Wednesday, 20 March 2013

Renewed Passport Malaysia melalui online


Salam kengkawan

Apa khabar semuanya?. Harap sumer nyer sihat2 belaka yea.  Dah dekat nak piliharaya ni byk betul isu2 timbul, byk citer yg tak pasti betul ke idaknya.  Masuk telinga kanan kuar telinga kiri je le coz xlarat pulak nak siasat kesahihan sumer citer yg dicanangkan.  Satu lagi harap ops Daulat ni akan cepat2 berakhirlah.  Kembalikan lah keamanan di negeri ku itu, kami nak hidup dengan aman dan damai, itulah impian rakyat marhaen mcm daku ni.  Ni pun tengah skodeng tiket murah nak balik Sipitang nih.

Passport sy dah nak expired dah pada april depan, jadik kena le renew kan.  Takut nanti kalo tetiba kena pergi obersee plak kelam kabut.  Org atasan ni dah hint2 dah suh cari kursus kat obersee untuk tahun ni.  Dah kawin2 ni malas plak nak berkursus jauh2...dulu langsung xdpt peluang, sekarang ni dah pindah tempat baru, peluang sentiasa ada tapi daku malas plak nak pergi.

Jadi tadi daku pergi le ke BBB pergi buat gambar passport.  Nak buat passport ni kena buat gambar baru.  Buat 4 keping RM12 bersama-sama dengan CD.  Elok jugak buat gambar baru ni, kalo ada apa2 hal boleh guna.Standby jek gambar passport kat purse.

Jadi kengkawan sekarang ni dah mudah, dah boleh renew passport online jek.  Ni kat bawah sy tunjukkan caranya yea.

Apa-apa hal sila le baca info kat Q&A dia yea
Semlm lagi nak ambik gambar tapi terlupa plak yg nak ambik gambar kena pakai pakaian gelap, semlm pakai tudung pink.. :)

 Klik kat Permohonan Pembaharuan Passport

Isi lah no passport dan no IC yg berkenaan

Kita kena choose file dan lepas tuh kena crop le gambar, sy tiru macam gambar yg dah print jek.  Sy sebenarnya upload 2x gambar coz yg pertama tuh sy gerakkan kotak crop tuh...tapi sy tak buat betul2 coz tak faham...bila sy tekan crop...hambik ko, hidung jek nampak. Lepas tu baru sy crop sekali lagi baru ok. :)


Dah masukkan gambar, sumer info dari passport  asal dah ada kat dalam.  Kita perlu check info ni sumer, sy tukar alamat terkini saja coz dulu guna alamat rumah sewa, yg lain sumer ok.  Baca setiap satu, tick sana sini dan ikut saja arahan yg diberikan.  Kat bawahnya akan ada option untuk jenis payment samada CC atau debit card.

Bayar jgn x byr


Dahhhhh berjaya...boleh cetak resit  

Print dan simpan untuk bawa masa pungut passport nanti :)

Mudah kan?.  Harap oklah nanti masa pungut passport ni kat Kajang.  Sy kena pungut esoknya, mungkin sebab sy orang Sabah.  Mungkin orang semenanjung lagi cepat proses nak pungut nyer.  Apa pun, jom plan bercuti untuk 5 tahun...horayyyyy

Semlm sebelum g keje siap bermekap bagai coz nak jugak gambar nanti cantik kan.  Sib baik gambar yg dihasilkan ok.  Bila balik keje, terserempak dengan jiran 1 level kat lif.  Bila keluar lif jek, dia tanya 'akak kenapa pakai tudung terbalik'.  OMGgggggggg....tadi dah tawaf satu bangunan kat BBB, pahtu jumpa student, jumpa staf, jumpa pak arab bagai....tak perasan plak pakai tudung terbalik!!! Cisssssssss......




Updated:  Ingatkan dtg Pejabat Imigresen terus dapat passport, rupanya tidak.  Kena pergi ambik nombor dan kita diminta serahkan Passport asal, resit dan sekeping gambar dan diberi nombor giliran.  Pahtu serahkan dokumen sumer tuh kepada kauter pungutan passport.  Mula2 sy tunggu jugak kat ruangan menunggu tapi nampaknya nombor giliran tak bergerak2.  Kakak kat kerusi sebelah dah mengaum dah mcm harimau malaya, bengang dah hampir sejam tunggu!. Baru tingat yg staf kat kaunter suh serahkan dokumen ni dulu, terus le daku g kaunter.  Kan betulllll...adik kat kaunter tu scan ibu jari tgn kiri kanan dan sy diminta tunggu selama 30 minit dan tunggu dia panggil kemudian.  Lepas 30 minit baru nama di panggil dan sign sini sana...dapat le passport baru.  Cantikkk...ada lain skit le design passport baru nih.

Adik kat kaunter pungutan ni mmg busy coz ramai sgt orang tgh tunggu.  Ada jugak customer yg mula merungut coz dah lama tunggu.  Tapi adik ni tetap cool melayan.  Lastly baru le 2 kaunter lagik bukak, baru laju skit.  :)



4 comments:

  1. kak..thanks info..paspot sy pon dah tamat..keles tudung terbalik, tapi akk still cun je...so tak kisahlah.. ")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Zaila. Akak sebenarnya malas dah nak renew dan plan nak renew ujung tahun depan jek lepas kes PS2 selesai :), tp hubby akak tetiba ajak jalan plak bulan depan. Layan je le...

      Delete
  2. hr tu nak renew tapi boleh byr pakai credit card je..terpaksala pegi kaunter..hukhuk..curlass taw pakai tudung terbalik..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izzah, sampai sekarang pun debit card tuh masih xboleh guna lagi pun. :) lucu le Izzah ni, sbb tu suker pakai tudung yg main masuk tu jek, tudung bawal dah jarang pakai dah.

      Delete