru. :)

      Mmg beli rumah ni komitment tinggi tapi lambat laun mmg kena beli jugak. Dulu sy masa nak beli rumah pertama pun mmg rasa macam tu jugak, mcm2 ada dlm otak. Tapi nanti dah beli, kita akan rasa lega. :)

      Delete
    4. ps2 fasa dua lah ni ye. sy umah ke-2. nk cari umah yg ada tanah utuk umah yg ke-2..cuma baca kat internet macam2 komen negatif. takut ada prob bila dah beli. tanah banglo lot kat situ Lion Group yang jual, tp yg bina rumah tu kontractor lain, sebab sebelum ni ramai yg beli tanah banglo lot tapi tak buat2 rumah..so takde development taman tu. Jd sekarang diaorg buat konsep jual tanah n bina banglo sekli. anyway sy pon duduk kat taman pelangi semeyih. kat sini kalau bahiyah nak tau kalau pergi n balik kerja jalan jam kat pekan semenyih tu. tp diaorang tengah nak buat jalan baru dari simpan 4 depan tesco direct to hgway lekas, tak perlu lalu pekan semenyih tu...

      Delete
    5. Ya betul, sy pun pernah pergi ke opis Lion dan developer masa ambik check refund hari tuh. Kalo macam tuh, cuba awak cari kengkawan dan saudara mara, pahtu beli sesama kat BA. Jadik boleh dok beramai2 sebelah menyebelah kan. Dulu masa sy pilih lot, ada sekumpulan cikgu cikgi yg buat macam ni, sebaris tuh separuh dorang ambik. Jadi senangkan, dah kenal jiran dan dok sesama kat situ.

      Harapnya rumah dah siap nanti, jalan pintas tu pun dah siap. :)

      Delete
    6. boleh bg alamat tak kat mana opis developer % Lion tu. apa nama developer yg bina rumah tu ye.

      Delete
    7. Opsss sorry, bukan lion tapi BA Corp. Boleh bagi email, sy emailkan alamat lengkap kalo nak lah. Senang jek nak cari yg BA corp tu kat Office Tower kat belakang Hotel Istana, Jln Nagasari. Yg Merch*nt Synergy tu opis dia belakang Tesco semenyih, sebaris dengan sales ofis MKH jek tapi aras 1.

      Delete
    8. karma_act@yahoo.com thanks k

      Delete