Thursday, 14 March 2013

Taman makanan atas awan: Selepas trim

Salam kengkawan

Awal bulan lepas, sy minta tlg hubby trim pokok2 nih.  Bukan tak nak trim sendiri tapi saja je nak bermanja2...ehhh bukan, coz tak sampai hati nak trim.  Tapi bila fikir2 semak plak biar memanjang dan berleluasa.  Mula2 tuh sedih jgk tgok habis togel pokokku, tapi lepas tu happy balik bila batang yang ditrim tuh dah bertunas balik.  Gembira tgok daun muda limau purut sikit punya lebar, selebar tapak tangan ku!. Pokok t. burung pun bertunas balik dan daun nyer pun besar2.  Sebelum ni byk sgt ranting, pucuk dia jadik kecik dan kekuningan.  Tak cukup nutrient kot. 

Aloe vera dari jiran

Aloe vera yg 3 batang ni sy pindahkan dari pasu besar, masih 'gayal' lagi...dalam bahasa kedayan masih sakit le.  Batang2 dia jadik lebam2 coz baru mula menyesuaikan diri.  :). Dulu anak dia sy ambik dari rumah kwn sy Ms. N.  Gambar yg kat atas tuh sy semai dari cantasan jiran sy.  Masa dia kasi tuh color aloe vera ni hijau lembut dan xde bintik2..jadik sy ingatkan spesies lain.  Tapi bila sy tanam, jadik berbintik dan berwarna hijau gelap mcm aloe vera sy jgk.


Serai ni mcm xsubur sgt plak


Selasih dan kemangi tanam sepasu..kekdg confuse yg mana satu

Halia ni sy suker ambik coz dia suke tumbuh kat tepi2 pasu, berhimpit2.  Bila sy korek2 kat dalam2 rupanya ada isi dia besar2 macam jual kat kedai tuh.  Sy pun apalagi korek2 lek isi2 dia tuh supaya dia boleh membesar lagi.

Ni kunyit, hari tuh byk mati tapi ni dah tumbuh balik dgn suburnya

Limau purut selepas cantas

Cuba tanam batang bayam, separuh jek yg hidup yg separuh lagi dah mati daaaa.  Nak try tanam kailan dan cili plak kat separuh pasu nih.

Anak pandan dah kuar, yg tinggi2 sy dah potong

Ni member yg terbaru, si Kantan. Ambik dari umah Keqwa.  Kondo baru kat depan umah ni dah mula naik dah skit...nanti dah xnampak dah H*KM. :(

Ulam t. burung



Gembira selepas trim, sumer nyer sihat walafiat balik.  Semasa google cari petua nak suburkan tanaman, jumpa entry sorang Doc ni.  Kebetulan blog Doc ni ada dalam bloglist Kaksu, mmg suker tgok blog list kaksu. Jadik terbaca ttg petua yang Doc ni nak kongsi iaitu menggunakan 'urine manusia', cuba klik kat sini.  Setakat ni daku guna baja tahi kambing, air beras, air kepala udang dan perut ikan saja.  Tapi mmg geram bila tgok tanaman orang subur semacam jek kan.  Tapi walau bagaimana pun, xmo le guna 'urine' untuk suburkan tanaman, yakkkk...guna urine sendiri pun xsanggup.  Nak kumpul plak, kat mana le nak kumpul urine kat tingkat 17 nih.  Harus kena sound ngan hubby kang, dia mmg pantang bende2 yang tak berapa nak wangi nih.  Sape2 yg nak tau sukatan nak buat tuh boleh rujuk entry doc tuh.  Kalo guna tuk bunga rose mmg subur giler rose korang nanti!!!

Sabtu tu sempat tipon mama kat Sipitang, bgtau le kat mama yang kalo nak suburkan tanaman guna 'urine'.  Haaaaa...rupa2nya mama dah lama tahu dah.  Terkejut jgk daku, mama yg dok kg pun tau.  Mama ckp dia pernah dgr org kg bercerita sesetgh penanam sayur (bukan kat kg kami) guna 'urine' untuk suburkan tanaman.  Sebab tu org kg suker tanam sendiri sayur, xmo beli kat kedai.  Tanya mama, napa xbgtau sebelum ni...mama jawab 'laaa korang tinggal di bandar, mana ada tanam sayur!'.

Sebenarnya daku selama ni confuse sebab daku suker menanam tapi tak tau apa yg daku minat.  Sekarang ni tanam herba ni pun sebab suker + senang nak masak, just ambik jek kat balkoni.  Daku xminat nak tanam bunga orkidlah, kertaslah, bunga2an nih...errrr apa sebenarnya yang daku suker ni.  Yg daku tau, daku suker tanam pokok yang hijau...kalo berbunga pun berbunga putih jek.  Tak suker warna-warni...alam semulajadi betullah.  Sehinggalah beberapa hari lepas terjumpa blog Inspirasi Alam ni, klik kat sini.  Suker sgt ngan kebun adik ni.  Kebun macam ni le yg daku suker, suker benor tengok Bunga Melati Bangkok ni.  Nanti kalu kat umah PS2, konfirm daku beli pokok ni. Ni curik gambar dari blog Inspirasi alam. Nanti ujung minggu nak carik le kat nursery...kat bawahnya nak letak ikan gapi. :)



Cantik kan? Jatuh chenta...



6 comments:

  1. rajin betul....memang taman atas awan ni..nanti dah pindah lagi meriah la taman tu....saya suka tengok orang bercucuk tanam macam ni...chantik..tengok jiran-jiran yang rajin bercucuk tanam....cantik je nampak...harapan suatu hari nanti saya nak buat macam ni gak..tanam-tanaman untuk kepuasan diri sendiri.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mula lagi ke deco taman kat umah baru?. Mmg tak sabar tunggu PS2 ni siap, nak taman pokok byk2 supaya rumah jadik sejuk. :)

      Delete
  2. subur sangat..cantik!mak saya pown tanam2 jugak,tapi rumah bwh ni asyik kena kucing kencing je pkk2 mak,x kucing buat bisnes..bdk2 main bola hbs pecah pasu2.hihi..lupa nak ckp,kita jiran taw.saya ddk di cendana.nnt nk mintak derma sikit la daun pandan,daun kunyit n daun limau purut tu sbb mak punya pkk dah hbs xterjaga.hehe..gurau je kak.=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendana yea?. Ooooo....dekat le kita nih. Sy pun suker kucing tapi risau jadik macam tu le. Tak suker le tahi2 kucing merata2, kang gaduh plak nak jiran yg rumah dia jadi tempat berak kucing kite. Sy suker arnab. Hari tu pergi Down Town kat velodrom tu ada nampak org jual arnab sekor rm40. :)

      Delete
  3. yela..kat velodrom tu mcm2 ada..=)nnt rumah br akk boleh la bela arnab...lapang sikit.walaupun skrg dah lapang kan.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Izzah..nak try jugak bela arnab nanti kat ps2. Suker lapang2 ni..:) almaklum dulu kecik2 dah biasa dok kg pendalaman yg komunitinya kecik...rumah jauh2. :)

      Delete